Wednesday, January 11, 2017

HELLO 2017..HELLO AYAM

Tiba nya giliran si Ayam Sabung pula untuk tahun 2017 . Bila tengok ayam ..teringat pula lagu Ayam oleh penyanyi Jalil Hamid  ♪Ayam bermacam ayam..ada ayam kampung ayam hutan ayam siam..ayam turki ayam belanda..macam-macam perihal ayam..hangat-hangat tahi ayam..sabung ayam nasi ayam telor ayam♪ Tahun Ayam nie dimulakan dengan satu pakej ‘hadiah’ kenaikan harga petrol…nak buat camana pun kena terima juga ..walaupun pasti hadiah itu pastinya akan memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat secara keseluruhan nya, tak kira yang di bandar atau pun di luar bandar. Pasti yang tersenyum..ialah tokay-tokay Ayam, telor serta peruncit-peruncit kerana peluang untuk menaikkan harga barang .. dan kita hanya berharap pihak berkuasa akan terus bukan sahaja memantau .. tetapi mengambil tindakan yang positif untuk mengawal dan menghukum tokay-tokay yang begitu mudah nak naikkan harga keperluan harian.

Tahun si Ayam Sabung nie juga di mulakan dengan beberapa tangkapan sensasi oleh SPRM dan
gerak gempur SPRM ke atas penjawat awam. Tahniah semoga usaha itu diteruskan dengan banyak lagi..dan bukan ‘hangat-hangat tahi ayam’  terutamanya kes-kes berprofil tinggi. Jangan nanti hanya bilis yang meringkuk di penjarakan..manakala si jerung terus masih berkhidmat .. keadilan biar sama rata..sebab jerung makan lagiii besaar!! Penjawat awam juga diingatkan jangan main golf .. jangan selalu sangat ke obersea .. semoga tahun Ayam ini tidak riuh sekampung kerana telor sebiji jer ..

Aaaaa..mungkin juga sebab baru-baru ini riuh satu negara tentang kejayaan seorang anak muda dari Pulau Pinang Mohammad Faiz Subri yang berjaya merangkul Anugerah PUSKAS FIFA melalui sepakan GOL tercantik semasa perlawanan antara Pulau Pinang dan Pahang dalam tahun 2016. Tahniah kepada pemain tersebut dan seperti kata YTM Tuanku Mahkota Johor, kejayaan Faiz tidak akan mengubah standard permainan bolasepak di Malaysia kerana kejayaan itu hanya menjaringkan gol dan bukan nya cara permainan atau revolusi permainan di negara ini. Secara peribadinya aku sangat setuju dengan pandangan YTM TMJ ..tanpa menidakkan kejayaan Faiz.. sesungguhnya standard permainan dan pengurusan bolasepak Malaysia perlu berubah agar ada peningkatan yang mampu mencapai penarafan kelas dunia, jika tidak pun di peringkat Asia. Jangan kata nak sertai Pertandingan World Cup, peringkat Asia, malah peringkat ASEAN pun kita sudah tidak lagi mampu!!. Yup..tahun si Ayam .. tuah ayam nampak di taji..tuah manusia .. itulah Mohammad Faiz Subri .. tahniah!!.

Tahun Ayam ini orang-orang Sarawak sentiasa berharap penurunan kuasa dari kerajaan persekutuan akan terus diberi perhatian kerana sudah begitu lama kuasa itu hilang dan seperti kata YB DA Abg Jo, kita tidak meminta apa yang bukan hak kita..kita hanya inginkan hak kita yang dijanjikan dalam perjanjian MA63 lalu ..dan penurunan kuasa akan mengukuhkan lagi persekutuan Malaysia, bukan memisahkan nya. Jangan ‘ajak-ajak ayam’ nanti PRU 14 sukar nak pujuk pengundi .. dan terus berharap janji-janji pilihan raya lalu akan dilaksanakan. Orang-orang Sarawak juga berharap menteri-menteri kita tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menguris perasaan masyarakat majmuk seperti apa yang dilakukan oleh salah seorang setiausaha politik .. jangan mainkan sentimen agama dan perkauman kerana di Sarawak kita telah lama hidup harmoni ..jangan diikut cara politik seberang yang tidak menguntungkan masyarakat kita.. jangan nyalakan api perkauman dan kebencian ..
Seeloknya berusahalah untuk ‘menghargai’ pengundi-pengundi kawasan yang sentiasa memberi sokongan padu walaupun kawasan-kawasan mereka masih mundur dan tidak mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap.


makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam..makan kaki ayam kais pagi makan malam..makan cakar ayam sakit gigi siang malam

No comments:

Post a Comment