Thursday, December 10, 2015

PRN Sarawak : Ada ADUN nak bersara ?#TheAdenanWay

CM Adenan dah nyatakan pilihan raya negeri Sarawak berkemungkinan besar diadakan pada bulan April atau Mei 2016, menurut laporan Borneo Post. Beliau mengatakan demikian semasa perjumpaan dengan semua Setiausaha Politik semalam. Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Calon muka baru ini akan bertanding di kerusi DUN yang diwujudkan selepas persempadanan semula diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini selain mengantikan ADUN PBB yang telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding atau lebih tepat tidak mempertahankan kerusi yang dimenangi pada trahun 2011. Kepada ADUN yang telah bersedia untuk bersara dan melepaskan jawatan mereka , TAHNIAH kerana sentiasa berfikiran terbuka dan mampu memberi ruang kepada orang lain untuk menjadi wakil rakyat. Alhamdulillah masih ada ahli-ahli Yang Berhormat bersedia melepaskan ‘gelaran Yang Berhormat’ kerana kecintaan serta memberi keutamaan terhadap parti dan juga negeri berbanding kepentingan peribadi. Keputusan ahli-ahli Yang Berhormat sebegini harus dihormati dan disegani kerana TIDAK RAMAI yang mampu melepaskan jawatan mereka.. tidak ramai yang mahu melepaskan kuasa mereka .. tidak ramai yang mahu kehilangan status dan juga segala kemudahan yang mereka terima sebagai Ahli Yang Berhormat setelah sekian lama duduk dipersada yang menjadi rebutan ramai. Kita patut tabik dan segani pemimpin seperti ini.

Ketika ini ramai yang sudah melobi dan mula mendekatkan diri dengan pucuk pimpinan parti malah sanggup menaja itu dan ini dengan harapan dipilih sebagai calon untuk pilihan raya akan datang. Dah ramai mula menonjol diri di khalayak ramai.. menghadiri majlis keramaian orang kampong dengan harapan nama menjadi sebutan orang tempatan. Musim ini musim melobi di Sarawak .. ahli parti, ahli perniagaan dan bermacam-macam jenis orang yang merasakan diri mereka ‘layak’ sebagai calon, khususnya di kawasan-kawasan DUN yang baru. Di laman media sosial seperti facebook.. ramai yang dah tonjolkan diri … kesibukan disana sini.. tersenyum lebar apabila digelar bakal YB … ya .. BAKAL YB … sepertimana aku kata tadi.. aku tabik ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan hasrat untuk berundur seperti ADUN Tamin, Joseph Mauh yang terus terang mengatakan akan mengundur diri untuk memberi peluang orang lain pula merasa menjadi YB atau wakil rakyat… tapi berapa ramai dikalangan YB yang ‘gentleman’ seperti itu … baru nak disebut akan diganti .. pasti sudah mengamok disana sini … seolah-olah jawatan YB itu akan kekal hingga ke mati .. dan ada pula jika boleh..dipindah ke anak bini..seolah-olah.. jawatan YB itu satu tradisi.. satu dinasti … dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain yang lebih layak lagi!! … bagi YB yang telah banyak berbakti..membawa perubahan, pembangunan serta kemajuan di kawasan.. walaupun sudah berpuluh tahun sebagai wakil rakyat … kita harus bersyukur kerana ada YB yang kuat bekerja ..membantu masyarakat dengan seadanya … turun kawasan bila terluang waktu .. YB begini kita sanjungi .. tetapi andai ada YB yang hanya datang setahun sekali, tabor janji sana sini tak pernah tepati.. dah jadi YB berpenggal-penggal … lima enam kali .. tapi kawasan tetap macam dulu lagi .. rasanya elok la mengundur diri … bagi ruang orang lain mengganti .. berundur secara terhormat ..pasti jasa-jasa akan dikenangi … walaupun sedikit sekali …

Masa ini semua parti politik .dalam BN cuba tonjol siapa yang layak dapat kawasan baru dan ada parti pecahan yang merasakan diri mereka masih BN lagi ..walaupun secara hakiki atau secara rasmi mereka bukan ahli BN .. yang jelas TERAS dan UPP .. mempunyai YB-YB ADUN yang menang atas tiket SPDP dan juga SUPP. Apakah nasib mereka nanti samada mereka akan terus dicalonkan atas tiket BN atau atas tiket TERAS dan UPP kerana jelasnya tiga parti komponen, iaitu PRS, SPDP dan SUPP tidak sama sekali membenarkan mereka mengambil kawasan yang telah mereka menangi dulu atas kapasiti calon BN. Pasti CM Adenan ada magis atau trick untuk pasti semua pihak happy happy .. dan win-win situation demi negeri Sarawak .. tetapi sejauhmana SUPP dan SPDP untuk berkompromi sukar dibayangkan kerana pada padangan aku .. ADUN-ADUN yang keluar parti telah ‘mengkhianati’ janji dan perjuangan mereka kerana menuntut kuasa dan kepentingan peribadi. Maaf itu la pandangan aku … kerana mereka tidak berbeza dengan Mat Sabu yang keluar PAS dan menubuhkan Amanah .. atau geng-geng yang menubuhkan PKR ..semuanya hanya kerana kuasa ..dan kepentingan diri .

Apa pun aku bukan orang politik dan aku melihat perpecahan dalam parti komponen hanya akan terus melemahkan komponen BN dan memperkukuhkan pihak yang menentang. Jika benar berjuang di atas kehendak rakyat dan memberi kepentingan kepada negeri , kenapa perlu berpecah … meskipun berbeza pandangan. Ingat kata-kata Sun Tzu “an angry man can later become happy, a resentful man become pleased, but a kingdom once destroyed can never be restored nor the dead be brought back to life”. Apabila komponen lemah, mudahla orang lain untuk mengambil kesempatan dan kemenangan. Jika benar-benar memberi kepentingan kepada parti dan negeri, turun la.. bersara la dengan cara terhormat … jangan sampai di ‘bersarakan’ oleh rakyat yang muak dengan pelbagai janji yang tidak ditepati … dan sekali lagi aku salute..aku tabik kepada semua ahli YB yang telah menyatakan hasrat untuk berundur … semoga mereka ini terus disegani dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang dalam komuniti..

No comments:

Post a Comment