Semalam
aku bawa cerita tukang cerita, cerita tukang karut, cerita si Bayan dan cerita
penglipurlara .. hari ini aku nak bawa cerita yang di bawa si tukang karut
..maklumlaa..tukang karut banyak cerita mengarut .. he he he .. jom kita
mengarut ..asalkan jangn mencarut … cerita ini kesinambungan tentang seorang
menteri yang kata harga Cendol tak naik walau pun harga petrol naik .. so
tukang karut kata elok la menteri itu diberi gelaran ‘Menteri Cendol’ … sebab
asyik nak mencendol pemikiran rakyat sahaja … dia tak tahu kata yang ‘Cendol’
tu bukan makanan asasi atau makanan harian rakyat Malaysia .. tak ada kesan
pada sapa-sapa pun..kalau harga Cendol naik … sebab orang tak akan beli Cendol
untuk kenyangkan perut keluarga mereka … harap-harap la menteri tu tak ajak DS
Najib turun padang dan tunjuk dengan media ..harga cendol tak naik .. tak
pasal-pasal DS Najib pula kena Cendol dengan rakyat..macam dia buat dengan kangkung
dulu … tak pasal-pasal DS Najib di Kangkungkan oleh rakyat..dan musuh
tradisinya … dah la tu .. ingat lagi ‘trade mark’ ayam dia ?? .. rasa nya dia
nie layak la di Cendol kan oleh DS Najib dalam PRU akan datang … kata tukang
karut …
Tukang
karut juga nak bagitau ….pe’ el sorang timbalan menteri nie .. dulu dia pernah
kata ‘kerajaan tanggung tiga (3) bulan hidup rakyat Malaysia’ dengan adanya
bantuan BR1M .. tak tau apa dia nak bagitau pulak selepas nie bila kerajaan
naikkan pemberian BR1M ? Mungkin dia kata ‘kerajaan tanggung enam (6) bulan hidup
rakyat Malaysia’ selepas nie … dia ingat rakyat yang terima BR1M tu makan tido
sahaja ka? Orang-orang yang terima BR1M tu ada anak yang perlu ke sekolah
..betul la ada BB1M.. tapi tambang Van ..BR1M juga tanggung ka selama masa anak
mereka pegi sekolah? Dia orang perlu cari rezeki … minyak keta BR1M tanggung juga
ka sepanjang tahun ? Ini rakyat marhaen kata ..kata tukang karut dengan senyum
sinisnya … tukang karut kata orang berduit..orang kaya tak kata apa-apa ..sebab
taka da kesan pun pada mereka … Cuma tu jer laa..kesian dia orang dekat ahli YB
MP .. sampai ikat perut sebab elaun mereka terlalu kecik … walaupun ada elaun
drebar dengan kereta … tu tak masuk elaun-elaun sebagai Pengarah syarikat …
kan.. rupanya masih miskin juga para ahli Parlimen di Malaysia nie … kata si
tukang karut …
Tukang
karut juga nak cerita … rakyat Malaysia nie bising-bising pasal kenaikan harga
barang.. kenaikan harga petrol ..tapi asyik-asyik minta harga kereta diturunkan
?? Sebab apa ?? Mungkin sebab ramai yang teringin nak pakai kereta mewah..nak
pakai mesidis..bmw..audi..waksegon.. koman-koman pun Honda… maklumlaa.. harga
keta jenama-jenama tu..kalau tak kaya ..jangan pakai weh… beli mungkin mampu
..nak bela sepanjang tahun tu yang ramai tak tahan … tapi masih ramai juga yang
sangat teringin nak guna.. kot nak tunjuk status masing-masing.. ye la.. kalau
YB ..tak kan nak pakai Proton Saga .. Iriz .. ish buat malu saja …kureng-kureng
pun YB kena pakai kalau Proton pun pakai Perdana yang kulit Honda tuu… pembantu
kiri dan kanan YB mesti juga nak pakai mesidis ..bmw ka..baru ada kelasss …
kelasss gituuu kaaan!!. Itu yang buat aku tak paham kata tukang karut … bila
harga minyak naik .. harga barang naik… ramai pakat buat demonstrasi …. Tapi bila
harga barang turun … tak da pulak yang berarak di jalanan ucap terima kasih ?? …
begitulah serba sedikit kekeliruan dan kebengapan si tukang karut …
Maaf
weh… kata tukang karut ..nie cerita pasal ketuanan Melayu .. aku bingung nie
kata tukang karut.. bingung.. kenapa bingung tanya aku yang juga bingung..nasib
baik tak bengong tengok perangai tukang karut… kawe bingung bila rama-rama puok
Melayu dok kata ‘ketuanan Melayu .. bumi ini Melayu Islam punya … tapi aku
tengok Melayu dok itu jer juaranya’ … lain-lain aku tengok Melayu lemah ..lemah
dalam perniagaan .. walaupun kerajaan bagi macam-macam bantuan … aku cuma nampak
sorang melayu jer terkaya tergolong dalam senarai 10 billionair di Malaysia
..yang lain..mungkin kaya raya juga tapi tak termasuk lagi dalam senarai …
dalam sukan puok Melayu hebat main bola jer… tapi jaguh kampong … peringkat
ASEAN pun tak mampu nak kekal jadi juara … nak main Wrold Cup ..mimpi jer boleh
.. peringkat ASIAN CUP pun tak lepas … tengok jer INCHEON 2014 ari tu … yang
dok bagi pingat emas untuk Malaysia semua puok-puok bukan Melayu … abis mana
ketuanan Melayu?.. tanya tukang karut … eloknya tak payah la bising-bising
pasal keturunan dan ketuanan .. molek lagi kalau kita terus berjuang sebagai
satu bangsa Malaysia .. tak payah la sebut Harimau Malaya bagai… molek kita
bersatu padu .. tak payah gaduh pasal agama ..pasal ketuanan … hidup kita nie
Tuhan yang pegang … bukan manusia yang tentukan .. nie nak cerita satu lagi
yang ghairah nak berjuang dengan I.S .. gilo ke ? Mati syahid apa ?? kalau
berjuang mempertahankan negara Malaysia … molek laa.. nie nak berjuang untuk
negara orang ..buat apa ? ..takda paedah langsung ..!!! cemuh tukang karut …
puak-puak yang tersangat teruja nak berjuang tu ..puak-puak yang bengong… yang
tersasar hala tuju nak hidup… dengan senyum sinis tukang karut
bercerita..sambil minum Teh Tarik …
Ok..takat
nie la dulu kata Tukang Karut … esok lusa cerita lagi … aku nak ucap terima
kasih kat Tukang Karut sebab sudi cerita dengan aku nie.. ada la bahan untuk
aku tulis … banyak perkara yang kadang-kadang kita ambil mudah … dan tak
terpikir oleh akal kita bahawa rakyat marhaen …lebih memahami dan menjiwai
aspirasi kemakmuran negara … ada yang terlupa …siapa yang meletakkan kuasa di
tangan mereka .. untuk menjadi pemimpin … cuma bila nak dapat kuasa..barulah
ramai yang tergesa-gesa .. menunjuk diri sebagai pemimpin yang menjiwai
aspirasi rakyat … jangan jadikan kesibukan satu alasan ..kerana ‘esok belum
pasti milik kita’ .
Betul... 'Esok belum pasti milik kita'
ReplyDeleteHappy Thursday boss!