Wednesday, August 28, 2013

Kenapa Aku Tidak Patriotik?

Apa kayu ukur (benchmarking) menentukan seseorang itu patriotik atau tidak terhadap negara nya? Adakah seseorang itu dianggap tidak patriotik semata-mata kerana tidak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau di kenderaan nya? Adakah seseorang itu dianggap tidak patriotik terhadap negaranya semata-mata kerana tidak meletak gambar Jalur Gemilang dalam profil facebooknya ? Adakah seseorang itu dianggap tidak patriotik kerana sering mengkritik dasar negaranya? 

Patriotik atau patriotisme menurut Wikipedia didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'  oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. 

Soong Phui Jee dalam tulisannya 'There are other ways to show patriotism' mengkritik tindakan kerajaan yang bercadang untuk memperkenalkan undang-undang bagi memastikan rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap sambutan Bulan Kemerdekaan. Ada kebenaran apa yang diperkatakan oleh Soong kerana pada pandangan aku (secara peribadi) sejauh mana undang-undang tersebut boleh 'mengerentikan' seluruh rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan bulan kemerdekaan. Aku ambik contoh undang-undang melarang rakyat membuang sampah merata-rata..malah sesiapa yang didapati membuang sampah sembarangan akan didenda RM500.00 - RM5000.00 namun sampah di Malaysia masih bersepah dan kerajaan terpaksa mengupah orang-orang luar seperti Bangla, Indonesia dan Myanmar untuk menjadi tukang sapu membersihkan sampah yang dibuang merata-rata oleh rakyat Malayia.

Malaysia banyak undang-undang yang mencegah rakyat melakukan pelbagai kesalahan..namun setiap satu undang-undang tersebut sentiasa dicabar sehingga kerajaan terpaksa menambah anggota penguatkuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap pesalah..dan adakah kerajaan terpaksa menyediakan penguatkuasa lagi untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau pemilik kenderaan dan premis yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara? 

Pepatah pepatih orang dulo'- dulo' ada kebenaranya iaitu 'melentur buluh biar dari rebungnnya' dan aku amat bersetuju dengan apa yang perkatakan oleh Dato Seri Utama Dr.Rais Yatim yakni membentuk semangat patriotisme dan cintakan negara harus bermula daripada sekolah tadika sehinggalah mereka berada di institusi pengajian tinggi. Penerapan semangat cintakan negara, cintakan Jalur Gemilang...perlu berterusan dan harus diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta ibu bapa. Mengejar kecemerlangan akademik semata-mata akan menjadikan anak-anak terlalu mudah diresapi oleh sikap mementingkan diri sendiri...mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat yang begitu senang diperolehi dizaman dunia tanpa sempadan ini... maka 'bukan salah ibu mengandung' jika ada generasi Y begitu sukar memahami kepayahan serta kesusahan mendapat kemerdekaan serta kebebasan sesebuah negara..

Berbalik kepada tulisan Soong Phui Jee 'There are other ways to show patriotism' dalam Sin Chiew Daily aku setuju bahawa individu yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang tidak bererti beliau tidak patriotik walaupun pada zahirnya begitulah pandangan masyarakat secara umum. Apakah orang Bangladesh yang mengibarkan Jalur Gemilang bersikap patriotik terhadap negara Malaysia? Mungkin ada yang berkata dengan bahawa orang yang memandu Proton Saga lebih patriotik daripada orang yang memandu Toyota, Honda atau Mazda? Betulkah? Maka dengan sebab itulah aku bertanya 'apakah kayu pengukur menentukan seseorang itu tidak patriotik, sederhana patriotik, lebih patriotik atau ekstrim patriotik'? Jika ada bolehlah kita kongsikan untuk melihat berapa peratus rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai TIDAK PATRIOTIK.. dan apakah sebabnya?

Selamat Hari Merdeka..

No comments:

Post a Comment