Tuesday, April 21, 2015

PALOI ..TOLOL

Jangan pelik..jangan terkejut sekiranya membaca tajuk yang mengguna bahasa Sarawak ..kerna tiba-tiba sorang kawan hantar teks yang agak lucu juak … berkaitan dengan pencemaran bahasa Malaysia oleh orang Sarawak … pun begitu aku hari ini nak menulis tentang perkara yang trendy hari ini dalam media sosial iaitu kes yang berlaku di Taman Medan .. bilamana sekumpulan orang Melayu membuat protes terhadap sebuah gereja yang memaparkan lambang salib di bangunan nya .. mereka membuat demonstrasi aman (betul ka aman) dan memohon paderi berkenaan menurunkan lambang salib dari gereja tersebut. Alasan mereka ialah lambang salib itu boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam. Aku gelak sampai sakit perut bila baca alasan mereka membuat demonstrasi … dan pada aku alasan itu amat memburukkan imej orang Islam .. seolah-olah anak-anak muda Islam di kawasan itu begitu rapuh iman dan kepercayaan mereka terhadap agama .. dan pada aku juga mencerminkan kecetekan minda dan kelemahan iman 50 orang manusia yang membuat protes tersebut.. lebih-lebih lagi dipimpin oleh seorang ahli politik dari sebuah parti pemerintah yang mendukung slogan 1MALAYSIA!!! .. amat mengecewakan kerana sebagai pemimpin beliau gagal menghayati dan memahami apa erti 1Malaysia sebenarnya ..nasib baik di kalah semasa pilihan raya lalu .. kalau dia menang lagi ramai masyarakat diperbodohkan olehnya …

Aaah..berbalik kepada perkataan ‘PALOI’ … perkataan itu ialah bahasa tempatan yang kasar ..yang sama dengan ‘TUYUK’ .. bongok.. bodoh dan STUPID ..kata orang putih .. dan perkataan ini sesuai sangat untuk digunakan kepada orang-orang yang tidak tahu dan mengerti dan seolah-olah tidak menerima PERLEMBAGAAN Malaysia yang secara jelas menyebut dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya". Kebebasan beragama juga disentuh dalam prinsip pertama Rukun Negara, iaitu ‘KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN’ dimana agama Islam ada agama rasmi..dan agama lain bebas dianuti dan diamalkan. Pada pandangan aku .. mereka ini sepatutnya diambil tindakan kerana bertindak menghalang agama lain untuk diamalkan ..walaupun dalam kenyataan mereka , tidak ada yang cedera atau terbunuh dalam demonstrasi mereka … jika itu la alasan kenapa mereka tidak diambil tindakan undang-undang, maka mana-mana demonstrasi yang tidak menyebabkan kematian atau kecederaan tidak perlu di ambil tindakan juga ka? Aku bukan orang politik ..atau ulamak .. tetapi amat jelas mereka sudah melanggar undang-undang negara menghalang orang lain dari mengamalkan agama mereka …

Memang amat mengecewakan jika masih ada pemimpin dan ahli parti politik terbesar negara ini yang mempunyai sikap dan persepsi buruk terhadap agama orang lain. Ia nya boleh menjejaskan perpaduan negara dan juga kepercayaan masyarakat lain terhadap orang Islam di negara ini. Malah terbaru ada sudah suara-suara bahawa ustaz dan ustazah dari semenanjung perlu di ’halau’ keluar dari negeri Sarawak kerana mengajar di kawasan majoriti bukan Islam .. dan implikasi ini terbit daripada tindakan 50 orang yang menganggap diri mereka begitu alim. Tindakan mereka juga boleh memberi implikasi bahawa azan tidak boleh berkumandang terlalu kuat, terutamanya pada waktu subuh di kawasan bukan majoriti Islam .. justeru apa akan terjadi kepada masyarakat Malaysia? Setiap perkara remeh ini akan menjejaskan perpaduan dan terus menghalang Malaysia mencapai kejayaan ke arah Wawasan 2020 yang dijanjikan.Apakah Wawasan 2020 hanya akan menjanjikan pembangunan  dan kemajuan fizikal semata-mata dan mengabaikan pembangunan insaniah ..iaitu pemikiran yang matang .. yang boeh menyebabkan pembangunan negara terbantut akibat kecetekan minda kepimpinan yang hanya melihat ‘halangan’ di hadapan mereka .. Kenyataan Dato Seri Zahid Hamidi (20 April, 2015, Astro Awani) ‘sudah tentu..sudah tentu tindakan harus diambil. Ya sesiapa sahaja. Saya sangat buta warna(tidak rasis), dan polis juga sangat buta warna.Sesiapa sahaja..tindakan harus diambil dan akan diambil’ adalah dituntut untuk menjadi kenyataan. Berkaitan dengan penglibatan ahli UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi menegaskan tindakan akan diambil terhadap ahli UMNO yang terlibat kerana mereka telah melanggar undang-undang dan menurutnya lagi orang UMNO perlu menghormati agama lain ..dan kenyataan ini juga dituntut menjadi satu realiti .. pun begitu kenyataan Ketua Polis Negara adalah sebaliknya dan mengatakan tiada unsur hasutan dalam bantahan gereka Taman Medan … justeru .. pikir-pikirlah sendiri ..kalau aku komen lebih-lebih tak pasal-pasal kena siasat ..


Apa yang aku ingin jelaskan ialah Malaysia yang berbangga mencapai kemerdekaan selama 57 tahun masih lagi dibelenggu dengan isu-isu perkauman dan keagamaan sedangkan 57 tahun lalu kepimpinan negara yang mengasaskan pembentukkan Malaysia telah sama-sama bersetuju untuk saling hormat menghormati adat budaya serta kepercayaan keagamaan masing-masing. Dimana silap kita ? Apakah sejarah tidak mengajar kita bahawa perpecahan akan membawa kemudaratan kepada negara ? Begitu ramai pemimpin terdahulu belajar di sekolah convent dan mubaligh Kristian ..dan itu tidak mengubah keimanan mereka terhadap agama mereka … malah ramai yang belajar diluar negara ..terpandang lambang Salib di sana sini .. tidak pun mengubah kepercayaan mereka … dan ramai sekolah mission di Sarawak contohnya telah menghasilkan ramai pemimpin negeri yang berwibawa … maka janganlah menggunakan alasan yang terlalu ‘paloi’ itu untuk menjustifikasikan tindakan yang tidak menguntungkan negara ..malah boleh memberi implikasi negatif secara keseluruhan kepada umat Islam lain.

Jadilah pemimpin dan warganegara yang matang ... 

Tuesday, April 14, 2015

GAJAH BERGADUH ..PELANDUK MATI TERPIJAK

Senario semasa politik negara memang tidak kondusif dan amat menyedihkan. Umpama bidalan orang dahulu kala ‘gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah’. Melihat senario semasa juga mengingatkan saya kepada satu ungkapan Henry Kissinger yang amat popular  iaitu ‘America has no permanent friends or enemies, just interests’ dan ‘in politics, there is no permanent friends or enemies, just permanent interests’. Usia negara dah lebih 50 tahun.. dan jika diukur umur ini kepada manusia, sepatutnya sudah berakal, matang dan berpengetahuan tinggi.. tetapi nampak gaya politik di Malaysia masih lagi seperti politik keremajaan yang dipenuhi emosi, dendam dan perasaan yang tidak pernah puashati dengan apa yang telah dicapai atau dikecapi. Tak kira lah perbalahan antara pemimpin PAS, DAP dan PKR atau perbalahan dikalangan pemimpin Barisan Nasional kerana jelasnya yang paling mengalami kerugian ialah rakyat jelata yang selama ini menaruh kepercayaan kepada pemimpin yang mereka telah pilih melalui undian. Rakyat jelata berbaris di dalam panas terik atau basah disimbahi hujan dan bersusah payah, mengagahi diri untuk sampai ke tempat pengundian..demi memastikan pemimpin yang mereka pilih itu menang ..dan menjadi wakil rakyat mereka .. menyuarakan segala kehendak dan keperluan..merasai nadi dan denyut kegelisahan bebanan yang rakyat tanggung …

Melihat senario politik semasa aku juga teringat lagu New Boyz ‘Sejarah Mungkin Berulang’  dimana satu ketika dahulu bilamana negara ini di ‘jajah’ oleh British akibat perbalahan yang berlaku dikalangan pemimpin negara yang berebut kuasa. British telah dijemput untuk menjadi ‘pendamai’ kepada pemimpin yang bertelagah dan akhirnya British menjadi tuan kepada Tanah Melayu. Berbeza dengan Melaka yang sememangnya diserang oleh Portugis dan juga Belanda … tetapi di kebanyakkan negeri-negeri Melayu, Britisih dijemput dan di bawa masuk kerana kepimpinan Melayu bertelagah sesama sendiri dan berebut kuasa .. dan hari ini kitaran sejarah sedang berlaku bilamana kepimpinan Melayu saling menunding jari .. salah menyalahkan antara satu dengan lain .. baik dalam PAS, PKR dan juga BN. Berbeza dengan dizaman dahulu…ialah pemimpin dan rakyat jelata sama-sama merasakan kesengsaraan di bawah tadbir British .. tapi hari ini.. adakah pemimpin hari ini sanggup bersama dengan rakyat jelata mengharungi pahit maung kesengsaraan jika sekali lagi tanah melayu ini di jajahi oleh kuasa asing ? Kenapa aku berkata begitu..kerana pemimpin hari ini mudah saja terbang ke sana kemari..keluar negara ..dengan adanya kecanggihan pengangkutan .. yang tidak wujud dizaman tahun 1800 atau 30an dahulu … dan seperti yang aku kata di awal tadi .. rakyat jelata juga akan tersepit merasai kesusahan apabila orang-orang besar bertelagah sesama sendiri . Orang-orang yang kaya raya, berduit …boleh sahaja keluar mencari negara baru untuk dijadikan rumah mereka..kerana negara luar tidak akan menerima orang miskin sebagai rakyatnya.. lihatlah bagaimana pelarian Rohingya atau mana-mana pelarian dari negara yang bergolak pasti diusir oleh negara barat ..tetapi orang-orang kaya dan ternama akan diterima dengan tangan yang terbuka oleh mereka … jadi kemana hala nasib rakyat yang menjadi mangsa jika pemimpin negara terus bertelagah ??


Aku juga pernah berulang kali menggunakan ungkapan ini ‘jika kita tidak belajar dari sejarah, sejarah akan mengajar kita berulang kali’ ..dan dah banyak kali kita diajar oleh sejarah … dan satu ketika negara ini ditadbir urus oleh orang lain … itukah yang kita ingin lihat lagi ?? Jangan jadikan rakyat sebagai ‘pawn’ dalam permainan politik yang pastinya tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak walaupun bersorak gembira kerana menang mengatasi lawan .. samada  Tun M atau pihak DS Najib … bukan niat nak menegur atau campur tangan..cuma terpikir apalah nasib kami rakyat jelata … yang mengharapkan kepimpinan negara terus teguh utuh dan sentiasa saling sokong menyokong ..bukan nya saling mencari kesalahan ... 

Monday, April 6, 2015

GST …OMG .. GST!!

Buka TV berita GST .. buka paper berita GST … duduk kedai kopi..kopitiam ka.. dengar cerita GST … sana sini orang cerita pasal GST … semua jadi pakar analisis ekonomi .. wahai GST ..kau buat ramai sakit hati .. aduuuh GST … ramai yang benci … ohhoooi GST … kenapa jadi begini ? Aku bukan la pakar dalam hal GST nie.. Cuma dengar jer.. sejak mula dikempenkan … kartun laa.. artis laa… menteri dan pemimpin kerajaan..malah ada taklimat untuk semua pegawai kerajaan pasal GST nie.. nak bagi paham ..nak bagi tau .. nak kondisikan pemikiran rakyat menerima GST … macam-macam dia orang buat.. jerayawara laa.. roadtours laa… semua pasal GST … bagi aku yang kurang arif dan kurang bijaksana nie.. aku tau akronim GST ialah Grow and Share Together ..dalam bahasa Melayu nya.. Membangun dan Maju Bersama .. tapi tau la orang-orang Malaysia nie kan kreatif bila bab-bab nak jelaskan maksud akronim … ada yang kata Gasak Sampay Telentang … Geram Sangat Tau .. Gomen Suka Tax .. dan bermacam-macam lagiii laaa .. alahaaaii… dan bermacam definisi dan pemahaman yang aku dengar sejak GST dilaksanakan 1 April lalu .. sampai ada yang kata beli jagung di gerai Pasar Tani Putrajaya pun dah kena GST!! .. iyer ke?? Itula GST ..cukai yang dikatakan lebih menguntungkan kerajaan dan rakyat … betul ke?? Kalau SST dulu..cukai jualan dan perkhidmatan ..pembeli dikenakan 16 peratus .. iaitu 10 peratus untuk cukai jualan dan enam (6) peratus cukai kerajaan … rasanya taka da sorang pun komplen .. atau mengatakan cukai tersebut membebankan masyarakat!! ..kan gitu? Sekarang nie kerajaan laksanakan GST..cukai barangan dan perkhidmatan hanya enam (6) peratus … sebahagian masyarakat bising sejak mula GST nak dilaksanakan sampai sekarang nie!!

Siapa yang bising sebenarnya ? Peniaga atau pembeli ? Siapa yang rugi bila GST dilaksanakan ? Pemborong, Peniaga atau pengguna (pembeli)?Dulu masa SST ..pengguna yang bayar 10 peratus dan enam(6) peratus … peniaga kaut untung jer … searang dengan GST ..yang sepatutnya bayar ialah peniaga … dan hanya peniaga yang berdaftar sahaja yang boleh mengenakan GST kepada barangan yang mereka jual … tapi di Malaysia ..semua peniaga nak kenakan GST walaupun tidak berdaftar dengan kerajaan!!!.. aku cuba juga ke beberapa kedai membeli belah dua hari selepas GST dilaksanakan .. dan dapati harga yang dipamerkan sama dengan harga belian yang dicatat dalam resit walaupun dicatit dalam kurungan ‘termasuk GST’ … malah resit bayar letak kereta pun ada dinyatakan ‘inclusive GST’ .. dengan caj yang biasa dikenakan kepada pengguna .. tak ada pun caj dinaikkan.. aku juga pegi ke kedai makanan popular … dan dapati harga dalam makanan di caj berdasarkan harga dalam menu walaupun ada catatan ‘inclusive GST’ … dan paling pelik bagi aku ialah bila syarikat-syarikat TELCO pulak yang nampak sangat nak untung dengan mengenakan caj tambahan kepada penjualan kad tambahan pra bayar atau ‘reload card’ atau ‘topup card’ .. kenapa perlu ditambah ?? sebelum pun pengguna dicaj juga dengan SST … government service tax .. yang enam (6) peratus tu … sekarang pun kerajaan kenakan enam (6) peratus juga ..so ?? inilah persoalan masyarakat kepada kerajaan yang perlu dijawab … dan kehairanan masyarakat terhadap kenaikan harga barangan … walaupun beberapa industri permotoran sudah mula menurunkan harga kereta .. namun jawapan masyarakat ialah .. ‘kami bukan tukar kereta setiap hari.. kami bukan nak makan kereta .. kami nak makan ikan, sayur..nasi dan juga keperluan lain untuk anak-anak’ … mereka nak tau juga sejauh mana pihak berkuasa … boleh memantau dan mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang ingkar ???

Masyarakat marah kepada kerajaan kerana GST menjadikan peniaga semakin tamak haloba dan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barang dan juga perkhidmatan mereka .. masyarakat marah dengan kerajaan kerana kerajaan tidak membuat kajian yang terperinci kesan GST ke atas masyarakat dan kerajaan seolah-olah tidak bersedia dengan mekanisme untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan tersebut … masyarakat nak tau … sejauh mana GST akan meningkatkan ekonomi negara (seperti didakwa oleh kebanyakan pemimpin) dan bagaimana cukai itu akan dikembalikan kepada rakyat … masyarakat dah muak dengan retorik .. masyarakat nak tau apa tindakan kerajaan untuk ringankan beban rakyat.. itu yg paling utama .. sebab mereka tau … apa pun yg kerajaan buat ..peniaga akan cari cara untuk dapatkan untung besar … kerana mana ada orang berniaga nak rugi?? Adaka peniaga di Malaysia nie berniaga tanpa mendapat untung ?? kalau ada ..sungguh bertuah la bumi Malaysia.
Betul ka harga barangan naik kerana GST ?? Dah beratus kali harga barangan naik … seblum GST dilaksanakan lagi ..jadi kenapa nak marahkan kerajaan atau DS Najib sebab laksanakan GST?? Bukan la nak bodek … tapi itula hakikat nya kan … minyak naik sebab harga minyak pasaran dunia … bukan la kerajaan sesuka hati nak naikkan … harga barangan naik ..dulu dikatakan disebabkan harga minyak naik .. tapi bila harga minyak turun…harga barang tak turun pun.. nampak la auta dan pembohongan sesetengah pihak yang sengaja nak ambik kesempatan tuu… bila dah nampak belang masing-masing cuba la pulak nak buat macam-macam alasan kan … sekarang nie dia orang nak kaitkan GST pula sebagai penyebab kenaikan harga barang … maka orang-orang kita yang cepat melatah mula lah sumpah seranah dan bermacam-macam lagi marahkan kerajaan dan kepimpinan sebab bebankan rakyat, kononnya..hingga ada pemimpin yang sangat dihormati pun tumpeng sekaki ..join sekali hentam kerajaan … kesiankan pemimpin kerajaan sekarang yang kena tala kiri dan kanan .. bukan sahaja dari pembangkang..malah rakyat dan kawan-kawan separti pun tiada belas kasihan … asyik nak cari salah jer… yg pembangkang tak apa lagi ..boleh diterima … ini dari kawan-kawan yang septutnya memberi sokongan dan dorongan … kalau tak hebat pun rancangan tu..cadangla laa apa-apa yang boleh ditambah baik … bukan nya bantu pihak sebelah pulak untuk kondemkan juga… cit cit cit… tak baik macam tu…

Pandangan aku mudah sahaja tentang GST nie .. cukai tetap juga dikenakan ..tak kira apa pun nama cukai tersebut .. cukai telah dikenakan sejak zaman feudal lagi …. Dan hari ini cukai yang dikenakan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk .. untuk kesejahteraan rakyat jelata .. cukai pendapatan dikenakan kepada golongan yang berpendapatan tinggi ..manakala zakat itu cukai yang dikenakan kepada orang-orang Islam yang berkemampuan .. zakat harta dan sebagainya .. cukai pintu atau cukai rumah .. dan cukai tanah semua dikenakan … dan apa bezanya GST ..salah satu lagi cukai yang dikenakan oleh kerajaan bagi menggantikan system cukai yang lama digunakan iaitu SST.. aku tak tau la berapa lama dah kerajaan kita bercita-cita nak menggunakan GST .. mungkin sejak zaman Tun Mahathir dulu.. sewaktu DSAI menjadi Menteri Kewangan … cuma ianya tidak dilaksanakan sahaja … mungkin apa yang dilakukan oleh DS Najib tidak popular kepada rakyat namun demi kesejahteraan dan pembangunan negara GST adalah pilihan terbaik untuk di lakukan oleh kempimpinan baru … berilah peluang untuk GST dilaksanakan dengan sempurna .. jangan la terpengaruh dengan dakyah dan perangsaraf oleh golongan tertentu untuk tidak menerima sesuatu yang baru .. setiap apa yang baru mungkin awalnya tidak begitu menarik untuk kita..mana lah tau ..ianya akan menjadi lebih baik di masa akan datang … tak perlu bising-bising atau mengadakan demonstrasi jika benar kuasa itu ada pada rakyat … jika rakyat benar-benar mempunyai kuasa .. tentukan la hala tuju negara ini dengan kuasa yang ada .. tapi ingat sekali kita buat keputusan itu … sesalan bukan satu pilihan .. seperti kata CM Sarawak .. ‘what you see is what you get’ jangan marahkan nyamuk kelambu kita bakar .. ha ha ha atau menang sorak kampong pulak tergadai..


Ingatlah bukan GST punca kenaikan harga barangan .. kerana apabila GST dilaksanakan SST secara otomatik dihapuskan dan dalam resit pembelian sudah tidak ada 10 peratus cukai jualan dan enam(6) peratus cukai perkhidmatan .. yang hanya ada dalam resit ialah enam(6) peratus GST .. hanya untuk syarikat yang berdaftar dengan kerajaan .. jika tidak gunakan hak kepenggunaan dengan membuat laporan kepada pihak yang berkuasa agar peniaga berkenaan diambil tindakan yang sewajarnya .. tak usah berteriak marah di alam maya jika kita sendiri tidak mampu mengambil tindakan .. tak perlu menunding jari kepada orang lain jika kita sendiri tidak tahu menggunakan hak yang ada pada kita .. 

Tuesday, March 17, 2015

PRN SARAWAK .. SIAPA KEKAL ?

YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mohon diberi satu penggal lagi untuk memimpin negeri Sarawak dalam usahanya untuk memajukan lagi negeri tersebut. Hasrat YAB DP Tan Sri Adenan disokong penuh oleh kepimpinan PBB dan juga ahli cabinet negeri Sarawak. Malah sebahagian besar rakyat Sarawak menyokong hasrat Ketua Menteri berdasarkan amalan pendekatan yang lebih terbuka oleh DP Tan Sri Adenan Satem sejak beliau menggantikan Pehin Sri Taib Mahmud. Setiap pemimpin ada cara atau stail tersendiri apabila menjadi pemimpin utama yang mengetuai kepimpinan negeri .. ada yang sama dan ada yang berbeza .. sepertimana kepimpinan di peringkat persekutuan .. dimana setiap Perdana Menteri mempunyai stail dan pendekatan masing-masing. Ada yang suka da nada yang tak suka .. kerana amatlah sukar untuk setiap pemimpin memberi kepuasanhati kepada semua orang . Yang paling penting ialah pemimpin yang mengambil alih kepimpinan itu tahu dan merasai denyut nadi serta kehendak rakyat. YB Sharifah Hasidah mengatakan ‘Tan Sri Adenan perlu diberi peluang untuk terus memimpin negeri Sarawak kerana segala keputusan yang beliau ambil setakat ini adalah berdasarkan ‘peoples centric decision’ yang bermaksud keputusan berdasarkan kehendak rakyat Sarawak’ (RTM, 17 Mac 2015). 

Justeru dalam PRN ke 11 nanti, DP Tan Sri Adenan Satem akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjung Datu. Amat menarik untuk kita lihat siapa akan dikekalkan pada pilihan raya DUN Sarawak ke 11 nanti selain DP Tan Sri Adenan Satem yang sudah berusia 71 tahun memimpin negeri Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan 71 Dewan Undangan Negeri yang sedia ada parti PBB mendominasi senarai calon kerana PBB adalah tunjang kepada BN negeri Sarawak. Dalam PR DUN ke 10 lalu, PBB menang 100 peratus kawasan yang mereka tandingi walaupun menampilkan beberapa muka baru di beberapa kawasan iaitu N5 Demak Laut, N24 Beting Maro, N30 Saribas, N35 Belawai,  N36 Semop, N49 Nangka, N62 Lambir dan N67 Telang Usan. Setakat ini aku lihat semua ahli YB dari parti PBB masih perlu dikekalkan. SUPP pula telah bertanding di 19 kawasan tetapi hanya memenangi enam (6) kawasan, iaitu N1 Opar,N27 Simanggang N47 Bawang Assan,N28 Engkilil dan N65 Senadin. Walau bagaimana pun SUPP kini hanya mempunyai YB Datuk Francis Harden (N 27 Simanggang) dan YB Datuk Lee Kim Shin (N65 Senadin) sebagai wakil mereka kerana yang lain sudah keluar dari SUPP dan menubuhkan parti baru iaitu UPP yang dipimpin oleh Datuk Seri Wong Soon Koh. Perkara sama juga berlaku dengan SPDP yang telah memenangi enam(6) daripada lapan(8) kawasan yang mereka tandingi dalam PR Negeri Sarawak ke-10. Kesemua ADUN SPDP telah keluar parti dan lima(5) daripada mereka telah menubuhkan parti baru iaitu TERAS dan dipimpin oleh bekas Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom yang juga merupakan Ahli Parlimen Saratok. Setakat ini SPDP tidak mempunyai sebarang wakil dalam kerajaan negeri Sarawak. ADUN 2 Meluan, Wong Judat pula telah menyertai parti SWP (Sarawak Workers Party) yang dipimpin oleh Larry Sng. PRS di bawah kepimpinan Datuk Seri James Jemut Masing menang di lapan(8) daripada Sembilan(9) kawasan DUN yang ditandingi. PRS kalah di N54 Pelagus yang sebelum ini disandang oleh Larry Sng yang telah dipecat daripada BN. N54 Pelagus dimenangi oleh calon Bebas George Lagong yang kini juga menyertai SWP.

Daripada keempat-empat parti komponen BN negeri Sarawak, SUPP dan SPDP dilihat paling menghadapi masalah untuk mengemukakan calon mereka kerana SUPP mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah mereka sejak pilihanraya tahun 1974. Hampir kesemua calon mereka di kawasan bandar tewas kepada samada calon DAP atau PKR yang lebih muda dan aggresif. Walaupun SUPP cuba untuk menampilkan calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang seperti Prof. Dr.Sim Kui Hian, pengundi Cina langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat mereka. Berdasarkan undian, calon SUPP di bandar-bandar tewas dengan majoriti yang agak besar kecuali di kawasan N13 Batu Kawa dimana wakil DAP Christina Chew Wang See hanya menang dengan kelebihan 543 undi. Pun begitu calon-calon bumiputera SUPP pula diterima oleh pengundi bumiputera tetapi kini yang tinggal hanya ADUN N27 Simanggang yang terus setia kepada SUPP. ADUN lain semua sudah bersama DS Wong Soon Koh, termasuk ADUN N28 Engkilili yang pernah bertanding atas tiket calon BEBAS tetapi diterima sebagai wakil SUPP. Persoalanya kini ada lagi kah calon-calon dari SUPP yang berwibawa, berkualiti yang boleh diketengahkan sedangkan selama ini SUPP amat jarang menampilkan calon-calon muda yang mempunyai akademik seperti calon-calon DAP dan PKR. Mampukah calon-calon muda SUPP menarik minat pengundi muda di kawasan majoriti pengundi Cina dan menyaingi calon dari pakatan rakyat apatah lagi jika UPP juga bertanding di kawasan yang sama. Selain itu siapa kah calon bumiputera SUPP di kawasan yang pernah dimilikinya untuk bertanding di N1 Opar, N16 Bengoh dan N28 Engkilili. Ketiga-tiga wakil UPP ini dikatakan masih popular di kawasan mereka dan mampukan calon baru SUPP mempengaruhi pengundi di ketiga-tiga kawasan ini. Apakah pilihan raya Sarawak ke 11 nanti menjadi penentu survival sebuah parti politik yang pernah berjasa mengangkat maruah , membangunkan dan memperjuangkan nasib masyarakat Cina satu ketika dahulu di Sarawak.

SPDP pula dilihat akan bergelut untuk memilih  calon-calon baru bagi bertanding di semua kawasan yang pernah mereka miliki. Walau pun terpaksa menerima hakikat bahawa bekas-bekas ahli mereka sememangnya lebih popular dan masih diterima pengundi kawasan, SPDP perlu mengekalkan tempo yang positif, iaitu pengundi-pengundi mungkin menukarkan pendirian kerana disifatkan wakil rakyat yang mereka undi ‘mengkhianati’ kepercayaan mereka dengan melompat keluar parti. Tidak semua ahli-ahli SPDP di akar umbi menyertai YB mereka dan ini akan menjadi penentu kepada siapa calon yang lebih layak untuk diundi samada TERAS atau SPDP. Beberapa calon TERAS memang diakui pasti menang jika bertanding sekali lagi namun jika SPDP mempunyai calon yang lebih baik, tidak mustahil calon-calon sedia ada TERAS bakal mengakhiri karier politik mereka sebagai ahli Yang Berhormat dalam pilihan raya DUN ke 11 nanti. SPDP yang kini dipimpin oleh DS Tiong King Sing dilihat masih mampu mengugat TERAS jika calon-calon yang di kemukakan lebih baik dan lebih berkemampuan. Sesungguhnya pengaruh beberapa calon TERAS tidak lah begitu kuat jika dilihat dari keputusan pr DUN ke 10 lalu, kecuali di kawasan N66 Marudi. Pastinya pr DUN ke 11 nanti akan menyaksikan lebih ramai calon yang berwibawa bertanding di beberapa kawasan pedalaman yang pastinya akan menyukarkan calon-calon SPDP dan juga TERAS. Apakah DS William Mawan Ikom akan bertanding semula di kawasan N41 Pakan atau memberi ruang kepada calon baru dalam pr DUN ke 11 nanti? Siapa calon SPDP untuk menentang DS William Mawan di Pakan andainya ada pertandingan terbuka dibenarkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak nanti?


Apapun siapa kekal siapa tidak dicalonkan semuanya terpulang kepada keputusan kepimpinan BN negeri Sarawak. Yang utama ialah Sarawak terus kekal stabil, aman dan tidak berlaku provokasi kaum dan agama sepertimana yang berlaku di Semenanjung . Mengekal perpaduan harus diberi keutamaan oleh semua parti politik negeri Sarawak … jangan gadaikan keamanan dan kestabilan negeri kerana kerakusan untuk berkuasa .. jangan lelong perpaduan kaum kerana ketamakan untuk menjadi pemimpin dan kepentingan peribadi … 

Monday, March 9, 2015

CUKUPLAH 60 TAHUN TU CUEPACS..

Orang dolu-dolu pernah berkata .. orang tamak selalu rugi dan perumpaan itu bermaksud ketamakan menyebabkan kerugian .. dan perumpamaan ini seharusnya amat sesuai dikaitkan dengan kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang mahukan kerajaan mempertimbangkan memanjangkan lagi umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun. Alasan Presiden CUEPACS ialah "Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?"  Rasanya ramai penjawat awam yang tak setuju dengan permohonan CUEPACS ini walaupun Datuk Azih Muda memberi alasan pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.

Kenapa tak setuju ? Pada pandangan aku ..ramai yang merasakan usia 60 tahun pencen pun dah memadai … sedangkan ketika ini ramai yang mengambil opsyen untuk bersara pada usia 55 atau 56 tahun… apabila merasakan kesihatan mereka sudah tidak begitu baik .. selain merasakan sudah terlalu lama memberi perkhidmatan dan ingin berehat . Ada juga yang mengatakan ika kerajaan bersetuju maka ..makin ramai la generasi muda mengganggur … kerana ramai penjawat awam dan juga swasta yang masih berkhidmat melepasi usia 60 tahun .. dan ini tidak baik untuk negara … satu kerugian dimana tenaga muda tidak digunakan sepenuhnya oleh negara … memang kerajaan akan kehilangan orang-orang yang berpengalaman dan pakar ..tetapi kerajaan juga kerugian banyak kerana tidak utilise sepenuhnya tenaga kerja mahir yang lebih muda .. tenaga-tenaga pakar seperti professor masih digunakan walaupun usia mereka melewati 60 lebih tahun.. oleh kerajaan..malah ada golongan yang masih berkhidmat dengan kerajaan setelah melepasi usia 70 tahun..sebagai penasihat … golongan pakar seperti doctor dan jurutera atau arkitek..biasanya akan membuka syarikat konsultan dan kepakaran mereka digunakan oleh kerajaan dari masa ke semasa apabila diperlukan … justeru persoalan kehilangan orang-orang yang pakar dan berpengalaman bukan satu masalah kerana pihak kerajaan boleh engage dengan mereka pada bila-bila masa apabila diperlukan..

Sepatutnya CUEPACS tak perlu lah berjuang untuk perkara seperti itu lagi kerana ianya akan lebih merugikan kerajaan .. rugi disebabkan generasi muda semakin membenci kerajaan kerana tidak memberi peluang untuk mereka bekerja … rugi kerana kemahiran mereka dalam bidang-bidang yang mereka berlatih dan dilatih bertahun-tahun di sekolah vokesyenal dan juga sekolah teknik tidak digunakan ..sedangkan kerajaan telah menyediakan tenaga mahir ini untuk membantu meningkatkan pekerja yang mahir tetapi tenaga mereka tidak diperlukan ukan sahaja di sector awam tetapi juga disektor swasta … hanya beberpa kerat yang mampu berdikari dan berjaya … selebihnya akan bergantung kepada peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan.. kerugian paling besar dipihak kerajaan ialah apabila generasi muda ini akan terus menolak kerajaan …

Apa yang perlu CUEPACS perjuangkan untuk penjawat awam ialah pertamanya CUEPACS mohon kerajaan mempertimbangkan penjawat awam diberi 75%-80% daripada gaji pokok apabila bersara nanti daripada 60% yang ada sekarang .. kerana ini akan dapat membantu golongan gred sokongan yang pencen dalam lingkungan RM2 ribu – RM3 ribu gaji pokok boleh mendapat RM1600 – RM2400 sebulan apabila mereka bersara ..bukan kah itu lebih baik. Keduanya CUEPACS juga harus perjuangkan untuk penyelarasan bayaran ELAUN-ELAUN antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kenapa bila pegawai semenanjung dihantar ke Sabah dan Sarawak mereka mendapat elaun perumahan yang lebih tinggi sedangkan pegawai dari Sarawak yang dipindah ke Semenanjung menerima elaun rumah yang lebih rendah ? Sewa rumah di semenanjung lebih mahal berbanding Sarawak ? Sama juga dengan elaun-elaun makan, minum dan lojing .. kenapa di Semenanjung lebih rendah berbanding di Sabah dan Sarawak sedangkan hotel di Semenanjung lebih mahal … makan dan minum lebih mahal … berbanding kedua-dua negeri tersebut ? Perkara-perkara ini yang sepatutnya CUEPACS perjuangkan untuk penjawat awam .. kerana ianya melibatkan kebajikan penjawat awam secara keseluruhan ..

Ketiga CUEPACS juga perlu memohon kerajaan persekutuan untuk menyediakan lebih banyak rumah kuarters untuk penjawat awam di negeri-negeri agar penjawat awam lebih mudah untuk berpindah .. kerana salah satu punca KENAPA penjawat awam susah nak berpindah ke daerah dan negeri ialah KESUKARAN untuk mendapatkan tempat tinggal disebabkan kuarters kerajaan yang tidak mencukupi .. justeru penjawat awam kenalah mencari sana sini rumah sewa ..yang kadangkala tidaklah begitu sesuai … malah jauh dari tempat kerjanya pula… cuba-cubalah CUEPACS buat kajian tentang perkara ini dan kemudianya kemuka kepada pihak kerajaan setelah kajian itu selesai .. agar dapat meringankan bebanan penjawat awam dari segi pencarian rumah sewa dan juga mengurangkan bebanan kerajaan dari segi membayar ITP … sebab ITP akan dipulangkan kepada kerajaan .. kerana 99 peratus penjawat awam inginkan keselesaan apabila berada di daerah ataupun negeri-negeri … khususnya penjawat awam dari kalangan sokongan … mungkin perkara sebegini yang perlu di perjuangkan oleh CUEPACS kerana masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun … atau jika CUEPACS nak lebih nampak hebat … mohon kerajaan sediakan rumah untuk diberi oleh penjawat awam di daerah-daerah ..bukan hanya ditumpukan kepada kawasan seperti Kuala Lumpur atau Putrajaya saja..atau bandar-bandar besar sahaja…agar mereka boleh membeli rumah dengan harga yang lebih rendah … satu kemudahan yang boleh CUEPACS perjuangkan atas alasan kebajikan penjawat awam …. kerana selain BOMBA, POLIS, TENTERA dan KASTAM .. penjawat awam lain hanya bergantung kepada flet-flet kerajaan persekutuan.. itupun tidak mencukupi … kerana ada penjawat awam yang berpangkat lebih rendah terpaksa menyewa .. kerana selalunya PRIORITI diberi kepada penjawat awam yang berpangkat lebih tinggi .. seperti 41 ke atas … justeru aku sarankan CUEPACS teliti perkara ini dengan lebih serius terhadap masalah yang dihadapi oleh penjawat awam persekutuan di peringkat negeri dan daerah-daerah …


Berbalik kepada cadangan Datuk Azih Muda ..aku sejujurnya merasakan ianya tidak perlu kerana umur pencen sehingga 60 tahun itu sudah memadai .. walaupun terharu dengan usaha CUEPACS untuk memanjangkan lagi perkhidmatan kami, aku rasa lebih elok kita beri peluang kepada golongan muda yang masih lagi mencari peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan .. dan setahu aku ..ramai juga yang tak mahu berkhidmat sehingga bongkok atau tak terdaya … menjalankan tugas mereka … 60 tahun pun dah cukup lamaaa …

Thursday, March 5, 2015

INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Bila cakap bab integriti ramai yang akan berkata .. ‘aaaaa… dengan membuat mimik muka yang tak suka’ …dan pasti nya masing-masing akan mengeluarkan teori ..serta pendapat berdasarkan apa yang mereka tahu atau rasakan betul … malah lebih hebat lagi bila ada yang akan memetik hadis atau ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan pandangan mereka … pun begitu ..aku masih sangsi ..berapa ramai dikalangan kita penjawat awam ini memahami dan menghayati perkataan integriti itu dalam kehidupan kita atau semasa kita menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.. kalau kita google maksud integriti tu ..pasti google akan kata ketulusan, keikhlasan dan kejujuran .. yang sudah termaktub dalam kamus mak bapak kita dulu semasa kita meningkat dewasa .. walau pun mereka tak sebut la perkataan integriti .. tapi mereka sentiasa ingatkan kita untuk bersikap tulus, ikhlas dan jujur … manakala Kamus Dewan 1985 menjelaskan integriti bermaksud amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai .. manakala mantan KSN Tan Sri Mohd.Sidek menambah .. boleh pegang cakapnya ..

Cerita dan berita penjawat awam ditangkap membeli belah atau makan minum pada waktu kerja sudah lama tersebar ..dan insiden-insiden ini sememangnya mencalarkan nama perkhidmatan awam .. dan sekaligus orang ramai semakin tidak mempercayai penjawat awam ..malah ada yang mencemuh penjawat awam sebagai golongan yang pemalas ..suka curi tulang tetapi mau gaji yang tinggi … sebagai penjawat awam ..aku sememangnya terasa ..tetapi akibat segelintir penjawat awam yang melakukan onar dan salah laku … keseluruhan perkhidmatan awam tercemar … samalah juga segelintir penjawat awam yang terlibat dalam gejala ‘makan suap’(bahasa orang kampong) .. seluruh perkhidmatan awam dilihat sebagai jahat dan rasuah.. walaupun tidak semua penjawat awam begitu … aku tidak salahkan orang awam mempunyai persepsi sedemikian kerana sememangnya ada dikalangan penjawat awam yang menyebabkan perkhidmatan awam dilihat sebegitu … dan terbaru tersebar pula berita ada penjawat awam terpaksa membayar harga mahal untuk kenaikan pangkat kepada pegawai tinggi dalam kementerian … maka salah siapa jika masyarakat memandang serong terhadap penjawat awam?

Integriti secara holistiknya bukan hanya merangkumi rasuah semata-mata .. atau keluar makan minum atau membeli belah di waktu bekerja sahaja .. malah ianya merangkumi keseluruhan aspek dalam perkhidmatan awam .. termasuk penyebaran maklumat sulit jabatan atau kementerian melalui laman media sosial .. tanpa disedari ada segelintir pegawai gemar muatnaik gambar dia bermesyuarat ..atau pun agenda mesyuarat atau pun minit mesyuarat .. mungkin dia nak bagitau dia sedang sibuk atau nak bagitau kawan-kawan dia berpangkat tinggi atau nak bagitau orang ramai betapa sibuknya penjawat awam .. entah apa motif nya .. pun dia sudah secara tidak langsung membocorkan maklumat tertentu … maka sebab itulah MAMPU pernah mengeluarkan Surat Arahan Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam pada 19 November 2009 dan seterusnya Jabatan Perdana Menteri melalui rujukan JPM.SPID.100-16/1/11 Jld.9(12) bertarikh 23 Februari 2015 yang bertajuk TINDAKAN KE ATAS PENJAWAT AWAM YANG MEMBOCORKAN DOKUMEN MAKLUMAT TERPERINGKAT KERAJAAN. Integriti juga melibatkan sikap penjawat awam ..iaitu sikap yang tidak mahu melayani pelanggan ..sikap acuh tak acuh terhadap pelanggan.. sikap tak mahu menjawab panggilan telefon pelanggan ..yang seolah-olah menjadi isu yang semakin merebak … sejujurnya pada pandangan aku.. penjawat awam yang tidak mahu menjawab panggilan telefon daripada pelanggan , tanpa alasan yang munasabah perlu diambil tindakan tatatertib juga kerana sebaik mana pun sistem telefon disediakan oleh pihak kerajaan .. perkara isu seperti panggilan tidak berjawab tidak akan selesai jika tidak ada tindakan tegas diambil terhadap penjawat awam yang begitu LIAT untuk menjawab telefon daripada pelanggan.. malah ada yang ‘diberitakan’ dengan sengaja ‘mencabut’ wayar sambungan telefon..supaya deringan telefon tersebut tidak kedengaran … maka sewajarnya pihak kementerian atau pihak yang berwajib melihat perkara ini dengan serius dan mengambil tindakan TEGAS .. melalui tindakan tatatertib atau salahlaku agar isu seperti ini tidak menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan penjawat awam lain yang benar-benar ingin mencari rezeki …

Integriti juga melibatkan cara kita menguruskan masa kita bertugas .. dan sepertimana kita sudah sedia maklum bahawa kita diKEHENDAKI bertugas lapan (8) jam sehari … dan ada yang mungkin lebih … di atas arahan dan keperluan perkhidmatan .. maka dalam tempoh lapan (8) jam tersebut kita kadangkala ‘mencuri’ masa untuk mengambil anak dari sekolah .. ke pejabat pos untuk urusan bayaran bil … kirim barang melalui poslaju ..  jumpa kawan dan sebagainya namun kerajaan tak pernah meminta kita untuk membayar balik masa-masa yang pernah kita curi itu … dan kita diberi kemudahan memohon daripada ketua jabatan .. dengan mengisi boring tertentu jika kita sebenarnya ada urusan tidak melebihi empat (4) jam di luar , semasa waktu pejabat . Tak ramai dikalangan kita mengambil manafaat kemudahan tersebut … kerana menganggap ianya terlalu leceh dan merumitkan … kena isi borang ..lepas nak minta tandatangan bos … tapi cuba kita fikir dengan logiknya … tujuan semua itu adalah untuk menjaga kebajikan kita ..menjaga keselamatan kita … seandainya apa-apa perkara yang tidak baik berlaku kepada kita semasa dalam perjalanan membuat urusan tersebut .. pihak kementerian atau jabatan dapat melindungi kita .. sebab kita ada kebenaran daripada ketua kita yang didokumentasikan ..direkodkan .. tetapi jika kita keluar tanpa keizinan atau kebenaran ketua jabatan .. maka segala kemudahan kita sebagai penjawat awam ..hilang atau terhapus begitu sahaja sekiranya apa-apa perkara yang tidak baik berlaku pada kita..seperti kemalangan contohnya .. justeru …jangan lah ambil mudah peraturan yang amat mudah … kerana ianya boleh membuat kita susah …

Integriti juga melibatkan kepatuhan kita kepada ketua jabatan .. contohnya dari segi arahan untuk menghadiri mesyuarat bagi mewakili dirinya ..dalam keadaan yang dia juga mempunyai urusan lain (bukan dalam keadaan ketua tidak mempunyai apa-apa urusan) … kerana kadangkala kita merasakan itu tugas dia ..maka kita tak mahu membantunya dalam keadaan dia memerlukan … tetapi dalam keadaan tertentu kita mengharapkan ketua jabatan kita memberi kita markah yang baik dan tinggi dalam penilaian prestasi dan mengharapkan ketua jabatan merekomenkan kita untuk kenaikan pangkat ..tetapi dalam banyak hal kita langsung tidak menyokong beliau dalam menguruskan pejabat .. kita tidak mahu bersama dalam bertanggungjawab ke atas urusan jabatan dengan alasan dia berpangkat lebih tinggi .. dan dia bergaji lebih besar … inilah alasan-alasan yang sering didengar dalam jabatan atau kementerian yang seolah-olah menjadi duri yang menyakitkan …

Integriti juga melibatkan percakapan kita dalam pergaulan sesame rakan .. bergurau dalam nada yang agak lucah dikalangan rakan-rakan yang amat mengenali kita mungkin mampu diterima..tetapi jangan sesekali bergurau sedemikian dengan pegawai atasan atau pegawai bawahan yang kadangkala sukar menerima guruan sebegitu .. malah secara tidak langsung kita boleh mengundang tindakan gangguan seksual oleh orang-orang tertentu ..maka berhati-hatilah dalam melontarkan percakapan.. kerajaan tidak pernah melarang penjawat awam untuk mencari pendapatan tambahan tetapi kerajaan melarang mana-mana penjawat awam yang melakukan pekerjaan lain dalam waktu bekerja .. jika diluar waktu bekerja .. tidak ada masalah asalkan ianya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak ada kepentingan yang berkaitan dengan tugas yang diamanahkan .. atau melakukan perkerjaan yang melanggar undang-udang negara .. carilah rezeki … tetapi jangan pulak guna kemudahan kerajaan seperti kenderaan pejabat, komputer dan kertas pejabat .. lebih buruk lagi di waktu pejabat ..

Sesungguhnya integriti dalam perkhidmatan awam banyak yang ‘dilanggar’ jika kita perhalusi dari pelbagai sudut ..namun selagi ianya tidak menjejaskan perkhidmatan awam kerajaan tidak pernah menuntut daripada mana-mana penjawat awam untuk membayar balik apa yang mereka telah ambil dari lapan (8) jam yang diperuntukkan untuk mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat .. maka sebab itulah penjawat awam sentiasa dipinta untuk patuh dan taat setia kepada kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat kepada orang luar .. kerajaan juga memohon penjawat awam sentiasa berdisiplin mematuhi waktu kerja .. agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat …  


P.S .. saja nak tulis .. not that I’ve never break the rules .. tetapi rasa sedih bila melihat ada kenderaan jabatan (guna jata negara) yang parking melintang dalam tempat telak kereta .. dan melihat pegawai serta pemandunya (pakai pakaian korporat) sedang dengan lahapnya makan nasi pada jam 11.00 pagi di Seri Kembangan … mungkin kerana terlalu lapar pemandu tersebut tidak meletak kenderaan jabatan dengan betul sehingga mengambil tempat dua buah tempat letak kereta (menyusahkan orang lain nak letak kereta)… maka kita tak boleh salahkan orang ramai jika ada yang sebenarnya meluat terhadap sikap penjawat awam … 

Wednesday, March 4, 2015

POLITIK SARAWAK YANG MATANG..

Orang Sarawak labelkan Azmin Ali, MB Selangor sebagai ‘jenis muka yang sik malu’ selepas beliau di terima dengan baik dan mesra oleh kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan DP Tan Sri Adenan Satem dan beberapa menteri kabinet negeri Sarawak. Azmin Ali di layan dengan baik dan penuh hormat sebagai tetamu orang kenamaan meskipun berbeza ideologi politik .. walau pun sebelum itu Azmin Ali hentam dan kritik DP Tan Sri Adenan sebagai pemimpin yang memimpin parti politik yang sedang nazak (merujuk kepada parti PBB) .. selepas itu Azmin Ali dengan selamba memohon larangan memasuki negeri Sarawak ke atas beberapa pemimpin PKR dari Semenanjung di longgarkan .. dengan alasan mereka adalah ahli politik dan perlu diberi kebebasan bergerak ke mana sahaja atas prinsip demokrasi .. pada aku bagus la kalau Azmin boleh mengadakan perbincangan secara ‘berhemah’ dan beradab sepertimana seorang pemimpin yang memimpin sebuah negeri .. dan bukanya seperti rakan-rakan ahli parti beliau yang sebelum ini bercadang untuk menyaman kerajaan negeri Sarawak … sekurang-kurangnya Azmin Ali paham, tahu dan mengiktiraf bahawa sebelum Sarawak menyertai Malaya, Singapura dan North Borneo menubuh Malaysia ..ada perjanjian yang memberi kuasa kepada Sarawak mengawal keluar masuk orang luar ke negeri Sarawak di bawah Perjanjian 20 Perkara .. 

Keterbukaan kepimpinan Sarawak menerima kunjungan ahli politik yang berbeza ideologi mereka yang sebelum ini tidak henti-henti mengutuk .. megkritik malah melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah .. membuktikan bahawa politik di Sarawak lebih matang daripada politik yang diamalkan di semenanjung .. yang lebih bersifat rasis dan perkauman. Jika di kira … YB Baru Bian contohnya tidak henti-henti menuduh kerajaan negeri Sarawak menindaskan kaum peribumi dalam perjuangan nya mempertahankan Tanah Adat Bumiputera ..tetapi DP TS Adenan masih boleh menyambut beliau dengan hormat dan mesra … begitu juga dengan beberapa pemimpin DAP dan PKR yang lain.. seseungguhnya kepimpinan DP TS Adenan membuktikan tidak perlu pemimpin politik berpolitik 24/7 kerana pemimpin politik juga perlu memberi perhatian atau fokus kepada bagaimana membantu rakyat yang telah mengundi mereka .. bagaimana untuk memenuhi harapan rakyat tanpa mengira kaum dan agama .... kalau asyik berpolitik .. dan setiap perkara dijadikan isu politik ..bila masa nak uruskan kerajaan.. bila masa nak selesaikan masalah rakyat ... tak gitu Azmin Ali ??

Apa pun keazaman Azmin Ali memohon kelonggaran ke atas sekatan beberapa pemimpin nya juga harus dipuji kerana sanggup menjaga kebajikan rakan-rakan ahli parti yang sentiasa ‘kempunan’ untuk menjejak kaki ke Sarawak .. namun Azmin Ali harus ingat apa yang diperkatakan oleh DP TS Adenan Satem, iaitu Kerajaan Negeri Sarawak akan melarang SESIAPA SAHAJA yang datang untuk menghasut, memfitnah dan membawa budaya rasis dari memasuki negeri Sarawak untuk mengekalkan keharmonian negeri Sarawak. Maksudnya sesiapa sahaja ialah .. tanpa mengira parti atau individu .. samada dari kalangan pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang atau mana-mana individu yang sering mengeluarkan kenyataan perkauman dan ketaksuban keagamaan yang melampau. Azmin Ali perlu tahu bahawa negeri Sarawak di diami oleh puluhan etnik yang berbeza budaya dan juga pelbagai kepercayaan.. kestabilan dan keharmonian rakyat Sarawak selama ini adalah atas dasar setiap kaum saling hormat menghormati budaya dan agama mereka .. justeru SESIAPA pun yang sering bersikap perkauman tau rasis … terus akan disekat memasuki negeri Sarawak..itulah janji DP TS Adenan ..selaku Ketua Menteri Sarawak yang diamanahkan untuk menjaga negeri Sarawak .. a Chief Minister for all .. maka Azmin Ali perlu beri nasihat kepada rakan-rakanya dalam PKR dan juga pakatan rakyat .. to mind their language and their behaviour semasa berada di Sarawak … jangan terlalu ‘cocky’ dan merendahkan martabat anak-anak negeri .. rakan-rakan Azmin yang dilarang masuk tu kenalah belajar serba sedikit sejarah yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri melarang mereka masuk ... selain belajar untuk lebih bertertib dan tidak suka-suka membawa budaya rasis perkauman dan agama ... jangan nak berlagak 'hero' dan pandai bila datang ke negeri orang ... tak gitu YB Azmin ?

Keterbukaan DP TS Adenan itu jangan la pula di ambil peluang oleh ahli-ahli politik dari semenanjung .. untuk berkempen memburukkan kerajaan negeri Sarawak.. nak berkempen.. berkempenlah mengenai apa yang kamu boleh buat ..apa yang kamu boleh berikan kepada negeri Sarawak … cara berkempen jangan pulak ditambah dengan pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap individu … sepertimana yang dilakukan sebelum ini … jangan datang bawa budaya samseng ke Sarawak kerana ‘kesamsengan’ itu membuktikan ketidakmatangan ahli politik .. jangan bawa budaya berdemonstrasi … kerana itu budaya luar yang tidak memberi apa-apa faedah selain menyusahkan dan juga menimbulkan kekacauan serta kekecohan .. yang boleh berakhir dengan pergaduhan… belajarlah menjadi ‘a gentleman politician’ yang lebih menumpukan kepada keupayaan dan pengetahuan untuk mempengaruhi pengundi … bersikap lebih matang ..