Monday, August 26, 2013

Adakah kita merasa bangga sebagai Anak Malaysia?

Adakah kita merasa bangga sebagai anak Malaysia? Mungkin ada yang mengatakan soalan itu tidak perlu di tanya kepada warganegara Malaysia...namun bagi aku (pandangan secara peribadi) ianya perlu ditanya kepada diri kita sebagai anak Malaysia...

Kenapa aku mengatakan demikian...sempena menyambut bulan kemerdekaan ini..aku cukup bangga melihat semakin ramai orang mengbarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan menyambut fiesta Bulan Kemerdekaan...... errr..berbalik kepada soalan tadi... sejauhmana kita merasa bangga sebagai anak Malaysia... ???

Kenapa aku katakan demikian..pertamanya..banyak kali aku melihat masih ramai dikalangan warganegara Malaysia tidak menghormati dan menghayati lagu Negara Ku...betul kan?? cuba perhatikan sebahagian besar penonton atau peserta dalam acara-acara atau majlis-majlis yang diadakan...perhatikan berapa ramai yang benar-benar berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negara Ku..dengan penuh semangat dan jiwa raga mereka ? Ada yang masih merayau-rayau..ada yang berdiri dengan lemah longlai...ada yang hanya berdiam diri (memerhatikan hand phone)...ada yang buat indah tak indah sahaja..malah ada dikalangan VVIP's..atau pemimpin yang berdiri di hadapan..tak menyanyikan pun...jadi macamana nak ajak rakyat menghayati dan menyayangi lagu Negara Ku....tak percaya?? perhatikan semasa TV buat close-up..semasa program live..he he he...

Kedua...masih ramai dikalangan kita buat bodo jer dengan saranan kerajaan untuk kibarkan Jalur Gemilang di premis-premis...ataupun kenderaan persendirian...mungkin benar apa yang diperkatakan...bahawa seseorang yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang bukan bererti beliau tidak patriotik...kerana perasaan patriotik boleh ditonjolkan dalam bentuk lain..betul...tetapi pengibaran Jalur Gemilang itu menzahirkan rasa kecintaan kita terhadap sebuah negara yang bebas berdaulat...pengibaran Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan tanpa berbelah bagi kepada negara yang kita cintai...susah sangat kah nak kibarkan Jalur Gemilang di premis-premis? Mahal sangat ke Jalur Gemilang? Kalau kita mampu beli rokok sekotak dengan harga RM12.00 tak kan la sehelai Jalur Gemilang berukuran 4 x 2 yang berharga antara RM5.00 - RM8.00 kita tak mampu?...kalau mampu menggunakan Mercedes Benz, Audi atau BMW ..takkan la tak mampu beli bendera kecil yang berharga Rm3.50 sebatang untuk dikibarkan di kenderaan...

Ketiga...kita juga tak peduli dan tak hormat pun pada Jalur Gemilang...tak percaya ? Perhatikan selepas sambutan besar besaran nanti..pasti banyak Jalur Gemilang kecil yang bersepah di atas padang atau jalan raya...dan tak siapa peduli..atau nak ambil peduli ..malah..Jalur Gemilang itu dipijak..koyak...kotor dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah!!. Ada yang mengibarkan Jalur Gemilang yang sudah koyak rabak dan tiada warna.....itu lah tahap penghormatan kita terhadap Jalur Gemilang.. walhal Jalur Gemilang merupakan maruah bangsa .... yang harus dipertahankan dalam apa jua keadaan pun...ingatlah bagaimana Jalur Gemilang dinaikkan..sebagai tanda kebebasan....dan apabila ada manusia yang sanggup memijak jalur Gemilang..bermakna manusia itu sanggup mengkhianati negara..memijak bangsa sendiri...

Keempat...kebanyakan dari kita sudah mula lupa pada Rukun Negara...aku katakan demikian kerana ada
yang sudah berani mempertikaikan kelima-lima rukun yang selama ini menjadi tunjang panduan kehidupan sebagai warganegara Malaysia.... ada yang mempersoalkan rukun yang pertama iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan' ... sedangkan sudah termaktub agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan (Malaysia) dan agama-agama lain boleh dianuti dan praktikkan...tanpa halangan...namun akhir-akhir ini...polemik keagamaan menjadi agenda politik yang memecah belahkan masyarakat yang selama ini hidup dengan tenang dan sejahtera... ada juga yang berani mempersoalkan rukun yang kedua..iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'...dan sanggup menghina raja-raja Melayu serta kepimpinan yang menerajui negara ini...

....ramai juga yang mempersoalkan rukun yang ketiga..'Keluhuran Perlembagaan' dan membangktikan pelbagai isu-isu yang sepatutnya sudah dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan negara serta penyatuan pelbagai kaum serta agama di negara ini...demi kelangsungan politik..ada kumpulan dan individu yang sanggup 'merungkaikan' ikatan yang selama ini tersimpul erat ..kerana terlalu dahagakan kuasa memerintah....

..sebahagian besar dari kita sememangnya sudah lama tidak mematuhi rukun yang keempat..iaitu 'Kedaulatan Undang-Undang'.... kita marah bila kena saman trafik..walhal undang-undang menegaskan bahawa setiap pemandu kenderaan perlu menggunakan tali pinggang keledar...atau penunggang motosikal perlu menggunakan topi keledar demi keselamatan... andainya undang-undang sekecil itu pun kita begitu sukar untuk patuh...apa akan berlaku jika kita tidak mendaulatkan undang-undang yang lebih utama...yang lebih besar... namun kerana politik jua...undang-undang darurat ..undang-undang yang mengekang jenayah terpaksa di bubarkan kerana desakan politik pihak tertentu..dan akhirnya jenayah ganas semakin berleluasa di negara kita...undang-undang yang paling mudah yang kita tidak patuhi atau daulatkan ialah.. 'Jangan Membuang Sampah Merata-rata' ..tapi perhatikanlah gelagat orang Malaysia yang gemar membuang sampah sembarangan...bukan di tempat membuang sampah..walaupun ada denda dikenakan!!

Rukun kelima..'Kesopanan dan Kesusilaan' ..sopan kah kita ? bertatasusila kah kita? Perhatian gelagat remaja atau generasi baru hari ini...yang tanpa segan silu berpelukan dan bermesra mesraan secara terbuka...di taman-taman..di pasaraya... rasa sopan sudah tiada...! ada yang tayang tubuh badan..tanpa ada rasa malu...dan sejauhmana orang kita berani menegur sikap sedemikian? Maka sebab itu jenayah seperti rogol dan cabul semakin meningkat kerana orang kita sendiri sudah hilang identiti sebagai bangsa yang bersoapn dan bertatasusila..kononya sudah moden..zaman IT..era dunia tanpa sempadan...dan mereka tiru kehidupan barat yang bebas...bebas buat apa sahaja..malah ada yang sanggup menyokong budaya hidup songsang seperti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender)...ini pun menjadi agenda politik....

...maka....sebab itulah aku bertanya..adakah kita bangga sebagai Anak Malaysia ? (Are We Proud To Be A Malaysian) ... sedangkan banyak perkara sudah kita lupakan sebagai anak Malaysia...terlalu banyak sudah kita terima dari agenda luar..hingga kita lupa untuk menghayati perkara yang sudah ditulis..dibaca..diikrar selama 43 tahun lalu..sejak ianya diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein...iaitu Rukun Negara.....

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan...

No comments:

Post a Comment