Friday, September 21, 2012

Apa Nak Jadi Dengan Orang Malaysia?

Kebelakangan ini kes buang bayi semakin menjadi-jadi..ada yang masih hidup..ada yang sudah meninggal dunia..lebih teruk..ada bayi dicampak dari bangunan!!. Kenapa semua ini berlaku?? 

Kes-kes mat rempit tak pernah reda..bermula di Kuala Lumpur kini sudah menular ke negeri-negeri seluruh negara..kes rogol, sumbang mahram semakin meningkat..dan digembar gembur disensasikan oleh media cetak. Kenapa semua ini semakin menjadi-jadi?

Cerita yang 'menggelikan' juga semakin berleluasa..cerita kaum sejenis ditangkap memadu asmara...mual rasanya bila membaca berita...perjuangan hak asasi terhadap LGBT...seolah-olah undang-undang di Malaysia terlalu longgar. Negara seperti Australia pun tak menyokong perkahwinan sejenis..apatah lagi Malaysia! Adakah kita terlalu 'nak menjaga perasaan' hingga kita tak mampu nak 'haramkan' NGOs yang memperjuangkan LGBT? 

Nak kata institusi keluarga terlalu longgar pada hari ini..mungkin juga sebab nak mengejar kemewahan..kita sudah mula lupa hidup berkeluarga. Maksudnya..hari ini boleh dikatakan 90 peratus kedua ibu bapa bekerja mencari rezeki..hingga pendidikan dan tumbesaran anak-anak dibiarkan kepada pembantu rumah. Justeru apabila mereka membesar dalam keadaan sedemikian..apakah salah mereka apabila mereka tidak mendengar nasihat atau teguran ibu bapa mereka? Salah mereka kah bila mereka tidak memperdulikan ibu bapa mereka nanti? Tak kan nak salahkan anak-anak yang dibesarkan dengan susu haiwan? Betul kan? Siapa suruh kita beri anak-anak kita minum susu haiwan untuk membesar? Salah mereka kah atau salah kita..kalau mereka berperangai macam haiwan.??..Ibu-ibu muda hari ini terlalu nak 'jaga body'..jaga 'shape'..supaya sentiasa nampak 'montok' 'bergetah'..'lawa'..paling penting..takut suami lari cari yang lain atau 'tambah'..hingga timbul rasa takut nak susukan anak dengan susu sendiri...maaf cakap..inilah yang berlaku realitinya...

Ada juga yang kata...teknologi yang salah..sebabnya teknologi memudahkan orang ramai akses pada bahan-bahan 'porno'..bahan-bahan tidak senonoh..he he he..persoalannya..siapa cipta dan kawal teknologi? Facebook, Twitter, You Tube..dicipta oleh manusia untuk kemudahan manusia..tetapi manusia juga yang 'menyalahguna' teknologi! Contohnya Facebook...cerita dalam kelambu pun nak diberitahu kepada dunia!!Cerita dalam kain sendiri pun nak bagitau satu dunia!. Salah siapa? Itu bodoh sendiri namanya! Gaduh boifren/gurlfren...putus tunang..pun nak cerita dalam radio!! Salah teknologi ka? Ketaksuban serta keghairahan manusia untuk mencipta 'popular' menyebabkan mereka lupa..bahawa mereka telah mendedahkan aib mereka sendiri ...mungkin mereka rasa 'seronok'..entahlah..

Satu perkara lagi aku nak bebel disini ialah kecenderungan penerbit-penerbit drama TV dan filem menerbitkan drama-drama dan filem..cinta..tak habis-habis..macam bollywood, filipina dan juga indonesia!. Tengok semua saluran TV kita..asyik cerita cintaaaaaa..sahaja..adalah cerita seram..tapi boleh dikatakan 80 peratus daripada drama yang ditayang oleh tv tempatan...berkisar kepada cinta!!. Jadi nak salahkan siapa kalau generasi Y khayal disogok dengan keindahan bercinta!!..maka kalau mereka lari ikut lelaki..atau wanita kerana ketaksuban cinta...kita nak salahkan siapa itulah produk didikan yang kita paparkan setiap hari..setiap malam di TV kita....


No comments:

Post a Comment