Wednesday, November 26, 2014

EKSTRIMISME SEMAKIN MENJADI ..

Hanya Bumiputera layak dikecualikan bayar hutang PTPTN, kata NGO Melayu  (The Malaysian Insider, Nov.23, 2014) dianggap sebagai satu kenyataan yang ekstrim dan melampau termasuk orang-orang Melayu dan bumiputera sendiri. Kenyataan melampau dan ekstrim oleh beberapa individu dan NGOs seolah-olah mencerminkan Malaysia kini sedang bergerak ke arah satu hala yang negatif dan boleh memporak perandakan perpaduan kaum negara ini. Keadaan ini dijadikan lebih buruk lagi apabila terdapat orang-orang Melayu Islam yang didapati berjuang bersama dengan kumpulan pengganas IS dengan alasan berjihad, termasuk golongan wanita. Imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan semakin terjejas di mata dunia. Malah pengharaman penggunaan sebutan Allah dan beberapa sebutan yang berkaitan kepada komuniti bukan Islam mendapat banyak reaksi negatif oleh negara-negara luar. Malaysia kini dilihat sebagai sebuah negara yang konservatif oleh masyarakat luar termasuk negara-negara Islam sendiri. Pun begitu pendekatan kesederhanaan yang dipromosikan oleh DS Najib melalui GMM (Global Moderate Movement) mendapat pengiktirafan oleh negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru ini semasa sidang APEC di Beijing, China.(Utusan Online, Nov.8, 2014). A.Kohilan Pillay, Timb.Menteri Luar menjelaskan GMM anjuran Perdana Menteri bukan sahaja di iktiraf oleh negara-negara APEC, malah Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Asean), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) dan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) juga mengiktiraf pergerakan tersebut termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama (Malaysiakini, Nov.22, 2014).

Apakah pengiktirafan di peringkat dunia dapat diterjemahkan kepada menangani  ektrimis melampau dalam negara? Jika dilihat kepada ektrimisme di negara luar, ektrimis di negara ini tidak lah begitu teruk .. namun ianya harus ditangani lebih awal agar ianya tidak terus merebak seperti api yang marak. Kegelisahan dan keresahan dikalangan sebahagian masyarakat ialah kenapa pihak berkuasa terlalu lambat untuk mengambil tindakan terhadap individu-individu atau NGO yang seringkali mengeluarkan kenyataan rasis serta penghinaan ? Pihak berkuasa umpama ‘sudah terhantuk baru mengadah’ sedangkan tools of law sedia ada tidak menghalang mereka untuk mengambil tindakan. Politik perkauman di Malaysia wujud sejak sebelum merdeka dan sehingga kini ianya masih berterusan dan ini dibuktikan melalui nama parti sendiri dan keahlianya. Antaranya ialah UMNO ditubuhkan untuk menjaga hak dan kepentingan Melayu sepertinya MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum India. Cerminan kepada perkauman ini sangat jelas walaupun awalnya gabungan tiga parti ini membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Pun begitu, perjuangan hak dan kaum masih lagi wujud sehingga kini…sebab itulah suara-suara seperti ISMA, PERKASA, HINDRAF dan DONG ZONG masih lantang bergema. Usaha-usaha ke arah kepartian yang tidak beridentitikan kaum sukar dilaksanakan kerana mana mungkin UMNO, MCA dan MIC akan menukarkan nama parti mereka yang sinonim dengan apa yang mereka perjuangkan. Di sinilah letaknya kesukaran untuk menterjemahkan gerakan kesederhanaan seperti yang dianjurkan oleh DS Najib. Satu ketika dulu PBDS sebuah parti Dayak yang berjuang di atas landasan perkauman tidak mampu bertahan kerana komuniti Sarawak sukar menerima perjuangan yang hanya mementingkan satu kaum sahaja sejak dari dahulu lagi malah parti-parti politik yang wujud walaupun berimej perkauman tidak mencerminkan perjuangan kaum berdasarkan pada nama-nama parti. Parti PBB ialah parti gabungan kaum-kaum bumiputera di Sarawak, SUPP, SNAP, PRS, SPDP semuanya mempunyai gabungan ahli dan pemimpin yang pelbagai kaum berbanding parti-parti politik di Semenanjung. Berlandaskan premis ini, apakah kesederhanaan yang cuba di terapkan oleh DS Najib akan berjaya mengurangkan ekstrimis dan pelampau dalam negara yang sering melaungkan perjuangan untuk mempertahankan hak masing-masing. Mampukah DS Najib menggunakan GMM atau Pergerakan Kesederhaan Global untuk mengimbangi gerakan-gerakan melampau dalam negara dan memulihkan imej negara yang tercalar akibat beberapa insiden ekstrim yang melibatkan kaum dan agama.

Kegelisahan dan keresahan sebahagian masyarakat terhadap ekstrimis agama dan kaum di negara ini umpama gunung berapi yang suatu hari nanti akan meletup dan laharnya sukar untuk di bendung. Saban hari terdapat respon dan reaksi negatif dalam laman media sosial yang mencerminkan tahap-tahap kebencian yang menyentuh kaum lain. Contohnya satu posting yang memaparkan kenaikan pangkat dalam sebuah jabatan kerajaan yang hanya diberi kepada kaum Melayu sahaja … sementara satu kaum lagi diletak dalam simpanan.. telah mendapat respon yang tidak baik dan perlbagai tuduhan dilemparkan kepada kaum Melayu. Tuduhan-tuduhan itu mencerminkan bahawa Melayu Islam diberi banyak keistimewaan berbanding bumiputera lain walaupun dari segi kelayakan ada bumiputera lain yang lebih baik daripada kaum Melayu itu sendiri. Ketidakpuasan ini wujud dalam hampir setiap organisasi sector awam, terutamanya di peringkat persekutuan. Inilah realiti yang harus diperbetulkan oleh pihak berkuasa kerana ianya juga merupakan api dalam sekam yang satu ketika nanti akan marak dan mencetuskan kebakaran yang tidak akan mampu dibendung. Ketidak puasan beginilah yang mencetus gerakan-gerakan seperti SSKM, S4S dan juga SAPA di kedua-dua buah negeri wilayah Borneo dan jika ada yang mengatakan ianya isu terpencil .. lihatlah nanti natijah daripada tidak memberi perhatian dan menangani dengan serius perkara ini.

Realistically, Malaysia is a harmony and peaceful country, beautiful and rich in its unique culture… only if religion and races is not politicize for ones’ political gain.. 

Tuesday, November 25, 2014

BIADAP.. KURANG AJAR .. DAN RASIS ..

Kebelakangan ini kenyataan-kenyataan rasis semakin menjadi-jadi .. seperti tiada penghujungnya walaupun DS Najib, Perdana Menteri Malaysia telah berusaha untuk memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan pendekatan kesederhanaan dalam siri ucapannya di peringkat dunia seperti di APEC, Beijing China (BH Online, Nov.24, 2014) dan juga semasa ucapan di Council On Foreign Relations, New York (Malaysian Insider, Sept.28, 2013) yang lalu. Dalam ucapan nya di Perhimpunan Agung 26 September 2014 yang lalu DS Najib berkata “Perjuangan menentang ekstremisme bukan tentang Kristian melawan Muslim, atau Muslim melawan Yahudi, namun golongan sederhana melawan golongan ekstrim. Maka kita perlu menyatukan golongan sederhana, mereka yang ingin menebus kembali agamanya, dan meneruskan jalan keamanan.” (The Malaysian Insider, Nov.11, 2014) Pun begitu tulisan Lim Kit Siang, Supremo DAP mengatakan Pemimpin Umno sendiri tolak laungan ‘kesederhanaan’ Najib (The Malaysian Insider, Nov.11, 2014). Menurut DS Najib gerakan kesederhanaan tiada kaitan dengan liberalisme (Malaysia Chronicle, Nov.15, 2014) sebagai menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya gerakan kesederhanaan yang dibawa oleh kerajaan mempunyai kaitan dengan fahaman liberalisme. Benar atau tidak segala dakwaan yang dikemukakan oleh pelbagai pakar dan juga penulis .. yang pastinya kenyataan rasis dan ekstrim sudah bermula lagi .. dan ianya dimulakan tidak lain dan tidak bukan kumpulan NGO yang seolah-olah pemimpinya begitu kebal dengan undang-undang negara.

Aku tak ingin nak berdebat atau mengemukakan pelbagai pendapat yang mengatakan siapa benar siapa salah .. pada aku sesiapa yang paling kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan berbaur perkauman dan keagamaan itu harus dipertanggungjawabkan dan diambil tindakan .. tanpa mengira kaum, agama atau parti yang dia wakili . Jangan pilih kasih dalam membuat tindakan undang-undang .. sebab itulah makin ramai yang nak jadi ‘ketua rasis’ dan nampak macam hero .. Jangan pilih bulu..baru laa yang ada hati nak tunjuk jadi hero akan kecut perut nak keluarkan kenyataan rasis atau pelampau keagamaan!! .. Yang menjadikan semakin ramai manusia nak jadi BIADAP dan KURANG AJAR ialah bilamana ada segelintir pemimpin melihat ianya sebagai mempertahankan perjuangan dan hak … apakah orang lain tidak mempertahankan hak mereka atau perjuangan mereka ? Begitu juga bila beberapa tindakan seolah-olah ianya tindakan ‘terpilih’ sahaja … sedangkan ramai yang sentiasa mengeluarkan kenyataan BIADAP dan KURANG AJAR sama ada kepada sesuatu kaum .. sesebuah negeri.. atau kepercayaan atau keagamaan atau kebudayaan!! … bukanlah aku nie nak tunjuk hero atau berlagak pandai … tapi sepanjang observation aku … tak banyak yang kena tindakan … terutamanya yang hina negeri Sarawak dan penduduknya … ada ker tindakan ????? … orang-orang Melayu yang hina kaum lain dalam media sosial … ada ker yang diambil tindakan ???? … tapi kalau kaum lain buat kejap jerr.. yang kena tindakan … pikir-pikirla sendiri … kerana kalau cakap berlebih-lebih nanti aku pula dikatakan menghasut … let us be fair …

Pada pandangan aku jika DS Najib benar-benar ingin menjadikan kesederhanaan sebagai asas kepada kepimpinan nya, DS Najib harus bertindak tegas ke atas sesiapa saja .. samada mereka itu lawan atau pun berada dipihaknya … hanya dengan cara itu masyarakat akan paham bahawa kerajaan benar-benar serius menjaga perpaduan dan keharmonian bangsa …. walaupun aku tidak menjaminkan kenyataan-kenyataan rasis dan melampau akan berkurangan …  tapi aku yakin bahawa ianya akan sedikit sebanyak memberi hormat kepada kepimpinan negara ini … aku percaya kepimpinan hari ini tidak ingin melihat negara ini terus ditadbir dalam suasana yang sentiasa hangat dengan isu-isu perkauman dan keagamaan kerana ianya merosak imej negara di luar negara dan ini boleh menjejaskan pelaburan orang luar dan akhirnya menjejaskan ekonomi negara.. maka …


Just hit hard on those who propagate racism and those who promotes hate and extremismas the law, if is just and fair will always be respected by all … 

Monday, November 24, 2014

KARNIVAL OH KARNIVAL LAGIII!!

Oh rasa nak marah pun ada … walaupun hakikatnya memang la event-event di Putrajaya banyak memberi manafaat kepada businessmen .. terutama golongan usahawan kecil-kecilan yang mengusahakan makanan dan minuman .. laku giler beb!!! … sejak aku duduk di Putrajaya pada Novermber 2011 … boleh dikatakan setiap minggu ada event di Putrajaya. Dari sekecil-kecil event seperti larian untuk kesihatan sehingga sebesar-besar event seperti sambutan Hari Belia dan Formula E … sesungguhya Putrajaya menjadi pusat untuk event-event diperingkat antarabangsa jua … bila event-event sebesar Formula E dan Karnival Upin Ipin diadakan serentak … memang la ada keseoronokan tapi … alahaaiii … boleh sebabkan jem untuk penghuni di Putrajaya … contohnya pada Sabtu hingga Ahad lepas iaitu 22 dan 23 November 2014 … nasib baik la aku nie tau jalan alternatif untuk balik ke rumah … kalau tidak mau rasanya menunggu tiga jam untuk melepas jem yang bermula dari Jambatan Gemilang (hadapan KPWKM) … sebab semua nak bersesak ke PICC untuk ke Karnival Upin Ipin … kalau Puan Salwa Saleh komen tentang pengurusan Karnival Upin Ipin..aku nak komen pulak tentang pengurusan event-event yang begitu kerap di Putrajaya yang kadangkala menganggu juga laluan pergi balik penghuni-penghuni Putrajaya. Moga-moga pengurus-pengurus event perlu juga perihatin kepada masalah kami yang menjadi penghuni Putrajaya ..

Sejujurnya aku suka event-event diadakan di Putrajaya .. sunggu aku suka sebab di setiap hujung minggu aku boleh bersama-sama enjoy di majlis-majlis ini bersama keluarga aku. Festival Belia 2012 merupakan event yang terbesar dan terbaik pengurusan nya yang pernah aku hadir .. tiada jem .. tiada laluan ditutup … dan pengunjung boleh ke sana kemari dengan mudah kerana ada tempat-tempat tertentu yang dibenarkan masuk dengan panduan oleh pihak keselamatan yang bertugas dengan cemerlang … walaupun pengunjung menghampiri sejuta orang … disebabkan pengurusan yang cekap maka festival itu cukup berjaya berbanding dua tahun selepas itu, iaitu pada 2013 dan juga 2014 .. Festival Belia 2014 la yang paling teruk kerana terlalu banyak jalan ditutup (satu tindakan yang TIDAK BIJAK oleh penganjur) hingga menyebabkan kesesakan yang keterlaluan. Festival Bunga atau Flora merupakan antara majlis atau event yang diurus dengan cekap dan baik juga kerana pengunjung-pengunjung bebas dan mudah untuk sampai ke destinasi … tiada kesesakan yang teruk .. kerana penganjur tidak menutup laluan sesuka hati … mereka hinggakan penghuni-penghuni di Putrajaya mudah keluar masuk ke kawasan kediaman masing-masing. Terus terang aku cukup enjoy dengan suasana Festival Belia 2012 dan juga Pesta Flora Putrajaya ..

Pun begitu banyak event yang memang amat menyakitkan hati dimana penganjur menutup laluan keluar masuk tanpa mengambilkira penghuni-penghuni di Putrajaya. Contoh terburuk ialah sebuah event larian yang dianjur oleh sebuah institusi perbankan yang menutup hampir 70 peratus laluan jalan raya sehingga menyebabkan 80 peratus penghuni putrajaya perlu menggunaka laluan jauh berpusing-pusing untuk keluar masuk ke kawasan kediaman…hingga aku satu ketika mengeluarkan kata-kata tidak senonoh kepada salah seorang penjaga laluan ..kerana terlalu geram dengan tindakan mereka walau pun aku tahu semuanya atas kebenaran ‘tuan punya kawasan’ … satu lagi event yang menyusahkan kami penghuni di Presint 5 dulu ialah Pertandingan Bunga Api Antarabangsa … event memang la seronok tapi .. pengurusan jalan nya begitu teruk hingga laluan menjadi jem .. nak pulang ke rumah pun mengambil masa dalam tiga hingga empat jam … memang la marah giler .. acara-acara pertandingan larian di Putrajaya setiap minggu ada .. mohon la pihak berkuasa memantau juga selain menasihat pengurusan acara-acara tersebut untuk tidak sesuak menutup jalan kerana penghuni di Putrajaya juga perlu keluar masuk . Sebagai penghuni aku paham mereka ingin mengadakan di Putrajaya kerana keadaan nya yang lebih selamat berbanding tempat lain..namun put into consideration juga la pandangan penghuni-penghuni Putrajaya..kerana setahu aku Putrajaya sudah direkabentuk sebegitu rupa sehingga ada laluan untuk pelari-pelari atau pejalan kaki disediakan .. maka gunalah laluan itu supaya tidak menganggu lalulintas. Aku rasa penghuni-penghuni tidak membantah dengan acara-acara itu diadakan malah mereka juga seronok … kerana kami juga ingin turut serta …


Aku juga nak komen tentang signage yang ada di Putrajaya … sepanjang aku tinggal di Putrajaya … banyak kali juga aku ditanya oleh pengunjung dari luar .. ‘Mana jalan nak keluar ?’ .. soalan-solan ini menunjukkan bahawa Putrajaya mempunyai jalan masuk yang banyak tetapi bila nak keluar … mereka dah keliru sebab signage atau tanda arah hanya menyatakan ke Kuala Lumpur , Puchong, Shah Alam, Kajang, Dengkil atau Bangi. Ada yang berpusing tiga kali nak keluar … kesian … cadangan saya ialah semoga Perbadanan Putrajaya boleh menambah signage ‘KELUAR KE’ atau ‘EXIT TO’ di beberapa papan tanda berdekatan dengan nama-nama Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Puchong dan sebagainya bagi memudahkan pengunjung yang datang dari seluruh pelusok semenanjung … yang datang sekali sekala melawat Putrajaya.

Last aku nak komen di sini ialah aku tak tahu berapa untung rugi nya penganjuran Formula E .. walaupun banyak yang positif diperkatakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan .. namun pada pandangan aku .. sejujurnya segala pembinaan yang dilakukan untuk penganjuran Formula E telah mencacat dan merosakkan pemandangan Putrajaya … terutamanya di hadapan bangunan Kementerian Kewangan. Aku sememangnya teruja setiap kali melihat bangunan MOF yang tersergam indah dengan architecture yang unik …. dan di seberangnya ada kawasan tempat untuk bersantai … sayang seribu kali sayang semuanya kini … ditutupi oleh pagar besai dan tembok batu serta bangunan yang hanya digunakan setahun sekali … itulah harga yang dibayar oleh Putrajaya semata-mata nak membuktikan Malaysia menyokong usaha ke arah Green Technology … sejauh mana kita mampu untuk mengubah persepsi penggunaan enjin elektrik jika keupayaan dan kepakaran kita untuk menyediakan kemudahan itu terhad dan harga amat membebankan pengguna … hanya masa yang akan menentukan.


Bak kata bijak pandai we tend to be over zealous in doing things .. to prove our support although we may just get a minimum impact and benefit from it all atau frasa yang paling popular di zaman dahulu kala … ‘menang sorak kampong tergadai’ kerana hasilnya dalam lima tahun belum pasti ada pelanginya di hujung kampong..

P.S  Kalau boleh jangan la adakan sampai tiga hingga empat acara serentak di PICC (sudah nak dapat parking) dan juga Putrajaya ... spread it out la... 

Friday, November 21, 2014

OH POCOT!! MAK KAU!!

Kadang-kadang aku nie melatah jugak laa..bila baca berita-berita berkaitan bencana alam..lebih-lebih lagi macam yang berlaku di Cameron Highland .. haii…mana tak marahnya … dah dua kali peristiwa tu berlaku .. tak kan tak tau cara nak urus kan nya … betul laa kata sorang pemimpin dulu … apabila kita tidak belajar daripada sejarah .. maka sejarah akan mengajar kita berulangkali .. banjir dulu dah korbankan nyawa.. kali ini pun korbankan nyawa … maka apa resolusi dan tindakan selepas peristiwa yang pertama ? Apa pengajaran daripadanya yang boleh diambil iktibar dan apa kelemahan yang boleh diperbaiki dan diatasi ?? … aku puji laa tindakan pantas beberapa agensi penguatkuasaan … tangkap sana..tangkap sini … bertempiaran lari warga asing yang bekerja di situ … sampaikan ada tokay kata … ‘manyak susah ooo .. pekerja sudah tiada .. apa macam ?’ tapi yang peliknya ..towkay yang upah pendatang asing yang haram tak pulak kena tangkap ? Si pendatang asing haram tu memang sah la salah..sebab masuk tanpa izin… walau pun dari segi niat nak bekerja tu baik… sebab nak cari rezeki … yang si towkay pulak boleh bebas…tak salah..padahal dia yang upah pekerja tu .. sebab nak upah murah … haram ka..tanpa izin ka … jalan saja laaa … ini yang menjadi pelik dalam otak aku … aaa mungkin aku ni bukan loyar …. tak tahu pasal undang-undang … maaf ler yer…

Sebenarnya aku nak tulis sikit pasal penguatkuasaan …. maklum laa..baru-bari nie Ketua Menteri Sarawak sergah tokay-tokay besar kompeni balak di Sarawak… rasanya terkejut juga tokay-tokay tu…dan kalau check ..memang terkelup biji p***r mereka… bila KM Sarawak kata akan ambil tindakan tegas terhadap salah laku dalam urusan pembalakan di negeri tersebut … walaupun lama dah perkara itu berleluasa di Sarawak … dulu masa di Sarawak boleh nampak setiap hari ada sahaja lori-lori balak yang sarat muatan mundar mandir di jalanraya … sampai bergegar jalanraya masa lori-lori tersebut melintasi kita … entah laa..samada keberatan lori-lori itu ada diperiksa atau tidak … tak tahu laa… tapi memang berat …boleh rosak jalan raya … penguatkuasan?? Sekali sekala ..he he ..oh!pocot! Paling aku heran.. bila baca dalam akhbar … banyak rupanya laporan di buat oleh NGOs dan individu tertentu kepada pihak penguatkuasaan… tapi … bak kata tok Denan, ada mata buta..ada mulut bisu..ada telinga bengal (pekak) … he he he… dan teramat pelik ialah bila kayu-kayu balak dirampas ..berjuta-juta RM … tapi towkay tak pernah dapat di tangkap …amat ajaib kan ??? .. sama la macam kes di Cameron Highland… yang dikejar warga asing yang bekerja … yang terlepas yang upah mereka … tak rasa pelik ka? dan terbaru MB Pahang dicabar untuk ambik tindakan tegas macam yang KM Sarawak buat… ada brani ka? he he he kita sama-sama tengok.. apa jadi pada kedua-kedua negeri … dua-dua negeri memang banyak kayu balak … errr… yang kena tangkap di Sarawak hari tu ..berapa hukuman denda kena ekkk?? RM50 ribu jerk e?? hmmmm…

Bila cakap pasal penguatkuasaan nie… aku selalu tertanya-tanya… dalam hati. Tengok TV.. baca paper… banyak juga kejayaan penguatkuasaan dalam membenteras penyeludupan.. rampas rokok seludup .. berjuta-juta … rampas minyak petrol ..diesel ..banyak kali nampak dalam TV … sama juga dengan pembenterasan permainan video.. judi haram online… pusat maksiat spa .. GRO … memang aku rasa bangga sangat tengok usaha-usaha pihak berkuasa… tapi heran nya … pernah ka you all nampak or dengar taiko..atau towkay besar kena tangkap sekali atau kena dakwa ?? kalau ada … tak pernah aku dengar seteruk yang curi duit dua hinggit kat masjid tu kan? Setakat RM50 ribu … alahaaaiii …denda tu…ciput jer bagi towkay-towkay tuu … sebab banyak kali kena serbu … tempat yang sama … kesian kat yang kena tangkap .. pekerja jer … kan! kan! .. oh mak kau!! … laa nie ada penjual rokok haram pulak kena tangkap kan ?? Memang padan pun… tapii… ha ha ha … piker la sendiri!! … yang menyeludup warga asing masok pun… pernah kah ‘the big boss’ kena tangkap sekali dengan kuli-kulinya?? Tak ada kan ?? ajaib sunggub..memang macam David Copperfield dia orang nie kan …

Maaf laa… kalau ada yang baca rasa tersinggung…. bukan nak jadi biadap atau kurang ajar.. saja nak tanya perkara-perkara yang rasa amat pelik ..bila setiap kali pihak penguatkuasa kata berjaya membenteras perjudian haram .. spa haram … penyeludupan rokok … penyeludupan manusia dan sebagainya … mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkuasa … untuk mengatasi kelemahan ini supaya jerung juga ditangkap bersama ikan bilis-ikan bilis yang hanya mendapat arahan … saya percaya pihak berkuasa mempunyai segala kemahiran dan peralatan … cuma masih ada wujud ‘si kitul’  … yang menjadi ‘pegar makan padi’ …. Moga-moga segala harapan rakyat untuk melihat usaha murni penguatkuasa dapat direalisasikan … kejayaan-kejayaan yang dipaparkan di media boleh menjadi pendorong dan juga meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penguatkuasaan … tetapi jika ada nampak jerung ka, paus ka yang ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat … mungkin kepercayaan terhadap penguatkuasaan akan lagi meningkat….


..no one is above the law, not even me said the Sultan of Pahang (Star, November 2o, 2014) adalah satu peringatan kepada semua penguatkuasa bahawa tindakan undang-undang perlu di ambil ke atas sesiapa sahaja .. seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu ‘Kedaulatan Undang-Undang’ … tanpa mengira pangkat .. sekiranya ada salah laku sepertimana dalam kes pembalakan haram… penerokaan haram yang boleh menyebabkan bencana alam dan mengorbankan nyawa manusia.. lain..

Thursday, November 20, 2014

KENAPA MASIH TAK SUKA NIE ?? .. CER CERITA ..

Bila harga petrol diumum semalam .. aku terpikir samada nak menangis kerana sedih (bukan gembira ya..) atau ketawa (sebab rasa tersangat lawak). Lama juga aku termenung dan berpikir .. samada aku yang tersalah dengar …. atau menteri yang tersalah umum. Hmmm bila berita (paling cepat media sosial laaa..) tersebar … aku akui akulah yang tersalah dengar .. memang pengumuman itu betul. Ya … harga petrol RON97 sudah diturunkan oleh kerajaan sebanyak RM0.20 sen daripada harga RM2.75 kepada RM2.55. Tahniah. Langkah yang bijak oleh kerajaan. Ehhh .. tunggu sekejap! Tunggu!! Kenapa ramai yang masih marah nie?? … aaa… rupa-rupanya  kerajaan tak turunkan harga petrol RON95!! .. laaa kenapa gitu?? Kerajaan tak tahu ka yang hampir 90 peratus rakyat negara ini menggunakan petrol RON95!! Petrol RON97 kebanyakkan digunakan oleh orang-orang yang duit nya tak pernah susut .. duit tak reti nak abiss… yang pakai Mesidis, BMW, Audi, WakSegan, Ferrari, Porsche, Bentley, Jaguar, Maserati dan yang sama hebat dengan nya …

Aku tak tau la samada RM0.20 sen penurunan dari RON97 tu akan beri impak kepada kehidupan rakyat biasa ..sebab aku pasti yang guna RON97 pun tak rasa apa-apa kot .. aku cuma tau yang bas sekolah dan bas berhenti-henti atau bas perjalanan jarak jauh tak guna RON97 … mereka cuma guna diesel jer.. maka memang sah la tambang bas tak akan turun … aku juga tau lori-lori yang angkut barang keperluan harian rakyat seperti beras, gula, tepung, telor, ayam, sayur dan sebagainya pun guna diesel atau pun RON95 … maka sahihlah harga barangan tak akan turun …. tak ada kaitan langsung pun.. moto kapcai pun guna RON95 … hmmm…. Ya la kan.. mana nak guna RON97 … he he he …itu gila namanya kalau moto yang hanya 100cc pun nak pakai RON97.. sebab yang hantar paper ..suratkhabar banyak guna kapcai jer …. Tapi jangan susah hati la semua … harga petrol di negara lain semuanya lebih mahal dari harga petrol di Malaysia… kita masih lagi untung laa..macam itu kan … tak pecaya … Indonesia pun sudah naikkan harga petrol mereka… dan kalau mengikut khabar angin puting beliung rebut taufan … banyak lagi negara akan menaikkan harga petrol mereka..untuk pastikan harga petrol di Malaysia sentiasa lebih murah dan lebih rendah daripada mereka ….

Maaf la menteri kalau tulisan aku ini macam ada kurang ajar sikit … tak terlintas nak kurang ajar kepada menteri atau nak mengajar menteri bagaimana nak jalankan tugas .. meskipun kedudukan menteri Perdana Menteri yang tentukan .. tetapi kedudukan menteri di kawasan sebagai wakil kepada rakyat... rakyat yang tentukan … kerana percaya menteri pasti boleh tolong sama rakyat marhaen … gaji Menteri nak naik … naik la..tapi jaga lah juga kehidupan rakyat … “dikhabarkan sekarang untuk Malaysia mereka yang kurang RM3,600.00 adalah golongan miskin” .. kata Tengku Razaleigh Hamzah (Sinar Harian, Oktober 17, 2014) adalah satu peringatan bahawa Malaysia masih belum lagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi lagi .. oleh itu lihat-lihat disekeliling..tinjau-tinjau lah kehidupan rakyat biasa .. dan rasailah denyut nadi mereka untuk menyusuri kehidupan ini… pernah aku terbaca kata-kata seorang ahli politik yang mengatakan .. kebanyakan ahli YB Menteri … tidak pernah merasa hidup susah … perkataan ‘kesusahan’ tidak ada dalam kamus hidup mereka … betul ke begitu ? Memang la benar pepatah mengatakan ‘ukurlah baju di badan sendiri’ dalam pengurusan hidup .. malah saranan dan nasihat untuk sentiasa berjimat cermat dalam segala hal agar dapat membina kehidupan yang baik yang mampan yang sejahtera untuk diri dan keluarga …namun rakyat marhaen ingin juga menikmati hidup yang dilimpahi dengan makanan yang berkualiti … hiburan yang berkualiti ..pendidikan yang berkualiti dalam sebuah negara yang mempunyai misi dan visi ke arah negara yang berpendapatan tinggi.


The war cry ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’  must be re-visited to be relevance to the present situation .. or else it will just be another rhetorical slogan to appease the masses during the election campaign .. Allahu Akbar .. semoga negara ini terus aman sejahtera hendaknya.

Wednesday, November 19, 2014

BELIA BARU …

Hari ini aku nak menulis tentang belia … belia baru sepertimana yang disarankan oleh Menteri Belia dan Sukan .. iaitu golongan belia yang benar-benar menepati ciri-ciri belia. Menurutnya takrif umur belia ialah diantara 15 – 30 tahun menjelang 2018. Ianya selaras dengan agenda utama perubahan dalam Dasar Belia Malaysia yang akan dibentangkan tahun depan (BH, Nov.18, 2014).  Ya sudah tibanya masanya perubahan ini dilakukan kerana jika kita perhatikan di sekeliling kita hari ini persatuan-persatuan belia hampir semuanya di kuasai oleh golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan yang lebih muda biasanya hanya menjadi ahli biasa atau pengikut sahaja. Jika ada pun persatuan yang sebenar-benarnya dipimpin oleh golongan belia yang berumur 30 tahun ke bawah, kebanyakkan nya hanya akan wujud setahun dua ..sebelum hilang bersama dengan pemimpin nya .. senario ini berlaku dikebanyakkan kampong, daerah dan negeri. Banyak tumbuhnya persatuan belia tetapi terkulai layu … begitu sahaja dan kebanyakkan wujudnya persatuan belia juga lebih terarah kepada sukan dan rekreasi … semata-mata … dan beberapa kerat persatuan belia di negara ini boleh mendabik dada dan bermegah menganjurkan aktiviti bersifat ilmuan dan pengetahuan seperti perniagaan belia atau bagaimana nak membantu anak-anak dalam kecemerlangan akademik dan sebagainya … mungkin ada..tetapi amat jarang dan sedikit sekali di negara ini …

Takrif baharu umur belia sudah lama dilaksanakan di kebanyakkan negara maju, namun Malaysia agak ketinggalan, kata YB Khairy. Memang benar sekali kerana takrif umur belia menurut Perhimpunan Agung PBB ialah antara 15-24 tahun manakala Bank Dunia pula mentakrifkan umur belia antara 15-25 tahun dan Belia Komanwel pula menyifatkan belia ialah yang berumur antara 15-29 tahun. Maka perubahan yang ingin dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan sangat relevan dengan perkembangan masakini. Dianggarkan terdapat lebih dari 40 buah persatuan yang berdaftar atas nama belia di seluruh negara  (Wikipedia, Nov.18, 2014) dan jika dibuat tinjauan atau kajian berapa ramaikah golongan belia yang menerajui persatuan-persatuan ini? Mungkin perkara ini juga saya cadangkan pihak Kementerian Belia dan Sukan boleh buat simple survey untuk kenalpasti kepimpinan belia di peringkat persatuan  sejajar dengan kehendak dan aspirasi DBM untuk mempercepatkan proses peremajaan golongan belia, mendidik dan memberi peluang mereka mempelajari aspek kepimpinan lebih awal (YB Khairy Jamaluddin, BH Nov.18, 2014).

Dalam konteks belia menjadi pemimpin, terutamanya sebagai pemimpin dalam parti politik, aku melihat PKR dan DAP sudah jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik pemerintah yang rata-ratanya mempunyai YB berusia melebihi 40 tahun ke atas. Mungkin ada seorang dua YB parti pemerintah di negeri-negeri yang berusia di bawah 30 tahun tetapi ianya begitu sedikit sekali. Bukan niat nak mempertikaikan kewibawaan mana-mana ahli YB namun setiap kali pemimpin-pemimpin bercakap pasti terselit ungkapan yang paling popular, iaitu belia harapan negara .. belia pemimpin pelapis masa depan dan belia tunjang kepada kepimpinan negara tetapi sampai satu tahap .. belia-belia yang pintar..belia-belia yang ada kelulusan akademik yang hebat … tidak begitu mudah untuk mendapat tempat dalam parti-parti pemerintah . Malah parti-parti pemerintah lebih suka dan gemar mengambil calon-calon bekas penjawat awam yang berkedudukan tinggi, bekas guru agama dan orang-orang korporat yang berjaya ..kononnya mereka sudah matang..sudah ada kewibawaan sudah tahu selok belok tepis terajang mainan politik … maka golongan belia yang bersemangat sejak awal untuk menabur bakti yang penuh dengan idea-idea baru …akhirnya terpaksa akur … dan yang kecewa akan pergi ke kem sebelah berjuang atas perjuangan yang sama tetapi berbeza platform mereka. Inilah yang berlaku di dalam kebanyakkan parti-parti pemerintah … adakah mereka takut golongan-golongan muda ini yang bersuara lantang..yang mempunyai idea baru akan mengugat kedudukan atau peluang pemimpin-pemimpin yang lebih senior dalam parti ?? tengoklah dalam PRU 14 nanti berapa ramai golongan pemimpin belia yang akan menjadi calon parti pemerintah di peringkat nasional dan juga negeri-negeri … jika ianya melebihi 60 peratus .. maka benarlah ada transformasi kepimpinan dalam negara ini .. jika tidak..ianya tidak lebih daripada satu retorik semata-mata …Mengambil petunjuk atau cue dari kata-kata YB Khairy ‘beri peluang orang-orang muda tonjol bakat kepimpinan’ ekoran dari kenyataan DS Najib baru-baru ini yang menjelaskan bahawa parti bersedia memberi lebih ruang kepada golongan muda. Mungkin ada yang mencebik mulut kerana perkara ini sudah di sebut berulang kali namun proses ini amat-amat jarang berlaku. Sebab itulah aku katakan berapa ramai ahli DUN di negeri atau MP parti pemerintah yang berusia 30 tahun ke bawah berbanding PKR dan DAP. Aku tak masukkan PAS sebab rasanya PAS pun kurang memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin..maklumlaa..mungkin ilmu agama tak cukup lagii tuu … takut tersilap keluar fatwa pulak nantii …

Usaha ke arah memberi peluang golongan belia untuk menjadi pemimpin hatta di peringkat kampong pun perlu diberi perhatian kerana masyarakat hari ini memerlukan pemimpin yang aktif berfikir dan bertindak dengan cepat. Cara kepimpinan lama di kampong sudah tidak sesuai lagi .. dan aku ingin mencadangkan agar pentadbiran negeri Sarawak melihat keperluan untuk melantik tuai rumah dan ketua kampong yang berusia 40 tahun ke bawah, berpendidikan dan juga mempunyai idea-idea untuk memajukan kampong. Mungkin Pemanca dan Temenggong masih lagi di pegang oleh golongan yang berumur 50-60 tahun. Perlu ada had umor bagi setiap tuai rumah dan ketua kampong supaya mereka tidak memegang jawatan tersebut sehingga mati dan menjadikan pula jawatan itu sebagai warisan keluarga pula … begitu juga dengan jawatan Pemanca dan Temenggong … transformasi ini perlu kerana kampong dan rumah panjang amat memerlukan kepimpinan yang berwawasan, mempunyai idea dan mampu menganjakkan kemajuan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga idea-idea untuk membangunkan taraf pendidikan di kalangan komuniti mereka.

Di awal tadi aku menyebut tentang peranan persatuan belia yang banyaknya berfokus kepada sukan dan rekreasi semata-mata dan amat kurang yang memberi focus kepada usaha-usaha perniagaan, pertanian dan juga kecemerlangan pendidikan. Ada persatuan atas nama pertanian, atas nama nelayan atas nama pendidikan … tetapi semuanya menunggu bantuan kerajaan untuk bergerak dan berfungsi. Tiada dana..tiadalah aktiviti … untuk masyarakat kampong, terutamanya. Maaf cakap.. inilah realitinya persatuan yang kebanyakkan nya tidak di wakili oleh belia … kerana belia tidak mendapat manafaatnya. Aku harap YB Khairy terus terobos persatuan-persatuan belia yang layu … agar ianya dapat memberi manafaat kepada golongan belia untuk berkhidmat bakti ..terutamanya dalam kampong mereka sendiri..


Usaha ke arah meremajakan belia ini pastinya memberi nafas baru kepada golongan belia dan berharap.. jangan lah berpersatuan kerana nak merebut jawatan presiden, setiausaha, bendahari semata-mata ..selepas itu tak buat apa-apa untuk belia-belia di kawasan nya… berpersatuanlah untuk kemajuan belia..untuk kepentingan belia di kawasan .. ingat “the youth of today will never be the leader of tomorrow, if nothing is done to uproot the rot within the youth organization”

Tuesday, November 18, 2014

BIAR BETUL NIE …

Hari ini pun aku nak berkongsi pandangan seorang gadis Cina kenapa Malaysia semakin teruk dilanda krisis identiti. Katanya aku cukup tertarik dengan pandangan-pandangan Prof.Madya Dr. A.Rahman Tang Abdullah mengenai penubuhan Malaysia. Amat jelas beliau sudah membuat kajian yang mendalam tentang beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ke arah penubuhan Persekutuan Malaysia yang dibentuk oleh empat buah negara yang merdeka, iaitu Negara Borneo Utara (Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Pandangan beliau yang tidak berat sebelah ditambah dengan teori dan hipotesis sungguh menarik perhatian aku sebagai seorang peserta dalam seminar tersebut. Beberapa kenyataan nya amat menarik perhatian aku, terutamanya apabila dia  menyebut orang Cina Sarawak tak suka dengan Cina Singapura dan Cina Semenanjung adalah amat tepat sekali kerana Cina Sarawak masih mengekalkan identiti asal usul mereka sepertimana nenek moyang mereka yang datang beratus tahun dahulu ke Sarawak (dan ini memberi kelebihan kepada DAP).

Pun begitu aku kurang bersetuju dengan pandangan beliau yang mengatakan punca sifat keCinaan dan rasis ini adalah disebabkan sekolah aliran Cina dan juga amat tidak bersetuju dengan cadangan beliau untuk menghapuskan sekolah aliran Cina. Sekolah aliran Cina bukanlah masalah atau punca kepada perpecahan kaum atau sikap rasis. Di Sarawak sekolah aliran Cina bukan sahaja dikhaskan untuk kaum Cina malah ianya juga dibuka kepada kaum bumiputera seperti Iban, Melayu, Melanau dan sebagainya. Sekolah aliran Cina di Sarawak adalah seperti sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah mission lain yang menerima pelajar-pelajarnya dari semua etnik yang ada di Sarawak. Justeru punca sikap rasis bukanlah berpunca daripada kewujudan sekolah aliran Cina. Pada pandangan saya punca kepada perpecahan kaum atau sikap rasis ialah daripada individu-individu yang dan NGOs yang sengaja ingin menjadi jagoan dan dilihat sebagai hero dimata ahli-ahli politik yang berkuasa .. dan memungkin dirinya atau mereka dalam ‘the corridor of power’ supaya mendapat imbuhan atau limpahan kuasa daripada mereka.

Saya ingin mendedahkan senario masakini yang wujud di negeri Sarawak dimana semakin ramai perkahwinan campur antara kaum Cina dan bumiputera Kristian. Generasi ini melahirkan generasi yang keliru dengan identiti mereka lantas mula mempengaruhi golongan yang kuat pegangan keCinaan mereka. Pun begitu generasi inilah yang paling kuat tidak mahu diidentifikasi sebagai Cina dan inginkan status mereka sebagai bumiputera walaupun mereka sendiri berada dalam komuniti tersebut. Kumpulan inilah yang paling kuat mencabar perlembagaan negeri yang memperuntukkan klausa mempertahankan hak bumiputera dalam negeri Sarawak. Contoh terbaik ialah cerita seorang wanita yang cekal, iaitu Magdeline. Beliau adalah hasil dari kawin campur antara seorang lelaki Cina dengan wanita bumiputera Kristian. Disebabkan beliau bukan berstatus bumiputera beliau tidak layak untuk mewarisi tanah keluarga seluas 934.8 kaki persegi. Akibatnya beliau terpaksa mewariskan tanah tersebut kepada tiga orang anaknya dan kes ini masih lagi belum selesai sehingga kini (Borneo Post Online, 2014). Beliau tidak tahu sepatah haram pun bahasa Cina dan hanya boleh bertutur dalam bahasa Iban, iaitu bahasa ibu nya. Inilah salah satu contoh kes yang melibatkan hak-hak bumiputera dan banyak lagi kes seumpama ini berlaku di negeri Sarawak. Dengan peningkatan kaum belia Cina  yang mempunyai 70% darah bumiputera, raut wajah tiada iras kaum Cina, tetapi menggunakan nama Cina..dan tidak menikmati status bumiputera. Golongan inilah yang menjadi api dalam sekam yang akan mencetuskan fenomena tidak puashati terhadap pemerintah dan akhirnya boleh menjatuhkan kerajaan pada masa akan datang. Pada masa yang sama ada anak kahwin campur yang hanya 50 peratus berdarah bumiputera, mengguna nama bumiputera  walaupun raut  wajah keCinaan disebabkan ayah mereka adalah bumiputera, mereka menikmati status bumiputera. Perbezaan ini menjadi duri dalam komuniti Cina dan luka ini menjadi jurang yang sukar diubati dalam masyarakat negeri Sarawak.

Meskipun ada peluang diberi oleh kerajaan negeri untuk anak-anak kahwin campur, iaitu ayah keturunan Cina dan ibu keturunan bumiputera, untuk memohon status bumiputera, melalui Mahkamah Bumiputera, perkara ini masih lagi satu polemik yang tiada kesudahan nya kerana sehingga kini apa yang berlaku (kebanyakkan permohonan dibekukan, kecuali mereka anak orang kenamaan, ahli politik). Malah ada permohonan sudah melangkaui 30 tahun lamanya untuk mengenalpasti samada anak itu layak diberi status bumiputera. Mungkin perlu check DNA mana yang lebih dominan kot. Golongan-golongan yang tidak berpuashati ini telah mengemukakan kes mereka kepada pihak PKR dan memohon bantuan daripada wakil PKR, iaitu YB Baru Bian, ADUN Ba Kelalan yang kebetulan beristerikan orang Cina. Suara orang-orang yang kecewa ini menjadi suara yang menyokong usaha PKR untuk memerangi dan menangani ketidakadilan yang diberikan kepada anak-anak kahwin campur (Barubian.net, 2011). Kes-kes seumpama ini sering terpampar di akhbar utama negeri dan juga nasional, bila mana anak-anak kahwin campur ini tidak diberi hak yang sepatutnya, terutamanya dari segi soal pendidikan. Bila ini berlaku barulah pihak berkuasa berusaha nak selesaikan isu .. macam kerja Bomba pulak kan … bila kebakaran berlaku barulah nak padamkan api .. sedangkan api itu sudah lama makan didalam…

Sebagai anak Cina 100 peratus, saya percaya kerajaan pusat mengetahui perkara ini berlaku tetapi kenapa tiada tindakan diambil untuk menangani kes-kes seumpama ini. Saya percaya anak-anak kahwin campur ini apabila dewasa, pastinya memberontak dengan keadaan yang mereka hadapi. Walaupun mereka dilahirkan di bumi ini, belajar bersekolah dan mendapat ilmu dibumi ini..tetapi mereka tetap tidak dianggap sebagai anak bumiputera ..sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu berbahasa Cina atau Mandarin. .. dan mereka ini saya pecaya adalah berpotensi untuk tidak mengundi parti-parti kerajaan yang memerintah pada masa ini. Harapan saya ialah samada kerajaan pusat atau kerajaan negeri berusaha untuk mempastikan isu ini ditangani dan diselesaikan dengan cara yang baik, berhemah dan segera.. kerana api dalam sekam adalah bahaya sekali .. umpama gunung berapi yang bertahun-tahun menahan laharnya dari meletus keluar .. sekali ianya meletup ..bara nya sukar untuk ditangani..dan dipadamkan walau ada segala nenek Bomba sekalipun...

Pandangan aku : apa yang dikatakan oleh anak gadis ini ada benar nya kerana aku juga pernah berkerja dengan beberapa rakan yang menghadapi masalah yang sama. Walaupun mereka merupakan penjawat awam..dan mendedikasikan hidup mereka serta berjuang untuk kepentingan negeri Sarawak..namun mereka tidak juga mendapat status bumiputera sekian lamanya .. mereka sendiri pun tidak tahu berbahasa Cina atau Mandarin.. namun terbaiknya sikap mereka ialah … sentiasa menyokong segala usaha kerajaan dalam membangunkan negeri Sarawak. Ini berlaku kepada orang yang memegang prinsip Rukun Negara ..walaupun pada dasarnya … aku percaya mereka juga kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku ke atas diri serta keluarga mereka. Apakah fenomena non-natives with  native features and heritage ini akan menjadi penentu kepada survival parti-parti politik pemerintah sedia ada, pastinya menarik untuk dibuat satu kajian dalam sosio politik negeri Sarawak.


Sepertimana ungkapan-ungkapan orang-orang berkuasa sering lafazkan .. the future of the nation lies upon the youth of today maka fikirkanlah bahana nya jika masalah the youth of today tidak dapat DISELESAIKAN dan DITANGANI oleh the leaders of today dengan baik.

Monday, November 17, 2014

UNIKNYA SARAWAK ..

Hari ini aku ingin berkongsi serba sedikit pandangan seorang sahabat berketurunan Cina yang melihat kenapa negeri Sarawak sangat jauh berbeza dari Semenanjung dari sudut perpaduan, toleransi dan penghayatan 1Malaysia. Menurutnya negeri Sarawak merupakan negeri yang amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal walaupun kebelakangan ini ibu negerinya semakin sesak sejajar dengan pembangunan yang semakin mantap. Sesungguhnya negeri Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat harmoni dan aman. Kepelbagian budaya masyarakat yang berbilang kaum dan pegangan agama yang berbeza tidak mencatat atau menjejaskan pergaulan masyarakat yang sentiasa menghormati adab, adat resam serta kepercayaan masing-masing sejak zaman berzaman. Katanya ‘cuba kita ambil contoh apa yang berlaku di Miri misalnya dimana sebuah Gereja dan Masjid dibina sebelah menyebelah tanpa menimbulkan sebarang konflik dan isu kepada kedua-dua penganut kepercayaan terbesar di negari itu’. Menurutnya, di hari Jumaat, pihak Gereja membenarkan kawasan nya untuk digunakan sebagai tempat letak kereta orang-orang Islam yang bersembahyang Jumaat bagi mengurangkan kesesakan sementara pihak Masjid akan membenarkan kawasan nya digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari Ahad semasa mereka melakukan upacara Sunday Mass mereka. Inilah contoh tolerans dan tolak ansur yang tiada bandingnya dan tidak terdapat di Semenanjung., katanya lagi.

Beliau juga berpendapat ‘sehingga tahun 2010 majoriti rakyat Sarawak tidak pernah pun terfikir atau memikirkan untuk keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia, sehinggalah timbulnya satu wawancara dengan Presiden PERKASA – Dato Ibrahim Ali. Saya berpendapat Ibrahim Ali lah yang menjadi punca dan pencetus kepada pandangan ekstrim terhadap agama dan juga bangsa yang kemudianya seolah-olah menjadi satu gelombang atau gempa bumi yang mengegar dan mengugatkan kestabilan, keamanan serta keharmonian yang telah diasas, dipupuk dan dibina dengan penuh kepayahan oleh kerajaan selama ini. Sejak itu bermula episode tuduh menuduh oleh pelbagai pihak dan saling ingin menunjukkan kejagoan masing-masing sebagai pelindung agama dan bangsa oleh NGO dan juga orang-orang politik. Ugutan Ibrahim Ali untuk membakar Al-Kitab orang Kristian menjadi perbalahan dikalangan masyarakat, malah mencetuskan satu perang mulut antara YB Khairy dengan Pemuda PERKASA Irwan Fahmi Ideris (themalayonline.com, 2014). Perpatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ menjadi kenyataan sehinggakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pun terkena ‘tempias’ dari isu berkenaan.

Sentimen-sentiman keagamaan dan perkauman inilah, menurut pandangan nya mencetuskan kebimbangan dan ketakutan kepada masyarakat Sarawak sehingga memaksa mereka untuk berfikir adalah lebih baik keluar dari Persekutuan Malaysia. Mereka bimbang dan takut propaganda membenci agama dan ekstrimis perkauman akan merebak ke negeri Sarawak lantas menggangu gugat keamanan dan keharmonian yang sudah berkurun lama terjalin. Kepercayaan dan penghormatan terhadap satu sama lain yang diamalkan selama ini pasti akan musnah dalam sekelip mata jika tiada usaha dilakukan oleh pihak berwajib, lantas tindakan yang terbaik difikirkan ialah untuk MENGHARAMKAN golongan ektrimis agama dan perkauman dari menjejak kaki ke bumi Kenyalang. Hanya dengan cara inilah sahaja mampu dilakukan agar golongan ini tidak terus menyebarkan pemikiran ektrimis perkauman dan agama di negeri Sarawak yang dihuni oleh lebih 40 etnik dengan pelbagai kepercayaan agama. Menurutnya lagi, walaupun kes Ibrahim Ali bukan satu-satu isu yang menyebabkan kemarahan masyarakat Sarawak kerana terdapat banyak penghinaan dan tohmahan ke atas negeri dan orang Sarawak dalam media sosial (yang langsung tidak di ambil tindakan oleh pihak berwajib) hingga tercetusnya NGOs seperti SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia), S4S (Sarawak For Sarawakians) atau SAPA (Sarawak Association Peoples Aspiration). NGOs ini termasuk Jeffery Kitingan yang dilihat berjuang untuk ‘kebebasan’ masyarakat Sarawak dan Sabah pastinya tidak akan ‘bangkit’ seandainya sentiment perkauman, sentiman keagamaan tidak menjadi bahan perjuangan oleh NGO dan ahli politik di Semenanjung.

Kebangkitan isu royalti minyak menjadi duri yang sukar untuk win-win situation dalam hubungan kerajaan pusat dengan kedua-dua buah negeri. Sehingga selesainya isu ini, isu-isu seperti autonomi dalam pendidikan akan juga menjadi fokus sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Isu-isu ini mula menjadi prominent dan keutamaan apabila rakyat mula disedarkan melalui pendedahan demi pendedahan oleh NGOs yang merasakan sudah tibanya masanya untuk bersuara sepertimana yang berlaku antara Scotland dan Great Britain. Autonomi yang diberikan oleh Great Britain kepada negara-negara dalam persekutuanya menentukan hala tuju masing-masing dalam pelbagai aspek. Banyak perkara yang berat sebelah dan mencetuskan ketidak puashan hati masyarakat Sarawak dan Sabah lantas adalah dicadangkan agar kerajaan persekutuan memberi perhatian yang serius kerana suara majoriti kedua-dua wilayah adalah juga amat penting kepada survival kerajaan yang sedia ada.

Saya percaya secara keseluruhan orang-orang Sarawak dan Sabah akan terus berpegang kepada prinsip serta kepercayaan bahawa hanya sikap toleransi, hormat menghormati adat resam budaya dan agama serta menerima kepelbagaian dan keunikan masing-masing sahaja mampu menjadi tunjang dan teras kepada perpaduan dan keharmonian negeri mereka. Ia juga akan terus menstabilkan politik dalam kedua negeri tersebut. Justeru segala langkah dan tindakan oleh pihak luar untuk mengadakan sebarang aktiviti harus melihat kepada sensitiviti dan menghormati budaya dan kepercayaan masyarakat tempatan.

Pandangan aku : apa yang diperkatakan oleh sahabat ku ini ada kebenaranya dari sudut ektrimism agama dan perkauman. Harus diingat bahawa kestabilan negeri Sarawak pasti menjamin survival politik kerajaan semasa maka adalah perlu kerajaan pusat bertindak ke atas mana-mana NGOs atau individu yang mewar-war semangat perkauman dan ekstrimis agama dari terus mencetuskan kebimbangan dan ketakutan dalam masyarakat. Harus diingat Melayu di Sarawak hanya 24.13 peratus sahaja dan peratusan yang beragama Islam termasuk Iban, Cina dan Melanau hanya merangkumi dalam jangkaan 26.7 peratus. Maka perasaan bimbang dan takut itu ada rasionalnya.  Justeru sikap tolerans serta menghormati kebudayaan dan kepercayaan orang lain sudah lama disemaikan agar masyarakat negeri Sarawak terus hidup harmoni dan sejahtera dan terus melangkah kedepan untuk pembangunan dan kemakmuran negeri. Dengan adanya perkahwinan campur yang sudah diamalkan dari dahulu lagi ..maka ada keluarga yang mempunyai saudara mara yang berbeza budaya, berbeza kehidupan dan berbeza kepercayaan. Maka sukar bagi kami anak-anak Sarawak untuk memperkatakan keturunan dan agama aku lebih baik .. kerana ianya pasti melukai hati dan perasaan saudara kami yang berlainan keturunan dan agama. Sejujurnya aku masih lagi mempunyai sepupu yang berketurunan Cina, beragama Kristian, saudara yang berketurunan separuh Iban suku sakat lain yang berketurunan Bidayuh. Maka berbaloikah kami hancurkan keharmonian keluarga hanya kerana pandangan ekstrim dan pelampau agama dan keturunan?


Fikir dan renung-renungkan…

Friday, November 14, 2014

SO … APA ADA PADA NAMA ???

Aku pernah terdengar orang berkata .. atau bejako (bahasa Iban Sarawak) .. ‘apa ada pada nama’ … dan aku pun tertanya-tanya ..apa maksud atau apa pengertian kata-kata itu. Pada pandangan aku nama seseorang itu penting … sebab itulah setiap manusia di beri nama ..samada nama yang panjang atau nama yang pendek . ..dan tak pernah lagi aku jumpa orang di beri nama ‘oii’ .. tapi nama keluarga OOI ada .. tapi bukan ‘oii’ seperti panggilan Aziz Satar kepada Singh yang jadi Pak Guard dalam filem ‘Seniman Bujang Lapok’ . Singh tu langsung tak menjawab ..sebab nama dia bukan ‘oii’.. begitulah penting nya nama pada seseorang sehinggakan tersalah eja nama pun boleh mengubah segalanya.. kalau macam nama aku pendek saja..senang orang nak ingat kan …  tapi bila tengok nama generai Y sekarang ..mak aiii!! ..panjangnya.. ada yang berjela-jela nama..sampai susah nak sebut … camana la guru-guru dia nanti nak panggil kan … berbelit belit la lidah orang nak sebut..

Pada aku nama seseorang itu penting .. tersangat la penting ..malah bila kita ada binatang peliharaan pun kita beri bermacam-macam nama .. itu yang aku heran bila orang sebut ‘APA ADA PADA NAMA’ … sebab nama itu boleh menjadi pujaan atau boleh menjadi tohmahan orang ramai. ..maka sebab itulah orang selalu diingatkan agar memberi nama anak dengan nama yang baik-baik … tak tau la..ikut persepsi mana yang baik berdasarkan etnik masing-masing … sebab bermacam nama pelik dalam beberapa etnik yang pada kita menjadi gurauan ..tetapi dalam etnik dia mungkin satu nama yang unik dan memberi makna yang baik … justeru jangan la buat main nama-nama kawan yang berasal dari etnik lain … seperti kawan saya yang ada surname OOI ..tak kan nak panggil ‘ooi’ saja kan? He he he… ada orang boleh terima gurauan ..ada orang tidak … seperti orang yang ada nama GUNTUR … kalau dalam bahasa Sarawak GUNTUR tu guruh … he he he… kesian kawan selalu menjadi bahan gurauan bila cuaca tak baik ..kan …

Jadi ..apa ada pada nama ? Orang yang berjasa ..ternama..  nama nya akan dipuji dan dipuja.. macam Tun Mahathir ..sebut jer nama dia..semua orang kenal..satu dunia kenal siapa Tun Mahathir … dan sinonim dengan apa … kalau aku..aku kaitkan Tun Mahathir dengan Putrajaya ..dan kejayaan nya membawa Malaysia di pandang oleh dunia .. kalau artis .. nama-nama glamer seperti Awie ..Erra..Siti Nurhaliza dan sebagainya menjadi idola dan pujaan.. semata-mata kerana nama mereka … kalau pemain bolasepak ..satu dunia tahu siapa Lionel Messi..Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney … dan Pele ..walaupun ada yang tak pernah tengok bagaimana Pele main bolasepak. Dalam dunia badminton..sapa tak kenal Lee Chong Wei .. Lin Dan atau Morten Frost Hansen ? ..banyak lagi ahli sukan yang mempunyai nama besar.. Novak Djokovic, Nicol Ann David dan sebagainya … dan nama-nama besar dalam sukan ini merupakan jutawan… hasil dari usaha gigih…usaha keras mereka mencapai kejayaan … dengan nama sahaja mereka memperolehi pendapatan seperti David Beckham …dan Maria Sharapova … yang meraih jutaan ringgit melalui iklan-iklan produk yang menggunakan nama mereka sebagai model .. itulah pentingnya nama …

Pembunuh, perogol, perompak, penyamun pun ada nama ..tetapi siapa nak kenal dengan mereka?? Nama-nama pembunuh terkenal seperti Dr.Hannibal .. Jack The Ripper mungkin benar dan telah dijadikan cerita zaman berzaman .. mengingatkan masyarakat betapa manusia sekejam itu pernah hidup menghantui masyarakatnya … ingatlah pepatah melayu lama ‘Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang’ … yang menjelaskan bahawa nama seseorang itu akan dikenang ..diingat dan disebut-sebut oleh masyarakatnya samada dia orang yang berjasa kepada masyarakat ..atau orang yang telah membuat onar dalam masyarakat …yang dijadikan contoh-contoh..kepada generasi seterusnya .. contoh baik dan contoh tidak baik … maka nama itu penting untuk dijaga dan di pertahankan melalui kelakuan, tuturkata dan juga cara pergaulan dalam masyarakat.

Pun begitu ..pada aku meskipun nama itu penting … aku tidak akan melenting jika orang panggil aku dengan nama ayah aku … atau orang tersalah sebut … ada orang akan marah-marah atau melenting bila orang tersalah sebut namanya … itu terlalu sensitif … kita haruslah bertolak ansur kerana sebagai manusia kita tidak mampu mengelak dari membuat kesilapan … ada orang melenting bila tersalah sebut jawatan atau pangkat mereka dalam masyarakat … dan yang ini aku persoalkan… ‘ada apa dengan gelaran atau pangkat?’ .. ha ha ha .. ada orang maki aku dulu ..sebab aku tak sebut Dato .. aku juga pernah kena sindir sebab tersalah sebut jawatan seseorang … he he he… begitulah pentingnya gelaran dan pangkat pada mereka hingga sanggup memaki orang depan orang ramai … bila aku ingat balik … hemmm … tak kemana la juga gelaran dan pangkat tu ..bila mati nanti …kan?? Masa mati malaikat tanya tak pasal gelaran dan pangkat????? …. Gelaran dan pangkat tak di bawa mati … hanya tercatit di batu nesan jer … da nada juga sepsis manusia yang tak nak bergaul dengan orang yang tak sama pangkat dengan nya atau berpangkat lebih rendah darinya… ha ha ha … malah tak nak tegur pun ada … ha ha ha ..itulah karenah manusia yang melihat pada gelaran dan pangkat …semata-mata …


Pentingnya menjaga nama sehingga orang tua kita sering menasihat .. jaga lah nama baik dan maruah keluarga .. kepada anak-anak mereka ..apabila anak sudah dewasa dan merantau di tempat orang lain… maka frasa ‘Apa Ada pada Nama’ … perlu dilihat dari pelbagai aspek … justeru jagalah nama kita sebaik mungkin melalui tuturkata, perlakuan, tingkahlaku dalam pergaulan … walaupun nama diberi nama yang cukup pendek … aku bangga sebab nama aku ada dalam setiap buku dai tadika sehingga ke peringkat IPTA … ha ha ha … 

Thursday, November 13, 2014

EH .. KENA SAMAN LAGI KE TUAN ??

Bila cerita pasal saman oleh penguatkuasa .. banyak kali juga aku terkena .. saman sebab bawa kenderaan laju melebihi had, saman kerana meletak kenderaan di garisan kuning dan saman kerana meletak kenderaan di kawasan yang dilarang … saman lain tak ada laa.. apa pun aku rasa berterima kasih kepada penguatkuasa kerana mengingatkan aku bahawa negara ini ada undang-undang yang perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan dengan baiknya .. cuma aku terkilan sedikit dengan pihak penguatkuasa … bila aku bayar saman dengan kadar segera…pihak penguatkuasa tak beri ‘diskaun’ pun..macam tawaran ‘diskaun’ bila musim perayaan atau ‘diskaun’ menggalakkan orang ramai membayar saman yang dikenakan ke atas mereka … memang terasa kecewa bila tanya di kaunter .. ‘errr ..cik tak ada diskaun ke?’ … cik yang jaga kaunter jawab … ‘tak ada encik ..kalau nak diskaun kena jumpa dengan ketua’ … mungkin perkara ini perlu di perbaiki dan diberi perhatian .. oleh pihak berkuasa terutamanya Bahagian Polis Trafik … iaitu sesiapa yang membayar saman kompaun oleh pihak polis trafik dalam tempoh seminggu saman dikeluarkan …akan diberi diskaun sebanyak 50 peratus… dan jika cadangan ini diterima dan digunapakai ..aku percaya ramai akan bayar saman trafik dengan kadar segera..tak lah tunggu sampai lima bulan atau tunggu pengumuman ‘diskaun’ pihak polis trafik untuk bayar saman mereka .. kan? Macamana pihak polis ? Boleh ke?

Sebenarnya.. penguatkuasaan undang-undang itu perlu terutamanya penguatkuasaan peraturan jalan raya … kerana ini akan menjaminkan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya … tapi kalau disebabkan nombor plet …kena saman .. hemmm itu dah kira keterlaluan la juga kan.. aku boleh terima lagi saman-saman dikenakan ke atas penggunaan strobe lights, lampu HID ..sebab memang la membahayakan pengguna lain .. silau mata kalau terkena pancaran lampu HID … tapi kalau kalau nombor plet tu… harap-harap la pihak penguatkuasa..bertimbang rasa sedikit … kerana ianya tidak la mendatangkan kesan yang begitu besar ..kecualilah nombor plet kenderaan itu memang tak boleh dibaca langsung …  sebenarnya banyak juga saman-saman yang tidak masuk akal dikenakan oleh penguatkuasa ke atas pemilik kenderaan … antaranya ialah aku kena saman oleh seorang polis trafik kerana lampu mengundur (reverse light) dan salah satu lampu brek tidak berfungsi … aku dengan sopan nya minta maaf … dengan pegawai polis … tapi dengan tegas dia kata ‘nie patut kena saman ..sebab lampu mengundur dan lampu brek tak berfungsi’ … aku kata ‘minta maaf la tuan..sebab tak perasaan dan tak nampak..kerana saya jarang keluar malam’ … bestnya tuan polis tu kata ‘tak kira lah… balai cerita.. saya jalankan tugas’ … kenalah RM100.00 … so sekarang jadi tabiat..sebelum bergerak..minta anak atau isteri..tekan brek dan juga masuk gear mengundur … mana lah tau… lampu-lampu tu tak berfungsi …tak pasal-pasal kena saman … memang la salah kan..tapi tak boleh bagi amaran atau bertolak ansur sikit ke? … apa yang pihak penguatkuasa perlu pertingkatkan ialah .. cara berkomunikasi dan berdiplomasi dengan pengguna… lain la kalau pengguna tu bertindak ganas..atau bersikap kasar… meninggi suara ka.. tapi kebanyakkan kita menghormati pengautkuasa.. jangan la pula eksyen terlebih mengguna kuasa..mentang-mentanglah kuasa di tangan nya ..kan ? Agaknya pihak penguatkuasa nie perlu diberi kursus berkomunikasi dan berdiplomasi ..supaya boleh berbahasa dan ada sifat dan sikap timbangrasa sikit.. tak la asyik nak bagi saman jer…he he he…

Kadang-kadang aku tengok penguatkuasa nie saman sesuka hati mereka jer … tengok pada nasib seseorang … contohnya di kawasan Alamanda … ramai yang letak kereta di garisan kuning di tepi Alamanda… tak kena saman pun!! ..  tapi adakala nya mereka datang..dan terus saman .. kalau boleh selalulah buat pemantauan dan rondaan di situ ..agar orang tak letak kenderaan mereka sesuka hati di situ … penguatkuasaan perlu lebih kerap..barulah orang Malaysia nie.. boleh patuhi peraturan kan gitu?? … jangan marahkan penguatkuasaan sebab yang salah diri kita … ada tempat letak kereta berbayar di Alamanda … tak kan la kerana seringgit dua kita tak nak bayar… kan lebih baik daripada bayar kompaun RM100.00!! Itu pun nasib baik kena kompaun…kalau kenderaan kena tarik oleh PPJ camana? Mungkin PPJ boleh guna idea DBKL .. iaitu tarik kereta ke depo simpanan ..jika ada kenderaan yang di letak di kawasan yang dilarang … boleh ke? Aku bukan sokong ..aku cuma heran kenapa lah kita nie kalut sangat nak patuhi peraturan jalan raya? Masa sekolah bukan main lagi ikrar Rukun Negara !! Bersemangat sebut ‘KEDAULATAN UNDANG-UNDANG’!!... tapi bila dah kerja..dah ada kenderaan … tak daulat pun undang-undang negara kita ?? Aku juga rasa ..pihak penguatkuasa juga perlu ada sikap empati dan bertimbangrasa … kena paham situasi .. contohnya di kawasan Presint16 Putrajaya..jangan la saman sesuka hati .. kawasan tu dah la tak ada tempat letak kereta..terpaksala mereka letak di bahu jalan… sama juga dengan penguatkuasa di kawasan-kawasan pejabat di Putrajaya ..jangan asyik nak ‘clamp’ saja .. tengok la… ada tempat letak kereta ka kawasan tu..kalau ada .. nak ‘clamp’ ka.. buat la..tapi jangan pilih kereta.. ‘clamp’ la semua sekali..tak kira Mesidis ka..BMW ka..Audi ka..WakSegan ka, Porsche ka .. baru namanya adil dan saksama … he he he …


Aku harap saman yang dikenakan ke atas pengguna jalan raya tu … jangan la keterlaluan .. kalau la setakat kesalahan kecil … berilah pertimbangan dan teguran … tak perlu la nak tunjuk kuasa..tunjuk garang … sebab penguatkuasa juga bila tak bekerja.. hanya seorang manusia biasa .. juga seorang pengguna yang berkemungkinan melakukan kesalahan juga .. bila sering cari kesalahan orang lain semasa bertugas … orang akan cari kesalahan kita pula … sememangnya penguatkuasaan undang-undang adalah perlu untuk keselamatan orang ramai … tetapi dalam melaksanakan tanggungjawab itu … juga perlu ada hemah..tertib dan pertimbangan yang sama-sama memberi keadilan kepada kedua-dua pihak … win-win situation..