Friday, August 3, 2012

'Parking' di Putrajaya

Isu tempat letak kereta di Putrajaya sememangnya bukan isu baru..baik dikalangan pengunjung mau pun dikalangan penjawat awam sendiri. Ramai pengunjung merungut kerana bila nak berurusan dengan kementerian/jabatan di Putrajaya..masalah utama ialah nak cari tempat 'parking' kenderaan mereka..kecuali yang ada 'driver' laa.. he he he. Sebilangan besarnya mengatakan ....nak cari tempat 'parking' boeh ambik masa satu jam!!. Seolah-olah tiada perancangan oleh 'orang yang merancang' pembinaan Putrajaya..untuk menyediakan kemudahan 'parking' kepada rakyat!..Ini kata pengunjung atau pelanggan..

Apa pulak kata penjawat awam? 'Parking' disediakan untuk pegawai-pegawai yang berpangkat gred 48 ke atas sahaja!!..yang lain..cari la mana-mana tempat nak letak kereta mereka!..di lereng ka..di tanah tak rata ka..di tepi jalan ka..sebabnya pegawai bawahan tiada tempat untuk meletakkan kenderaan mereka!!...kalau ada pun perlu kena 'bayar'..!!..Aiii..dah la gaji kecik..nak bayar pulak laa bila nak 'parking' kenderaan ...inilah senario yang berlaku hampir di semua presint..atau parcel..

Tak tahu la nak kata apa..sebab seolah-olah memang tiada perancangan untuk sediakan tempat letak kereta untuk anggota bawahan..maklumla..orang-orang suruhan..mana layak dapat kemudahan-kemudahan...

No comments:

Post a Comment