Tuesday, December 30, 2014

BERAT MATA MEMANDANG ..

Bak kata bidalan .. ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ .. hanya mangsa-mangsa banjir yang tahu betapa perit dan derita nya mereka pada ketika ini … walau simpati mencurah-curah … bantuan datang berlimpah … tiada siapa dapat merasai kehancuran hati nurani mereka ….terkenang kemusnahan kehidupan mereka yang hilang segala-galanya … rumah ranap berkecai … harta benda hancur rosak …. segala tanaman dan ternakan … musnah hilang … yang tinggal pada mereka hanya semangat untuk meneruskan kehidupan .. siapa tahu perasaan mereka yang trauma akibat kemusnahan yang melanda … hanya doa dapoat kita berikan .. semoga mereka terus tabah dan redha dengan apa yang berlaku … bagi aku yang hanya melihat dari jauh dan mendengar keluhan kawan-kawan dan rakan … aku hanya mampu berdoa dan merasai kesedihan mereka melalui video-video yang memaparkan kemusnahan dan kehancuran tempat tinggal serta harta benda mangsa mangsa banjir…

Aku tak pasti apa yang kaki fitnah..kaki putar belit fakta .. macai-macai yang ditugaskan untuk memporak perandakan masyarakat ..nampak semasa musibah banjir melanda negara kita … aku pasti yang mereka nampak hanya kumpulan mereka sahaja yang terbaik .. yang sempurna .. hinggakan mereka memBUTAkan mata mereka kepada segala usaha yang dilakukan oleh pemerintah … usaha-usaha yang dilakukan oleh jentera bantuan .. sukarelawan… NGOs … tak kan mereka-mereka itu ber’drama’ atau ber’sandiwara’ ? Tak tau la pulak kan..samada puak-puak kaki fitnah, putar belit fakta atau macai-macai laa… bila mereka ..meredah banjir dalam hujan … mengangkat barang-barang bekalan dan keperluan dan bertemu dan meninjau kawasan itu..adalah drama dan lakonan semata-mata …  jangan kerana benci dan dendam … sanggup memBUTAkan hati pulak ke atas segala usaha-usaha murni yang dilakukan oleh orang lain …

Lagi satu golongan yang pelik ialah golongan kaki sebar MAKLUMAT PALSU … yang entah apa kejadah haram perangai mereka hingga sanggup buat macam tu … oiii .. satu hari nanti terkena kat keluarga sendiri .. baru padan muka … cuba ingat-ingatkan hidup kita ini umpama roda.. hari ini giliran mereka ..entah esok lusa .. mungkin giliran kita pula .. jadi berHENTIlah daripada nak menjadi ‘wartawan segera’ di laman media sosial atau mana-mana platform … tiada untung dan faedahnya bagi kita edar maklumat yang tidak sahih .. silap-silap nanti makan diri .. merengkok dalam pagar besi … jika nak ‘share’ sekali pun ber’INGAT’ dahulu … tanya dulu .. jangan la memandai-mandai kata Hattan dan Warigh.. jika tak suka pada kerajaan pun… sekurang-kurangnya ada perasaan dan hati untuk merasai kepedihan dan kesedihan … lain laa kalau golongan-golongan penyebar MAKLUMAT PALSU ..golongan pemFITNAH .. golongan PUTAR BELIT nie bukan manusia yang dicipta Tuhan Yang Esa … sedangkan BINATANG pun ada kasih sayang nya dalam keadaan tertentu … jangan la jadikan diri lebih rendah sifatnya daripada seekor binatang yang tidak diberi AKAL .. untuk berfikir buruknya kesan dan impak hasil FITNAH .. PUTAR BELIT FAKTA .. dan MAKLUMAT PALSU …


Sepertimana yang aku katakan awal-awal tadi … kita tidak merasai kesejukan hujan .. kita tidak merasai derasnya air banjir .. kita tidak merasai keresahan kegelisahan mengenang rumah dan harta benda lain .. kita tidak merasai kegusaran tentang keselamatan keluarga kita … hanya mangsa-manga banjir yang merasai semua keperitan ini … hanya yang turun padang .. yang menghulur bantuan yang merasai kepayahan ini … bagi kita yang masih lagi dalam keadaan keselesaan … hulurkan derma .. berilah doa dan BERHENTILAH daripada menabur FITNAH ..menyebar MAKLUMAT PALSU … grow up and be matured enough to know what should and what should not be done in this tested time for all Malaysians.. 

Monday, December 29, 2014

BANJIR ? OIII… BANJIR ..BANJIR … LAGIII…!!

“Wahai bumi telanlah airmu, wahai langit (hujan) berhentilah”  antara doa-doa seluruh rakyat Malaysia bagi memastikan keselamatan rakan-rakan, keluarga serta sedara mara yang berada di kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Terengganu, Kelantan Pahang, Perak, Johor, Perlis dan Sabah .. seluruh rakyat negara ini bersedih melihat keadaan mangsa-mangsa banjir yang mungkin menghadapi kesukaran selepas banjir reda nanti … video-video dan gambar-gambar menunjukkan kemusnahan kampong dan kehidupan mangsa banjir … Subhanallah … pun begitu masih ada manusia yang mempunyai keDANGKALan dan perangai BURUK dengan sengaja mengeluarkan pelbagai maklumat PALSU dan FITNAH di laman media sosial … semata –mata dengan hasrat untuk menJATUHkan maruah serta kredibiliti pihak-pihak yang berkuasa … aku tak tau apa yang orang-orang seperti ini nampak atau dengar … tapi yang aku nampak dalam laman media sosial .. surat khabar dan juga TV … ramai pemimpin politik turun padang … seperti Dato Seri Mustapha Mohamad dan Dato Seri Shabery Cheek..sejak awal – awal banjir lagi sudah meninjau, melawat kawasan-kawasan banjir dan turut sama membantu menghulurkan bantuan … bantuan digerakkan segera oleh pihak pemerintah sebaik sahaja banjir menjadi lebih buruk … jentera bantuan terus diaktifkan seperti Tentera, JPAM, Bomba Jabatan Kebajikan serta sukarelawan … bertungkus lumus sejak awal-awal lagi membantu mangsa-mangsa banjir … jika orang-orang yang menabur FITNAH dan maklumat PALSU nie tak nampak jugak usaha-usaha yang dilakukan oleh jentera bantuan dan pihak pemerintah ini .. memang sah la … pemikiranya sudah di BUTAkan oleh keBENCIan serta DENDAM KESUMAT yg begitu mendalam hingga tidak nampak sekelumit pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak pemerintah..


Banjir berlaku tidak memilih mangsanya … musibah menimpa semua orang ..semua golongan masyarakat tanpa mengambilkira ideologi politik, bangsa dan juga anutan agama .. maka bantuan juga tidak harus dipolitikkan.. dan pada saat serta ketika ini semua pihak harus mampu bekerjasama..mengenepikan kepentingan politik dan peribadi … agihan bekalan makanan, pakaian dan keperluan-keperluan harus diagihkan sama rata… bukan berlandaskan sokongan politik .. atau pun kepercayaan mereka. Ratusan ribu manusia sedang memohon bantuan … apalah salahnya kita bergabung tenaga bersatu padu dan menghulurkan bantuan sedaya mungkin … NGOs..agensi-agensi kerajaan sedang berusaha secepat mungkin mengumpul makanan, pakaian dan juga peralatan lain untuk di hantar kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara … dan parti-parti politik juga dilihat juga berusaha dengan cara mereka sendiri untuk menyediakan segala bantuan … pun begitu saying .. usaha murni dicacatkan dengan keinginan untuk menonjol diri …

..aku TABIK dengan beberapa orang Sultan yang mencemar duli turun menjenguk mangsa-mangsa banjir … Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kelantan serta kerabat Sultan Terengganu … bersama merasai denyut nadi rakyat mereka yang kini ditimpa musibah … kehadiran sultan-sultan serta kerabat diraja ini membuktikan bahawa Raja dan Rakyat berpisah tiada .. jadi mengapa beberapa pemimpin politik yang memang dipilih oleh rakyat amat kurang menghayati prinsip ini ….. sayangnya dalam saat-saat genting ..masih ada yang sanggup mempolitikkan setiap perkara….  Aku tabik dengan segala usaha jentera bantuan.. yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti MKN, Bomba, Tentera, JPAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, sukarelawan-sukarelawan dan banyak lagi penjawat awam yang bertungkus lumus ..siang atau malam membantu mangsa-mangsa banjir … penjawat-penjawat awam yang dikutuk dan dikeji oleh segelintir masyarakat inilah yang tidak menang tangan membantu menghulur bantuan .. golongan misi dan doktor … polis dan tentera dan lain-lain tidak bersungut dan merungut … ada yang cedera .. ada yang kepenatan .. tapi demi misi membantu mangsa banjir ..mereka teruskan juga .. TAHNIAH

Pun begitu aku ingin cadangkan agar kerajaan persekutuan memberli aset yang mampu digunakan di musim banjir seperti kenderaan amphibian untuk agensi-agensi seperti JPAM, BOMBA atau pun Tentera dan kenderaan-kenderaan ini ditempatkan di negeri-negeri Pantai Timur kerana kawasan Pantai Timur saban tahun dilanda banjir .. pastinya kenderaan amphibian ini banyak gunanya kepada pasukan-pasukan penyelamat kita ... mungkin kos kenderaan ini agak tinggi tetapi pasti ianya berbaloi untuk dibeli oleh kerajaan... kerana ianya boleh berfungsi lebih baik daripada bot-bot yang sedia ada..

Let us unite and extend our help in whatever kinds that we can.. leave politics and ideology aside for awhile ..as our nation grieves ...and let us pray in whatever way our beliefs allows us.. to keep our recuers, volunteers and the victims safe and healthy.. and may the rain stop and flood subside .. we can be one ..Come on Malaysians..


Friday, December 26, 2014

Oii! TAK PAHAM LAGiii KA ?

Lama juga aku tak menulis entri dalam blog aku nie … untuk entri kali ini aku nak tulis sedikit tentang sikap ‘jakun’ dan tak memahami sebahagian masyarakat kita yang masih lagi mempertikaikan tentang agama orang lain … aku rasa selepas Malaysia wujud sejak 50 tahun lalu … dengan kemajuan teknologi dan pembangunan pendidikan .. sudah tidak ada persoalan tentang pengamalan kepercayaan agama … yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan juga dalam Rukun Negara … rupa-rupanya aku tersilap ..sebab masih wujud sekolompok manusia yang meragui amalan agama kaum lain ..yang dirasakan bertentangan dan didakwa boleh merosakkan kepercayaan orang-orang Islam di negara ini … sejujurnya aku bukan seorang ulama yang akan mengulas halal..haram ..harus atau makruh … aku cuma rasa terkilan dengan sikap sesetengah orang Islam yang melihat agama lain sebagai satu ancaman kepada akidah dan kepercayan mereka .. setelah begitu lama hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum..berbagai kepercayaan dan kebudayaan …

Aku terkilan kerana merasakan bahawa ketaksuban sesetengah golongan ini yang mempertikaikan amalan percayaan orang lain boleh menyebabkan negara ini berpecah belah … sudah sekian lama kita sama-sama raikan Perayaan Krismas, Deepavali, Hari Wesak, Thaipusam, Gawai Dayak dan juga Pesta Kaamatan … sepertimana golongan  Islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri dan juga Aidil Adha. Mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada teman-teman serta rakan-rakan bukan Islam … tidak akan mengubah pendirian atau agama seorang Islam … sama juga seperti rakan-rakan bukan Islam yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri … tidak akan menjadikan mereka seorang Muslim … amalan memberi ‘ucap selamat’ dikalangan masyarakat sudah lama diamalkan sebagai tanda persahabatan dan juga perpaduan .. dan tidak pernah pun ada orang Islam menukar agama kepada Kristian, Hindu dan sebagainya hanya semata-mata memberi ucap selamat kepada rakan mereka ..atau keluarga mereka … sungguh cetek pandangan golongan yang mengatakan bahawa memberi ‘ucap selamat’ itu merupakan cara golongan tertentu untuk mempengaruhi orang-orang Islam.
.. cuba la tingkatkan usaha untuk memperkukuhkan keimanan dan akidah orang-orang Islam .. melalui aktiviti atau program-program yang mampu menarik minat golongan muda … yang bukan hanya bersifat keagamaan semata-mata. ..cuba cari kaedah bagaimana cara paling baik membantu umat islam yang miskin..fakir yang amat memerlukan makanan..dan tempat tinggal … alangkah baiknya jika pertubuhan-pertubuhan yang berlandaskan Islam ini bergabung …mencari dana dan memikirkan cara untuk mengangkat ekonomi orang islam daripada mencari kesalahan orang-orang bukan islam dan menganggap mereka sebagai ancaman dan musuh .. terlalu kerap menuding jari kepada golongan bukan islam..orang Islam pula lupa ..tiga lagi jari menuding kepada diri mereka sendiri … orang Islam ada Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat ..tetapi masih ramai fakir miskin tidak mendapat nikmat atau faedah daripada nya … banyak rungutan dan komplen ditujukan kepada baitulmal dan pusat zakat kerana gagal membantu orang-orang Islam yang amat memerlukan bantuan … mungkin sudah tiba masanya baitulmal dan pusat zakat mempamerkan laporan kewangan tahunan mereka kepada orang awam … supaya dapat dilihat ke arah mana aliran wang pungutan itu disalurkan .. adakah ianya 80% disalurkan kepada golongan yang memerlukan ka atau 80% itu disalurkan untuk pentadbiran dan pembangunan semata-mata … dan untuk mengelak persepsi negatif..lebih baik pentadbiran baitulmal dan pungutan zakat mempamerkan laporan kewangan tahunan mereka kepada awam melalui penyiaran surat khabar … sama juga pertubuhan-pertubuhan Islam lain … daripada asyik nak keluar statement yang kontroversi dan sering mengguris perasaan orang bukan Islam .. elok mereka buat aktiviti yang memberi faedah kepada orang-orang Islam …

Maaf cakap ..kerana sejak kebelakangan ini semakin ramai pertubuhan-pertubuhan ingin menjadi ‘champion’ bangsa dan agama .. hingga mencetuskan pelbagai rasa tidak senang dikalangan golongan bukan Islam … dan jika mereka bergabung ..golongan bukan Islam merupakan golongan yang majority di negara ini … ditambah lagi dengan beberapa individu yang merasakan diri mereka begitu ‘sempurna’ hingga melihat segala tindak tanduk orang lain sebagai salah segalanya … bak kata omputih ‘please grow up’ dan cuba bersikap matang … DS Najib dengan menteri-menteri kabinetnya berkobar-kobar penuh semangat mengibarkan slogan semangat 1Malaysia … yang menuntut setiap individu negara ini untuk memahami..menghayati dan menerima segala apa jua kekurangan setiap kaum.. DS Najib dengan penuh semangat mengajak setiap individu negara ini untuk membuangkan sikap prejudis..dan menggunakan kewarasan akal untuk memastikan negara ini terus bersatu padu.. malah DS Najib sanggup menerima kritikan daripada kawan-kawan sendiri semata-mata nak memperjuangkan 1Malaysia … maka jika masih adalagi golongan manusia yang tidak mampu menerima atau memahami erti perpaduan negara .. amat malanglah bagi Malaysia .. kerana selepas kewujudan Malaysia sejak 16 September 1963 … iaitu 51 tahun yang lalu … sedangkan negara lain sudah mula mengorak langkah untuk memperkukuhkan lagi perpaduan yang ada agar mereka boleh menjadi lebih maju ..

persoalan nya apakah negara Malaysia akan ‘mengundur’ ke belakang dengan pelbagai pertubuhan yang semakin rancak mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan sentiment perkauman tanpa mampu dibendung oleh undang-undang?

Merry Christmas and Happy New Year to all my friends, acquaintances and family members. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi negara ku Malaysia . 

Wednesday, November 26, 2014

EKSTRIMISME SEMAKIN MENJADI ..

Hanya Bumiputera layak dikecualikan bayar hutang PTPTN, kata NGO Melayu  (The Malaysian Insider, Nov.23, 2014) dianggap sebagai satu kenyataan yang ekstrim dan melampau termasuk orang-orang Melayu dan bumiputera sendiri. Kenyataan melampau dan ekstrim oleh beberapa individu dan NGOs seolah-olah mencerminkan Malaysia kini sedang bergerak ke arah satu hala yang negatif dan boleh memporak perandakan perpaduan kaum negara ini. Keadaan ini dijadikan lebih buruk lagi apabila terdapat orang-orang Melayu Islam yang didapati berjuang bersama dengan kumpulan pengganas IS dengan alasan berjihad, termasuk golongan wanita. Imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan semakin terjejas di mata dunia. Malah pengharaman penggunaan sebutan Allah dan beberapa sebutan yang berkaitan kepada komuniti bukan Islam mendapat banyak reaksi negatif oleh negara-negara luar. Malaysia kini dilihat sebagai sebuah negara yang konservatif oleh masyarakat luar termasuk negara-negara Islam sendiri. Pun begitu pendekatan kesederhanaan yang dipromosikan oleh DS Najib melalui GMM (Global Moderate Movement) mendapat pengiktirafan oleh negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru ini semasa sidang APEC di Beijing, China.(Utusan Online, Nov.8, 2014). A.Kohilan Pillay, Timb.Menteri Luar menjelaskan GMM anjuran Perdana Menteri bukan sahaja di iktiraf oleh negara-negara APEC, malah Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Asean), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) dan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) juga mengiktiraf pergerakan tersebut termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama (Malaysiakini, Nov.22, 2014).

Apakah pengiktirafan di peringkat dunia dapat diterjemahkan kepada menangani  ektrimis melampau dalam negara? Jika dilihat kepada ektrimisme di negara luar, ektrimis di negara ini tidak lah begitu teruk .. namun ianya harus ditangani lebih awal agar ianya tidak terus merebak seperti api yang marak. Kegelisahan dan keresahan dikalangan sebahagian masyarakat ialah kenapa pihak berkuasa terlalu lambat untuk mengambil tindakan terhadap individu-individu atau NGO yang seringkali mengeluarkan kenyataan rasis serta penghinaan ? Pihak berkuasa umpama ‘sudah terhantuk baru mengadah’ sedangkan tools of law sedia ada tidak menghalang mereka untuk mengambil tindakan. Politik perkauman di Malaysia wujud sejak sebelum merdeka dan sehingga kini ianya masih berterusan dan ini dibuktikan melalui nama parti sendiri dan keahlianya. Antaranya ialah UMNO ditubuhkan untuk menjaga hak dan kepentingan Melayu sepertinya MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum India. Cerminan kepada perkauman ini sangat jelas walaupun awalnya gabungan tiga parti ini membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Pun begitu, perjuangan hak dan kaum masih lagi wujud sehingga kini…sebab itulah suara-suara seperti ISMA, PERKASA, HINDRAF dan DONG ZONG masih lantang bergema. Usaha-usaha ke arah kepartian yang tidak beridentitikan kaum sukar dilaksanakan kerana mana mungkin UMNO, MCA dan MIC akan menukarkan nama parti mereka yang sinonim dengan apa yang mereka perjuangkan. Di sinilah letaknya kesukaran untuk menterjemahkan gerakan kesederhanaan seperti yang dianjurkan oleh DS Najib. Satu ketika dulu PBDS sebuah parti Dayak yang berjuang di atas landasan perkauman tidak mampu bertahan kerana komuniti Sarawak sukar menerima perjuangan yang hanya mementingkan satu kaum sahaja sejak dari dahulu lagi malah parti-parti politik yang wujud walaupun berimej perkauman tidak mencerminkan perjuangan kaum berdasarkan pada nama-nama parti. Parti PBB ialah parti gabungan kaum-kaum bumiputera di Sarawak, SUPP, SNAP, PRS, SPDP semuanya mempunyai gabungan ahli dan pemimpin yang pelbagai kaum berbanding parti-parti politik di Semenanjung. Berlandaskan premis ini, apakah kesederhanaan yang cuba di terapkan oleh DS Najib akan berjaya mengurangkan ekstrimis dan pelampau dalam negara yang sering melaungkan perjuangan untuk mempertahankan hak masing-masing. Mampukah DS Najib menggunakan GMM atau Pergerakan Kesederhaan Global untuk mengimbangi gerakan-gerakan melampau dalam negara dan memulihkan imej negara yang tercalar akibat beberapa insiden ekstrim yang melibatkan kaum dan agama.

Kegelisahan dan keresahan sebahagian masyarakat terhadap ekstrimis agama dan kaum di negara ini umpama gunung berapi yang suatu hari nanti akan meletup dan laharnya sukar untuk di bendung. Saban hari terdapat respon dan reaksi negatif dalam laman media sosial yang mencerminkan tahap-tahap kebencian yang menyentuh kaum lain. Contohnya satu posting yang memaparkan kenaikan pangkat dalam sebuah jabatan kerajaan yang hanya diberi kepada kaum Melayu sahaja … sementara satu kaum lagi diletak dalam simpanan.. telah mendapat respon yang tidak baik dan perlbagai tuduhan dilemparkan kepada kaum Melayu. Tuduhan-tuduhan itu mencerminkan bahawa Melayu Islam diberi banyak keistimewaan berbanding bumiputera lain walaupun dari segi kelayakan ada bumiputera lain yang lebih baik daripada kaum Melayu itu sendiri. Ketidakpuasan ini wujud dalam hampir setiap organisasi sector awam, terutamanya di peringkat persekutuan. Inilah realiti yang harus diperbetulkan oleh pihak berkuasa kerana ianya juga merupakan api dalam sekam yang satu ketika nanti akan marak dan mencetuskan kebakaran yang tidak akan mampu dibendung. Ketidak puasan beginilah yang mencetus gerakan-gerakan seperti SSKM, S4S dan juga SAPA di kedua-dua buah negeri wilayah Borneo dan jika ada yang mengatakan ianya isu terpencil .. lihatlah nanti natijah daripada tidak memberi perhatian dan menangani dengan serius perkara ini.

Realistically, Malaysia is a harmony and peaceful country, beautiful and rich in its unique culture… only if religion and races is not politicize for ones’ political gain.. 

Tuesday, November 25, 2014

BIADAP.. KURANG AJAR .. DAN RASIS ..

Kebelakangan ini kenyataan-kenyataan rasis semakin menjadi-jadi .. seperti tiada penghujungnya walaupun DS Najib, Perdana Menteri Malaysia telah berusaha untuk memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan pendekatan kesederhanaan dalam siri ucapannya di peringkat dunia seperti di APEC, Beijing China (BH Online, Nov.24, 2014) dan juga semasa ucapan di Council On Foreign Relations, New York (Malaysian Insider, Sept.28, 2013) yang lalu. Dalam ucapan nya di Perhimpunan Agung 26 September 2014 yang lalu DS Najib berkata “Perjuangan menentang ekstremisme bukan tentang Kristian melawan Muslim, atau Muslim melawan Yahudi, namun golongan sederhana melawan golongan ekstrim. Maka kita perlu menyatukan golongan sederhana, mereka yang ingin menebus kembali agamanya, dan meneruskan jalan keamanan.” (The Malaysian Insider, Nov.11, 2014) Pun begitu tulisan Lim Kit Siang, Supremo DAP mengatakan Pemimpin Umno sendiri tolak laungan ‘kesederhanaan’ Najib (The Malaysian Insider, Nov.11, 2014). Menurut DS Najib gerakan kesederhanaan tiada kaitan dengan liberalisme (Malaysia Chronicle, Nov.15, 2014) sebagai menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya gerakan kesederhanaan yang dibawa oleh kerajaan mempunyai kaitan dengan fahaman liberalisme. Benar atau tidak segala dakwaan yang dikemukakan oleh pelbagai pakar dan juga penulis .. yang pastinya kenyataan rasis dan ekstrim sudah bermula lagi .. dan ianya dimulakan tidak lain dan tidak bukan kumpulan NGO yang seolah-olah pemimpinya begitu kebal dengan undang-undang negara.

Aku tak ingin nak berdebat atau mengemukakan pelbagai pendapat yang mengatakan siapa benar siapa salah .. pada aku sesiapa yang paling kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan berbaur perkauman dan keagamaan itu harus dipertanggungjawabkan dan diambil tindakan .. tanpa mengira kaum, agama atau parti yang dia wakili . Jangan pilih kasih dalam membuat tindakan undang-undang .. sebab itulah makin ramai yang nak jadi ‘ketua rasis’ dan nampak macam hero .. Jangan pilih bulu..baru laa yang ada hati nak tunjuk jadi hero akan kecut perut nak keluarkan kenyataan rasis atau pelampau keagamaan!! .. Yang menjadikan semakin ramai manusia nak jadi BIADAP dan KURANG AJAR ialah bilamana ada segelintir pemimpin melihat ianya sebagai mempertahankan perjuangan dan hak … apakah orang lain tidak mempertahankan hak mereka atau perjuangan mereka ? Begitu juga bila beberapa tindakan seolah-olah ianya tindakan ‘terpilih’ sahaja … sedangkan ramai yang sentiasa mengeluarkan kenyataan BIADAP dan KURANG AJAR sama ada kepada sesuatu kaum .. sesebuah negeri.. atau kepercayaan atau keagamaan atau kebudayaan!! … bukanlah aku nie nak tunjuk hero atau berlagak pandai … tapi sepanjang observation aku … tak banyak yang kena tindakan … terutamanya yang hina negeri Sarawak dan penduduknya … ada ker tindakan ????? … orang-orang Melayu yang hina kaum lain dalam media sosial … ada ker yang diambil tindakan ???? … tapi kalau kaum lain buat kejap jerr.. yang kena tindakan … pikir-pikirla sendiri … kerana kalau cakap berlebih-lebih nanti aku pula dikatakan menghasut … let us be fair …

Pada pandangan aku jika DS Najib benar-benar ingin menjadikan kesederhanaan sebagai asas kepada kepimpinan nya, DS Najib harus bertindak tegas ke atas sesiapa saja .. samada mereka itu lawan atau pun berada dipihaknya … hanya dengan cara itu masyarakat akan paham bahawa kerajaan benar-benar serius menjaga perpaduan dan keharmonian bangsa …. walaupun aku tidak menjaminkan kenyataan-kenyataan rasis dan melampau akan berkurangan …  tapi aku yakin bahawa ianya akan sedikit sebanyak memberi hormat kepada kepimpinan negara ini … aku percaya kepimpinan hari ini tidak ingin melihat negara ini terus ditadbir dalam suasana yang sentiasa hangat dengan isu-isu perkauman dan keagamaan kerana ianya merosak imej negara di luar negara dan ini boleh menjejaskan pelaburan orang luar dan akhirnya menjejaskan ekonomi negara.. maka …


Just hit hard on those who propagate racism and those who promotes hate and extremismas the law, if is just and fair will always be respected by all … 

Monday, November 24, 2014

KARNIVAL OH KARNIVAL LAGIII!!

Oh rasa nak marah pun ada … walaupun hakikatnya memang la event-event di Putrajaya banyak memberi manafaat kepada businessmen .. terutama golongan usahawan kecil-kecilan yang mengusahakan makanan dan minuman .. laku giler beb!!! … sejak aku duduk di Putrajaya pada Novermber 2011 … boleh dikatakan setiap minggu ada event di Putrajaya. Dari sekecil-kecil event seperti larian untuk kesihatan sehingga sebesar-besar event seperti sambutan Hari Belia dan Formula E … sesungguhya Putrajaya menjadi pusat untuk event-event diperingkat antarabangsa jua … bila event-event sebesar Formula E dan Karnival Upin Ipin diadakan serentak … memang la ada keseoronokan tapi … alahaaiii … boleh sebabkan jem untuk penghuni di Putrajaya … contohnya pada Sabtu hingga Ahad lepas iaitu 22 dan 23 November 2014 … nasib baik la aku nie tau jalan alternatif untuk balik ke rumah … kalau tidak mau rasanya menunggu tiga jam untuk melepas jem yang bermula dari Jambatan Gemilang (hadapan KPWKM) … sebab semua nak bersesak ke PICC untuk ke Karnival Upin Ipin … kalau Puan Salwa Saleh komen tentang pengurusan Karnival Upin Ipin..aku nak komen pulak tentang pengurusan event-event yang begitu kerap di Putrajaya yang kadangkala menganggu juga laluan pergi balik penghuni-penghuni Putrajaya. Moga-moga pengurus-pengurus event perlu juga perihatin kepada masalah kami yang menjadi penghuni Putrajaya ..

Sejujurnya aku suka event-event diadakan di Putrajaya .. sunggu aku suka sebab di setiap hujung minggu aku boleh bersama-sama enjoy di majlis-majlis ini bersama keluarga aku. Festival Belia 2012 merupakan event yang terbesar dan terbaik pengurusan nya yang pernah aku hadir .. tiada jem .. tiada laluan ditutup … dan pengunjung boleh ke sana kemari dengan mudah kerana ada tempat-tempat tertentu yang dibenarkan masuk dengan panduan oleh pihak keselamatan yang bertugas dengan cemerlang … walaupun pengunjung menghampiri sejuta orang … disebabkan pengurusan yang cekap maka festival itu cukup berjaya berbanding dua tahun selepas itu, iaitu pada 2013 dan juga 2014 .. Festival Belia 2014 la yang paling teruk kerana terlalu banyak jalan ditutup (satu tindakan yang TIDAK BIJAK oleh penganjur) hingga menyebabkan kesesakan yang keterlaluan. Festival Bunga atau Flora merupakan antara majlis atau event yang diurus dengan cekap dan baik juga kerana pengunjung-pengunjung bebas dan mudah untuk sampai ke destinasi … tiada kesesakan yang teruk .. kerana penganjur tidak menutup laluan sesuka hati … mereka hinggakan penghuni-penghuni di Putrajaya mudah keluar masuk ke kawasan kediaman masing-masing. Terus terang aku cukup enjoy dengan suasana Festival Belia 2012 dan juga Pesta Flora Putrajaya ..

Pun begitu banyak event yang memang amat menyakitkan hati dimana penganjur menutup laluan keluar masuk tanpa mengambilkira penghuni-penghuni di Putrajaya. Contoh terburuk ialah sebuah event larian yang dianjur oleh sebuah institusi perbankan yang menutup hampir 70 peratus laluan jalan raya sehingga menyebabkan 80 peratus penghuni putrajaya perlu menggunaka laluan jauh berpusing-pusing untuk keluar masuk ke kawasan kediaman…hingga aku satu ketika mengeluarkan kata-kata tidak senonoh kepada salah seorang penjaga laluan ..kerana terlalu geram dengan tindakan mereka walau pun aku tahu semuanya atas kebenaran ‘tuan punya kawasan’ … satu lagi event yang menyusahkan kami penghuni di Presint 5 dulu ialah Pertandingan Bunga Api Antarabangsa … event memang la seronok tapi .. pengurusan jalan nya begitu teruk hingga laluan menjadi jem .. nak pulang ke rumah pun mengambil masa dalam tiga hingga empat jam … memang la marah giler .. acara-acara pertandingan larian di Putrajaya setiap minggu ada .. mohon la pihak berkuasa memantau juga selain menasihat pengurusan acara-acara tersebut untuk tidak sesuak menutup jalan kerana penghuni di Putrajaya juga perlu keluar masuk . Sebagai penghuni aku paham mereka ingin mengadakan di Putrajaya kerana keadaan nya yang lebih selamat berbanding tempat lain..namun put into consideration juga la pandangan penghuni-penghuni Putrajaya..kerana setahu aku Putrajaya sudah direkabentuk sebegitu rupa sehingga ada laluan untuk pelari-pelari atau pejalan kaki disediakan .. maka gunalah laluan itu supaya tidak menganggu lalulintas. Aku rasa penghuni-penghuni tidak membantah dengan acara-acara itu diadakan malah mereka juga seronok … kerana kami juga ingin turut serta …


Aku juga nak komen tentang signage yang ada di Putrajaya … sepanjang aku tinggal di Putrajaya … banyak kali juga aku ditanya oleh pengunjung dari luar .. ‘Mana jalan nak keluar ?’ .. soalan-solan ini menunjukkan bahawa Putrajaya mempunyai jalan masuk yang banyak tetapi bila nak keluar … mereka dah keliru sebab signage atau tanda arah hanya menyatakan ke Kuala Lumpur , Puchong, Shah Alam, Kajang, Dengkil atau Bangi. Ada yang berpusing tiga kali nak keluar … kesian … cadangan saya ialah semoga Perbadanan Putrajaya boleh menambah signage ‘KELUAR KE’ atau ‘EXIT TO’ di beberapa papan tanda berdekatan dengan nama-nama Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Puchong dan sebagainya bagi memudahkan pengunjung yang datang dari seluruh pelusok semenanjung … yang datang sekali sekala melawat Putrajaya.

Last aku nak komen di sini ialah aku tak tahu berapa untung rugi nya penganjuran Formula E .. walaupun banyak yang positif diperkatakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan .. namun pada pandangan aku .. sejujurnya segala pembinaan yang dilakukan untuk penganjuran Formula E telah mencacat dan merosakkan pemandangan Putrajaya … terutamanya di hadapan bangunan Kementerian Kewangan. Aku sememangnya teruja setiap kali melihat bangunan MOF yang tersergam indah dengan architecture yang unik …. dan di seberangnya ada kawasan tempat untuk bersantai … sayang seribu kali sayang semuanya kini … ditutupi oleh pagar besai dan tembok batu serta bangunan yang hanya digunakan setahun sekali … itulah harga yang dibayar oleh Putrajaya semata-mata nak membuktikan Malaysia menyokong usaha ke arah Green Technology … sejauh mana kita mampu untuk mengubah persepsi penggunaan enjin elektrik jika keupayaan dan kepakaran kita untuk menyediakan kemudahan itu terhad dan harga amat membebankan pengguna … hanya masa yang akan menentukan.


Bak kata bijak pandai we tend to be over zealous in doing things .. to prove our support although we may just get a minimum impact and benefit from it all atau frasa yang paling popular di zaman dahulu kala … ‘menang sorak kampong tergadai’ kerana hasilnya dalam lima tahun belum pasti ada pelanginya di hujung kampong..

P.S  Kalau boleh jangan la adakan sampai tiga hingga empat acara serentak di PICC (sudah nak dapat parking) dan juga Putrajaya ... spread it out la... 

Friday, November 21, 2014

OH POCOT!! MAK KAU!!

Kadang-kadang aku nie melatah jugak laa..bila baca berita-berita berkaitan bencana alam..lebih-lebih lagi macam yang berlaku di Cameron Highland .. haii…mana tak marahnya … dah dua kali peristiwa tu berlaku .. tak kan tak tau cara nak urus kan nya … betul laa kata sorang pemimpin dulu … apabila kita tidak belajar daripada sejarah .. maka sejarah akan mengajar kita berulangkali .. banjir dulu dah korbankan nyawa.. kali ini pun korbankan nyawa … maka apa resolusi dan tindakan selepas peristiwa yang pertama ? Apa pengajaran daripadanya yang boleh diambil iktibar dan apa kelemahan yang boleh diperbaiki dan diatasi ?? … aku puji laa tindakan pantas beberapa agensi penguatkuasaan … tangkap sana..tangkap sini … bertempiaran lari warga asing yang bekerja di situ … sampaikan ada tokay kata … ‘manyak susah ooo .. pekerja sudah tiada .. apa macam ?’ tapi yang peliknya ..towkay yang upah pendatang asing yang haram tak pulak kena tangkap ? Si pendatang asing haram tu memang sah la salah..sebab masuk tanpa izin… walau pun dari segi niat nak bekerja tu baik… sebab nak cari rezeki … yang si towkay pulak boleh bebas…tak salah..padahal dia yang upah pekerja tu .. sebab nak upah murah … haram ka..tanpa izin ka … jalan saja laaa … ini yang menjadi pelik dalam otak aku … aaa mungkin aku ni bukan loyar …. tak tahu pasal undang-undang … maaf ler yer…

Sebenarnya aku nak tulis sikit pasal penguatkuasaan …. maklum laa..baru-bari nie Ketua Menteri Sarawak sergah tokay-tokay besar kompeni balak di Sarawak… rasanya terkejut juga tokay-tokay tu…dan kalau check ..memang terkelup biji p***r mereka… bila KM Sarawak kata akan ambil tindakan tegas terhadap salah laku dalam urusan pembalakan di negeri tersebut … walaupun lama dah perkara itu berleluasa di Sarawak … dulu masa di Sarawak boleh nampak setiap hari ada sahaja lori-lori balak yang sarat muatan mundar mandir di jalanraya … sampai bergegar jalanraya masa lori-lori tersebut melintasi kita … entah laa..samada keberatan lori-lori itu ada diperiksa atau tidak … tak tahu laa… tapi memang berat …boleh rosak jalan raya … penguatkuasan?? Sekali sekala ..he he ..oh!pocot! Paling aku heran.. bila baca dalam akhbar … banyak rupanya laporan di buat oleh NGOs dan individu tertentu kepada pihak penguatkuasaan… tapi … bak kata tok Denan, ada mata buta..ada mulut bisu..ada telinga bengal (pekak) … he he he… dan teramat pelik ialah bila kayu-kayu balak dirampas ..berjuta-juta RM … tapi towkay tak pernah dapat di tangkap …amat ajaib kan ??? .. sama la macam kes di Cameron Highland… yang dikejar warga asing yang bekerja … yang terlepas yang upah mereka … tak rasa pelik ka? dan terbaru MB Pahang dicabar untuk ambik tindakan tegas macam yang KM Sarawak buat… ada brani ka? he he he kita sama-sama tengok.. apa jadi pada kedua-kedua negeri … dua-dua negeri memang banyak kayu balak … errr… yang kena tangkap di Sarawak hari tu ..berapa hukuman denda kena ekkk?? RM50 ribu jerk e?? hmmmm…

Bila cakap pasal penguatkuasaan nie… aku selalu tertanya-tanya… dalam hati. Tengok TV.. baca paper… banyak juga kejayaan penguatkuasaan dalam membenteras penyeludupan.. rampas rokok seludup .. berjuta-juta … rampas minyak petrol ..diesel ..banyak kali nampak dalam TV … sama juga dengan pembenterasan permainan video.. judi haram online… pusat maksiat spa .. GRO … memang aku rasa bangga sangat tengok usaha-usaha pihak berkuasa… tapi heran nya … pernah ka you all nampak or dengar taiko..atau towkay besar kena tangkap sekali atau kena dakwa ?? kalau ada … tak pernah aku dengar seteruk yang curi duit dua hinggit kat masjid tu kan? Setakat RM50 ribu … alahaaaiii …denda tu…ciput jer bagi towkay-towkay tuu … sebab banyak kali kena serbu … tempat yang sama … kesian kat yang kena tangkap .. pekerja jer … kan! kan! .. oh mak kau!! … laa nie ada penjual rokok haram pulak kena tangkap kan ?? Memang padan pun… tapii… ha ha ha … piker la sendiri!! … yang menyeludup warga asing masok pun… pernah kah ‘the big boss’ kena tangkap sekali dengan kuli-kulinya?? Tak ada kan ?? ajaib sunggub..memang macam David Copperfield dia orang nie kan …

Maaf laa… kalau ada yang baca rasa tersinggung…. bukan nak jadi biadap atau kurang ajar.. saja nak tanya perkara-perkara yang rasa amat pelik ..bila setiap kali pihak penguatkuasa kata berjaya membenteras perjudian haram .. spa haram … penyeludupan rokok … penyeludupan manusia dan sebagainya … mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkuasa … untuk mengatasi kelemahan ini supaya jerung juga ditangkap bersama ikan bilis-ikan bilis yang hanya mendapat arahan … saya percaya pihak berkuasa mempunyai segala kemahiran dan peralatan … cuma masih ada wujud ‘si kitul’  … yang menjadi ‘pegar makan padi’ …. Moga-moga segala harapan rakyat untuk melihat usaha murni penguatkuasa dapat direalisasikan … kejayaan-kejayaan yang dipaparkan di media boleh menjadi pendorong dan juga meningkatkan keyakinan rakyat terhadap penguatkuasaan … tetapi jika ada nampak jerung ka, paus ka yang ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat … mungkin kepercayaan terhadap penguatkuasaan akan lagi meningkat….


..no one is above the law, not even me said the Sultan of Pahang (Star, November 2o, 2014) adalah satu peringatan kepada semua penguatkuasa bahawa tindakan undang-undang perlu di ambil ke atas sesiapa sahaja .. seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu ‘Kedaulatan Undang-Undang’ … tanpa mengira pangkat .. sekiranya ada salah laku sepertimana dalam kes pembalakan haram… penerokaan haram yang boleh menyebabkan bencana alam dan mengorbankan nyawa manusia.. lain..

Thursday, November 20, 2014

KENAPA MASIH TAK SUKA NIE ?? .. CER CERITA ..

Bila harga petrol diumum semalam .. aku terpikir samada nak menangis kerana sedih (bukan gembira ya..) atau ketawa (sebab rasa tersangat lawak). Lama juga aku termenung dan berpikir .. samada aku yang tersalah dengar …. atau menteri yang tersalah umum. Hmmm bila berita (paling cepat media sosial laaa..) tersebar … aku akui akulah yang tersalah dengar .. memang pengumuman itu betul. Ya … harga petrol RON97 sudah diturunkan oleh kerajaan sebanyak RM0.20 sen daripada harga RM2.75 kepada RM2.55. Tahniah. Langkah yang bijak oleh kerajaan. Ehhh .. tunggu sekejap! Tunggu!! Kenapa ramai yang masih marah nie?? … aaa… rupa-rupanya  kerajaan tak turunkan harga petrol RON95!! .. laaa kenapa gitu?? Kerajaan tak tahu ka yang hampir 90 peratus rakyat negara ini menggunakan petrol RON95!! Petrol RON97 kebanyakkan digunakan oleh orang-orang yang duit nya tak pernah susut .. duit tak reti nak abiss… yang pakai Mesidis, BMW, Audi, WakSegan, Ferrari, Porsche, Bentley, Jaguar, Maserati dan yang sama hebat dengan nya …

Aku tak tau la samada RM0.20 sen penurunan dari RON97 tu akan beri impak kepada kehidupan rakyat biasa ..sebab aku pasti yang guna RON97 pun tak rasa apa-apa kot .. aku cuma tau yang bas sekolah dan bas berhenti-henti atau bas perjalanan jarak jauh tak guna RON97 … mereka cuma guna diesel jer.. maka memang sah la tambang bas tak akan turun … aku juga tau lori-lori yang angkut barang keperluan harian rakyat seperti beras, gula, tepung, telor, ayam, sayur dan sebagainya pun guna diesel atau pun RON95 … maka sahihlah harga barangan tak akan turun …. tak ada kaitan langsung pun.. moto kapcai pun guna RON95 … hmmm…. Ya la kan.. mana nak guna RON97 … he he he …itu gila namanya kalau moto yang hanya 100cc pun nak pakai RON97.. sebab yang hantar paper ..suratkhabar banyak guna kapcai jer …. Tapi jangan susah hati la semua … harga petrol di negara lain semuanya lebih mahal dari harga petrol di Malaysia… kita masih lagi untung laa..macam itu kan … tak pecaya … Indonesia pun sudah naikkan harga petrol mereka… dan kalau mengikut khabar angin puting beliung rebut taufan … banyak lagi negara akan menaikkan harga petrol mereka..untuk pastikan harga petrol di Malaysia sentiasa lebih murah dan lebih rendah daripada mereka ….

Maaf la menteri kalau tulisan aku ini macam ada kurang ajar sikit … tak terlintas nak kurang ajar kepada menteri atau nak mengajar menteri bagaimana nak jalankan tugas .. meskipun kedudukan menteri Perdana Menteri yang tentukan .. tetapi kedudukan menteri di kawasan sebagai wakil kepada rakyat... rakyat yang tentukan … kerana percaya menteri pasti boleh tolong sama rakyat marhaen … gaji Menteri nak naik … naik la..tapi jaga lah juga kehidupan rakyat … “dikhabarkan sekarang untuk Malaysia mereka yang kurang RM3,600.00 adalah golongan miskin” .. kata Tengku Razaleigh Hamzah (Sinar Harian, Oktober 17, 2014) adalah satu peringatan bahawa Malaysia masih belum lagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi lagi .. oleh itu lihat-lihat disekeliling..tinjau-tinjau lah kehidupan rakyat biasa .. dan rasailah denyut nadi mereka untuk menyusuri kehidupan ini… pernah aku terbaca kata-kata seorang ahli politik yang mengatakan .. kebanyakan ahli YB Menteri … tidak pernah merasa hidup susah … perkataan ‘kesusahan’ tidak ada dalam kamus hidup mereka … betul ke begitu ? Memang la benar pepatah mengatakan ‘ukurlah baju di badan sendiri’ dalam pengurusan hidup .. malah saranan dan nasihat untuk sentiasa berjimat cermat dalam segala hal agar dapat membina kehidupan yang baik yang mampan yang sejahtera untuk diri dan keluarga …namun rakyat marhaen ingin juga menikmati hidup yang dilimpahi dengan makanan yang berkualiti … hiburan yang berkualiti ..pendidikan yang berkualiti dalam sebuah negara yang mempunyai misi dan visi ke arah negara yang berpendapatan tinggi.


The war cry ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’  must be re-visited to be relevance to the present situation .. or else it will just be another rhetorical slogan to appease the masses during the election campaign .. Allahu Akbar .. semoga negara ini terus aman sejahtera hendaknya.

Wednesday, November 19, 2014

BELIA BARU …

Hari ini aku nak menulis tentang belia … belia baru sepertimana yang disarankan oleh Menteri Belia dan Sukan .. iaitu golongan belia yang benar-benar menepati ciri-ciri belia. Menurutnya takrif umur belia ialah diantara 15 – 30 tahun menjelang 2018. Ianya selaras dengan agenda utama perubahan dalam Dasar Belia Malaysia yang akan dibentangkan tahun depan (BH, Nov.18, 2014).  Ya sudah tibanya masanya perubahan ini dilakukan kerana jika kita perhatikan di sekeliling kita hari ini persatuan-persatuan belia hampir semuanya di kuasai oleh golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan yang lebih muda biasanya hanya menjadi ahli biasa atau pengikut sahaja. Jika ada pun persatuan yang sebenar-benarnya dipimpin oleh golongan belia yang berumur 30 tahun ke bawah, kebanyakkan nya hanya akan wujud setahun dua ..sebelum hilang bersama dengan pemimpin nya .. senario ini berlaku dikebanyakkan kampong, daerah dan negeri. Banyak tumbuhnya persatuan belia tetapi terkulai layu … begitu sahaja dan kebanyakkan wujudnya persatuan belia juga lebih terarah kepada sukan dan rekreasi … semata-mata … dan beberapa kerat persatuan belia di negara ini boleh mendabik dada dan bermegah menganjurkan aktiviti bersifat ilmuan dan pengetahuan seperti perniagaan belia atau bagaimana nak membantu anak-anak dalam kecemerlangan akademik dan sebagainya … mungkin ada..tetapi amat jarang dan sedikit sekali di negara ini …

Takrif baharu umur belia sudah lama dilaksanakan di kebanyakkan negara maju, namun Malaysia agak ketinggalan, kata YB Khairy. Memang benar sekali kerana takrif umur belia menurut Perhimpunan Agung PBB ialah antara 15-24 tahun manakala Bank Dunia pula mentakrifkan umur belia antara 15-25 tahun dan Belia Komanwel pula menyifatkan belia ialah yang berumur antara 15-29 tahun. Maka perubahan yang ingin dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan sangat relevan dengan perkembangan masakini. Dianggarkan terdapat lebih dari 40 buah persatuan yang berdaftar atas nama belia di seluruh negara  (Wikipedia, Nov.18, 2014) dan jika dibuat tinjauan atau kajian berapa ramaikah golongan belia yang menerajui persatuan-persatuan ini? Mungkin perkara ini juga saya cadangkan pihak Kementerian Belia dan Sukan boleh buat simple survey untuk kenalpasti kepimpinan belia di peringkat persatuan  sejajar dengan kehendak dan aspirasi DBM untuk mempercepatkan proses peremajaan golongan belia, mendidik dan memberi peluang mereka mempelajari aspek kepimpinan lebih awal (YB Khairy Jamaluddin, BH Nov.18, 2014).

Dalam konteks belia menjadi pemimpin, terutamanya sebagai pemimpin dalam parti politik, aku melihat PKR dan DAP sudah jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik pemerintah yang rata-ratanya mempunyai YB berusia melebihi 40 tahun ke atas. Mungkin ada seorang dua YB parti pemerintah di negeri-negeri yang berusia di bawah 30 tahun tetapi ianya begitu sedikit sekali. Bukan niat nak mempertikaikan kewibawaan mana-mana ahli YB namun setiap kali pemimpin-pemimpin bercakap pasti terselit ungkapan yang paling popular, iaitu belia harapan negara .. belia pemimpin pelapis masa depan dan belia tunjang kepada kepimpinan negara tetapi sampai satu tahap .. belia-belia yang pintar..belia-belia yang ada kelulusan akademik yang hebat … tidak begitu mudah untuk mendapat tempat dalam parti-parti pemerintah . Malah parti-parti pemerintah lebih suka dan gemar mengambil calon-calon bekas penjawat awam yang berkedudukan tinggi, bekas guru agama dan orang-orang korporat yang berjaya ..kononnya mereka sudah matang..sudah ada kewibawaan sudah tahu selok belok tepis terajang mainan politik … maka golongan belia yang bersemangat sejak awal untuk menabur bakti yang penuh dengan idea-idea baru …akhirnya terpaksa akur … dan yang kecewa akan pergi ke kem sebelah berjuang atas perjuangan yang sama tetapi berbeza platform mereka. Inilah yang berlaku di dalam kebanyakkan parti-parti pemerintah … adakah mereka takut golongan-golongan muda ini yang bersuara lantang..yang mempunyai idea baru akan mengugat kedudukan atau peluang pemimpin-pemimpin yang lebih senior dalam parti ?? tengoklah dalam PRU 14 nanti berapa ramai golongan pemimpin belia yang akan menjadi calon parti pemerintah di peringkat nasional dan juga negeri-negeri … jika ianya melebihi 60 peratus .. maka benarlah ada transformasi kepimpinan dalam negara ini .. jika tidak..ianya tidak lebih daripada satu retorik semata-mata …Mengambil petunjuk atau cue dari kata-kata YB Khairy ‘beri peluang orang-orang muda tonjol bakat kepimpinan’ ekoran dari kenyataan DS Najib baru-baru ini yang menjelaskan bahawa parti bersedia memberi lebih ruang kepada golongan muda. Mungkin ada yang mencebik mulut kerana perkara ini sudah di sebut berulang kali namun proses ini amat-amat jarang berlaku. Sebab itulah aku katakan berapa ramai ahli DUN di negeri atau MP parti pemerintah yang berusia 30 tahun ke bawah berbanding PKR dan DAP. Aku tak masukkan PAS sebab rasanya PAS pun kurang memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin..maklumlaa..mungkin ilmu agama tak cukup lagii tuu … takut tersilap keluar fatwa pulak nantii …

Usaha ke arah memberi peluang golongan belia untuk menjadi pemimpin hatta di peringkat kampong pun perlu diberi perhatian kerana masyarakat hari ini memerlukan pemimpin yang aktif berfikir dan bertindak dengan cepat. Cara kepimpinan lama di kampong sudah tidak sesuai lagi .. dan aku ingin mencadangkan agar pentadbiran negeri Sarawak melihat keperluan untuk melantik tuai rumah dan ketua kampong yang berusia 40 tahun ke bawah, berpendidikan dan juga mempunyai idea-idea untuk memajukan kampong. Mungkin Pemanca dan Temenggong masih lagi di pegang oleh golongan yang berumur 50-60 tahun. Perlu ada had umor bagi setiap tuai rumah dan ketua kampong supaya mereka tidak memegang jawatan tersebut sehingga mati dan menjadikan pula jawatan itu sebagai warisan keluarga pula … begitu juga dengan jawatan Pemanca dan Temenggong … transformasi ini perlu kerana kampong dan rumah panjang amat memerlukan kepimpinan yang berwawasan, mempunyai idea dan mampu menganjakkan kemajuan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga idea-idea untuk membangunkan taraf pendidikan di kalangan komuniti mereka.

Di awal tadi aku menyebut tentang peranan persatuan belia yang banyaknya berfokus kepada sukan dan rekreasi semata-mata dan amat kurang yang memberi focus kepada usaha-usaha perniagaan, pertanian dan juga kecemerlangan pendidikan. Ada persatuan atas nama pertanian, atas nama nelayan atas nama pendidikan … tetapi semuanya menunggu bantuan kerajaan untuk bergerak dan berfungsi. Tiada dana..tiadalah aktiviti … untuk masyarakat kampong, terutamanya. Maaf cakap.. inilah realitinya persatuan yang kebanyakkan nya tidak di wakili oleh belia … kerana belia tidak mendapat manafaatnya. Aku harap YB Khairy terus terobos persatuan-persatuan belia yang layu … agar ianya dapat memberi manafaat kepada golongan belia untuk berkhidmat bakti ..terutamanya dalam kampong mereka sendiri..


Usaha ke arah meremajakan belia ini pastinya memberi nafas baru kepada golongan belia dan berharap.. jangan lah berpersatuan kerana nak merebut jawatan presiden, setiausaha, bendahari semata-mata ..selepas itu tak buat apa-apa untuk belia-belia di kawasan nya… berpersatuanlah untuk kemajuan belia..untuk kepentingan belia di kawasan .. ingat “the youth of today will never be the leader of tomorrow, if nothing is done to uproot the rot within the youth organization”

Tuesday, November 18, 2014

BIAR BETUL NIE …

Hari ini pun aku nak berkongsi pandangan seorang gadis Cina kenapa Malaysia semakin teruk dilanda krisis identiti. Katanya aku cukup tertarik dengan pandangan-pandangan Prof.Madya Dr. A.Rahman Tang Abdullah mengenai penubuhan Malaysia. Amat jelas beliau sudah membuat kajian yang mendalam tentang beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ke arah penubuhan Persekutuan Malaysia yang dibentuk oleh empat buah negara yang merdeka, iaitu Negara Borneo Utara (Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Pandangan beliau yang tidak berat sebelah ditambah dengan teori dan hipotesis sungguh menarik perhatian aku sebagai seorang peserta dalam seminar tersebut. Beberapa kenyataan nya amat menarik perhatian aku, terutamanya apabila dia  menyebut orang Cina Sarawak tak suka dengan Cina Singapura dan Cina Semenanjung adalah amat tepat sekali kerana Cina Sarawak masih mengekalkan identiti asal usul mereka sepertimana nenek moyang mereka yang datang beratus tahun dahulu ke Sarawak (dan ini memberi kelebihan kepada DAP).

Pun begitu aku kurang bersetuju dengan pandangan beliau yang mengatakan punca sifat keCinaan dan rasis ini adalah disebabkan sekolah aliran Cina dan juga amat tidak bersetuju dengan cadangan beliau untuk menghapuskan sekolah aliran Cina. Sekolah aliran Cina bukanlah masalah atau punca kepada perpecahan kaum atau sikap rasis. Di Sarawak sekolah aliran Cina bukan sahaja dikhaskan untuk kaum Cina malah ianya juga dibuka kepada kaum bumiputera seperti Iban, Melayu, Melanau dan sebagainya. Sekolah aliran Cina di Sarawak adalah seperti sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah mission lain yang menerima pelajar-pelajarnya dari semua etnik yang ada di Sarawak. Justeru punca sikap rasis bukanlah berpunca daripada kewujudan sekolah aliran Cina. Pada pandangan saya punca kepada perpecahan kaum atau sikap rasis ialah daripada individu-individu yang dan NGOs yang sengaja ingin menjadi jagoan dan dilihat sebagai hero dimata ahli-ahli politik yang berkuasa .. dan memungkin dirinya atau mereka dalam ‘the corridor of power’ supaya mendapat imbuhan atau limpahan kuasa daripada mereka.

Saya ingin mendedahkan senario masakini yang wujud di negeri Sarawak dimana semakin ramai perkahwinan campur antara kaum Cina dan bumiputera Kristian. Generasi ini melahirkan generasi yang keliru dengan identiti mereka lantas mula mempengaruhi golongan yang kuat pegangan keCinaan mereka. Pun begitu generasi inilah yang paling kuat tidak mahu diidentifikasi sebagai Cina dan inginkan status mereka sebagai bumiputera walaupun mereka sendiri berada dalam komuniti tersebut. Kumpulan inilah yang paling kuat mencabar perlembagaan negeri yang memperuntukkan klausa mempertahankan hak bumiputera dalam negeri Sarawak. Contoh terbaik ialah cerita seorang wanita yang cekal, iaitu Magdeline. Beliau adalah hasil dari kawin campur antara seorang lelaki Cina dengan wanita bumiputera Kristian. Disebabkan beliau bukan berstatus bumiputera beliau tidak layak untuk mewarisi tanah keluarga seluas 934.8 kaki persegi. Akibatnya beliau terpaksa mewariskan tanah tersebut kepada tiga orang anaknya dan kes ini masih lagi belum selesai sehingga kini (Borneo Post Online, 2014). Beliau tidak tahu sepatah haram pun bahasa Cina dan hanya boleh bertutur dalam bahasa Iban, iaitu bahasa ibu nya. Inilah salah satu contoh kes yang melibatkan hak-hak bumiputera dan banyak lagi kes seumpama ini berlaku di negeri Sarawak. Dengan peningkatan kaum belia Cina  yang mempunyai 70% darah bumiputera, raut wajah tiada iras kaum Cina, tetapi menggunakan nama Cina..dan tidak menikmati status bumiputera. Golongan inilah yang menjadi api dalam sekam yang akan mencetuskan fenomena tidak puashati terhadap pemerintah dan akhirnya boleh menjatuhkan kerajaan pada masa akan datang. Pada masa yang sama ada anak kahwin campur yang hanya 50 peratus berdarah bumiputera, mengguna nama bumiputera  walaupun raut  wajah keCinaan disebabkan ayah mereka adalah bumiputera, mereka menikmati status bumiputera. Perbezaan ini menjadi duri dalam komuniti Cina dan luka ini menjadi jurang yang sukar diubati dalam masyarakat negeri Sarawak.

Meskipun ada peluang diberi oleh kerajaan negeri untuk anak-anak kahwin campur, iaitu ayah keturunan Cina dan ibu keturunan bumiputera, untuk memohon status bumiputera, melalui Mahkamah Bumiputera, perkara ini masih lagi satu polemik yang tiada kesudahan nya kerana sehingga kini apa yang berlaku (kebanyakkan permohonan dibekukan, kecuali mereka anak orang kenamaan, ahli politik). Malah ada permohonan sudah melangkaui 30 tahun lamanya untuk mengenalpasti samada anak itu layak diberi status bumiputera. Mungkin perlu check DNA mana yang lebih dominan kot. Golongan-golongan yang tidak berpuashati ini telah mengemukakan kes mereka kepada pihak PKR dan memohon bantuan daripada wakil PKR, iaitu YB Baru Bian, ADUN Ba Kelalan yang kebetulan beristerikan orang Cina. Suara orang-orang yang kecewa ini menjadi suara yang menyokong usaha PKR untuk memerangi dan menangani ketidakadilan yang diberikan kepada anak-anak kahwin campur (Barubian.net, 2011). Kes-kes seumpama ini sering terpampar di akhbar utama negeri dan juga nasional, bila mana anak-anak kahwin campur ini tidak diberi hak yang sepatutnya, terutamanya dari segi soal pendidikan. Bila ini berlaku barulah pihak berkuasa berusaha nak selesaikan isu .. macam kerja Bomba pulak kan … bila kebakaran berlaku barulah nak padamkan api .. sedangkan api itu sudah lama makan didalam…

Sebagai anak Cina 100 peratus, saya percaya kerajaan pusat mengetahui perkara ini berlaku tetapi kenapa tiada tindakan diambil untuk menangani kes-kes seumpama ini. Saya percaya anak-anak kahwin campur ini apabila dewasa, pastinya memberontak dengan keadaan yang mereka hadapi. Walaupun mereka dilahirkan di bumi ini, belajar bersekolah dan mendapat ilmu dibumi ini..tetapi mereka tetap tidak dianggap sebagai anak bumiputera ..sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu berbahasa Cina atau Mandarin. .. dan mereka ini saya pecaya adalah berpotensi untuk tidak mengundi parti-parti kerajaan yang memerintah pada masa ini. Harapan saya ialah samada kerajaan pusat atau kerajaan negeri berusaha untuk mempastikan isu ini ditangani dan diselesaikan dengan cara yang baik, berhemah dan segera.. kerana api dalam sekam adalah bahaya sekali .. umpama gunung berapi yang bertahun-tahun menahan laharnya dari meletus keluar .. sekali ianya meletup ..bara nya sukar untuk ditangani..dan dipadamkan walau ada segala nenek Bomba sekalipun...

Pandangan aku : apa yang dikatakan oleh anak gadis ini ada benar nya kerana aku juga pernah berkerja dengan beberapa rakan yang menghadapi masalah yang sama. Walaupun mereka merupakan penjawat awam..dan mendedikasikan hidup mereka serta berjuang untuk kepentingan negeri Sarawak..namun mereka tidak juga mendapat status bumiputera sekian lamanya .. mereka sendiri pun tidak tahu berbahasa Cina atau Mandarin.. namun terbaiknya sikap mereka ialah … sentiasa menyokong segala usaha kerajaan dalam membangunkan negeri Sarawak. Ini berlaku kepada orang yang memegang prinsip Rukun Negara ..walaupun pada dasarnya … aku percaya mereka juga kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku ke atas diri serta keluarga mereka. Apakah fenomena non-natives with  native features and heritage ini akan menjadi penentu kepada survival parti-parti politik pemerintah sedia ada, pastinya menarik untuk dibuat satu kajian dalam sosio politik negeri Sarawak.


Sepertimana ungkapan-ungkapan orang-orang berkuasa sering lafazkan .. the future of the nation lies upon the youth of today maka fikirkanlah bahana nya jika masalah the youth of today tidak dapat DISELESAIKAN dan DITANGANI oleh the leaders of today dengan baik.

Monday, November 17, 2014

UNIKNYA SARAWAK ..

Hari ini aku ingin berkongsi serba sedikit pandangan seorang sahabat berketurunan Cina yang melihat kenapa negeri Sarawak sangat jauh berbeza dari Semenanjung dari sudut perpaduan, toleransi dan penghayatan 1Malaysia. Menurutnya negeri Sarawak merupakan negeri yang amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal walaupun kebelakangan ini ibu negerinya semakin sesak sejajar dengan pembangunan yang semakin mantap. Sesungguhnya negeri Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat harmoni dan aman. Kepelbagian budaya masyarakat yang berbilang kaum dan pegangan agama yang berbeza tidak mencatat atau menjejaskan pergaulan masyarakat yang sentiasa menghormati adab, adat resam serta kepercayaan masing-masing sejak zaman berzaman. Katanya ‘cuba kita ambil contoh apa yang berlaku di Miri misalnya dimana sebuah Gereja dan Masjid dibina sebelah menyebelah tanpa menimbulkan sebarang konflik dan isu kepada kedua-dua penganut kepercayaan terbesar di negari itu’. Menurutnya, di hari Jumaat, pihak Gereja membenarkan kawasan nya untuk digunakan sebagai tempat letak kereta orang-orang Islam yang bersembahyang Jumaat bagi mengurangkan kesesakan sementara pihak Masjid akan membenarkan kawasan nya digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari Ahad semasa mereka melakukan upacara Sunday Mass mereka. Inilah contoh tolerans dan tolak ansur yang tiada bandingnya dan tidak terdapat di Semenanjung., katanya lagi.

Beliau juga berpendapat ‘sehingga tahun 2010 majoriti rakyat Sarawak tidak pernah pun terfikir atau memikirkan untuk keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia, sehinggalah timbulnya satu wawancara dengan Presiden PERKASA – Dato Ibrahim Ali. Saya berpendapat Ibrahim Ali lah yang menjadi punca dan pencetus kepada pandangan ekstrim terhadap agama dan juga bangsa yang kemudianya seolah-olah menjadi satu gelombang atau gempa bumi yang mengegar dan mengugatkan kestabilan, keamanan serta keharmonian yang telah diasas, dipupuk dan dibina dengan penuh kepayahan oleh kerajaan selama ini. Sejak itu bermula episode tuduh menuduh oleh pelbagai pihak dan saling ingin menunjukkan kejagoan masing-masing sebagai pelindung agama dan bangsa oleh NGO dan juga orang-orang politik. Ugutan Ibrahim Ali untuk membakar Al-Kitab orang Kristian menjadi perbalahan dikalangan masyarakat, malah mencetuskan satu perang mulut antara YB Khairy dengan Pemuda PERKASA Irwan Fahmi Ideris (themalayonline.com, 2014). Perpatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ menjadi kenyataan sehinggakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pun terkena ‘tempias’ dari isu berkenaan.

Sentimen-sentiman keagamaan dan perkauman inilah, menurut pandangan nya mencetuskan kebimbangan dan ketakutan kepada masyarakat Sarawak sehingga memaksa mereka untuk berfikir adalah lebih baik keluar dari Persekutuan Malaysia. Mereka bimbang dan takut propaganda membenci agama dan ekstrimis perkauman akan merebak ke negeri Sarawak lantas menggangu gugat keamanan dan keharmonian yang sudah berkurun lama terjalin. Kepercayaan dan penghormatan terhadap satu sama lain yang diamalkan selama ini pasti akan musnah dalam sekelip mata jika tiada usaha dilakukan oleh pihak berwajib, lantas tindakan yang terbaik difikirkan ialah untuk MENGHARAMKAN golongan ektrimis agama dan perkauman dari menjejak kaki ke bumi Kenyalang. Hanya dengan cara inilah sahaja mampu dilakukan agar golongan ini tidak terus menyebarkan pemikiran ektrimis perkauman dan agama di negeri Sarawak yang dihuni oleh lebih 40 etnik dengan pelbagai kepercayaan agama. Menurutnya lagi, walaupun kes Ibrahim Ali bukan satu-satu isu yang menyebabkan kemarahan masyarakat Sarawak kerana terdapat banyak penghinaan dan tohmahan ke atas negeri dan orang Sarawak dalam media sosial (yang langsung tidak di ambil tindakan oleh pihak berwajib) hingga tercetusnya NGOs seperti SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia), S4S (Sarawak For Sarawakians) atau SAPA (Sarawak Association Peoples Aspiration). NGOs ini termasuk Jeffery Kitingan yang dilihat berjuang untuk ‘kebebasan’ masyarakat Sarawak dan Sabah pastinya tidak akan ‘bangkit’ seandainya sentiment perkauman, sentiman keagamaan tidak menjadi bahan perjuangan oleh NGO dan ahli politik di Semenanjung.

Kebangkitan isu royalti minyak menjadi duri yang sukar untuk win-win situation dalam hubungan kerajaan pusat dengan kedua-dua buah negeri. Sehingga selesainya isu ini, isu-isu seperti autonomi dalam pendidikan akan juga menjadi fokus sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Isu-isu ini mula menjadi prominent dan keutamaan apabila rakyat mula disedarkan melalui pendedahan demi pendedahan oleh NGOs yang merasakan sudah tibanya masanya untuk bersuara sepertimana yang berlaku antara Scotland dan Great Britain. Autonomi yang diberikan oleh Great Britain kepada negara-negara dalam persekutuanya menentukan hala tuju masing-masing dalam pelbagai aspek. Banyak perkara yang berat sebelah dan mencetuskan ketidak puashan hati masyarakat Sarawak dan Sabah lantas adalah dicadangkan agar kerajaan persekutuan memberi perhatian yang serius kerana suara majoriti kedua-dua wilayah adalah juga amat penting kepada survival kerajaan yang sedia ada.

Saya percaya secara keseluruhan orang-orang Sarawak dan Sabah akan terus berpegang kepada prinsip serta kepercayaan bahawa hanya sikap toleransi, hormat menghormati adat resam budaya dan agama serta menerima kepelbagaian dan keunikan masing-masing sahaja mampu menjadi tunjang dan teras kepada perpaduan dan keharmonian negeri mereka. Ia juga akan terus menstabilkan politik dalam kedua negeri tersebut. Justeru segala langkah dan tindakan oleh pihak luar untuk mengadakan sebarang aktiviti harus melihat kepada sensitiviti dan menghormati budaya dan kepercayaan masyarakat tempatan.

Pandangan aku : apa yang diperkatakan oleh sahabat ku ini ada kebenaranya dari sudut ektrimism agama dan perkauman. Harus diingat bahawa kestabilan negeri Sarawak pasti menjamin survival politik kerajaan semasa maka adalah perlu kerajaan pusat bertindak ke atas mana-mana NGOs atau individu yang mewar-war semangat perkauman dan ekstrimis agama dari terus mencetuskan kebimbangan dan ketakutan dalam masyarakat. Harus diingat Melayu di Sarawak hanya 24.13 peratus sahaja dan peratusan yang beragama Islam termasuk Iban, Cina dan Melanau hanya merangkumi dalam jangkaan 26.7 peratus. Maka perasaan bimbang dan takut itu ada rasionalnya.  Justeru sikap tolerans serta menghormati kebudayaan dan kepercayaan orang lain sudah lama disemaikan agar masyarakat negeri Sarawak terus hidup harmoni dan sejahtera dan terus melangkah kedepan untuk pembangunan dan kemakmuran negeri. Dengan adanya perkahwinan campur yang sudah diamalkan dari dahulu lagi ..maka ada keluarga yang mempunyai saudara mara yang berbeza budaya, berbeza kehidupan dan berbeza kepercayaan. Maka sukar bagi kami anak-anak Sarawak untuk memperkatakan keturunan dan agama aku lebih baik .. kerana ianya pasti melukai hati dan perasaan saudara kami yang berlainan keturunan dan agama. Sejujurnya aku masih lagi mempunyai sepupu yang berketurunan Cina, beragama Kristian, saudara yang berketurunan separuh Iban suku sakat lain yang berketurunan Bidayuh. Maka berbaloikah kami hancurkan keharmonian keluarga hanya kerana pandangan ekstrim dan pelampau agama dan keturunan?


Fikir dan renung-renungkan…