Monday, October 13, 2014

ANGNGOL ..

Tak paham ?? Angngol ialah istilah dalam dialek Melayu Sarawak yang sewaktu dengan BINGUNG ..KELIRU.. .. atau confuse dalam bahasa orang putih.. Ia mencerminkan keadaan seseorang yang tidak pasti dengan apa yang berlaku disekelilingnya .. KonFius … sememangnya dalam dua tiga hari ini agak keliru dengan pelbagai komen, kenyataan oleh ‘pakar-pakar ekonomi’ .. ‘pakar-pakar dalam politik’ dan strategist-strategist dalam negara samada yang bertauliah, tidak bertauliah .. kerana masing-masing mengemukakan pendapat serta pandangan mereka ..melalui pelbagai platform sosial … Mungkin akal ku tidak tercapai intelligence yang dimiliki oleh pendebat dan pencetus pelbagai komen yang adanya berbentuk ilmiah ..ada yang hanya merapu-rapu tak tentu hala .. ada yang lebih kepada mengutuk sahaja ..tanpa mengemukakan apa altenatif…selain cuba untuk meremeh pandangan orang lain … begitulah senario platform sosial Malaysia seketika ini selepas DS Najib membentangkan Bajet 2014.

Aku tak nafikan .. ramai yang agak terkilan dan mungkin juga rasa tidak puashati dengan kenaikan elaun ahli-ahli Parlimen dalam Bajet 2014 kerana ia mencerminkan seolah-olah kerajaan tidak perihatin kepada masalah rakyat sebaliknya lebih mengutamakan ahli-ahli YB yang bukan sahaja mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada kebanyakan rakyat malah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang tidak ada pada rakyat jelata. Malah sebahagian besar ahli YB mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada pendapatan rakyat.  Selain itu kenaikan elaun ahli YB Parlimen juga dilihat tidak sesuai dengan keadaan semasa dimana rakyat sedang bergelut dengan kenaikan petrol sebanyak 20 sen yang pastinya mencetus kenaikan harga barang keperluan .. dan sepatutnya inilah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan ..bukan nya menyelesaikan masalah serta tuntutan ahli YB yang sudah kaya raya!! ….inilah pandangan dan reaksi rakyat jelata ke atas kenaikan elaun-elaun ahli Parlimen yang disifatkan ‘lebih mengutamakan orang kaya’… sebab itulah aku sendiri menjadi angngol dengan tindakan kerajaan yang mempunyai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ …

Aku juga angngol dengan perdebatan isu Oktoberfest yang dikatakan boleh menghancurkan akidah orang Islam di negara ini jika pesta arak ini dibiarkan berterusan. Aku bukan seorang ulama ..apatah lagi Ularmak … kerana pada pendapat aku..orang-orang Islam sudah semestinya diHARAMkan meminum arak ..dan PAStinya mereka tidak akan menyertai Oktoberfest .. dan jika ada ahli-ahli parti DAP yang menyertainya ..itu adalah hak ahli mereka..dan tiada siapa pun boleh melarang ..kecuali ada undang-undang negara yang tidak membenarkan Oktoberfest diadakan di negara ini..dan undang-undang juka mengHARAMkan setiap rakyat Malaysia..tanpa mengira agama untuk meminum arak!!! … apa yang aku tahu seorang bukan Islam tidak dilarang untuk meminum arak di dalam mana-mana premis yang dibenarkan …maka jika Oktoberfest diadakan secara tertutup … ianya tidak salah (dalam pandangan aku) …dan jika ada rakyat Malaysia yang beragama Islam yang menyertai Oktoberfest dan minum arak …itu tanggungjawab dia sendiri ..iaitu antara dia dengan Tuhan … dan jika melakukan nya secara terbuka..itu adalah tugas penguatkuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan. Perkara itu sebenarnya tidak perlu diperbesarkan … kerana Oktoberfest sudah lama berada di Malaysia … dan dijalankan secara tertutup … kerana ianya adalah perayaan untuk warga rakyat Jerman yang berada di negara kita … jadilah rakyat yang lebih matang …jangan jadikan setiap perkara itu satu isu yang boleh memecah belahkan rakyat negara ini …

Aku juga semakin angngol dengan tindakan-tindakan yang dikatakan berat sebelah oleh pihak penguatkuasa terhadap kenyataan-kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak ..ada pihak yang dikenakan tindakan undang-undang di atas kenyataan mereka yang dianggap rasis dan menghasut ..manakala ada pihak yang seolah-olah bebas daripada tindakan undang-undang walaupun seringkali mencetuskan kemarahan kebanyakkan pihak kerana kenyataan-kenyataan rasis yang keterlaluan terhadap agama dan juga etnik orang lain. Seharusnya bertindak lah dengan adil kerana udang-undang yang adil akan dapat mengurangkan tohmahan serta pandangan negatif terhadap undang-undang negara yang berlambangkan ‘dacing’ .. jangan sampai dacing itu senget sebelah … kerana ia mampu mencetuskan ketidak stabilan dalam negara kita …

Typo ..oooops!!! … kesalahan caption oleh sebuah media elektronik menjadi viral di media social ..mencetuskan kenyataan-kenyataan negatif terhadap media berkenaan.. kerana dikatakan tidak peka dengan apa yang dipaparkan..cuai dan sebagainya ..disebabkan seringkali berlaku perkara sedemikian… mungkin apa yang diperkatakan sebahagian mereka itu benar..iaitu kecuaian .. yang tidak disengajakan .. kesilapan sering berlaku kerana nak kejar masa ..nak cepat ..nak jadi penyiar No.1 … cepat, pantas, tuntas … hingga mengabaikan perkara-perkara asas … iaitu memastikan maklumat itu tepat dan sahih!.. bak kata perumpaan lama ‘biar lambat asal selamat’ … mungkin boleh diaplikasikan .. kerana kesilapan yang dilakukan berterusan boleh mengundang persepsi dan pandangan negatif … selain menjatuhkan krebiliti sebagai penyiar rasmi kerajaan .. sepertimana yang berlaku pada sebuah media cetak yang terpaksa memohon maaf kerana menyiarkan artikel palsu … dan mungkin boleh mengurangkan pendapatan mereka…. tambah lagi dalam dunia tanpa sempadan yang semakin hari semakin mencabar kewibawaan media-media rasmi kerajaan … maklumat mudah diperolehi ..hanya dihujung jari … sehinggakan sukar memastikan kebenaran berita yang dipaparkan …


Sesungguhnya ..aku tak tahu berapa lama lagi aku akan ANGNGOL dengan keadaan di negara kita ..yang semakin menjadi carca marba .. kerana kekeliruan boleh mencetuskan pelbagai kemungkinan…

No comments:

Post a Comment