Tuesday, October 7, 2014

OH 20 SEN!!

“Sayang kan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” perumpaan yang mungkin boleh digunakan untuk teguran-teguran atau luahan-luahan perasaan rakyat terhadap kerajaan DS Najib di atas tindakan mereka mengurangkan subsidi minyak dan sekaligus menaikkan harga petrol RON95 dan diesel di negara ini. Sejak penguatkuasaan kenaikan harga bahan api tersebut pelbagai kenyataan, luahan perasaan di keluarkan melalui platform media sosial .. ada yang membandingkan harga negara-negara pengeluar minyak yang jelas menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah yang tertinggi dikalangan negara-negara pengeluar minyak. Ternyata tindakan kerajaan DS Najib dua hari sebelum sambutan perayaan Aidil Adha telah mengundang kemarahan sebahagian besar rakyat ..kecuali yang kaki ampu, kaki bodek, yang kaya raya, yang bergaji besar. Kalau tanya pekebun kecil, penoreh getah, penternak, nelayan, opis boi, kerani, malah penjawat awam dalam kalangan P&P … pun merasa marah .. apatah lagi golongan yang kerja swasta … dan jika ada agensi kerajaan atau institusi pengajian tinggi yang berani buat kajian atau survey ..pastinya hasil kajian atau survey tersebut tidak menyokong atau tidak menyebelahi tindakan kerajaan DS Najib.

Rasanya begitulah marahnya masyarakat kerana kenaikan 20 sen harga bahan bakar itu telah menyebabkan ratusan barangan keperluan harian masyarakat naik dengan mendadak. Janji-janji KPDNKK untuk membuat pemantauan yang serius dan mengambil tindakan ke atas peruncit, peniaga yang menaikkan harga barang mungkin hanya bertahan sebulan dua..selepas itu…adakah KPDNKK mampu membuat pemantauan berterusan di seluruh negara ? Apakah Menteri KPDNKK akan merasa kenaikan harga Teh Tarik, roti Canai, Nasi Campur, sayur-sayuran, ikan, daging, ayam, gula, tepung, telor, mentega, garam, kicap, sos dan pelbagai barangan keperluan harian rakyat? Turun padang oleh menteri-menteri hanya sekali sekala ..dan hanya sebagai gimik .. sebabnya tiada seorang pun menteri-menteri atau timbalan menteri yang mampu turun padang setiap hari untuk memeriksa barangan keperluan rakyat … itu satu realitinya.. Jika pun turun padang harga pasti diturunkan dengan segera oleh peniaga..untuk tujuan publisiti … maka seeloknya … tak perlu buat kerana tindakan ini akan lebih meningkatkan kemarahan rakyat yang sebenarnya terbeban oleh kenaikan 20 sen harga petrol!!.. aku tak kata tindakan mengurangkan subsidi petrol itu tidak baik .. cuma tidak berapa bijak dalam keadaan di mana rakyat sedang bergelut untuk menyara kehidupan mereka. Bantuan-bantuan yang pastinya diberi oleh kerajaan ..pasti ada .. seperti BR1M dan sebagainya .. tapi apakah pelaksanaan nya telus dan adil kerana ada sebahagian masyarakat tidak menikmatinya.. bolehkah dijamin bahawa petrol dan diesel dari negara kita tidak di seludup keluar jika harganya lebih mahal dari negara jiran kita?

Sindiran-sindiran pedas oleh beberapa penulis terhadap DS Najib dan kerajaan adalah tanda-tanda rakyat masih sayangkan kerajaan DS Najib dan sanggup menegur pemimpin mereka. Perbandingan harga petrol di negara-negara bukan pengeluar minyak oleh beberapa pemimpin dan penyokong tegar DS Najib bukan sesuatu yang boleh diterima masyarakat hari ini sebab harga minyak dunia sedang menurun. Kenyataan “harga minyak tak naik, hanya pengurangan subsidi minyak” juga tak boleh dipakai ..kerana ianya seolah-olah memperbodohkan rakyat. Gunalah apa pun alasan, ianya sukar diterima rakyat KECUALI kerajaan MAMPU membendung kenaikan harga barangan keperluan harian dan juga perkhidmatan. Sayang sekali, dalam keadaan sokongan rakyat mula nak beralih kepada kempimpinan DS Najib, barisan orang-orangnya telah MENGHADIAHKAN pakatan rakyat PELUANG yang AMAT BESAR untuk mendapat tempat di hati rakyat. PELURU disediakan oleh anggota kabinet DS Najib menembak kempimpinan nya dan sekaligus terus menyukarkan DS Najib memperkukuhkan pengaruh untuk memenangi hati dan jiwa rakyat.

Bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan DS Najib yang bertujuan sebagai kerajaan yang berkebajikan, kerajaan yang penyayang sebenarnya sudah mula diterima oleh rakyat sehingga mereka memberi mandat lebih besar kepada DS Najib dalam PRU13.Dengan keadaan semasa serta tindakan-tindakan yang tidak sehaluan dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” .. mungkinkah PRU14 mencatat satu sejarah baru ..walaupun jaraknya masih jauh .. ianya boleh berlaku jika kerajaan DS Najib terus-terusan mengambil tindakan yang tidak popular kepada rakyat dan tindakan yang menjejaskan kehidupan masyarakat. Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M hanya bersifat sementara, one-off seperti pil Panadol yang menghilangkan kesakitan untuk seketika sahaja… bukanya untuk jangka masa panjang …


“Honor your commitments with integrity” kata Les Brown, ungkapan yang hampir sama dengan ungkapan ‘Janji Ditepati’ dan ianya perlu dilihat sebagai akujanji kempimpinan DS Najib kepada rakyat. Justeru segala janji yang pernah diperkatakan perlu dikotakan..kerana ianya mencerminkan komitmen kempimpinan DS Najib. Anggaplah teguran-teguran dan luahan-luahan kemarahan rakyat sebagai satu maklumbalas yang boleh dipelajari sepertikata Bill Gates “your most unhappy customers are your greatest source of learning” dan “we all need people who will give us feedback. That’s how we improve” .

No comments:

Post a Comment