“ We Are Hiring” terpampang tajuk besar di bahagian sukan The
Star hari ini yang secara ringkas nya menjelaskan keinginan Menteri Belia dan
Sukan untuk mencari Ketua Pengarah bagi Majlis Sukan Negara secara terbuka
setelah kegagalan negara mencapai sasaran lapan (8) pingat emas pada temasya
sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini. Malah dalam satu
kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan sesiapa pun boleh memohon asalkan
berkelayakan. Boleh disimpulkan bahawa Menteri Belia dan Sukan amat kecewa
dengan pembangunan sukan di negara kita yang semakin merosot setiap hari
berbanding negara lain yang semakin maju dan berkeupayaan untuk bersaing di
peringkat dunia. Tahap sukan negara-negara Asia seperti China, Jepun, Korea
Selatan malah Korea Utara jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Malah Korea
Selatan boleh mengalahkan pasukan Malaysia dalam sukan tradisi seperti Sepak
Takraw.
Aku
bukanlah pakar dalam bidang sukan namun dari awal lagi aku dan beberapa orang
rakan agak terkejut dengan matlamat pasukan Malaysia untuk memperolehi lapan
(8) pingat emas tetapi menghantar lebih dari 200 orang ahli sukan ke Incheon.
Jika di kira dari segi matematiknya (aku bukan pakar ekonomi juga) sememangnya
tidak berbaloi bagi negara menghantar 200 orang atlet tetapi hanya mensasarkan
lapan pingat emas sahaja. Rupanya lapan pingat emas yang disasarkan itu pun
tidak mampu dicapai oleh pasukan Malaysia. Bukan aku nak mengata, maaf la ..
tetapi realitinya pembangunan sukan di negara kita sememangnya semakin lemah.
Yang berjaya mengutip pingat emas, harus diberi tahniah dan ganjaran … tetapi
jangan la berlebihan pulak … jangan la di puji melangit … hinggakan tak mampu
lagi bangkit .. sepertimana berlaku pada atlet penerjun kita .. atau seperti
pasukan bola sepak .. akhirnya … langkah sumbang jua … badminton .. kirim salam
sahaja jika negara masih bergantung harapan pada Dato Lee Chong Wei … hanya
yang sentiasa menyerlah ialah Dato Nicol Ann David .. kerana beliau tidak
berhenti terpesona dan khayal dengan segala pujian dan kurniaan… beliau terus
berusaha meningkatkan prestasinya… walau Squash tidak ada dalam senarai sukan
Olimpik.
Laungan
‘Malaysia Boleh’ sudah lapuk .. tak lagi mampu menjadi pembakar semangat atlet
negara. Maaf cakap … selagi persatuan-persatuan sukan negara sering
bercengkerama … di penuhi dengan kemelut perebutan kuasa .. selagi itu lah
sukan di negara kita sentiasa di tahap SEA GAME sahaja.. itu pun belum ada
jaminan kita mampu mengalahkan Indonesia atau Thailand!! .. tanpa Dato Lee
Chong Wei, nama Malaysia dalam dunia badminton akan lenyap … kerana sehingga
kini semua pelapis di BAM gagal menyerlah sepertimana pemain-pemain muda negara
China, Korea Selatan dan juga Denmark. Malah negara Jepun mampu menumbangkan
Malaysia dalam Piala Thomas yang lalu. Sehingga ke hari ini hanya Dato Lee
Chong Wei mengibarkan bendera negara di peringkat antarabangsa … yang lain ..
hanya lah pelengkap atau penambah seri sahaja dalam setiap pertandingan yang
diadakan. Dalam bolasepak .. entah bilakah pasukan negara akan layak ke Piala
Asia ? Jangan pikirkan Piala Dunia kerana tahap dan kualiti kita masih tak standing
negara-negara Asia pun!!. Di peringkat Piala AFF Suzuki pun pasukan kita
bergelut nak menang … malah kita boleh tumbang melawan pasukan Bangladesh!!
Hoki kita bertaraf dunia tetapi seringkali terkandas .. apa berlaku pun kita
tak pasti .. Squash tanpa Dato Nicol Ann David, pasti nama Malaysia tidak akan
tercatat kecuali pemain pelapis seperti Low Wee Wern, Delia Arnold mampu
mempertingkatkan kehebatan mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan
Malaysia dalam sukan Squash.
Sukan
Renang … tak tau nak kata apa..sebab banyak juga kerajaan tanggung perbelanjaan
untuk atlet renang berlajar di Amerika Syarikat..tetapi tak berhasil juga
sedangkan Amerika Syarikat merupakan lubuk untuk menjadi perenang terhandal
dunia seperti Ledecky, Franklin atau Micheal Phelps!! Kenapa perenang dari
Malaysia tak berjaya sedangkan mereka mengikut program yang sama oleh
perenang-perenang handal Amerika Syarikat???. Kita hanya hebat di sukan SEA sahaja … bila
sampai tahap sukan ASIA.. kita langsung tidak mempunyai keupayaan untuk
bersaing dengan perenang-perenang dari Australia, China dan juga Korea. Jika
dilihat dari segi fizikal, kita tak lah jauh beza dengan perenang China atau
Korea . Perenang-perenang negara China sudah mencapai standard dunia malah ada
beberapa perenangnya memenangi pingat emas di Olimpik pun!! .. kalau dalam
sukan Olahraga ..tak payah cakap laa… memang kita tak mampu pun..kerana secara
fizikal sememangnya kita sudah tewas sebelum masuk balapan atau gelanggang!!.
Nak bersaing dengan Usain Bolt dalam 100 meter ..kita hanya mampu bermimpi ….tetapi
kenapa pelari Jepun dan China boleh ? Rejam Lembing, lontar peluru, lempar
cakera dan juga tukul besi.. kenapa tak mampu ?? Apakah saiz kita lebih kecil
menyebabkan kita tak mampu atau sebenarnya teknik yang menyebabkan lontaran
atau rejaman itu lebih jauh?? High Jump, Long Jump, Triple Jump..memang sah
kita tewas.. tetapi kita mungkin boleh bersaing untuk lompat bergalah kan? Sebab
ianya memerlukan teknik bukan fizikal ?? Kita boleh bersaing untuk larian jarak
jauh seperti 10 ribu meter atau marathon kerana orang Afrika pun ada yang saiz
tubuh kecil tapi mampu memang emas juga di sukan Olimpik ..malah di peringkat
marathon dunia!
Aku
suka cara Menteri Belia dan Sukan memberi cabaran kepada atlet-atlet negara.
Aku ingin melihat apakah langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh
Kementerian Belia dan Sukan bagi merangka ‘road map’ atau pelan sukan negara
untuk meningkatkan standard sukan di negara kita! Apakah selamanya kita akan
menjadi JAGUH KAMPUNG yang bergegar gempita sorakan nya di Stadium Bukit Jalil ..
atau sorakan kita mampu mengegarkan stadium-stadium di peringkat dunia!! Apakah
lagu Negara Ku mampu berkumandang di Sukan Olimpik atau hanya di Sukan SEA …
tangisan pemenang pingat emas negara kita dalam Sukan ASIA sewaktu Negara Ku di
mainkan membuktikan semangat juang sebahagian atlet-atlet Malaysia sememangnya
hebat …. cinta dan patriotisme mereka terhadap negara kuat ..
Justeru
YB Tuan Khairy Jamaluddin, ramai dikalangan peminat sukan negara menunggu
apakah pelan tindakan seterusnya yang akan dikemukakan oleh Kementerian Belia
dan Sukan .. a blueprint for Malaysian sport
road map to a world class standard mampu direalisasikan . Jangan cari
KAMBING HITAM ..cari jalan terbaik dan sediakan pelan yang lebih jitu dan
mantap ..agar sukan negara dapat di pertingkatkan.
No comments:
Post a Comment