Merdeka! Yeaaah..orang-orang di Malaysia nie memang bertuah. Kenapa bertuah?? Mana-mana warganegara Malaysia yang masih 'buta' tu elok laa pegi 'bertapa' di Palestin ka, Syria, Afghanistan atau di Mesir..kalau nak tau betapa berharga dan bernilainya kemerdekaan serta kebebasan di Malaysia.
Yang kibar bendera ke hulu ke hilir guna motosikal..guna kereta tu tau ke erti kemerdekaan atau saja seronok..sebab sambutan perayaan cuti? Aku cakap macam tu sebab sampai koyak lusuh bendera tu..tak tukar pun...ishk..ishk..tau tak bendera tu maruah negara? Bendera tu panji-panji kebesaran, keagungan dan kedaulatan negara!!. Lepas seronok kibar..jangan la buang merata-rata jadi sampah!!..kata patriotik...hampeh betul tengok perangai orang-orang kita...namun itulah cara orang-orang Malaysia sambut kemerdekaan....seronok bersorak..gah dengan pelbagai aktiviti...tetapi nilai-nilai kemerdekaan amat kurang dihayati.
Erti kemerdekaan mungkin berbeza mengikut pandangan dan pendapat masing-masing..namun yang jelas setiap warganegara harus tahu nilai dan bersedia mempertahankan negara daripada ancaman anasir-anasir perosak bangsa dan negara. Orang Malaysia harus bersatu...bersatu mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara..bersatu memperjuangkan negara bangsa yang bebas merdeka..bukanya menjadi duri..menjadi gunting dalam lipatan....atau menjadi pengkhianat..hingga negara sendiri tergadai. Perbezaan fahaman politik tidak menghalang warganegara Amerika Syarikat, Britain, Perancis, atau Jerman memperjuangkan dasar negara mereka. Pemimpin politik mereka bersilih ganti..tetapi pernahkah pemimpin mereka memburukkan negara mereka sendiri??. Itulah bezanya ..pemimpin politik Malaysia dengan pemimpin politik dunia.
10,000 Langkah Merdeka 'Demi Kesihatan Negara' program Kementerian Kesihatan bukan sahaja mengajak rakyat untuk mengamal dan membudayakan cara hidup sihat atau melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat..tetapi juga menjadikan pemimpin dan rakyat yang sihat dari segi pemikiran..yang mampu menzahirkan semangat patriotisme..mempertahankan negara bangsa..tanpa mengira fahaman politik mereka. Apabila pemimpin dan rakyat mempunyai fizikal dan pemikiran yang sihat ..maka langkah-langkah membangunkan negara akan lebih mampan berpaksikan wawasan dan natijah untuk melihat negara terus maju... bukan berpaksikan emosi berhasad dengki, cemburu, irihati dan busuk hati kerana tidak mampu mengotakan janji-janji politik.
Jadikanlah 10,000 Langkah Merdeka..sebagai langkah ke arah menyihatkan minda seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa memperjuangkan bangsa dan negara..sihatkan minda untuk memastikan Malaysia terus membangun dan maju..sihatkan minda supaya Malaysia tidak dimanipulasikan oleh kuasa-kuasa besar dunia, sihatkan minda agar Malaysia terus bebas Merdeka...Merdeka! Merdeka!.
No comments:
Post a Comment