Perpatah orang dulu-dulu "Nasi Sudah Menjadi Bubur" begitulah keadaan menggambarkan nasib seorang pelajar yang dibuang dari kolej pengajian akibat tindakan yang mengikut perasaan tanpa berfikir kesan akibat daripadanya. Sayang sekali..pengajian hanya tinggal beberapa bulan..punah segala impian dan harapan..bukan sahaja dirinya tetapi ibu bapanya yang menanggung bebanan pengajian nya selama ini.
Mungkin beliau terpengaruh atau dipengaruh serta didorong oleh orang-orang tertentu namun sebagai seorang pelajar yang dianggap 'intelek' harus mampu berfikir baik buruknya tindakan yang 'meloyakan' itu. Memang kasihan melihat nasibnya yang tidak 'dibela' oleh puak-puak atau 'juak-juak' yang mempengaruhi beliau. Perdana Menteri menunjukkan sikap seorang pemimpin sejati dengan menerima permohonan maaf ibu bapanya..walupun mungkin terguris perasaan kecilnya akibat tindakan 'biadap' golongan 'pendek akal' ini. Yang berlaku sudah berlaku..kerana perumpamaan menyebut.."ikut hati mati..ikut rasa binasa" dan kebinasaan sedang menanti masyarakat Melayu jika masih ada yang terus mengapi-apikan semangat kebencian terhadap kepimpinan negara.
Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi..apabila negara kita punah ranah, hancur berkecai dan masyarakat menjadi kucar kacir kerana kita tidak berpegang janji kepada ideologi negara kita, iaitu Rukunegara. Bukan nak salah 'pencacai-pencacai' yang tunjuk berani tu..tetapi yang patut di kutuk, dicerca dan dimasuk ke dalam penjara ialah penganjurnya..orang atau kumpulan orang yang menjadi 'pemikir' kepada perhimpunan tersebut!!.
Golongan orang ini tak reti nak serik walaupun dah berkali-kali diberi nasihat, ditegah dan di bawa 'menikmati' suasana lokap..tapi masih lagi buat. Memang sikap 'tegar anti kerajaan' atau anti-pemimpin kerajaan ini harus diberi pengajaran secukupnya agar mereka tahu kerajaan benar-benar serius menangani kempen kebencian yang disemai dan ditanam oleh kumpulan manusia ini.
Kadang-kadang terasa pelik juga dengan undang-undang negara kita nie. Contohnya, kita tangkap penagih dadah, beri kaunseling, beri nasihat, jaga makan minum mereka..siap sedia tempat tinggal mereka..tapi yang jual dan yang edar dadah..dipenjara sekejap jer..lepas buat lagi..berapa ramai yang dihukum gantung sampai mati kerana mengedar, menyeludup dan memiliki dadah? Begitu juga dengan penjenayah rogol..penjara kejap jer..sepatutnya jenayah serius macam nie perlu diambil tindakan yang benar-benar serius..sebab bukti dah nyata..nak buat apa turun naik mahkamah lagi!
Sama juga macam yang tak henti-henti nak buat 'demonstrasi'!! Banyak sangat peluang diberi kepada 'golongan pemikir' yang ingin merosakkan negara kita. Pencacai-pencacai tu 'kecik' jer..sumbat dalam penjara..biar mereka menikmati pelancongan percuma..dan bagi yang tegar tak suka undang-undang Malaysia....guna sistem merit..cukup masa..gantungkan 'kewarganegaraan'..mereka.Mungkin tindakan ini nampak kejam..tetapi perlu bersifat kejam bagi orang yang menzalimi dan mengkhianati negara sendiri.
No comments:
Post a Comment