Monday, October 27, 2014

HERAN KU … FIKIRKAN … BIAR LAA..

Aku terkedu ..membisu seribu bahasa.. dan terasa agak heran sedikit .. bila membaca kenyataan beberapa manusia yang aku anggap tak berapa nak cerdik sangat . Selalu aku baca kenyataan-kenyataan pedas beberapa orang yang berkuasa mengatakan ‘kalau tak suka Malaysia, silalah keluar’ ..dan ramai yang komen penuh emosi kenyataan-kenyataan tersebut. Pada aku.. betul la tuu ..bukan la aku nak sokong kenyataan mereka … tapi apa yang mereka katakana adalah betul dan tepat sama sekali. Aku kata betul dan tepat kerana buat apa duduk di Malaysia kalau setiap hari hati kita, jiwa kita, minda kita sentiasa tidak bersetuju dengan segala tindak tanduk pemerintah? Setiap hari jiwa kita meronta-ronta untuk menyuarakan ketidak puashan hati .. setiap hari hati kita bagai diruntun melihat kezaliman (perasaan kita laa) yang berlaku … dan setiap hari minda kita di korupkan dengan pelbagai imej visual yang kita tidak suka … dan lama-kelamaan … kesihatan kita boleh terganggu …seperti boleh terkena darah tinggi, strok dan sebagainya …

Alangkah baiknya langkah-langkah yang diambil oleh beberapa manusia yang berpandangan jauh..berwawasan .. yang menyahut seruan untuk berhijrah..berpindah kerana tidak tertanggung dengan segala beban azab semasa tinggal di Malaysia .. mereka boleh sebebas-bebasnya melakukan segala apa yang terbuku di hati .. tanpa takut untuk dikenakan dengan undang-undang seperti di Malaysia. Aku tabik dengan Alvin Tan dan juga Ali Abdul Jalil . ..dan jika ada ramai lagi yang merasakan Malaysia ini kolot, zalim dan masih dizaman batu .. biarla mereka pergi .. mencari kedamaian, mencari ketenangan dan mencari kebebasan di negara yang mereka rasa adalah ‘rumah’ mereka. Jangan marahkan mereka .. kerana mereka inginkan kebebasan..mereka nak mengutuk nak mengkritik .. dan mereka nak cabar undang-undang … dan mereka nak menjadi hero … biar la.. rasailah itu semua di negara baru mereka..kerana Malaysia sememangnya tidak sesuai untuk orang-orang seperti mereka … tapi aku tabik kerana mereka lebih ‘gentlemen’ daripada pemimpin politik yang menghina, mencemuh dan memburukkan negara sendiri..tetapi masih lagi makan gaji dan mencari rezeki di negara yang mereka kutuk, hina cerca … pelik kan ? Lagi pelik ialah orang-orang luar negara yang terpengaruh .. kata sekolah sampai dapat PhD..doctorate… tak boleh menilai..tak boleh menganalisa … malah tak mampu untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah .. apakah kumpulan yang keluar negara mencemuh menghina dan mewar-warkan keburukan negara menggunakan ilmu hitam atau mempunyai kemahiran seperti David Blaine ?

Bukan nya aku nak mengangkat Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil sebagai ikon atau hero..aku cuma mengajak orang-orang Malaysia untuk mengucap tahniah kepada mereka berdua kerana telah bertemu negara impian mereka.. dan aku juga mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan mereka di negara pilihan mereka .. mungkin disana nanti mereka boleh sewenang-wenangnya mengkritik negara angkat mereka tanpa dikenakan undang-undang seperti di Malaysia..mungkin di sana nanti mereka boleh hina pemimpin, raja atau guna bahasa rasis … tanpa ada tindakan oleh pihak berkuasa … dan jika mereka masih menghina Malaysia ..maka bermakna mereka boleh kita anggap sebagai cyber warrior sahaja … yang tak perlu kita hebohkan..yang tak perlu kita ambil tahu ..atau beri publisiti pun… sebab mereka hanya berani bila berada jauh daripada undang-undang negara ini …. biarla mereka.. kerana lama-kelamaan..jika tiada orang peduli…mereka hanya akan hilang begitu sahaja di alam maya .. walaupun mereka nak meroyan macam mana pun..

Ye la ..aku bukan ahli politik atau sokong mana-mana politik .. yang betul kita sokong yang salah kita kondem juga kan .. tapi bila orang kata Malaysia nie zalim… aku pun terpinga-pinga juga … zalim macamana ? zalim dari sudut mana ? mungkin pandangan kita berbeza .. tapi bagaimana tahap kezaliman di Malaysia ? Adakah orang-orang yang mengkritik itu terus ditangkap dan dipancung kepalanya atau di tembak seperti di beberapa negara lain ? Adakah orang-orang yang memprotes dan membuat demonstrasi jalanan itu ditangkap dan terus dihukum gantung sampai mati atau di penjara seumur hidup mereka seperti yang berlaku di beberapa negara ? atau sesiapa sahaja yang menghina itu terus dilucut kerakyatan nya ? adakah perkara yang saya sebut itu berlaku di Malaysia ? Malah setahu aku la orang yang dikenakan ISA dulu pun masih boleh bertanding sebagai ahli Yang Berhormat ..orang yang masuk penjara pun boleh jadi MP .. zalim ka itu ? Sedangkan Amerika pun masih mengenakan hukuman tanpa bicara dan meletakkan orang yang disyaki bersalah di Guantanamo Bay … malah … Singapura yang diagung-agungkan oleh sebahagian besar orang-orang yang mengatakan Malaysia ini zalim ..masih mengekalkan Akta Dalam Negeri mereka… aku tak kata pemimpin negara ini seratus peratus betul … sebab mereka juga adalah manusia seperti orang-orang yang mencemuh, mengutuk dan mencerca mereka … memang ada kelemahan mereka juga … kalau nak kata zalim… emmm aku ingin sangat nak tahu tahap mana kezaliman mereka …


Seingat aku..dulu rakyat Libya kata Muammar Gaddafi adalah pemimpin yang zalim..tetapi hari ini ramai penduduk Libya merasakan keadaan Libya adalah lebih baik dizaman Gaddafi berbanding pemimpin mereka sekarang (aku baca dari artikel tulisan seorang penulis barat..aku lupa namanya) .. sama juga dengan penduduk Iraq yang merasakan kerajaan pimpinan Saddam Hussein menjamin kehidupan yang lebih baik berbanding pemerintah yang memerintah Iraq pada hari ini. Mungkin ada yang mengatakan Bashar Al-Assad adalah pemimpin Syria yang kejam … tetapi siapa dapat mengatakan Syria akan terus makmur jika Bashar Al-Assad digulingkan ? Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita inginkan .. takut nanti yang kita nampak di pertontonkan hanya satu ‘sandiwara’ … dan akhirnya jadilah kita warga Libya dan Iraq yang inginkan kedamaian, ketenangan dan juga kesejahteraan… yang mungkin tidak mampu dikembalikan lagi..  

Thursday, October 23, 2014

UH UH.. LAWAK KER ?

Dalam seminggu dua ini memang perut aku sakit .. tak tertahan rasanya … bukan sakit kerana salah makan ka ..apa ka ..tapi sakit kerana terlalu banyak gelak .. gelak meilhat dan mendengar statement-statement yang melucukan … terutamanya dari beberapa orang yang bergelar menteri .. dan juga dikalangan poyo-poyo yang nak dikatakan pintar pun salah .. nak kata tidak berpelajaran pun salah … bila kerajaan naikkan harga petrol sebantak 20 sen … ramai yang marah dan merungut … sebagai jawapan poyo … adalah hamba Allah yang begitu pintar mengatakan … ‘bukan harga minyak naik , pengurangan subsidi jer … demi kepentingan rakyat juga’ … aku tak tau la tang mana ‘demi kepentingan rakyat’ tapi aku tau la … yang statement tu … macam putar alam jer …keras perut aku menahan gelak ..sebab is mamat nie ingat ini zaman 60an atau 70an ker ? ..bila buat statement cam tu… adooiiii ….  dalam pada tu .. tiba-tiba ada pulak kata MP kena ikat perut sebab elaun sebagai wakil rakyat tak cukup tinggi .. tak sepadan dengan tanggungjawab mereka !! … kesian sungguh kerajaan dengan wakil-wakil rakyat yang bertungkus lumus siang malam turun padang tolong selesaikan masalah rakyat ..dari parit tersumbat ..hingga hulur bantuan kepada rakyat yang miskin (itu pun jika ada TV3 datang untuk program BERSAMA MU) … memang tak cukup elaun yang wakil rakyat terima … walaupun ada dikalangan mereka yang menjadi pengerusi GLC … ahli lembaga syarikat … ada bisnes sendiri … yang jadi menteri..timbalan menteri … yang jadi ADUN juga … memang tak cukup… berbanding rakyat jelata … bila bab rakyat mengeluh pasal kenaikan harga barang … ada pulak melaun kata ..alaaa ‘cukup la gaji RM2500.00 sebulan tu ..jika pandai mengurus’ … benar-benar memang kebanyakkan rakyat tak pandai mengurus .. aku setuju tu … camana nak mengurus sewa bas sekolah untuk anak-anak pergi balik sekolah.. bukan ada debar pun untuk hantar atau ambik anak balik kan ? … alaaa… kalau sekolah kerajaan beri bantuan Baucer Buku 1Malaysia … ayoyooo ..lupa maa… tapi BB1M bukan tamping bayar itu sewa van sekolah maaa … weiii lu lupa ka itu Bantuan Rakyat 1Malaysia ada … loo … cit … itu BR1M ‘one-off’ laaa… bukan satu taun itu kerajaan kasi bantu … memang banyak terima kasih laa… tapi kenapa kepentingan MP lebih penting dari kepentingan rakyat ??????

Lagi lawak bila ada kempen ‘Jom Bawa Bekal’ .. ha ha ha..memang murni niatnya … tapi biar betul ler… kesian kat peniaga-peniaga kecil yang dapat tender kat café dan kantin di kementerian-kementerian dan jabatan … alamat bungkus la bisnes  mereka lepas nie .. sebab ramai penjawat awam tak akan pegi café dan kantin ..sebab semua bawa bekal … errr…lupa nak tanya menteri bawa bekal ke?? Ahaks ahaks …. Lagi gempak kalau menteri bawa bekal .. dan tunjuk kat media kan !!..itu baru namanya.. kepimpinan melalui teladan kata mantan PM Tun Mahathir… tak tau la sejauh mana kempen itu berkesan..tapi untuk kempen itu sahaja dah telan banyak kos ..camana nak ajak penjawat awam berjimat ?? .. transformasi sana ..transformasi sini … gitu juga akhirnya … berdentam dentum … gitu juga akhirnya … tukar logo ..kata nak tukar imej … gitu juga akhirnya …. Nak tau juga berapa banyak jabatan dan kementerian yang masih bergantung kepada ‘hard copy’? ada tak jabatan dan kementerian yang sepenuhnya ‘paper-less’ dalam urusan harian ? berapa banyak kementerian dan jabatan yang menyediakan gajet kepada anggota nya untuk memudahkan urusan secara atas talian sahaja ?? Jika di buat kajian … berpuluh-puluh kementerian dan beratus lagi jabatan yang masih bergantung kepada hard copy untuk urusan dalaman!!! .. kerajaan belanja jutaan ringgit untuk kemudahan IT dan prasarana IT .. tinggal 5 tahun saja lagi … nak ke 2020 … tapi prasarana dan kemudahan IT di sesetengah jabatan ..amatlah menyedihkan … lawak kan ?? Tiada penyelarasan dalam penggunaan perkakasan dan perisian IT .. ada kementerian / jabatan yang canggih ..terlalu canggih da nada yang masih ‘tersangkut’ dalam perisian 90an … alasan nya tak terkejar evolusi IT yang begitu cepat … hingga mereka ketinggalan kerana tiada peruntukkan disediakan … lawak kan ??

Aku bukan pelawak tapi aku mudah tergelak melihat atau membaca … yang dalam tafsiran aku melucukan ..mungkin tidak bagi orang lain … terutamanya dalam kekecohan majlis IWTTAD .. yang majoritinya memberi komen negatif kepada penganjur tersebut .. nak kata salah .. aku pun bukan ularmak .. nak kata betul .. aku bukan ilmuan agama .. tapi pada aku … penganjur tak sensitif dengan persekitaran sendiri!! .. Jelas dalam Perlembagaan Malaysia, Islam itu ‘ugama rasmi Persekutuan’ dan majoriti nya orang Melayu . Apa yang aku tahu ‘menyentuh anjing dengan sengaja’ adalah salah / haram .. kecuali dalam keadaan kecemasan seperti membantu /menyelamat anjing yang dalam keadaan bahaya .. atau anjing membantu kita .. itu apa yang aku tahu. Bila buat event itu dengan objektif untuk menghilang persepsi / salah tanggapan / takut kepada anjing … terutamanya kepada orang Islam … memang nak cari nahas la jawabnya … memang kena bantai ..dan pastinya akan kena siasat..silap-silap kena dakwa oleh pihak berkuasa. Sori .. bukan nak mengutuk bro .. aku pun ada sedara mara yang bukan Islam … yang ada bela anjing … dan mereka tau .. dan paham … apabila sedara mara Islam datang rumah … mereka tidak akan lepaskan anjing … atau benarkan anjing mereka mendekati sedara mara Islam .. tak kecoh pun .. sebab dah biasa tengok dan tau batasan masing-masing … malah kalau orang Islam pegi rumah panjang sekali pun… kaum Iban yang bela anjing tau batasan … mereka tak benarkan anjing-anjing mereka berkeliaran … dan mendekati tetamu mereka yang beragama Islam … sebab apa ?..sebab nya kami dah saling hormat menghormati agama masing-masing..budaya hidup masing-masing … tak perlu nak kecoh..tak perlu nak heboh .. benda kecik dah jadi besar.. perkara yang mudah sudah menjadi sukar .. semuanya kerana apa ? kerana kebodohan dan keangkuhan masing-masing untuk menonjol diri disamping terpengaruh dengan bisikan-bisikan ‘kepentingan’ politik orang lain…. akhirnya kita semakin membina jurang di antara kaum ..jurang diantara budaya .. dan jurang antara agama … apa yang dicapai tidak lebih daripada tohmahan, kutukan..dan menjadi isu politik dan polemic antara orang-orang Islam dan bukan Islam. Cuba la belajar untuk menghormati .. dan belajar untuk merasai sensitivity .. agar kita lebih memahami antara satu sama lain .. dikalangan kepelbagaian etnik , kepercayaan agama dan juga kebudayaan hidup … jangan jadikan semuanya isu politik atau perkara untuk menjadikan diri popular.. to be in the limelight in for the wrong reason ..


Jika negara ini teruk .. buruk dan zalim seperti yang di perkatakan oleh sebahagian rakyatnya… pasti tidak akan ada imigran atau golongan PATI mengadai nyawa menyusup masuk ke Malaysia semata-mata nak mencari rezeki … ada tak orang Malaysia nak ‘menyeludup’ diri mereka ke Mynmar, Bangladesh, Vietnam, Filipina dan juga Indonesia ? 

Monday, October 20, 2014

EH ? OOOPSSS... SORI .. SIK PANDEY KELAKA .... LUPA

Kadang-kadang aku tergelak .. or ‘tetak’ dalam dialek Sarawak bila mendengar ada orang lupa nak bercakap dalam bahasa sendiri..sebab dah duduk di luar negara konon nya ..walau pun hakikatnya ..baru jer setahun duduk di luar negara .. he he he.. pada pandangan aku .. itu memang sengaja nak berlagak laa.. sebab berpuluh tahun membesar di negara sendiri … menggunakan dialek sendiri bila bercakap dengan ibu bapa dan juga keluarga .. tiba-tiba boleh lupa … bila dah belajar di luar negara … walau baru setahun… pun !! ..dan itu juga menandakan orang seperti itu akan lupa pada asal usulnya sendiri satu hari kelak … sebab baru setahun dah lupa dialek sendiri.. kalau lima tahun di luar negara mungkin dia lupa..asal usul keturunan moyangnya sendiri … itu tidak mustahil kan … banyak kali aku jumpa sepsis manusia macam nie sebenarnya ..yang dah tak boleh bercakap dalam bahasa asal usul mereka sendiri ..konon-konon dah lupa … contohnya bahasa Sarawak.. dialek Melano, dialek Iban … bahasa Malaysia pun lupa … macam anak-anak yang kena hukum di Sweden tu.. sampai tak dapat berbahasa Melayu sebab duduk di luar negara … aku tak tahu lah berapa lama..tapi bahasa inggeris pun masih berterabur lagi … bukan la nak mengata … tapi tak kan la ibu ayah mereka guna bahasa inggeris untuk berkomunikasi dalam rumah juga ??? …

Bagi aku memang aku rasa jengkel bila ada rakyat Malaysia yang tiba-tiba lupa bahasa Melayu mereka … tambah lagi lupa dialek asal yang sememangnya digunakan sepanjang kita membesar dikalangan kaum keluarga terdekat dan ibu bapa dan adik beradik kita … dan aku penah bertemu anak Sarawak berketurunan Iban yang tak tahu dialek Iban … kerana belajar di luar negara sejak 5 tahun lalu … musykil bagi ku kerana aku ada kawan keturunan Iban .. yang dah hidup di luar negara lebih 10 tahun..tapi dialek Iban nya masih kekal hebat ..still intact and not contaminated  .. kata omputih.. ada juga aku bertemu dengan orang melano camporan ..yakni ibu Inggeris ayah melano … boleh pula bercakap melano ..walaupun agak slanga sikit ..tapi sekurang-kurangnya ..dia paham dan tahu… dan aku sememangnya rasa orang-orang yang lupa dialek sendiri nie.. lebih kepada mentaliti, sikap serta ego .. nak menunjuk nunjuk .. bukan nak memuji diri laaa. … sebagai anak melano yang tidak membesar dalam environment Melanau sepenuhnya ..tetapi bahasa melano Mukah tidak akan dilupakan.. walaupun teylo dan slang tidak original … aku sentiasa berbangga dengan dialek asal usul ku … dan aku bangga aku boleh bertutur dalam dialek Iban dan pastinya bahasa Melayu Sarawak … bahasa perantara anak-anak Sarawak… mun lah anak Sarawak sik panday kelaka Sarawak … endak la tau agi .. ya nang eksyen benar ya

Memang ada jenis orang seperti itu sebab aku pernah terjumpa keluarga yang tak menggunakan bahasa Melayu Sarawak.. dan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya .. walaupun mereka adalah keluarga melano Sarawak … he he he … malas nak cerita banyak-banyak kan … alasan mereka ?? supaya anak-anak boleh menguasai Bahasa Malaysia dalam peperiksaan.. a very lame excuse indeed!!  Tapi jangan heran kalau ada dikalangan etnik di kawasan ulu, terutamanya orang-orang tua kaum Kenyah, Kelabit, Punan, Beketan dan juga Kayan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan anda ..kerana mereka satu ketika dulu dipengaruhi oleh bahasa Indonesia … tapi kalau generasi baru ..memang berkomunikasi dalam dialek Sarawak .. dan jangan juga terkejut jika bertemu dua Bidayuh bercakap dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu Sarawak … bukan mereka malu menggunakan dialek Bidayuh … mereka sebenarnya mungkin berasal dari dua etnik Bidayuh yang tidak sama bahasa seperti antara etnik Bidayuh Selakau dan Bidayuh Jagoi .. sama juga dengan Melano Mukah dengan Melano Matu, Daro, Jerijeh, Rajang dan Belawai . Sama keturunan etnik Melanau tetapi bahasa mereka tidak sama ….


Tapi aku tetap heran kenapa .. atau ‘kenak apa’ dalam bahasa Melayu Sarawak … ada manusia boleh lupa bahasa asal usul mereka. Adakah mereka malu dengan asal usul keturunan mereka atau mereka mempunyai sindrom rasa rendah diri yang terlampau bila berkaitan dengan asal usul mereka. For me .. I have always been proud to call myself a Melanau, a Sarawakian .. no matter where I go or where I live .. and I always told my daughters.. be proud of who you are … your ancestors and your upbringings …  sik da apa nak pakay kerepak agik sebenarnya … 

dan kepada semua anak Sarawak .. di mana saja berada di bumi Semenanjung tuk .. jom kita sama-sama memeriahkan Program Lan Berambeh …

Thursday, October 16, 2014

CERITA SEMALAM ..satu kesinambungan

Semalam aku bawa cerita tukang cerita, cerita tukang karut, cerita si Bayan dan cerita penglipurlara .. hari ini aku nak bawa cerita yang di bawa si tukang karut ..maklumlaa..tukang karut banyak cerita mengarut .. he he he .. jom kita mengarut ..asalkan jangn mencarut … cerita ini kesinambungan tentang seorang menteri yang kata harga Cendol tak naik walau pun harga petrol naik .. so tukang karut kata elok la menteri itu diberi gelaran ‘Menteri Cendol’ … sebab asyik nak mencendol pemikiran rakyat sahaja … dia tak tahu kata yang ‘Cendol’ tu bukan makanan asasi atau makanan harian rakyat Malaysia .. tak ada kesan pada sapa-sapa pun..kalau harga Cendol naik … sebab orang tak akan beli Cendol untuk kenyangkan perut keluarga mereka … harap-harap la menteri tu tak ajak DS Najib turun padang dan tunjuk dengan media ..harga cendol tak naik .. tak pasal-pasal DS Najib pula kena Cendol dengan rakyat..macam dia buat dengan kangkung dulu … tak pasal-pasal DS Najib di Kangkungkan oleh rakyat..dan musuh tradisinya … dah la tu .. ingat lagi ‘trade mark’ ayam dia ?? .. rasa nya dia nie layak la di Cendol kan oleh DS Najib dalam PRU akan datang … kata tukang karut …

Tukang karut juga nak bagitau ….pe’ el sorang timbalan menteri nie .. dulu dia pernah kata ‘kerajaan tanggung tiga (3) bulan hidup rakyat Malaysia’ dengan adanya bantuan BR1M .. tak tau apa dia nak bagitau pulak selepas nie bila kerajaan naikkan pemberian BR1M ? Mungkin dia kata ‘kerajaan tanggung enam (6) bulan hidup rakyat Malaysia’ selepas nie … dia ingat rakyat yang terima BR1M tu makan tido sahaja ka? Orang-orang yang terima BR1M tu ada anak yang perlu ke sekolah ..betul la ada BB1M.. tapi tambang Van ..BR1M juga tanggung ka selama masa anak mereka pegi sekolah? Dia orang perlu cari rezeki … minyak keta BR1M tanggung juga ka sepanjang tahun ? Ini rakyat marhaen kata ..kata tukang karut dengan senyum sinisnya … tukang karut kata orang berduit..orang kaya tak kata apa-apa ..sebab taka da kesan pun pada mereka … Cuma tu jer laa..kesian dia orang dekat ahli YB MP .. sampai ikat perut sebab elaun mereka terlalu kecik … walaupun ada elaun drebar dengan kereta … tu tak masuk elaun-elaun sebagai Pengarah syarikat … kan.. rupanya masih miskin juga para ahli Parlimen di Malaysia nie … kata si tukang karut …

Tukang karut juga nak cerita … rakyat Malaysia nie bising-bising pasal kenaikan harga barang.. kenaikan harga petrol ..tapi asyik-asyik minta harga kereta diturunkan ?? Sebab apa ?? Mungkin sebab ramai yang teringin nak pakai kereta mewah..nak pakai mesidis..bmw..audi..waksegon.. koman-koman pun Honda… maklumlaa.. harga keta jenama-jenama tu..kalau tak kaya ..jangan pakai weh… beli mungkin mampu ..nak bela sepanjang tahun tu yang ramai tak tahan … tapi masih ramai juga yang sangat teringin nak guna.. kot nak tunjuk status masing-masing.. ye la.. kalau YB ..tak kan nak pakai Proton Saga .. Iriz .. ish buat malu saja …kureng-kureng pun YB kena pakai kalau Proton pun pakai Perdana yang kulit Honda tuu… pembantu kiri dan kanan YB mesti juga nak pakai mesidis ..bmw ka..baru ada kelasss … kelasss gituuu kaaan!!. Itu yang buat aku tak paham kata tukang karut … bila harga minyak naik .. harga barang naik… ramai pakat buat demonstrasi …. Tapi bila harga barang turun … tak da pulak yang berarak di jalanan ucap terima kasih ?? … begitulah serba sedikit kekeliruan dan kebengapan si tukang karut …

Maaf weh… kata tukang karut ..nie cerita pasal ketuanan Melayu .. aku bingung nie kata tukang karut.. bingung.. kenapa bingung tanya aku yang juga bingung..nasib baik tak bengong tengok perangai tukang karut… kawe bingung bila rama-rama puok Melayu dok kata ‘ketuanan Melayu .. bumi ini Melayu Islam punya … tapi aku tengok Melayu dok itu jer juaranya’ … lain-lain aku tengok Melayu lemah ..lemah dalam perniagaan .. walaupun kerajaan bagi macam-macam bantuan … aku cuma nampak sorang melayu jer terkaya tergolong dalam senarai 10 billionair di Malaysia ..yang lain..mungkin kaya raya juga tapi tak termasuk lagi dalam senarai … dalam sukan puok Melayu hebat main bola jer… tapi jaguh kampong … peringkat ASEAN pun tak mampu nak kekal jadi juara … nak main Wrold Cup ..mimpi jer boleh .. peringkat ASIAN CUP pun tak lepas … tengok jer INCHEON 2014 ari tu … yang dok bagi pingat emas untuk Malaysia semua puok-puok bukan Melayu … abis mana ketuanan Melayu?.. tanya tukang karut … eloknya tak payah la bising-bising pasal keturunan dan ketuanan .. molek lagi kalau kita terus berjuang sebagai satu bangsa Malaysia .. tak payah la sebut Harimau Malaya bagai… molek kita bersatu padu .. tak payah gaduh pasal agama ..pasal ketuanan … hidup kita nie Tuhan yang pegang … bukan manusia yang tentukan .. nie nak cerita satu lagi yang ghairah nak berjuang dengan I.S .. gilo ke ? Mati syahid apa ?? kalau berjuang mempertahankan negara Malaysia … molek laa.. nie nak berjuang untuk negara orang ..buat apa ? ..takda paedah langsung ..!!! cemuh tukang karut … puak-puak yang tersangat teruja nak berjuang tu ..puak-puak yang bengong… yang tersasar hala tuju nak hidup… dengan senyum sinis tukang karut bercerita..sambil minum Teh Tarik …


Ok..takat nie la dulu kata Tukang Karut … esok lusa cerita lagi … aku nak ucap terima kasih kat Tukang Karut sebab sudi cerita dengan aku nie.. ada la bahan untuk aku tulis … banyak perkara yang kadang-kadang kita ambil mudah … dan tak terpikir oleh akal kita bahawa rakyat marhaen …lebih memahami dan menjiwai aspirasi kemakmuran negara … ada yang terlupa …siapa yang meletakkan kuasa di tangan mereka .. untuk menjadi pemimpin … cuma bila nak dapat kuasa..barulah ramai yang tergesa-gesa .. menunjuk diri sebagai pemimpin yang menjiwai aspirasi rakyat … jangan jadikan kesibukan satu alasan ..kerana ‘esok belum pasti milik kita’ .

Wednesday, October 15, 2014

CERITA SANA SINI


Cerita hari ini ialah tentang cerita semalam..cerita-cerita yang diceritakan oleh tukang cerita dalam laman sosial . Cerita pertama ialah mengenai seorang ahli sukan yang semasa hayatnya telah mengharumkan nama negara namun tidak pernah diberi perhatian yang sewajarnya..apatah lagi imbuhan-imbuhan yang setimpal dengan usahanya memertabatkan nama negara di peringkat Asia…malah di satu ketika dalam hidupnya walaupun mendapat gelaran Mr.Asia banyak kali ..dilihat menjual obat-obatan di kaki lima untuk menyara kehidupanya …kini hanya setelah pemergianya barulah … diberi pengiktirafan dan sanjungan … dan bakal diberi imbuhan yang setimpal .. kata cerita mereka … sedangkan ada atlet negara hari ini … baru sekali mendapat pingat di Sukan Asia … bermacam-macam imbuhan di terima..disanjung dan dipuja … dan diceritakan pula sepanjang kehidupan nya.. meskipun menghadapi pelbagai kesukaran.. arwah tidak pernah meminta-minta daripada mana-mana pihak ..tetapi atas dasar cintakan bidang sukan yang sangat dimintainya … berusaha menjadikan dirinya yang seorang ahli sukan yang terbaik … itulah semangat yang harus dicontohi oleh atlet-atlet muda negeri dan negara .. semoga roh arwah  disemadikan bersama orang-orang yang mulia ..

Cerita kedua ..dari coretan si tukang cerita mengenai seorang ahli politikus yang mendapat kritikan orang ramai kerana mulutnya yang celupar..tidak henti-henti mencarut tentang mempertahankan hak keagamaan … malah beliau dilabel ‘Si Katak’ kerana kegemaran nya melompat parti .. mengikut kesesuaian dirinya ..dimana dia merasakan dia boleh ‘survive’ … setelah dikecam dan dituduh bersifat ekstrimis kerana mengeluarkan kenyataan untuk membakar ‘Al-Kitab’ ..beliau tiba-tiba menukar intonasinya … dan menyalahkan pihak lain kerana memutar belit kenyataan nya..dan terseret sama dalam permainan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ..yang mempertahankan tindakan kerajaan untuk tidak mendakwa ahli politikus itu di mahkamah atas tuduhan rasis… hebatnya permainan ‘Si Katak’ hinggakan beliau bebas dan kebal dari tindakan undang-undang negara … mungkin ini rezekinya kerana mampu berlindung di bawah payung besar yang berkuasa … tetapi apa terjadi jika payung itu koyak rabak satu hari nanti …

Cerita ketiga … cerita dari penglipurlara mengenai Putrajaya … yang akan menjadi litar lumba Formula E … sedang dibina pit untuk kereta-kereta lumba seperti Formula One .. yang berkuasa elektrik .. di hadapan bangunan Kementerian Kewangan .. menjadikan Putrajaya dari sebuah bandar lestari yang cantik ..dipenuhi taman .. kepada sebuah Bandar yang hodoh di pagari simen dan dawai … dan pastinya akan menyusahkan penduduk Putrajaya untuk lima tahun akan datang. Apakah dengan adanya perlumbaan Formula E di Putrajaya akan meningkatkan pelancongan negara dan juga menambah kepada pendapatan negara ? Apakah dengan adanya perlumbaan Formula E di Putrajaya akan memberi impak ekonomi yang tinggi kepada negara dan juga pengusaha-pengusaha Kecil dan Sederhana ? Adakah ianya juga akan memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga kecil semasa berlangsungnya perlumbaan itu ? Apakah Formula E itu tidak boleh diadakan di Litar Sepang yang sedia ada  atau Litar Sepang hanya untuk Formula One sahaja ? Tidak cukupkan Litar Sepang untuk perlumbaan peringkat antarabangsa? Inilah persoalan-persoalan yang berlegar berputar dalam kepala kebanyakkan masyarakat marhaen .. kerana tiba-tiba Putrajaya sudah bertukar menjadi litar lumba pula … sebab mungkin tak jadi nak bawa Hard Rock satu ketika dahulu kala …

Ini cerita ke-4 yang boleh buat penjawat awam melompat-lompat … bukan gembira tetapi menahan rasa marah .. ya la kan ..bila bab untuk mengkaji semula gaji penjawat awam ..kerajaan kata tunggulah..selepas GST dilaksana .. sebab banyak perkara kerajaan nak pikirkan .. tetapi bab kenaikan elaun ahli Parlimen .. lama dah mereka pikirkan … bak kata seorang Menteri ..mereka terpaksa ikat perut kerana elaun mereka terlalu kecil dan tak setara dengan tanggungjawab yang mereka pikul … sebenarnya ada kebenaran kata beliau itu … cuma beliau lupa … ahli-ahli YB yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri ..gaji berapa ? Ahli YB MP yang juga menjadi YB ADUN … dah double dah gaji mereka … itu belum lagi dikira ahli YB yang menjadi Pengerusi GLC … yang menjadi ahli Lembaga Syarikat … dapat pelbagai kemudahan …  penjawat awam ada apa selain gaji yang mereka perolehi dari bekerja ?? Cuma bab ini satu jer kebaikan aku nampak … kenaikan ini telah menyatukan BN, DAP, PKR dan PAS … ‘unity in monetary gains’  … are they any difference ? … he he he he …. cakap la macam mana pun … kata si tukang karut yang membawa cerita ..dengan senyuman sinisnya …

Cerita kelima di bawa si Bayan yang banyak mengomel .. .. tentang negeri burung kenyalang … tetapi dikatakan sebagai lubuk Sang  Buaya Batang Lupar … yang laparkan pembinaan sebuah Lebuh Raya .. tetapi hingga kini masih berstatus jeraya … dapat peruntukkan berbilion ringgit malaysia … dah dua kali bajet ..tak tau bila siap nya .. dulu dapat RM21 bilion ..mungkin digunakan untuk bayar pampasan tanah penduduk yang terbabit sahaja ..selain bayar pokok-pokok di tepi jeraya … sekarang dapat lagi RM27 bilion… di katakan akan siap ..ka atau baru nak mula bin aka pada tahun 2025 ?? Gitu ka wahai si bayan yang celupar? Aku tak tau la berapa banyak billion tu..tapi aku tahu ianya banyak …lebih banyak dari million atau juta … ada elok dan buruknya bila ada Lebuh Raya ….. kerana yang untung tukang bina nya … kualiti entah tak tahu macamana …mungkin macam Lebuh Raya Plus .. ka atau Lebuh Raya Sprint ka.. atau Lebuh Raya Kajang Silk ka.. atau Lebuh Raya Guthrie ka .. atau Lebuh Raya Pantai Timur ka…eh..banyaknya Lebuh Raya di Semenanjung … .. bila agaknya nak dengar Lebuh Raya Pan-Borneo yang menghubung dua negeri di Kepulauan Borneo … jangan seperti kata Alleycats .. ‘hingga akhir nanti’ … macam juga jeraya Kapit-Sibu … 51 tahun masih tertunggu-tunggu … alamaaak ..kata si Bayan … PRN dan PRU lamaaaaa lagiiiii ….


Banyak lagi cerita..tapi tak pa..cukup dulu sampai sini … lain kali aku tanya lagi tukang cerita …tukang karut dan si bayan … maklumla … harga cendol sudah diturunkan walaupun harga petrol dinaikkan … jadi nasihat nya … hari-hari lah makan cendol..sebab ianya lebih murah … 


Monday, October 13, 2014

ANGNGOL ..

Tak paham ?? Angngol ialah istilah dalam dialek Melayu Sarawak yang sewaktu dengan BINGUNG ..KELIRU.. .. atau confuse dalam bahasa orang putih.. Ia mencerminkan keadaan seseorang yang tidak pasti dengan apa yang berlaku disekelilingnya .. KonFius … sememangnya dalam dua tiga hari ini agak keliru dengan pelbagai komen, kenyataan oleh ‘pakar-pakar ekonomi’ .. ‘pakar-pakar dalam politik’ dan strategist-strategist dalam negara samada yang bertauliah, tidak bertauliah .. kerana masing-masing mengemukakan pendapat serta pandangan mereka ..melalui pelbagai platform sosial … Mungkin akal ku tidak tercapai intelligence yang dimiliki oleh pendebat dan pencetus pelbagai komen yang adanya berbentuk ilmiah ..ada yang hanya merapu-rapu tak tentu hala .. ada yang lebih kepada mengutuk sahaja ..tanpa mengemukakan apa altenatif…selain cuba untuk meremeh pandangan orang lain … begitulah senario platform sosial Malaysia seketika ini selepas DS Najib membentangkan Bajet 2014.

Aku tak nafikan .. ramai yang agak terkilan dan mungkin juga rasa tidak puashati dengan kenaikan elaun ahli-ahli Parlimen dalam Bajet 2014 kerana ia mencerminkan seolah-olah kerajaan tidak perihatin kepada masalah rakyat sebaliknya lebih mengutamakan ahli-ahli YB yang bukan sahaja mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada kebanyakan rakyat malah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang tidak ada pada rakyat jelata. Malah sebahagian besar ahli YB mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada pendapatan rakyat.  Selain itu kenaikan elaun ahli YB Parlimen juga dilihat tidak sesuai dengan keadaan semasa dimana rakyat sedang bergelut dengan kenaikan petrol sebanyak 20 sen yang pastinya mencetus kenaikan harga barang keperluan .. dan sepatutnya inilah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan ..bukan nya menyelesaikan masalah serta tuntutan ahli YB yang sudah kaya raya!! ….inilah pandangan dan reaksi rakyat jelata ke atas kenaikan elaun-elaun ahli Parlimen yang disifatkan ‘lebih mengutamakan orang kaya’… sebab itulah aku sendiri menjadi angngol dengan tindakan kerajaan yang mempunyai slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ …

Aku juga angngol dengan perdebatan isu Oktoberfest yang dikatakan boleh menghancurkan akidah orang Islam di negara ini jika pesta arak ini dibiarkan berterusan. Aku bukan seorang ulama ..apatah lagi Ularmak … kerana pada pendapat aku..orang-orang Islam sudah semestinya diHARAMkan meminum arak ..dan PAStinya mereka tidak akan menyertai Oktoberfest .. dan jika ada ahli-ahli parti DAP yang menyertainya ..itu adalah hak ahli mereka..dan tiada siapa pun boleh melarang ..kecuali ada undang-undang negara yang tidak membenarkan Oktoberfest diadakan di negara ini..dan undang-undang juka mengHARAMkan setiap rakyat Malaysia..tanpa mengira agama untuk meminum arak!!! … apa yang aku tahu seorang bukan Islam tidak dilarang untuk meminum arak di dalam mana-mana premis yang dibenarkan …maka jika Oktoberfest diadakan secara tertutup … ianya tidak salah (dalam pandangan aku) …dan jika ada rakyat Malaysia yang beragama Islam yang menyertai Oktoberfest dan minum arak …itu tanggungjawab dia sendiri ..iaitu antara dia dengan Tuhan … dan jika melakukan nya secara terbuka..itu adalah tugas penguatkuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan. Perkara itu sebenarnya tidak perlu diperbesarkan … kerana Oktoberfest sudah lama berada di Malaysia … dan dijalankan secara tertutup … kerana ianya adalah perayaan untuk warga rakyat Jerman yang berada di negara kita … jadilah rakyat yang lebih matang …jangan jadikan setiap perkara itu satu isu yang boleh memecah belahkan rakyat negara ini …

Aku juga semakin angngol dengan tindakan-tindakan yang dikatakan berat sebelah oleh pihak penguatkuasa terhadap kenyataan-kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak ..ada pihak yang dikenakan tindakan undang-undang di atas kenyataan mereka yang dianggap rasis dan menghasut ..manakala ada pihak yang seolah-olah bebas daripada tindakan undang-undang walaupun seringkali mencetuskan kemarahan kebanyakkan pihak kerana kenyataan-kenyataan rasis yang keterlaluan terhadap agama dan juga etnik orang lain. Seharusnya bertindak lah dengan adil kerana udang-undang yang adil akan dapat mengurangkan tohmahan serta pandangan negatif terhadap undang-undang negara yang berlambangkan ‘dacing’ .. jangan sampai dacing itu senget sebelah … kerana ia mampu mencetuskan ketidak stabilan dalam negara kita …

Typo ..oooops!!! … kesalahan caption oleh sebuah media elektronik menjadi viral di media social ..mencetuskan kenyataan-kenyataan negatif terhadap media berkenaan.. kerana dikatakan tidak peka dengan apa yang dipaparkan..cuai dan sebagainya ..disebabkan seringkali berlaku perkara sedemikian… mungkin apa yang diperkatakan sebahagian mereka itu benar..iaitu kecuaian .. yang tidak disengajakan .. kesilapan sering berlaku kerana nak kejar masa ..nak cepat ..nak jadi penyiar No.1 … cepat, pantas, tuntas … hingga mengabaikan perkara-perkara asas … iaitu memastikan maklumat itu tepat dan sahih!.. bak kata perumpaan lama ‘biar lambat asal selamat’ … mungkin boleh diaplikasikan .. kerana kesilapan yang dilakukan berterusan boleh mengundang persepsi dan pandangan negatif … selain menjatuhkan krebiliti sebagai penyiar rasmi kerajaan .. sepertimana yang berlaku pada sebuah media cetak yang terpaksa memohon maaf kerana menyiarkan artikel palsu … dan mungkin boleh mengurangkan pendapatan mereka…. tambah lagi dalam dunia tanpa sempadan yang semakin hari semakin mencabar kewibawaan media-media rasmi kerajaan … maklumat mudah diperolehi ..hanya dihujung jari … sehinggakan sukar memastikan kebenaran berita yang dipaparkan …


Sesungguhnya ..aku tak tahu berapa lama lagi aku akan ANGNGOL dengan keadaan di negara kita ..yang semakin menjadi carca marba .. kerana kekeliruan boleh mencetuskan pelbagai kemungkinan…

Wednesday, October 8, 2014

SUKAN OH SUKAN … MALAYSIA

“ We Are Hiring” terpampang tajuk besar di bahagian sukan The Star hari ini yang secara ringkas nya menjelaskan keinginan Menteri Belia dan Sukan untuk mencari Ketua Pengarah bagi Majlis Sukan Negara secara terbuka setelah kegagalan negara mencapai sasaran lapan (8) pingat emas pada temasya sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini. Malah dalam satu kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan sesiapa pun boleh memohon asalkan berkelayakan. Boleh disimpulkan bahawa Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan pembangunan sukan di negara kita yang semakin merosot setiap hari berbanding negara lain yang semakin maju dan berkeupayaan untuk bersaing di peringkat dunia. Tahap sukan negara-negara Asia seperti China, Jepun, Korea Selatan malah Korea Utara jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Malah Korea Selatan boleh mengalahkan pasukan Malaysia dalam sukan tradisi seperti Sepak Takraw.

Aku bukanlah pakar dalam bidang sukan namun dari awal lagi aku dan beberapa orang rakan agak terkejut dengan matlamat pasukan Malaysia untuk memperolehi lapan (8) pingat emas tetapi menghantar lebih dari 200 orang ahli sukan ke Incheon. Jika di kira dari segi matematiknya (aku bukan pakar ekonomi juga) sememangnya tidak berbaloi bagi negara menghantar 200 orang atlet tetapi hanya mensasarkan lapan pingat emas sahaja. Rupanya lapan pingat emas yang disasarkan itu pun tidak mampu dicapai oleh pasukan Malaysia. Bukan aku nak mengata, maaf la .. tetapi realitinya pembangunan sukan di negara kita sememangnya semakin lemah. Yang berjaya mengutip pingat emas, harus diberi tahniah dan ganjaran … tetapi jangan la berlebihan pulak … jangan la di puji melangit … hinggakan tak mampu lagi bangkit .. sepertimana berlaku pada atlet penerjun kita .. atau seperti pasukan bola sepak .. akhirnya … langkah sumbang jua … badminton .. kirim salam sahaja jika negara masih bergantung harapan pada Dato Lee Chong Wei … hanya yang sentiasa menyerlah ialah Dato Nicol Ann David .. kerana beliau tidak berhenti terpesona dan khayal dengan segala pujian dan kurniaan… beliau terus berusaha meningkatkan prestasinya… walau Squash tidak ada dalam senarai sukan Olimpik.

Laungan ‘Malaysia Boleh’ sudah lapuk .. tak lagi mampu menjadi pembakar semangat atlet negara. Maaf cakap … selagi persatuan-persatuan sukan negara sering bercengkerama … di penuhi dengan kemelut perebutan kuasa .. selagi itu lah sukan di negara kita sentiasa di tahap SEA GAME sahaja.. itu pun belum ada jaminan kita mampu mengalahkan Indonesia atau Thailand!! .. tanpa Dato Lee Chong Wei, nama Malaysia dalam dunia badminton akan lenyap … kerana sehingga kini semua pelapis di BAM gagal menyerlah sepertimana pemain-pemain muda negara China, Korea Selatan dan juga Denmark. Malah negara Jepun mampu menumbangkan Malaysia dalam Piala Thomas yang lalu. Sehingga ke hari ini hanya Dato Lee Chong Wei mengibarkan bendera negara di peringkat antarabangsa … yang lain .. hanya lah pelengkap atau penambah seri sahaja dalam setiap pertandingan yang diadakan. Dalam bolasepak .. entah bilakah pasukan negara akan layak ke Piala Asia ? Jangan pikirkan Piala Dunia kerana tahap dan kualiti kita masih tak standing negara-negara Asia pun!!. Di peringkat Piala AFF Suzuki pun pasukan kita bergelut nak menang … malah kita boleh tumbang melawan pasukan Bangladesh!! Hoki kita bertaraf dunia tetapi seringkali terkandas .. apa berlaku pun kita tak pasti .. Squash tanpa Dato Nicol Ann David, pasti nama Malaysia tidak akan tercatat kecuali pemain pelapis seperti Low Wee Wern, Delia Arnold mampu mempertingkatkan kehebatan mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan Malaysia dalam sukan Squash.

Sukan Renang … tak tau nak kata apa..sebab banyak juga kerajaan tanggung perbelanjaan untuk atlet renang berlajar di Amerika Syarikat..tetapi tak berhasil juga sedangkan Amerika Syarikat merupakan lubuk untuk menjadi perenang terhandal dunia seperti Ledecky, Franklin atau Micheal Phelps!! Kenapa perenang dari Malaysia tak berjaya sedangkan mereka mengikut program yang sama oleh perenang-perenang handal Amerika Syarikat???.  Kita hanya hebat di sukan SEA sahaja … bila sampai tahap sukan ASIA.. kita langsung tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan perenang-perenang dari Australia, China dan juga Korea. Jika dilihat dari segi fizikal, kita tak lah jauh beza dengan perenang China atau Korea . Perenang-perenang negara China sudah mencapai standard dunia malah ada beberapa perenangnya memenangi pingat emas di Olimpik pun!! .. kalau dalam sukan Olahraga ..tak payah cakap laa… memang kita tak mampu pun..kerana secara fizikal sememangnya kita sudah tewas sebelum masuk balapan atau gelanggang!!. Nak bersaing dengan Usain Bolt dalam 100 meter ..kita hanya mampu bermimpi ….tetapi kenapa pelari Jepun dan China boleh ? Rejam Lembing, lontar peluru, lempar cakera dan juga tukul besi.. kenapa tak mampu ?? Apakah saiz kita lebih kecil menyebabkan kita tak mampu atau sebenarnya teknik yang menyebabkan lontaran atau rejaman itu lebih jauh?? High Jump, Long Jump, Triple Jump..memang sah kita tewas.. tetapi kita mungkin boleh bersaing untuk lompat bergalah kan? Sebab ianya memerlukan teknik bukan fizikal ?? Kita boleh bersaing untuk larian jarak jauh seperti 10 ribu meter atau marathon kerana orang Afrika pun ada yang saiz tubuh kecil tapi mampu memang emas juga di sukan Olimpik ..malah di peringkat marathon dunia!

Aku suka cara Menteri Belia dan Sukan memberi cabaran kepada atlet-atlet negara. Aku ingin melihat apakah langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi merangka ‘road map’ atau pelan sukan negara untuk meningkatkan standard sukan di negara kita! Apakah selamanya kita akan menjadi JAGUH KAMPUNG yang bergegar gempita sorakan nya di Stadium Bukit Jalil .. atau sorakan kita mampu mengegarkan stadium-stadium di peringkat dunia!! Apakah lagu Negara Ku mampu berkumandang di Sukan Olimpik atau hanya di Sukan SEA … tangisan pemenang pingat emas negara kita dalam Sukan ASIA sewaktu Negara Ku di mainkan membuktikan semangat juang sebahagian atlet-atlet Malaysia sememangnya hebat …. cinta dan patriotisme mereka terhadap negara kuat ..


Justeru YB Tuan Khairy Jamaluddin, ramai dikalangan peminat sukan negara menunggu apakah pelan tindakan seterusnya yang akan dikemukakan oleh Kementerian Belia dan Sukan .. a blueprint for Malaysian sport road map to a world class standard mampu direalisasikan . Jangan cari KAMBING HITAM ..cari jalan terbaik dan sediakan pelan yang lebih jitu dan mantap ..agar sukan negara dapat di pertingkatkan.

Tuesday, October 7, 2014

OH 20 SEN!!

“Sayang kan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” perumpaan yang mungkin boleh digunakan untuk teguran-teguran atau luahan-luahan perasaan rakyat terhadap kerajaan DS Najib di atas tindakan mereka mengurangkan subsidi minyak dan sekaligus menaikkan harga petrol RON95 dan diesel di negara ini. Sejak penguatkuasaan kenaikan harga bahan api tersebut pelbagai kenyataan, luahan perasaan di keluarkan melalui platform media sosial .. ada yang membandingkan harga negara-negara pengeluar minyak yang jelas menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah yang tertinggi dikalangan negara-negara pengeluar minyak. Ternyata tindakan kerajaan DS Najib dua hari sebelum sambutan perayaan Aidil Adha telah mengundang kemarahan sebahagian besar rakyat ..kecuali yang kaki ampu, kaki bodek, yang kaya raya, yang bergaji besar. Kalau tanya pekebun kecil, penoreh getah, penternak, nelayan, opis boi, kerani, malah penjawat awam dalam kalangan P&P … pun merasa marah .. apatah lagi golongan yang kerja swasta … dan jika ada agensi kerajaan atau institusi pengajian tinggi yang berani buat kajian atau survey ..pastinya hasil kajian atau survey tersebut tidak menyokong atau tidak menyebelahi tindakan kerajaan DS Najib.

Rasanya begitulah marahnya masyarakat kerana kenaikan 20 sen harga bahan bakar itu telah menyebabkan ratusan barangan keperluan harian masyarakat naik dengan mendadak. Janji-janji KPDNKK untuk membuat pemantauan yang serius dan mengambil tindakan ke atas peruncit, peniaga yang menaikkan harga barang mungkin hanya bertahan sebulan dua..selepas itu…adakah KPDNKK mampu membuat pemantauan berterusan di seluruh negara ? Apakah Menteri KPDNKK akan merasa kenaikan harga Teh Tarik, roti Canai, Nasi Campur, sayur-sayuran, ikan, daging, ayam, gula, tepung, telor, mentega, garam, kicap, sos dan pelbagai barangan keperluan harian rakyat? Turun padang oleh menteri-menteri hanya sekali sekala ..dan hanya sebagai gimik .. sebabnya tiada seorang pun menteri-menteri atau timbalan menteri yang mampu turun padang setiap hari untuk memeriksa barangan keperluan rakyat … itu satu realitinya.. Jika pun turun padang harga pasti diturunkan dengan segera oleh peniaga..untuk tujuan publisiti … maka seeloknya … tak perlu buat kerana tindakan ini akan lebih meningkatkan kemarahan rakyat yang sebenarnya terbeban oleh kenaikan 20 sen harga petrol!!.. aku tak kata tindakan mengurangkan subsidi petrol itu tidak baik .. cuma tidak berapa bijak dalam keadaan di mana rakyat sedang bergelut untuk menyara kehidupan mereka. Bantuan-bantuan yang pastinya diberi oleh kerajaan ..pasti ada .. seperti BR1M dan sebagainya .. tapi apakah pelaksanaan nya telus dan adil kerana ada sebahagian masyarakat tidak menikmatinya.. bolehkah dijamin bahawa petrol dan diesel dari negara kita tidak di seludup keluar jika harganya lebih mahal dari negara jiran kita?

Sindiran-sindiran pedas oleh beberapa penulis terhadap DS Najib dan kerajaan adalah tanda-tanda rakyat masih sayangkan kerajaan DS Najib dan sanggup menegur pemimpin mereka. Perbandingan harga petrol di negara-negara bukan pengeluar minyak oleh beberapa pemimpin dan penyokong tegar DS Najib bukan sesuatu yang boleh diterima masyarakat hari ini sebab harga minyak dunia sedang menurun. Kenyataan “harga minyak tak naik, hanya pengurangan subsidi minyak” juga tak boleh dipakai ..kerana ianya seolah-olah memperbodohkan rakyat. Gunalah apa pun alasan, ianya sukar diterima rakyat KECUALI kerajaan MAMPU membendung kenaikan harga barangan keperluan harian dan juga perkhidmatan. Sayang sekali, dalam keadaan sokongan rakyat mula nak beralih kepada kempimpinan DS Najib, barisan orang-orangnya telah MENGHADIAHKAN pakatan rakyat PELUANG yang AMAT BESAR untuk mendapat tempat di hati rakyat. PELURU disediakan oleh anggota kabinet DS Najib menembak kempimpinan nya dan sekaligus terus menyukarkan DS Najib memperkukuhkan pengaruh untuk memenangi hati dan jiwa rakyat.

Bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan DS Najib yang bertujuan sebagai kerajaan yang berkebajikan, kerajaan yang penyayang sebenarnya sudah mula diterima oleh rakyat sehingga mereka memberi mandat lebih besar kepada DS Najib dalam PRU13.Dengan keadaan semasa serta tindakan-tindakan yang tidak sehaluan dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” .. mungkinkah PRU14 mencatat satu sejarah baru ..walaupun jaraknya masih jauh .. ianya boleh berlaku jika kerajaan DS Najib terus-terusan mengambil tindakan yang tidak popular kepada rakyat dan tindakan yang menjejaskan kehidupan masyarakat. Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M hanya bersifat sementara, one-off seperti pil Panadol yang menghilangkan kesakitan untuk seketika sahaja… bukanya untuk jangka masa panjang …


“Honor your commitments with integrity” kata Les Brown, ungkapan yang hampir sama dengan ungkapan ‘Janji Ditepati’ dan ianya perlu dilihat sebagai akujanji kempimpinan DS Najib kepada rakyat. Justeru segala janji yang pernah diperkatakan perlu dikotakan..kerana ianya mencerminkan komitmen kempimpinan DS Najib. Anggaplah teguran-teguran dan luahan-luahan kemarahan rakyat sebagai satu maklumbalas yang boleh dipelajari sepertikata Bill Gates “your most unhappy customers are your greatest source of learning” dan “we all need people who will give us feedback. That’s how we improve” .

Thursday, October 2, 2014

BENGANG ??

Bengang ? Anda Bengang ? Kenapa aku pilih tajuk Bengang ? Dalam istilah aku, Bengang ialah apabila anda berada dalam situasi yang keliru ,bingung, confuse kata orang putih , konpius bahasa kita .. aku cuba cari google definisi bengang .. pening google cari ..tak jumpa maka secara sendiri kita paham bahawa perkataan BENGANG tidak ada dalam kamus dan ianya merupakan bahasa ciptaan bangsa kita yang digunakan dalam percakapan harian. Dari mana asal perkataan BENGANG aku tak pasti tetapi seringkali aku dengar perkataan ini digunakan bagi menggambarkan situasi seseorang yang dikatakan bingung, keliru yang juga dikaitkan dengan perasaan marah. Aku pasti hari ini ramai yang merasa Bengang dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen dengan alasan mengurangkan subsidi supaya kerajaan boleh menjimatkan peruntukkan untuk subsidi dengan harapan boleh menangani isu atau mengurangkan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel. Petrol dan disesel negara ini dikatakan lebih murah dari negara jiran di utara dan diselatan hingga boleh memberi keuntungan besar kepada kegiatan penyeludupan.

Aku pasti kerajaan mempunyai alasan-alasan lain yang munasabah tetapi aku cukup bengang dengan kenyataan bahawa kerajaan akan menggunakan segala kuasanya untuk membantu rakyat meringankan beban sara hidup mereka hasil kesan kenaikan harga petrol dan diesel!! Pastinya semua barang akan naik dengan mendadak, lebih-lebih lagi rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut ketibaan perayaan Aidiladha. Aku bengang dengan PENASIHAT atau boleh aku gelar PUNAHSIHAT ekonomi yang memberi nasihat yang sebenarnya merosakkan kerajaan!!. Jika benar kerajaan berusaha untuk membantu rakyat meringankan bebanan sara hidup , sepatutnya tindakan yang dilihat lebih baik dan boleh menaikkan imej kerajaan dan juga PM pada masa ini ialah dengan menambahkan subsidi untuk petrol dan diesel yang sekaligus boleh mengurangkan harga kedua-dua bahan bakar tersebut! Bukan kah lebih baik berbelanja untuk subsidi daripada memberi BR1M yang dikatakan banyak ketirisannya dari segi pelaksanaannya!! Jika harga petrol dan diesel dikurangkan pihak kerajaan boleh memohon peruncit dan peniaga untuk mengurangkan harga barang dan tak perlulah nak bagi macam-macam bantuan!!! Inilah pandangan sebahagian besar masyarakat pada masa ini. Pemberian BR1M itu baik dan elok dari segi teorinya tetapi ramai yang bersungut kerana ada dikalangan penerima, datang dengan kenderaan pacuan empat roda, kereta mewah ..terutamanya golongan yang dikatakan tiada ‘penyata’ gaji … justeru apakah ianya memberi keadilan kepada golongan yang mempunyai ‘penyata gaji’ kerana tidak layak hanya di atas kertas manakala yang berpendapatan melebihi RM6K sebulan kerana kegiatan kebun kecil seperti kelapa sawit, peniaga dan peruncit yang tidak disahkan pendapatan boleh menerima bantuan BR1M.

Ya aku sememangnya Bengang dengan keadaan semasa dan kadang-kadang terpikir, apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh sesetengah organisasi kerajaan melihat secara menyeluruh dan serius dengan slogan yang di perjuangkan oleh PM, iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Rakyat masih lagi berpegang kepada slogan itu, dan ingin melihat sejauhmana kerajaan semasa memenuhi AKU JANJI tersebut kerana sehingga kini banyak tindakan yang diambil adalah sebaliknya. Sesungguhnya sebagai seorang penjawat awam aku amat ‘terkeliru’ dengan tindakan kerajaan kerana aku juga seorang rakyat biasa yang mengalami perkara yang sama dialami oleh masyarakat di luar sana. Pandangan ini tidak sama sekali membangkang tindakan kerajaan tetapi hanya ingin mempersoalkan kenapa perlu mengambil tindakan sebegini drastik dalam saat-saat rakyat sudah mula mempercayai dan memberi sokongan kepada pihak kerajaan. Sayangnya pakar strategik ekonomi pihak kerajaan tidak melihat kepada sokongan rakyat dan lebih melihat kepada untung rugi kerajaan semata-mata hingga mengabaikan ‘kepentingan dan keperluan’ rakyat , iaitu soal kehidupan mereka. Belum pun selesai isu GST yang sedang di war-warkan di seluruh negara, tiba-tiba negara dikejutkan dengan tindakan kenaikan harga petrol dan diesel. Seeloknya pakar-pakar strategik ekonomi negara juga perlu melihat kepada survival parti yang memerintah dalam soal untung dan rugi, bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi juga dari segi sokongan masyarakat dan rakyat jelata.


Aku juga nak cadangkan agar pakar-pakar ekonomi ini juga perlu belajar untuk menjadi pakar strategik politik, iaitu bagaimana untuk memenangi hati, jiwa dan minda rakyat. 

Wednesday, October 1, 2014

Integriti Dalam Masyarakat : Ke Mana dan Di Mana Kita ?

Aku sebenarnya tak tau nak tulis apa setelah lama juga tak menulis. Tajuk apa aku nak ceritakan ? Tiba-tiba aku teringat tajuk Wacana Kelestarian Integriti yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC baru-baru nie yang dihadiri oleh pakar-pakar dalam integrity seperti Dr.A.Bakar Sarpon Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Dato Heliliah mantan CEO Suruhanjaya Integriti Agensi Pelaksana dan pakar motivasi Dato Dr.Sheikh Omar. Kupasan yang bersemangat menarik minat 400 lebih peserta yang hadir wacana tersebut. Aku tidak berminat untuk mengulas tentang wacana itu cuma aku ingin meminjam tajuk sebagai bahan tulisan aku hari ini.Sejujurnya integriti bukan hanya bermaksud rasuah semata-mata kerana maksudnya lebih luas lagi sepertimana yang didefinisikan oleh Kamus Dewan 1985, iaitu kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Berdasarkan definisi itu integriti ialah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya. Rasuah hanya satu daripada pelanggaran integriti dalam masyarakat yang di beri tumpuan kerana ianya melibatkan wang rakyat. Banyak lagi pelanggaran integriti dilakukan oleh masyarakat yang secara tidak sedar menyumbang kepada pelbagai gejala negatif dalam masyarakat. Pembuangan sampah merata-rata oleh masyarakat Malaysia juga merupakan salah satu pelanggaran integriti serta nilai-nilai murni yang secara tidak langsung menyumbang kepada penyakit seperti Denggi dan Kencing Tikus atau  Leptospirosis. Undang-undang dan peraturan-peraturan diwujudkan oleh pihak berkuasa dengan dendaan namun pembuangan sampah merata-rata oleh masyarakat sukar dibendung atau ditangani ..malah dendaan ribuan ringgit oleh pihak berkuasa tidak memberi impak atau kesan kepada masyarakat .. seolah-olah undang-undang dan peraturan boleh di langgar sesuka hati…. Beginikah sikap masyarakat yang ingin nak maju seperti Jepun dan Korea? Di mana integriti masyarakat kita dalam memastikan negara kita bersih seperti Jepun ..walaupun dikhabarkan di bandaraya utama Jepun tiada tong sampah disediakan?


Kedua, masyarakat kita gemar melanggar undang-undang jalan raya seperti tidak berhenti semasa lampu isyarat bertukar merah, tidak peduli dengan lintasan pejalan kaki (zebra crossing) malah tidak memberi isyarat sewaktu ingin menukar lorong!!!. Begitu banyak undang-undang jalan raya dikuatkuasakan dan semua ini tidak menakutkan masyarakat malah akan menyalahkan pihak penguatkuasa undang-undang jika sesuatu berlaku ke atas kecuaian dan sikap kebiadapan diri mereka. Prinsip ketiga Rukun Negara ‘Kedaulatan Undang-undang’ tidak dihayati sepenuhnya oleh masyarakat yang merasakan kebebasan mereka disekat dengan pelbagai undang-undang negara. Prinsip ini sudah diadakan sejak 31 Ogos 1970 tetapi sehingga kini masih ramai yang tidak mampu menghayati sepenuhnya integriti yang ingin ditanamkan oleh prinsip ini bagi memastikan negara kita sentiasa mematuhi sistem yang telah diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat. Justeru ke mana arah tujuan kita untuk mencapai negara maju dalam tahun 2020 sedangkan kita sering melanggar integriti dan etika yang sekecil itu?
Ramai yang mengeluh dengan kebanjiran warga asing seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Mynmar, Nepal dan juga Filipina dan sering mengatakan warga asing yang datang mencari rezeki di negara kita ini tidak tahu adab dan ketertiban. Sering kali warga asing ini dipersalahkan kerana sering memotong Q atau barisan, samada nak membeli makanan, menaiki bas dan sebagainya. Apa kurang nya orang Malaysia ??? Perhatikan bagaimana mereka berebut-rebut untuk mendapat makanan percuma (jika ada tawaran) di pusat membeli belah atau di mana-mana pesta keramaian!!! Ini bukan orang gelandangan atau orang miskin!!. Ambik makanan pun kadang-kadang melebihi keperluan dan tidak memberi peluang kepada orang lain!!! .. rumah terbuka menteri-menteri … tengok lah berapa ramai yang begitu ‘lapar’ hingga mengambil makanan melebih had… selepas itu ditinggalkan begitu sahaja ..tak habis… semuanya kerana sikap tamak dan nafsu yang haloba.. menidakkan hak orang lain… Naik bas, tren LRT atau monorel ?? Pernahkah anda melihat orang Malaysia berbaris elok untuk menaiki bas, tren LRT atau Monorel? Jika ada mungkin anda manusia yang cukup bertuah sekali … perhatikan di stesen-stesen monrel, komuter atau LRT … orang dalam belum sempat nak keluar lagi ..orang dari luar sudah berebut-rebut nak masuk.. sama juga dengan menggunakan lif!!! Lantas .. mampukah kita menjadi masyarakat yang maju seiring dengan kemajuan fizikal negara jika perkara semudah itu pun kita tidak peduli ?? Kesopanan dan Kesusilaan , prinsip Ke-5 Rukun Negara tidak lagi menjadi satu amalan ..mungkin kerana kita terlalu taksub dengan kebebasan hingga terlupa rukun ketertiban dan kesopanan yang diamalkan oleh bangsa kita sejak dahulu lagi.

Maka ke mana dan di mana integriti masyarakat kita ? Aku hanya lakarkan beberapa contoh mudah pelanggaran integriti dalam masyarakat yang secara sedar atau tidak kita lakukan setiap hari tanpa melihat kesan dan impak kepada kehidupan masyarakat. Jika dulu ibu bapa menghargai usaha guru mendidik anak-anak mereka, tetapi sekarang guru dijadikan sasaran ibu bapa yang semakin berpendidikan yang sudah terlupa siapa yang menjadi guru mendidik mereka hingga mereka berjaya!! Sebabnya kerana ada dikalangan guru yang melanggar etika dan integriti menyebabkan masyarakat mula hilang hormat dan kepercayaan.. bak kata perumpaan ‘seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit’ .. sama juga dengan beberapa agensi penguatkuasa … yang sering terlibat dalam pelanggaran integriti dan etika.. hinggakan masyarakat menganggap seluruh penjawat awam rasuah dan tiada integriti diri..


Pun begitu aku tertarik dengan kata-kata ahli falsafah terkenal Confucius iaitu ‘integrity begins at home’  yang secara mudahnya diterjemah sebagai integriti bermula dari rumah. Di rumahlah kita diasuh sejak kecil untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan integriti, iaitu tidak boleh berbohong, tidak boleh mencuri, sentiasa menghormati orang tua, beradap dan sopan dengan orang lain. Maka jika ayah seorang perokok boleh kah dia menegur anaknya supaya jangan merokok ? Jika ibu sentiasa berpakaian seksi bolehkah dia menegur anak gadisnya agar tidak berpakaian yang menjolok mata ? Jika ayah dan ibu tidak menghormati orang tua mereka ..apakah mereka mampu memaksa anak-anak mereka untuk menuruti kehendak mereka atau menghormati mereka ?? Lantas ke mana dan di mana kita jika kita sendiri melanggar etika dan integriti .. tetapi cuba pula untuk mengajar anak kita dan orang lain ? Fikirkan sendiri .. Integriti Dalam Masyarakat ; Ke Mana dan Di Mana Kita ?