Sehari
dua nie aku tak tau nak tulis apa pun .. dan dalam aku termenung..tiba-tiba ada
rakan kongsi sesuatu yang aku rasa … ada kebenaranya ..jika kita perhatikan
kebelakangan ini.. aku kongsikan pandangan yang di ‘forward’ kan oleh kawan aku ini untuk kita renungkan bersama ..dan
melihat dimana kelemahan dalam masyarakat kita yang sering melaungkan tentang ‘ketuanan’
… tajuk tulisan ini amat menarik sekali iaitu ‘MENGAPAKAH DI MALAYSIA AGAMA KRISTIAN BERKEMBANG DAN AGAMA ISLAM
TIDAK?’ (please bear in mind I’m not a religious fanatic ..just sharing
what have been shared through the social media such as Whatsapp, Telegram and
maybe even Facebook or on other social platforms).. kenapa ye ?? Penulis tu
kata kerana ..
1) Orang Islam menjual / memperdagangkan agamanya!!
Air jampi di jula, kononya telah dijampi
..minyak ubat urut Anugerah..kononya dibacakan ayat-ayat suci 30 juzuk dijual
dengan harga agak mahal … SEDANGKAN .. agama Kristian tak jual produknya
..malahan diberi percuma kepada sesiapa yang mahu … (bila aku baca mula-mula
terkezut juga aku .. memang betul pun..malahan banyak lagi produk yang
dijenamakan atas nama agama … di pasaran semasa)
2) Ustaz / ustazah mengajar agama “demand” / minta
bayaran tinggi SEDANGKAN mubaligh Kristian berdakwah secara percuma walaupun
jauh hingga ke pendalaman.Malahan mubaligh kristian menanggung sendiri makan
minum dan tempat tinggalnya.. (ada yang glamer..masuk tv dan radio .. sekarang
malah ada program reality nak cari ustaz / ustazah ..siap dipertandingkan
lagiii …)
3) Jabatan Agama Islam sangat sibuk nak tangkap
morang berkhalwat, pergi karaoke minum arak ..dan orang bernikah di Siam…SEDANGKAN
..Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan, miskin, mangsa bencana
seperti tanah runtuh dan banjir … (hemmm bila teringat tentang bantuan ini aku
penah terbaca dalam Majalah Mangga bagaimana seorang lelaki tua yang memohon
bantuan ke Pejabat Zakat di arah untuk isi borang dan sebagainya … walaupun
hanya mohon bantuan RM100.00 untuk tambang pulang ke kampungnya ..selepas
dompet beliau di curi … dan tak seorang pun di pejabat tersebut hulurkan jumlah
yang diperlukan, walau sesame agama …. tetapi seorang jaga bangunan keturunan
India cadang dia pergi ke sebuah Gereja.. dan dia diberi bantuan oleh gereja
berkenaan .. walaupun lelaki itu seorang Muslim ..dan di gereja tersebut
dikatakan ada satu balang yang berisi duit dimana sesiapa sahaja boleh
mengambil duit berkenaan jika amat-amat memerlukan untuk keperluan diri … )
4) Gereja boleh dimasuki pada bila-bila masa
..tetapi masjid / surau dikunci KONONYA takut bagi orang masuk tidur atau
mencuri … sepertimana Imam solat kerana waktu kerjanya (sebab imam dibayar
elaun ) SEDANGKAN ..paderi secara sukarela mengajar … (dan jika amati …kebanyakkan
orang kristian menjadi paderi di atas kerelaan mereka sendiri dengan memasuki
sekolah teologi .. tetapi tak semua orang yang belajar agama di sekolah agama
ingin menjadi Imam atau Khatib di surau atau masjid jika tidak dilantik oleh
jabatan agama.. )
5) Air zam-zam dijual mahal tetapi ‘Holy Water’
orang kristian percuma .. samalah juga Jabatan Agama sibuk nak menghukum dan
menakutkan jemaahnya SEDANGKAN kristian sibuk berdakwah..(malahan ada
dikalangan ulamak yang tak sependapat pun dalam banyak hal )
6) Ostad / Ostadzah sibuk promosi ‘jualkan’ tanah
suci .. bawa orang ke Mekah, Haji dan Umrah ..harganya mahal ..semuanya
berlandaskan keuntungan ..SEDANGKAN para paderi sibuk menaja orang-orang susah
/ golongan asnaf ..membaiki rumah ..dan memberi bantuan keperluan dapur … (amat
jarang kita dengar .. paderi-paderi kristian menganjurkan lawatan ke ‘holy land’
dengan mengenakan bayaran ..tak tau pulak kalau ada )
7) Pegawai / pengurusan Jabatan agama / tabung
zakat / tabung baitulmal ‘sibuk’ dengan promosi kenaikan pangkat..gred dan juga
gaji besar ..dimana bajet pengurusan lebih besar agihan berbanding bantuan
kepada golongan asnaf SEDANGKAN pertubuhan /NGO kristian dan paderi sibuk
membuat amal kebajikan … (aku malas laa nak komen tang niee..nanti orang kata
aku memfitnah laa pulak … )
8) Ostad / Ostadzah sibuk menjadi bomoh yang boleh
mengubati seribu macam penyakit ..WALHAL ..golongan paderi sibuk berusaha
membina hospital atau klinik … (contohnya St.John Ambulance ..dan banyak lagi …)
9) Orang-orang Islam ..sibuk dengan milikan rumah
besar..kereta besar..motor besar..demi kepuasan diri ..SEMENTARA orang-orang
Kristian terus sibuk berdakwah menarik hati golongan yang tidak berharta
..miskin dan sebagainya … dan last but not least ..kata penulis ini ialah :
10) Dimanakah kesilapan kita dalam mendidik dan
membantu orang-orang susah dalam masyarakat kita ? Dimanakah bantuan daripada
Baitulmal yang kaya raya kepada masyarakat yang terlibat dengan bencana banjir
baru-baru ini ? Menurut penulis ..Baitulmal sibuk dengan penyediaan borang yang
perlu diisikan oleh mangsa bencana BERBANDING menunaikan tanggungjawab sosial
mereka iaitu memberi bantuan dengan kadar segera kepada orang-orang yang
memerlukan… dan kata penulis .. satu tindakan yang AMAT MEMALUKAN …
Apa
yang aku paparkan ini hanya satu perkongsian untuk diri aku dan sesiapa sahaja
yang membaca nya ..tiada niat untuk meMALUkan atau mengAIBkan sesiapa atau mana-mana
pihak. Sekadar satu renungan untuk kita perbaiki kelemahan dalam masyarakat
kita yang semakin layu dan hilang arah dalam memperkukuhkan kepercayaan dan
iman kita … sebenarnya masyarakat kita sendiri yang lemah .. dan mudah terpengaruh
dengan perkara-perkara yang di bawa dari luar … perhatikan dalam setiap majlis
kita … semakin kurang unsur kebudayaan Malaysia .. pasti ada penerapan unsur-unsur
luar …