Sejarah membuktikan Sarawak sebenarnya bebas daripada 'kolonialisme' pada 22 Julai 1963..namun perkara ini tidak pernah dicatit untuk pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah. Yang dicatit oleh sejarahwan dan penulis sejarah dalam buku-buku sekolah ialah cerita Melaka, Portugis, Belanda dan British berkisar di semenanjung tanah melayu..sayang sekali..namun itulah hakikatnya..
Maka..kita tak boleh persalahkan anak-anak muda generasi Y & Z daripada negeri-negeri di Semenanjung...jika mereka tidak tahu sejarah negeri-negeri daripada kepulauan Borneo..Sabah dan Sarawak..malah kebelakangan ini semakin ramai yang menjadi 'ignorant'..bebal..bengap dan 'seperti katak bawah tempurung' mengenai pembangunan di Sarawak hingga ada pelajar yang kononnya intelek boleh menafsirkan 'kewujudan' McDonald dan KFC di negeri Sarawak sebagai penanda aras kemajuan..sungguh lawak pandangan seorang intelektual yang diangkat sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan Debat Perdana antara Institusi Pengajian Tinggi....itulah standard pemikiran seorang mahasiswa hari ini...'very low class indeed!!.
Kebebasan dari penjajahan kuasa luar samada nak dikira 55 tahun ka..49 tahun ka..sebenarnya masih tidak membebaskan pemikiran kebanyakkan warganegara Malaysia yang masih dikaburi dengan pandangan etnik serta sikap kenegerian dan kewilayahan..Sebahagian orang Sarawak dan Sabah menganggap mereka masih di 'kolonisasi' ekoran sikap serta prejudis orang-orang dari semenanjung terhadap adat resam dan budaya mereka..manakala sebahagian orang-orang semenanjung pula menganggap diri mereka lebih 'superior' daripada orang-orang Sarawak dan Sabah kerana merasakan mereka lebih maju dan 'advance' Maaf cakap..inilah yang berlaku hingga timbul pelbagai isu dalam dunia siber..hari ini..
Semakin ramai lupa..dalam keghairahan menyambut kemerdekaan bahawa Persekutuan Malaysia berasaskan pengabungan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu..dan bukan atas dasar Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia..sebab sebelum tahun 1963..Malaysia tidak pernah wujud di peta dunia. Justeru sesiapa pun dikalangan kita ini tidak harus mempolemikkan isu ini dengan membangkitkan pelbagai isu yang sensitif..yang boleh mengguriskan perasaan ..
Setiap warganegara harus terima hakikat bahawa kita sudah merdeka dan bebas dari penjajahan kuasa asing dan sama-sama berusaha mengisikan kemerdekaan dengan meningkatkan perpaduan dan persefahaman dikalangan masyarakat kita..Golongan-golongan intelektual harus melihat pembangunan bukan sahaja diukur dari segi pembanguna fizikal dan infrastruktur semata-mata tetapi harus juga mengukur pembangunan dari tahap pembangunan mental..kematangan berfikir..kematangan menganalisa..dan mampu menghuraikan serta mengupas fakta dengan tepat..bukan dengan emosi serta 'tangkap muat'.
No comments:
Post a Comment