..ya
aku memang BENCI pada keganasan … benci melihat ada manusia lain yang sanggup
membunuh manusia lain dengan meperalatkan agama …. benar ..aku membenci
keganasan manusia yang sanggup mendera kanak-kanak .. samada secara fizikal
..atau mental .. dan manusia paling aku benci dalam dunia ini .. ialah manusia HIPOKRIT
… manusia yang memang pandai berpura-pura … bermulut manis ..senyum dan mesra
dihadapan kita ..tetapi mengutuk dan menghina kita ..di belakang kita .. malah
sanggup menabur fitnah … kebanyakkan kita memang akan membenci orang yang
bersikap hipokrit … suka tikam kawan dari belakang … satu lagi jenis manusia
yang ramai dikalangan kita benci ialah manusia PENIPU …. yang semakin galak
sekarang ini … ialah penipu-penipu yang menggunakan pelbagai kaedah moden untuk
mendapatkan wang orang lain … ada yang menggunakan emel .. ada yang menggunakan
‘kepakaran teknologi’ .. ada yang
menggunakan ‘ayat-ayat power’ untuk
menipu orang ramai … ramai juga orang Malaysia
termasuk dalam perangkap PENIPU professional dan melibatkan kehilangan jutaan
ringgit ….. juga melibatkan kes seperti mengambil wang orang ramai melalui
skim-skim cepat kaya .. skim-skim pelaburan .. hingga ada yang menyebabkan
orang kehilangan rumah dan juga keluarga ….

Satu
lagi bangsa manusia yang memang aku tidak berapa gemar dan BENCI ialah manusia
yang tersangat suka mencari KESALAHAN orang lain untuk menutup kelemahan
dirinya. Bangsa manusia ini ialah manusia yang takut kepada baying-bayang dan
dosa-dosa yang dia sendiri pernah lakukan sehingga tertanam dalam pemikiran dia
bahawa semua orang akan berkelakuan seperti apa yang pernah dia lakukan sebalum
dirinya mempunyai kuasa dan autoriti … jenis manusia ini akan sentiasa
meneropong dan mencungkil walau sebesar hama KESALAHAN itu..untuk dijadikan
modalnya MEMALUKAN orang yang dia rasa mampu mengugat kedudukan nya sebagai
seorang ketua .. malah modal itu akan sentiasa diulang-ulang sebagai satu bahan
contoh … sedangkan segala KEBURUKAN sendiri semakin hari semakin terserlah …
Bangsa
manusia yang aku senarai dalam kategori aku juga BENCI ialah jenis GUNTING DALAM LIPATAN … sepsis kawan
yang suka makan kawan … jenis ini paling ramai dikalangan kita … spesis yang
sama taraf dengan sepsis HIPOKRIT .. yang suka memuji muja semasa kita berkuasa
.. dipinjak dilenyek sebaik sahaja kita hilang kuasa … sebab itulah dalam dunia
politik ..TIDAK ADA KAWAN ATAU LAWAN YANG KEKAL .. there is no permanent enemies or friends in politics .. malah ianya
juga boleh diaplikasikan dalam dunia penjawat awam … kadang-kadang kawan itulah
yang membunuh karier kawan .. manusia kaki bodek ..kaki ampu pun aku BENCI …
kerana mereka juga boleh jadikan kehidupan sebagai penjawat awam … heaven or hell …
Aku
pun tak tahu aku dalam kategori mana pada pandangan orang lain .. kerana aku
tahu aku bukan sempurna atau perfecto … tetap akan ada kesilapan dan kesalahan dalam
kehidupan ini …