Thursday, October 2, 2014

BENGANG ??

Bengang ? Anda Bengang ? Kenapa aku pilih tajuk Bengang ? Dalam istilah aku, Bengang ialah apabila anda berada dalam situasi yang keliru ,bingung, confuse kata orang putih , konpius bahasa kita .. aku cuba cari google definisi bengang .. pening google cari ..tak jumpa maka secara sendiri kita paham bahawa perkataan BENGANG tidak ada dalam kamus dan ianya merupakan bahasa ciptaan bangsa kita yang digunakan dalam percakapan harian. Dari mana asal perkataan BENGANG aku tak pasti tetapi seringkali aku dengar perkataan ini digunakan bagi menggambarkan situasi seseorang yang dikatakan bingung, keliru yang juga dikaitkan dengan perasaan marah. Aku pasti hari ini ramai yang merasa Bengang dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen dengan alasan mengurangkan subsidi supaya kerajaan boleh menjimatkan peruntukkan untuk subsidi dengan harapan boleh menangani isu atau mengurangkan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel. Petrol dan disesel negara ini dikatakan lebih murah dari negara jiran di utara dan diselatan hingga boleh memberi keuntungan besar kepada kegiatan penyeludupan.

Aku pasti kerajaan mempunyai alasan-alasan lain yang munasabah tetapi aku cukup bengang dengan kenyataan bahawa kerajaan akan menggunakan segala kuasanya untuk membantu rakyat meringankan beban sara hidup mereka hasil kesan kenaikan harga petrol dan diesel!! Pastinya semua barang akan naik dengan mendadak, lebih-lebih lagi rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut ketibaan perayaan Aidiladha. Aku bengang dengan PENASIHAT atau boleh aku gelar PUNAHSIHAT ekonomi yang memberi nasihat yang sebenarnya merosakkan kerajaan!!. Jika benar kerajaan berusaha untuk membantu rakyat meringankan bebanan sara hidup , sepatutnya tindakan yang dilihat lebih baik dan boleh menaikkan imej kerajaan dan juga PM pada masa ini ialah dengan menambahkan subsidi untuk petrol dan diesel yang sekaligus boleh mengurangkan harga kedua-dua bahan bakar tersebut! Bukan kah lebih baik berbelanja untuk subsidi daripada memberi BR1M yang dikatakan banyak ketirisannya dari segi pelaksanaannya!! Jika harga petrol dan diesel dikurangkan pihak kerajaan boleh memohon peruncit dan peniaga untuk mengurangkan harga barang dan tak perlulah nak bagi macam-macam bantuan!!! Inilah pandangan sebahagian besar masyarakat pada masa ini. Pemberian BR1M itu baik dan elok dari segi teorinya tetapi ramai yang bersungut kerana ada dikalangan penerima, datang dengan kenderaan pacuan empat roda, kereta mewah ..terutamanya golongan yang dikatakan tiada ‘penyata’ gaji … justeru apakah ianya memberi keadilan kepada golongan yang mempunyai ‘penyata gaji’ kerana tidak layak hanya di atas kertas manakala yang berpendapatan melebihi RM6K sebulan kerana kegiatan kebun kecil seperti kelapa sawit, peniaga dan peruncit yang tidak disahkan pendapatan boleh menerima bantuan BR1M.

Ya aku sememangnya Bengang dengan keadaan semasa dan kadang-kadang terpikir, apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh sesetengah organisasi kerajaan melihat secara menyeluruh dan serius dengan slogan yang di perjuangkan oleh PM, iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Rakyat masih lagi berpegang kepada slogan itu, dan ingin melihat sejauhmana kerajaan semasa memenuhi AKU JANJI tersebut kerana sehingga kini banyak tindakan yang diambil adalah sebaliknya. Sesungguhnya sebagai seorang penjawat awam aku amat ‘terkeliru’ dengan tindakan kerajaan kerana aku juga seorang rakyat biasa yang mengalami perkara yang sama dialami oleh masyarakat di luar sana. Pandangan ini tidak sama sekali membangkang tindakan kerajaan tetapi hanya ingin mempersoalkan kenapa perlu mengambil tindakan sebegini drastik dalam saat-saat rakyat sudah mula mempercayai dan memberi sokongan kepada pihak kerajaan. Sayangnya pakar strategik ekonomi pihak kerajaan tidak melihat kepada sokongan rakyat dan lebih melihat kepada untung rugi kerajaan semata-mata hingga mengabaikan ‘kepentingan dan keperluan’ rakyat , iaitu soal kehidupan mereka. Belum pun selesai isu GST yang sedang di war-warkan di seluruh negara, tiba-tiba negara dikejutkan dengan tindakan kenaikan harga petrol dan diesel. Seeloknya pakar-pakar strategik ekonomi negara juga perlu melihat kepada survival parti yang memerintah dalam soal untung dan rugi, bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi sokongan masyarakat dan rakyat jelata.


Aku juga nak cadangkan agar pakar-pakar ekonomi ini juga perlu belajar untuk menjadi pakar strategik politik, iaitu bagaimana untuk memenangi hati, jiwa dan minda rakyat. 

No comments:

Post a Comment