Monday, September 24, 2012

Malaysia Tidak Ada Kebebasan ?

Betul ka Malaysia tidak ada kebebasan ? Kebebasan dari segi apa?? Bebas macamana lagi yang orang Malaysia mahu? Kalau kata Malaysia tidak ada kebebasan bersuara...itu aku memang tak pecaya..sebabnya...banyak individu dan pemimpin pembangkang yang 'mulut celupar' tidak dikenakan hukuman atau dipenjara kerana 'melontar' tohmahan dan fitnah!!..ada juga blog-blog..tabloid-tabloid yang sewenang-wenangnya memaparkan 'dokumen' palsu....tidak diambil tindakan undang-undang..heh heh..bila kena 'surat cinta'..setakat mohon maaf jer...itu 'bebas' bersuara la namanya...tak paham juga? kalau tak la betul tidak ada kebebasan..hemmm..lama dah golongan individu yang mulut tempayan..dan gemar mensensasikan ..ini merasa nikmat 'percutian' ...makan free tido free...dalam penjara...kan? kan?..

Kumpulan atau grup-grup yang 'seronok sakan' berdemonstrasi pun mungkin lama dah tengok dunia luar dari pagar besi..kalau tidak ada kebebasan bersuara..tapi..adakah kumpulan atau individu-indvidu ini 'disumbat' dalam lokap? Tiada kan? Setakat diberi amaran..dipanggil beri keterangan...lepas tu..dibebaskan...kalau di negara kuku besi...mungkin mereka-mereka ini hanya tinggal pada nama sahaja..tak tahu dimana jasad dan roh mereka....fikir-fikirlah...contohnya band 'Pussy Riot' di Russia..hanya kerana lirik lagu..mereka ditangkap dan dipenjarakan...tapi di Malaysia..artis-artis yang asyik hentam kerajaan..pun masih boleh cari rezeki lagi..ada 'job' lagi...tak bebas kah itu?

Kebebasan tidak bermakna kita boleh bebas melakukan perkara yang tidak senonoh dikhalayak ramai!!..jangan la samakan diri kita dengan perangai binatang! Binatang kalau nak mengawan..dia tak kira masa dan tempat..dia hentam sahaja...tapi..kalau kita nak kebebasan macam itu...pegi duduk di hutan laa..kalau setakat berpegang tangan..tiada sapa yang melarang...tapi kalau bercium di khalayak ramai...bukan budaya orang Malaysia...tak kira bangsa..Melayu, India, Cina ka..semuanya mempunyai adat kesopanan..melindungi maruah masing-masing...di barat itu sudah menjadi kebiasan..tapi bukan di Malaysia...nak tunjuk loving sekalipun..tak perlu tayang pada orang ramai.....meluat orang tengok...tapi kalau ada yang sejenis bercium...ishk..ishk....lagi la orang mual dan loya..yeeeekkkkk...!!!...tak kira la..buat di rumah ka...memang diluar tabii.....nak sangat kebebasan macam tu?? Pegi buat di negara-negara yang terima dan tak larang kaum sejenis melakukan perkara sedemikian...jangan buat di Malaysia!!!...Pegh!

Ada pulak NGOs yang tak henti-henti hentam kerajaan Malaysia ..macam-macam tuduhan...hingga ada yang terima dana asing untuk sponsor aktiviti-aktiviti yang memburukkan nama negara...kalau laa tiada kebebasan  ..rasanya  Nuwar Brahim..tak mampu terbang ke sana sini..ke negara luar...atau pemimpin-pemimpin NGO's tersebut..mungkin dah reput dalam lokap...kata suara rakyat ..sebenarnya hanya suara beberapa pemimpin parti politik yang tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan..bukan la..mewakili suara rakyat Malaysia..he he he...ada plak portal mengaku..mereka bebas....bebas dari pengaruh politik...tapi cara penulisan...lebih condong kepada pembangkang...tak pernah pun hentam pembangkang..asyik hentam kerajaan jer...itukah yang pemahaman 'kebebasan media'? Apakah sebenarnya pemahaman mengenai kebebasan media oleh parti-parti politik seperti DAP, PAS dan juga PKR? Adakah apabila media arus perdana atau media baru menyokong tindak tanduk mereka..barulah dikatakan ada kebebasan media..kalau tidak..maknanya tiada kebebasan media? Tapi..kenapa mereka larang media-media ini membuat liputan mengenai aktiviti mereka pulak?

Kepercayaan Kepada Tuhan ..prinsip pertama dalam Rukunegara merujuk kepada kebebasan beragama untuk seluruh warganegara Malaysia..namun tiada siapa dibenarkan untuk menghina agama dan kepercayaan  orang lain..kerana ia bertentangan dengan kebebasan menganuti kepercayaan masing-masing...sebabnya huru hara boleh berlaku jika masing-masing cuba menegakkan kebenaran mengenai kepercayaan masing-masing...sapa yang susah?? Nasib baik la orang Malaysia tak merusuh macam rakyat negara lain..walaupun marah terhadap penayangan filem Innocence of Muslim ... kalau tak apa yang berlaku di Libya..mungkin berlaku di Malaysia..jika tiada kawalan...justeru..kebebasan itu ada keterbatasan...

..aku tak tahu lagi nak tulis apa mengenai kebebasan..namun dalam pandangan aku ..kita sebenarnya bebas..beas cari makan..bebas nak pegi shopping..bebas nak beli rumah..bebas nak bersosial...banyak kebebasan kita ada berbanding dengan beberapa negara....so..kalau rasa terbatas dan terhad duduk di Malaysia...kita bebas untuk hidup dan menjadi warganegara lain..yang kita rasa beri kebebasan penuh pada kehidupan yang kita ingini....

No comments:

Post a Comment