Cerita
hari ini ialah tentang cerita semalam..cerita-cerita yang diceritakan oleh
tukang cerita dalam laman sosial . Cerita pertama ialah mengenai seorang ahli
sukan yang semasa hayatnya telah mengharumkan nama negara namun tidak pernah
diberi perhatian yang sewajarnya..apatah lagi imbuhan-imbuhan yang setimpal
dengan usahanya memertabatkan nama negara di peringkat Asia…malah di satu ketika
dalam hidupnya walaupun mendapat gelaran Mr.Asia banyak kali ..dilihat menjual
obat-obatan di kaki lima untuk menyara kehidupanya …kini hanya setelah
pemergianya barulah … diberi pengiktirafan dan sanjungan … dan bakal diberi
imbuhan yang setimpal .. kata cerita mereka … sedangkan ada atlet negara hari
ini … baru sekali mendapat pingat di Sukan Asia … bermacam-macam imbuhan di
terima..disanjung dan dipuja … dan diceritakan pula sepanjang kehidupan nya..
meskipun menghadapi pelbagai kesukaran.. arwah tidak pernah meminta-minta
daripada mana-mana pihak ..tetapi atas dasar cintakan bidang sukan yang sangat
dimintainya … berusaha menjadikan dirinya yang seorang ahli sukan yang terbaik …
itulah semangat yang harus dicontohi oleh atlet-atlet muda negeri dan negara ..
semoga roh arwah disemadikan bersama orang-orang yang mulia
..
Cerita
kedua ..dari coretan si tukang cerita mengenai seorang ahli politikus yang
mendapat kritikan orang ramai kerana mulutnya yang celupar..tidak henti-henti
mencarut tentang mempertahankan hak keagamaan … malah beliau dilabel ‘Si Katak’
kerana kegemaran nya melompat parti .. mengikut kesesuaian dirinya ..dimana dia
merasakan dia boleh ‘survive’ … setelah dikecam dan dituduh bersifat ekstrimis
kerana mengeluarkan kenyataan untuk membakar ‘Al-Kitab’ ..beliau tiba-tiba
menukar intonasinya … dan menyalahkan pihak lain kerana memutar belit kenyataan
nya..dan terseret sama dalam permainan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana
Menteri ..yang mempertahankan tindakan kerajaan untuk tidak mendakwa ahli
politikus itu di mahkamah atas tuduhan rasis… hebatnya permainan ‘Si Katak’
hinggakan beliau bebas dan kebal dari tindakan undang-undang negara … mungkin
ini rezekinya kerana mampu berlindung di bawah payung besar yang berkuasa …
tetapi apa terjadi jika payung itu koyak rabak satu hari nanti …
Cerita
ketiga … cerita dari penglipurlara mengenai Putrajaya … yang akan menjadi litar
lumba Formula E … sedang dibina pit untuk kereta-kereta lumba seperti Formula
One .. yang berkuasa elektrik .. di hadapan bangunan Kementerian Kewangan ..
menjadikan Putrajaya dari sebuah bandar lestari yang cantik ..dipenuhi taman ..
kepada sebuah Bandar yang hodoh di pagari simen dan dawai … dan pastinya akan
menyusahkan penduduk Putrajaya untuk lima tahun akan datang. Apakah dengan
adanya perlumbaan Formula E di Putrajaya akan meningkatkan pelancongan negara
dan juga menambah kepada pendapatan negara ? Apakah dengan adanya perlumbaan
Formula E di Putrajaya akan memberi impak ekonomi yang tinggi kepada negara dan
juga pengusaha-pengusaha Kecil dan Sederhana ? Adakah ianya juga akan memberi
keuntungan kepada peniaga-peniaga kecil semasa berlangsungnya perlumbaan itu ?
Apakah Formula E itu tidak boleh diadakan di Litar Sepang yang sedia ada atau Litar Sepang hanya untuk Formula One
sahaja ? Tidak cukupkan Litar Sepang untuk perlumbaan peringkat antarabangsa? Inilah
persoalan-persoalan yang berlegar berputar dalam kepala kebanyakkan masyarakat
marhaen .. kerana tiba-tiba Putrajaya sudah bertukar menjadi litar lumba pula …
sebab mungkin tak jadi nak bawa Hard Rock satu ketika dahulu kala …
Ini
cerita ke-4 yang boleh buat penjawat awam melompat-lompat … bukan gembira
tetapi menahan rasa marah .. ya la kan ..bila bab untuk mengkaji semula gaji
penjawat awam ..kerajaan kata tunggulah..selepas GST dilaksana .. sebab banyak
perkara kerajaan nak pikirkan .. tetapi bab kenaikan elaun ahli Parlimen ..
lama dah mereka pikirkan … bak kata seorang Menteri ..mereka terpaksa ikat perut
kerana elaun mereka terlalu kecil dan tak setara dengan tanggungjawab yang
mereka pikul … sebenarnya ada kebenaran kata beliau itu … cuma beliau lupa …
ahli-ahli YB yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri ..gaji berapa ? Ahli YB
MP yang juga menjadi YB ADUN … dah double dah gaji mereka … itu belum lagi
dikira ahli YB yang menjadi Pengerusi GLC … yang menjadi ahli Lembaga Syarikat …
dapat pelbagai kemudahan … penjawat awam
ada apa selain gaji yang mereka perolehi dari bekerja ?? Cuma bab ini satu jer kebaikan
aku nampak … kenaikan ini telah menyatukan BN, DAP, PKR dan PAS … ‘unity in monetary gains’ … are they any difference ? … he he he he …. cakap
la macam mana pun … kata si tukang karut yang membawa cerita ..dengan senyuman
sinisnya …
Cerita
kelima di bawa si Bayan yang banyak mengomel .. .. tentang negeri burung
kenyalang … tetapi dikatakan sebagai lubuk Sang
Buaya Batang Lupar … yang laparkan pembinaan sebuah Lebuh Raya .. tetapi
hingga kini masih berstatus jeraya … dapat peruntukkan berbilion ringgit malaysia
… dah dua kali bajet ..tak tau bila siap nya .. dulu dapat RM21 bilion
..mungkin digunakan untuk bayar pampasan tanah penduduk yang terbabit sahaja
..selain bayar pokok-pokok di tepi jeraya … sekarang dapat lagi RM27 bilion… di
katakan akan siap ..ka atau baru nak mula bin aka pada tahun 2025 ?? Gitu ka
wahai si bayan yang celupar? Aku tak tau la berapa banyak billion tu..tapi aku
tahu ianya banyak …lebih banyak dari million atau juta … ada elok dan buruknya
bila ada Lebuh Raya ….. kerana yang untung tukang bina nya … kualiti entah tak
tahu macamana …mungkin macam Lebuh Raya Plus .. ka atau Lebuh Raya Sprint ka..
atau Lebuh Raya Kajang Silk ka.. atau Lebuh Raya Guthrie ka .. atau Lebuh Raya Pantai
Timur ka…eh..banyaknya Lebuh Raya di Semenanjung … .. bila agaknya nak dengar
Lebuh Raya Pan-Borneo yang menghubung dua negeri di Kepulauan Borneo … jangan
seperti kata Alleycats .. ‘hingga akhir
nanti’ … macam juga jeraya Kapit-Sibu … 51 tahun masih tertunggu-tunggu …
alamaaak ..kata si Bayan … PRN dan PRU lamaaaaa lagiiiii ….
Banyak
lagi cerita..tapi tak pa..cukup dulu sampai sini … lain kali aku tanya lagi
tukang cerita …tukang karut dan si bayan … maklumla … harga cendol sudah
diturunkan walaupun harga petrol dinaikkan … jadi nasihat nya … hari-hari lah
makan cendol..sebab ianya lebih murah …
No comments:
Post a Comment