Friday, September 28, 2012

JanjiMu..JanjiKu

...tanda-tanda pilihan raya umum sebenarnya sudah semakin jelas...spekulasi..ramalan..bualan...perbincangan..mengenai PRU ke 13 rancak dikalangan semua peringkat masyarakat... yang pastinya..pilihan raya kampus sudah pun selesai..dan mahasiswa serta mahasiswi..universiti awam dan swasta sudah boleh menarik nafas lega...serta memberi tumpuan kepada bidang pelajaran masing-masing...

...aku kata lega sebab kebanyakkan pelajar yang menjadi calon pastinya..sibuk merangka strategi..intipati perjuangan serta taburan janji yang bakal di taburkan kepada golongan pelajar lain untuk meraih undi...manakala pelajar-pelajar yang tidak menjadi calon pula ..terpaksa menerima kunjungan calon-calon dan mendengar petah hujah...ada yang membosankan..ada yang menjengkelkan...tapi begitulah keadaannya..apabila setiap individu cuba menegakkan dirinya sebagai yang terbaiiiiikkk!.

..tiada bezanya dengan suasana luar kampus..yang dihuni oleh golongan politikus sepenuh masa...dan separuh masa...tiada masalah bagi politikus sepenuh masa..kerana memang sudah menjadi kerja mereka untuk berpolitik..berpolitik dan berpolitik..tak kira waktu..ketika dan suasana...malah isu yang kecil mereka boleh perbesarkan..tetapi yang isu-isu besar...kurang pula mereka beri perhatian...he he he..kalau setakat janji..huh...buat masa ini..kalau ada sesispa yang sanggup mencatitkan janji-janji yang ditabur...satu buku nota pun belum lagi cukup...tak caya?...pegilah ikut mana-mana ahli politikus ke kawasan mereka...tapi..itu masalah mereka...he he he...

...pada aku yang menjadi masalah masa ini ialah golongan politikus separuh masa...maksudnya golongan yang hanya muncul musim-musim nak pilihan raya..tiba-tiba kita ternampak politikus macam ini ada di gerai..dikedai kopi..di majlis-majlis keraian kampung..padahal sebelum ini ...haramjadah tak nampak batang hidung pun..walau pun dijemput..asyik sibuk memanjang...mengalahkan Yang Berhormat kawasan...inilah golongan yang konon nya tiba-tiba perihatin dan berminat menawar diri sebagai calon...tiba-tiba menjadi manusia yang paling pemurah senyum dan duit..padahal tangkai jering...nak senyum pun payah apatah lagi nak hulurkan derma..banyak songgehnya..bila diminta memberi sumbangan...

...golongan politikus separuh masa inilah yang seringkali menjadi serangga perosak kepada parti dan masyarakat...sebab tiada pendirian..walaupun mempunyai perjuangan..iaitu memperjuangkan kepentingan diri..he he he ...itu belum ditambah dengan pelakon tambahan yang berada di sekeliling golongan politikus sebegini..kononya penyokong tegar..yang boleh tambah lebih lagi kuah..untuk yakinkan masyarakat...walaupun hakikatnya kebanyakan mereka cuma mengharapkan imbuhan..jika...ya jika politikus separuh masa ini menjadi calon....inilah dilema yang dihadapi oleh PM dalam menentukan...winnable candidates..sebab tersalah pilih...pasti berlaku sabotaj..walaupun dalam TV tunjuk sokongan..tapi..jauh disudut hati...kekecewaan mengatasi segala rasional perjuangan...

No comments:

Post a Comment