Dalam
seminggu dua ini memang perut aku sakit .. tak tertahan rasanya … bukan sakit
kerana salah makan ka ..apa ka ..tapi sakit kerana terlalu banyak gelak ..
gelak meilhat dan mendengar statement-statement
yang melucukan … terutamanya dari beberapa orang yang bergelar menteri .. dan
juga dikalangan poyo-poyo yang nak dikatakan pintar pun salah .. nak kata tidak
berpelajaran pun salah … bila kerajaan naikkan harga petrol sebantak 20 sen …
ramai yang marah dan merungut … sebagai jawapan poyo … adalah hamba Allah yang
begitu pintar mengatakan … ‘bukan harga
minyak naik , pengurangan subsidi jer … demi kepentingan rakyat juga’ … aku
tak tau la tang mana ‘demi kepentingan rakyat’ tapi aku tau la … yang statement tu … macam putar alam jer …keras
perut aku menahan gelak ..sebab is mamat nie ingat ini zaman 60an atau 70an ker
? ..bila buat statement cam tu… adooiiii ….
dalam pada tu .. tiba-tiba ada pulak kata MP kena ikat perut sebab elaun
sebagai wakil rakyat tak cukup tinggi .. tak sepadan dengan tanggungjawab
mereka !! … kesian sungguh kerajaan dengan wakil-wakil rakyat yang bertungkus
lumus siang malam turun padang tolong selesaikan masalah rakyat ..dari parit
tersumbat ..hingga hulur bantuan kepada rakyat yang miskin (itu pun jika ada
TV3 datang untuk program BERSAMA MU) … memang tak cukup elaun yang wakil rakyat
terima … walaupun ada dikalangan mereka yang menjadi pengerusi GLC … ahli
lembaga syarikat … ada bisnes sendiri … yang jadi menteri..timbalan menteri …
yang jadi ADUN juga … memang tak cukup… berbanding rakyat jelata … bila bab
rakyat mengeluh pasal kenaikan harga barang … ada pulak melaun kata ..alaaa ‘cukup la gaji RM2500.00 sebulan tu ..jika
pandai mengurus’ … benar-benar memang kebanyakkan rakyat tak pandai
mengurus .. aku setuju tu … camana nak mengurus sewa bas sekolah untuk
anak-anak pergi balik sekolah.. bukan ada debar pun untuk hantar atau ambik
anak balik kan ? … alaaa… kalau sekolah kerajaan beri bantuan Baucer Buku
1Malaysia … ayoyooo ..lupa maa… tapi BB1M bukan tamping bayar itu sewa van
sekolah maaa … weiii lu lupa ka itu Bantuan Rakyat 1Malaysia ada … loo … cit …
itu BR1M ‘one-off’ laaa… bukan satu taun itu kerajaan kasi bantu … memang
banyak terima kasih laa… tapi kenapa kepentingan MP lebih penting dari
kepentingan rakyat ??????
Lagi
lawak bila ada kempen ‘Jom Bawa Bekal’ .. ha ha ha..memang murni niatnya … tapi
biar betul ler… kesian kat peniaga-peniaga kecil yang dapat tender kat café dan
kantin di kementerian-kementerian dan jabatan … alamat bungkus la bisnes mereka lepas nie .. sebab ramai penjawat awam
tak akan pegi café dan kantin ..sebab semua bawa bekal … errr…lupa nak tanya
menteri bawa bekal ke?? Ahaks ahaks …. Lagi gempak kalau menteri bawa bekal ..
dan tunjuk kat media kan !!..itu baru namanya.. kepimpinan melalui teladan kata mantan PM Tun Mahathir… tak tau la
sejauh mana kempen itu berkesan..tapi untuk kempen itu sahaja dah telan banyak
kos ..camana nak ajak penjawat awam berjimat ?? .. transformasi sana
..transformasi sini … gitu juga akhirnya … berdentam dentum … gitu juga
akhirnya … tukar logo ..kata nak tukar imej … gitu juga akhirnya …. Nak tau
juga berapa banyak jabatan dan kementerian yang masih bergantung kepada ‘hard
copy’? ada tak jabatan dan kementerian yang sepenuhnya ‘paper-less’ dalam urusan harian ? berapa banyak kementerian dan
jabatan yang menyediakan gajet kepada anggota nya untuk memudahkan urusan
secara atas talian sahaja ?? Jika di buat kajian … berpuluh-puluh kementerian
dan beratus lagi jabatan yang masih bergantung kepada hard copy untuk urusan
dalaman!!! .. kerajaan belanja jutaan ringgit untuk kemudahan IT dan prasarana
IT .. tinggal 5 tahun saja lagi … nak ke 2020 … tapi prasarana dan kemudahan IT
di sesetengah jabatan ..amatlah menyedihkan … lawak kan ?? Tiada penyelarasan
dalam penggunaan perkakasan dan perisian IT .. ada kementerian / jabatan yang
canggih ..terlalu canggih da nada yang masih ‘tersangkut’ dalam perisian 90an … alasan nya tak terkejar evolusi
IT yang begitu cepat … hingga mereka ketinggalan kerana tiada peruntukkan disediakan
… lawak kan ??
Aku
bukan pelawak tapi aku mudah tergelak melihat atau membaca … yang dalam
tafsiran aku melucukan ..mungkin tidak bagi orang lain … terutamanya dalam
kekecohan majlis IWTTAD .. yang majoritinya memberi komen negatif kepada penganjur
tersebut .. nak kata salah .. aku pun bukan ularmak .. nak kata betul .. aku
bukan ilmuan agama .. tapi pada aku … penganjur tak sensitif dengan
persekitaran sendiri!! .. Jelas dalam Perlembagaan Malaysia, Islam itu ‘ugama
rasmi Persekutuan’ dan majoriti nya orang Melayu . Apa yang aku tahu ‘menyentuh
anjing dengan sengaja’ adalah salah / haram .. kecuali dalam keadaan kecemasan
seperti membantu /menyelamat anjing yang dalam keadaan bahaya .. atau anjing
membantu kita .. itu apa yang aku tahu. Bila buat event itu dengan objektif
untuk menghilang persepsi / salah tanggapan / takut kepada anjing … terutamanya
kepada orang Islam … memang nak cari nahas la jawabnya … memang kena bantai ..dan
pastinya akan kena siasat..silap-silap kena dakwa oleh pihak berkuasa. Sori ..
bukan nak mengutuk bro .. aku pun ada sedara mara yang bukan Islam … yang ada
bela anjing … dan mereka tau .. dan paham … apabila sedara mara Islam datang
rumah … mereka tidak akan lepaskan anjing … atau benarkan anjing mereka
mendekati sedara mara Islam .. tak kecoh pun .. sebab dah biasa tengok dan tau
batasan masing-masing … malah kalau orang Islam pegi rumah panjang sekali pun…
kaum Iban yang bela anjing tau batasan … mereka tak benarkan anjing-anjing
mereka berkeliaran … dan mendekati tetamu mereka yang beragama Islam … sebab
apa ?..sebab nya kami dah saling hormat menghormati agama masing-masing..budaya
hidup masing-masing … tak perlu nak kecoh..tak perlu nak heboh .. benda kecik
dah jadi besar.. perkara yang mudah sudah menjadi sukar .. semuanya kerana apa
? kerana kebodohan dan keangkuhan masing-masing untuk menonjol diri disamping
terpengaruh dengan bisikan-bisikan ‘kepentingan’ politik orang lain…. akhirnya
kita semakin membina jurang di antara kaum ..jurang diantara budaya .. dan
jurang antara agama … apa yang dicapai tidak lebih daripada tohmahan,
kutukan..dan menjadi isu politik dan polemic antara orang-orang Islam dan bukan
Islam. Cuba la belajar untuk menghormati .. dan belajar untuk merasai sensitivity
.. agar kita lebih memahami antara satu sama lain .. dikalangan kepelbagaian
etnik , kepercayaan agama dan juga kebudayaan hidup … jangan jadikan semuanya
isu politik atau perkara untuk menjadikan diri popular.. to be in the limelight in for the wrong reason ..
Jika
negara ini teruk .. buruk dan zalim seperti yang di perkatakan oleh sebahagian rakyatnya…
pasti tidak akan ada imigran atau golongan PATI mengadai nyawa menyusup masuk
ke Malaysia semata-mata nak mencari rezeki … ada tak orang Malaysia nak ‘menyeludup’
diri mereka ke Mynmar, Bangladesh, Vietnam, Filipina dan juga Indonesia ?
No comments:
Post a Comment