“Wahai bumi telanlah airmu, wahai
langit (hujan) berhentilah” antara doa-doa seluruh rakyat Malaysia bagi
memastikan keselamatan rakan-rakan, keluarga serta sedara mara yang berada di
kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Terengganu, Kelantan Pahang,
Perak, Johor, Perlis dan Sabah .. seluruh rakyat negara ini bersedih melihat
keadaan mangsa-mangsa banjir yang mungkin menghadapi kesukaran selepas banjir
reda nanti … video-video dan gambar-gambar menunjukkan kemusnahan kampong dan
kehidupan mangsa banjir … Subhanallah … pun begitu masih ada manusia yang
mempunyai keDANGKALan dan perangai BURUK dengan sengaja mengeluarkan pelbagai
maklumat PALSU dan FITNAH di laman media sosial … semata –mata dengan hasrat
untuk menJATUHkan maruah serta kredibiliti pihak-pihak yang berkuasa … aku tak
tau apa yang orang-orang seperti ini nampak atau dengar … tapi yang aku nampak
dalam laman media sosial .. surat khabar dan juga TV … ramai pemimpin politik
turun padang … seperti Dato Seri Mustapha Mohamad dan Dato Seri Shabery
Cheek..sejak awal – awal banjir lagi sudah meninjau, melawat kawasan-kawasan
banjir dan turut sama membantu menghulurkan bantuan … bantuan digerakkan segera
oleh pihak pemerintah sebaik sahaja banjir menjadi lebih buruk … jentera
bantuan terus diaktifkan seperti Tentera, JPAM, Bomba Jabatan Kebajikan serta
sukarelawan … bertungkus lumus sejak awal-awal lagi membantu mangsa-mangsa
banjir … jika orang-orang yang menabur FITNAH dan maklumat PALSU nie tak nampak
jugak usaha-usaha yang dilakukan oleh jentera bantuan dan pihak pemerintah ini
.. memang sah la … pemikiranya sudah di BUTAkan oleh keBENCIan serta DENDAM
KESUMAT yg begitu mendalam hingga tidak nampak sekelumit pun kebaikan yang
dilakukan oleh pihak pemerintah..
Banjir
berlaku tidak memilih mangsanya … musibah menimpa semua orang ..semua golongan
masyarakat tanpa mengambilkira ideologi politik, bangsa dan juga anutan agama
.. maka bantuan juga tidak harus dipolitikkan.. dan pada saat serta ketika ini
semua pihak harus mampu bekerjasama..mengenepikan kepentingan politik dan peribadi
… agihan bekalan makanan, pakaian dan keperluan-keperluan harus diagihkan sama
rata… bukan berlandaskan sokongan politik .. atau pun kepercayaan mereka.
Ratusan ribu manusia sedang memohon bantuan … apalah salahnya kita bergabung
tenaga bersatu padu dan menghulurkan bantuan sedaya mungkin … NGOs..agensi-agensi
kerajaan sedang berusaha secepat mungkin mengumpul makanan, pakaian dan juga
peralatan lain untuk di hantar kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara … dan
parti-parti politik juga dilihat juga berusaha dengan cara mereka sendiri untuk
menyediakan segala bantuan … pun begitu saying .. usaha murni dicacatkan dengan
keinginan untuk menonjol diri …
..aku TABIK dengan beberapa orang Sultan yang
mencemar duli turun menjenguk mangsa-mangsa banjir … Sultan Johor, Sultan
Perak, Sultan Kelantan serta kerabat Sultan Terengganu … bersama merasai denyut
nadi rakyat mereka yang kini ditimpa musibah … kehadiran sultan-sultan serta
kerabat diraja ini membuktikan bahawa Raja dan Rakyat berpisah tiada .. jadi mengapa
beberapa pemimpin politik yang memang dipilih oleh rakyat amat kurang
menghayati prinsip ini ….. sayangnya dalam saat-saat genting ..masih ada yang sanggup
mempolitikkan setiap perkara…. Aku
tabik dengan segala usaha jentera bantuan.. yang terdiri daripada pelbagai
agensi seperti MKN, Bomba, Tentera, JPAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Penerangan, Jabatan Kesihatan, sukarelawan-sukarelawan dan banyak lagi penjawat
awam yang bertungkus lumus ..siang atau malam membantu mangsa-mangsa banjir … penjawat-penjawat
awam yang dikutuk dan dikeji oleh segelintir masyarakat inilah yang tidak
menang tangan membantu menghulur bantuan .. golongan misi dan doktor … polis
dan tentera dan lain-lain tidak bersungut dan merungut … ada yang cedera .. ada
yang kepenatan .. tapi demi misi membantu mangsa banjir ..mereka teruskan juga
.. TAHNIAH
Pun begitu aku ingin cadangkan agar kerajaan persekutuan memberli aset yang mampu digunakan di musim banjir seperti kenderaan amphibian untuk agensi-agensi seperti JPAM, BOMBA atau pun Tentera dan kenderaan-kenderaan ini ditempatkan di negeri-negeri Pantai Timur kerana kawasan Pantai Timur saban tahun dilanda banjir .. pastinya kenderaan amphibian ini banyak gunanya kepada pasukan-pasukan penyelamat kita ... mungkin kos kenderaan ini agak tinggi tetapi pasti ianya berbaloi untuk dibeli oleh kerajaan... kerana ianya boleh berfungsi lebih baik daripada bot-bot yang sedia ada..
Let us unite and extend our help in whatever kinds that we can.. leave politics and ideology aside for awhile ..as our nation grieves ...and let us pray in whatever way our beliefs allows us.. to keep our recuers, volunteers and the victims safe and healthy.. and may the rain stop and flood subside .. we can be one ..Come on Malaysians..

No comments:
Post a Comment