Adakalanya perasaan 'meluat' timbul apabila menonton berita di televisyen kita, tak kira saluran mana..sebab semuanya hampir sama pendekatan nya..walaupun cara penyampaian nya di 'nampak' kan berbeza. Mungkin ini yang menyebabkan semakin ramai orang dah 'tak nak' tengok siaran berita..sebab terlalu banyak 'unsur-unsur' mengumpat, mengata yang dipertontonkan kepada masyarakat..termasuk kanak-kanak dan remaja. Bukan nak 'kondem' apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan tapi kalau setiap malam rakyat Malaysia 'dihidangkan' dengan skrip yang sama..alaaahaaaiiiii...naik bosan juga la..
Memang tak dinafikan ..PRU ke 13 dah dekat..suasana kempen..dah memang terasa...tapi seandainya boleh biarlah berita-berita 'cari kelemahan' 'cari kesalahan' pihak lain tu dikurangkan sikit..agar rakyat dipertonton dengan berita-berita yang lebih menonjolkan usaha kerajaan membangunkan rakyat serta negara. Semakin banyak kelemahan dan kesalahan pihak pembangkang didedahkan, semakin banyak persoalan diperkatakan tentang Barisan Nasional..sebab pembangkang baru perintah satu penggal..sedangkan Barisan Nasional dah memerintah banyak penggal..maka rakyat akan mula bandingkan. Ingatka kepada perumpaan 'apabila kita menuding satu jari kepada orang lain, tiga lagi jari sedang menunjuk ke arah diri kita sendiri' ..maka siapa kah YANG BENAR?
Kalau nak buat perangsaraf sekalipun biarlah berpada-pada...cukup la Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang buat berbagai kenyataan..tak payah la..semua pihak nak tunjuk 'hero' tunjuk pandai..dan hebat..semata-mata nak buktikan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Adakalanya 'information overload' boleh menukar pandangan orang yang pada asalnya menyokong perjuangan kita sebab..muak dan loya. Skrip-skrip lama tu..kalau boleh tak payah pakai lagi la...biar stesen TV lebih dimanafaatkan untuk sebar berita kemakmuran, berita keamanan, berita pembangunan dan berita mengenai keselamatan negara. Bukan nak 'menangkan' pihak pembangkang tapi betul la apa yang mereka katakan bahawa stesen TV di Malaysia menjadi 'alat' propaganda kerajaan..dan kalau mereka memerintah nanti....apa nasib petugas-petugas stesen TV? Lagi satu..pembangkang tak dapat 'pertahankan' diri mereka daripada pelbagai tuduhan melalui saluran yang sama sebab tidak diberi 'ruang' ..dan kalau ada pun setakat beberapa saat jer.. he he he he...
Orang Inggeris kata 'lets get down to business' iaitu laksanakan peranan dan tanggungjawab untuk mecapai matlamat tanpa perlu membuat publisiti yang 'overboard' . Apabila publisiti keterlaluan, segalanya akan terbalik..daripada mendapat undi ..BN pula mendapat 'benci' dan pembangkang pula mendapat 'simpati'. Harus diingat, masalah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan juga Kelantan adalah kerana pengundi-pengundi sendiri yang mencari masalah sebab mengundi pakatan pembangkang! Kenapa sekarang mereka merungut dan marahkan PKR, DAP atau PAS? Bukankah mereka yang 'terpedaya' dan 'terpesona' dengan janji-janji manis puak-puak ini? Maka mereka harus 'menikmati' segala janji-janji manis tersebut ..sebab satu ketika mereka tak percayakan BN..mereka nak 'change'..perubahan..dan rasai lah perubahan itu. Undi ditangan mereka..dan kalau tak suka..buat perubahan atau change lagi..laaa..tak payah nak banyak cakap di televisyen..cukup-cukup la...sebabnya..siapakah yang berkata benar?
No comments:
Post a Comment