Wow!! Hot deals!! Sale hingga 70%!! Macam-macam ada!! Sana sini sale ..sana sini ada jualan murah..tawaran ...Itulah penangan menjelang Hari Raya! Jalan Tuanku Abdul Rahman..Sogo..Chow Kit..Pasar Seni...memang dibanjiri manusia yang merebut peluang jualan murah ..yang ditawarkan oleh peniaga dan juga penjaja...
Jualan murah juga diadakan di semua pasaraya besar di seluruh negara...dan pastinya pengunjung dihiburkan dengan lagu-lagu raya.. demam sale atau jualan murah nie juga diadakan di premis-premis kerajaan...he he he...dan sasaran utama..pastilah golongan wanita!! Betul ke murah ? Ada tawaran sehingga 80% diskaun...memang hebat peniaga Malaysia!! Apatah lagi dengan pemberian RM500.00 oleh kerajaan persekutuan kepada penjawat awam..ditambah dengan kenaikan gaji...wowww!! ..berbelanja sakan la orang Malaysia!!

Nikmat Ramadhan dikongsikan oleh semua kaum..kerana pada bulan Ramadhan inilah pelbagai juadah ada dijual di gerai-gerai Bazar Ramadhan...di bulan inilah kita boleh melihat begitu ramai rakan-rakan bukan beragama Islam lebih bersemangat nak balik awal dari pejabat...semata-mata nak pegi Bazar Ramadhan membeli juadah yang mereka gemari...seperti kata seorang rakan 'Manga..apasal you mau berebut-rebut balik awal nie?'..'aisey bro...i nak ke Bazar Ramadhan laa...takut nanti itu lauk yang i sangat suka habis'.... maka sepatutnya di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk memupuk semangat perpaduan yang lebih jitu ...demi masa depan negara yang harmoni dan maju....
No comments:
Post a Comment