Wednesday, June 26, 2013

Kenapa Binatang Yang Dipersalahkan ?

'AYAH MACAM BINATANG!' begitulah tajuk berita sebuah akhbar tabloid mengenai seorang ayah tiri yang mendera seorang anak berusia 7 tahun di Terengganu. Kesian sungguh makhluk ciptaaan Tuhan yang bergelar BINATANG kerana setiap kali manusia melakukan perkara yang keji, perkara yang terkutuk pastinya BINATANG yang menjadi label rujukan ke atas perlakuan mereka. 

Betulkah perangai BINATANG macam tu ? Tidak dinafikan ada BINATANG yang buas dan ganas..seperti harimau, singa, buaya. Pun begitu adakah Harimau, Singa dan Buaya membaham, membunuh, mendera atau merogol anak sendiri walaupun keiga-tiganya dilabel buas dan ganas?
Memang betul binatang tiada perasaan malu..namun pernah kah kita dengar binatang membunuh kerana semata-mata untuk membunuh ? BINATANG membunuh kerana lapar..kerana hendak memberi makan anak-anaknya..malah BINATANG tidak membunuh manusia kerana sukan..tetapi manusia selalu membunuh BINATANG kerana sukan...dan juga kerana wang ringgit..dan mencari sesuatu untuk dijadikan ubat kuat seks! Binatang dibunuh kerana kulit mereka seperti buaya, ular, musang dan juga ubat kuat seperti tanduk badak sumbu, gading dan sebagainya.

Sebenarnya BINATANG mempunyai harga diri yang lebih tinggi daripada manusia yang anugerah Tuhan dengan pelbagai kelebihan..kerana segala perkara terkutuk yang dilakukan oleh manusia tiak pernah dilakukan oleh BINATANG...sebaliknya BINATANG dikaitkan dengan segala perlakuan keji manusia.. 

No comments:

Post a Comment