Monday, September 3, 2012

Hari Raya..Jalan Raya dan Pilihan Raya..

Ingat lagi lagu Jalil Hamid? Cerita pasal raya?..pasti ramai yang ingat..Semua sibuk hal-hal dengan raya nie..walaupun Hari Raya dan menjangkau hari yang ke 15..eehh betul ke?..Tahun ini ramai juga yang raya sakan sebab kerajaan beri setengah bulan 'bonus' untuk kakitangan awam...sampai melimpah ruah ..Jalan TAR dan 'shopping complex' dengan 'shoppers' yang ghairah menghabiskan duit..semata-mata nak beraya sakan..he he he.. memang dia orang raya betul..penuh tangan jinjing beg plastik..macam-macam dibeli..maklum la duit banyak..itu tak termasuk orang-orang Felda yang asyik dapat 'durian runtuh'...memang runtuh abisss..orang-orang kaya baru Felda nie..hemmmmm..ada lagi 'share' yang belum dibelanja..

Haaa..itu pasal raya..yang ada kaitan dengan jalan raya. dikhabarkan jalan raya penuh sesak dengan kenderaan balik kampung..ada yang sempat sampai destinasi ..ada yang sampai ke destinasi lain..aaa..eksiden laa...sebab kalau tengok cara kebanyakkan pemandu..wow!! mungkin Jenson Button pun pikir dua tiga kali nak pandu di 'highway' Malaysia nie..cilok sana sini..macam rumah di kampung nak 'cabut lari' kot...jalanraya pun dijadikan 'trek lumba' / speedway oleh sebilangan 'pemandu' yang tak lulus lesen 'formula one' nie...patut laa..bila eksiden..berkecai kereta dan hilang nyawa!!..kalau nyawa dia sorang tak pe la..nie dia libatkan nyawa orang lain...

Satu lagi raya...yang tengah hangat diperkatakan ialah pilihan raya..banyak spekulasi tentang pilihan raya nie..ada yang kata selepas hari raya..ada yang kata dalam bulan november nie..ada juga yang kata..berkemungkinan besar 12/12/2012..he he he..ramai nak jadi ahli nujum..yang teringin jadi calon ..dah mula tersengih sana sini..meringankan tangan berjabat menghulur salam..mudah jer hulur derma..begitu senang hadir kenduri kendara..majlis-majlis orang kampung..ha ha ha..walhal sebelum nie..haram muka nak senyum..nak berjabat tangan..dengan orang..oh sori..harap maaf..nak hulur derma..emmm banyak soalnya pulak..ini drama-drama kehidupan..dan 'kehipokritan' yang kita semakin nampak dikalangan orang-orang yang merasakan mereka adalah 'pemimpin' masyarakat..yang sentiasa sibuuuuuk memanjang..

No comments:

Post a Comment