Wednesday, June 19, 2013

Bangla City @ Pasar Seni

Percaya atau tidak beginilah keadaan di Pasar Seni bila hujung minggu atau cuti umum. Pasar Seni terutamanya dibanjiri oleh warga Bangladesh! Mungkin apa yang diperkatakan 40 ribu warga Bangladesh datang ke Malaysia ada kebenaranya....walaupun bukan datang sebagai pengundi..tetapi datang ke negara ini mencari rezeki..samada di bawa oleh majikan-majikan atau agen-agen pekerjaan di Malaysia. Kebanjiran warga Bangladesh ini melimpah hinggakan Putrajaya juga sudah nampak tanda-tanda akan dipenuhi oleh warga Bangladesh. Keadaan ini boleh dilihat daripada ramainya warga ini memenuhi setiap perjalanan bas dari Putrajaya - Kuala Lumpur - Putrajaya. 

Peliknya warga Bangladesh ini turun Kuala Lumpur setiap pagi dan balik ke Putrajaya setiap petang ..adakalanya menjinjing beg yang boleh memuatkan seorang manusia. Setiap hari pasti ada yang membeli keperluan seperti tilam..selimut..seolah-olah setiap hari akan ada rakan-rakan baru yang sampai. Keadaan seperti ini di boleh dilihat di stesen bas di hadapan Mydin Pasar Seni..setiap hari. Agak menghairankan bagaimana mereka-mereka ini begitu mudah mendapat tempat tinggal di Putrajaya  sedangkan kakitangan kerajaan dan warga tempatan begitu sukar mencari rumah sewa di Putrajaya. 

Persoalan nya sejauhmana pihak-pihak yang berwajib memantau kebanjiran warga Bangladesh di Malaysia ini kerana seolah-olah warga Bangladesh begitu mudah masuk ke Malaysia. Amat jarang ( ini hasil pemerhatian, bukan satu tuduhan ) melihat pihak berkuasa membuat 'spot check' atau pemeriksaan mengejut  ke atas pengangkutan awam, terutamanya bas daripada Putrajaya ke Kuala Lumpur dan juga sebaliknya. Ramai penumpang warga tempatan sudah mula rimas dengan kehadiran mereka..dan lebih menyakitkan hati ialah mereka ini tak tahu nak ikut peraturan..sebab mereka ingat mereka menaiki bas di Bangladesh..berebut-rebut.. nasib baik mereka tak sampai duduk di bumbung bas atau bergayut di tepi bas!

Seandainya kebanjiran warga Bangladesh tidak dikawal..suatu hari nanti Pasar Seni akan bertukar menjadi BANGLA CITY!...atau LITTLE BANGALORE!

No comments:

Post a Comment