Friday, June 6, 2014

NitWits

Tau tak apa itu Nitwits ?  Nitwit ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada seseorang yang bodoh , iaitu sewaktu dengan stupid, foolish, idiotic, witless, brainless, vacuous, mindless, unintelligent, thoughtless, half-baked, harebrained, imprudent, incautious, injudicious, unwise, ill-advised, ill-considered, impolitic, rash, reckless, foolhardy, daft, dumb, dim, dimwitted, halfwitted, thick, crack-brained, crackpot, pea-brained, wooden-headed, dumb-ass, chowderheaded … dan NitWits dengan tambah ‘s’ merujuk kepada ramai bilangan orang yang sewaktu dengannya.. aku bangkitkan perkara ini kerana kebelakangan ini semakin ramai Nitwits di negara kita .. terutama golongan NGO (Nadai Guna Orang) yang begitu cepat jumping on the bandwagon berkaitan dengan isu-isu perkauman dan agama ..tanpa terlebih dahulu membuat semakan atau menilai kebenaran sesuatu isu .. semata-mata nak dapat publisiti ‘murahan’ ke atas persatuan atau pertubuhan mereka .. malah kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan … tidak memperlihatkan kematangan dan sensitive kepada kaum lain… sepertinya Malaysia ini hanya didominasi oleh satu kaum dan satu agama sahaja ..!!! …

Kumpulan NitWits ini .. aku lebih suka perkataan NutWits ..walau pun tiada dalam kamus …kerana Nuts merujuk kepada gila.. seperti going Nut … akan membuat statement media ..siap buat laporan polis …panggil media terutama TV …untuk memberi pandangan mereka terhadap pelbagai isu yang berkaitan agama dan bangsa… siap pakai uniform dengan pangkat entah apa-apa … aku pun tak tahu sejauh mana pengaruh kumpulan NutWits ini dalam mengubah persepsi masyarakat atau mendapat sokongan masyarakat ….. sebagai opinion leaders … kerana setiap pandangan mereka pada aku lebih bersifat perkauman..rasis dan tidak sensistif kepada kepelbagaian etnik yang mendiami negara Malaysia ini … secara khususnya aku melihat sebagai satu kumpulan yang ekstrim dan boleh menjejaskan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa sebagai negara yang toleransi, aman, stabil dan bersatu padu …


Pada pandangan aku..tidak salah mempertahankan agama dan kepercayaan … kerana setiap penganut berhak mempertahankan agama dan kepercayaan mereka …. tapi biarla ada batasan dalam memberi komen dan kenyataan dengan mengambil kira perasaan kaum lain dan juga kepercayaan mereka … bersikap ekstrim dalam segala hal akhirnya akan merosakkan hubungan kaum serta keharmonian negara … ada dikalangan rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga pelbagai etnik dengan pelbagai kepercayaan.. apakah perasaan mereka jika setiap hari isu-isu keagamaan dan perkauman sering menjadi modal untuk meraih sokongan demi survival politik dan juga pengaruh dalam pertubuhan ? Berbaloikah bagi seorang atau kumpulan ahli politik untuk terus berkuasa dengan memainkan atau mengipaskan isu-isu berkaitan agama dan kaum ..hinggakan negara ini terus goyah dan akhirnya hancur dan mudah ditakluki..? Jangan jadi Pak Kaduk .. ‘menang sorak kampong tergadai’ .. ‘bila dah terhantuk baru nak tergadah’ … sudah terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan jika tiada kawalan atau tindakan pihak berwajib kepada golongan Nitwits yang semakin berani mencetuskan isu-isu agama dan kaum.. 

No comments:

Post a Comment