Friday, September 19, 2014

51 tahun berlalu … Hari Malaysia

Melihat di kaca TV sambutan Hari Malaysia ke 51 di Miri, Sarawak..sememangnya meriah..dan gah dengan berbagai acara yang dimanifestasikan melalui pelbagai medium .. namun yang jelas nya medium nyanyian dan tarian lebih menonjol. Ucapan bersemangat para pemimpin disambut dengan tepukan yang gemuruh … serta laungan kemerdekaan … lambang penubuhan sebuah persekutuan 51 tahun yang lalu … jika dilihat dari umur itu, negara Malaysia masih dianggap muda berbanding negara-negara yang telah menjangkau usia melebihi 100 tahun atau lebih .. dan jika diukur dari umur seorang manusia, Malaysia sudah tiba ke satu tahap kedewasaan yang matang..yang sudah boleh membuat pertimbangan, baik buruk setiap langkah dan keputusan yang dibuat …

Sayangnya .. semakin tua usia negara … bukan kedewasaan dan kematangan yang kita nampak sebaliknya kita semakin beremosi seperti kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun atau remaja yang sedang dalam proses mengenali erti kehidupan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia semakin beremosi memperkatakan tentang hak-hak masing .. memperkatakan tentang keturunan, bangsa dan saling mempertikaikan kenapa sesuatu bangsa atau keturunan itu mempunyai kelebihan sedangkan ianya sudah dipersetujui bersama oleh semua kaum semasa pembentukan sebuah persekutuan bernama Malaysia. Rakyat Malaysia juga masih beremosi memperkatakan tentang hak-hak keagamaan yang sudah tersurat dan diterima semua dan masih wujud persepsi negatif .. persepsi kolot … persepsi primitif sebahagian warganegara ke atas kewujudan dan kehidupan orang-orang asal kepulauan Borneo yang telah bersetuju untuk bergabung dan membentuk negara Malaysia.

51 tahun berlalu … rakyat di kedua-dua negeri di wilayah Borneo sudah mula bersuara menuntut ‘perpisahan’ dari sebuah gabungan yang mereka anggap tidak memberi hak kesamarataan sebagai ‘equal partner’ sepertimana yang terkandung dalam satu perjanjian. Namun suara-suara yang menuntut dianggap ‘derhaka’ dan ‘pengkhianat’ kerana berani mempertikaikan perjanjian yang dibuat 51 tahun yang lalu .. sekali lagi kita menggunakan emosi yang tinggi dan bukan kematangan rasional sepertimana tuntutan Scotland kepada Great Britain. Kerajaan British tidak perlu menggunakan undang-undang untuk memberi tekanan kepada pungutan suara dari Scotland ..malah rakyat Scotland sendiri berbelah bahagi terhadap tuntutan yang dikemukakan .. dan jelas menunjukkan kematangan politik dan pemikiran rasional boleh digunakan sebagai asas untuk perbincangan … suatu perbezaan ketara yang berlaku di negara kita … terutamanya dalam soal-soal untuk memberi pandangan. Penggunaan kekerasan dan undang-undang pastinya mengundang kekecohan dan ketidakpuasan hati .. malah boleh mencetuskan anarki dan konflik yang berpanjangan.. apa yang perlu diteliti ialah kenapa selepas 51 tahun bersama .. suara-suara sumbang mula kedengaran dari kedua-dua wilayah di kepulauan … pasti ada sesuatu yang tidak kena..pasti ada sesuatu yang menghakis kepercayaan mereka .. maka perlu ada kematangan berfikir dengan akal yang bijak untuk mengatasi emosi-emosi ini … Insya Allah .

51 tahun berlalu … bandar Kapit masih lagi bandar yang hanya mampu dihubungi oleh jalan sungai … tetapi orang-orang Kapit tetap utuh bersama pemimpin mereka ..tapi sampai bilakah ini akan berterusan … Sarawak dan Sabah dianggap negeri-negeri yang kaya dengan hasil buminya ..tapi sayang .. setiap tahun laporan mengatakan… penduduk di kedua-dua negeri ini adalah yang termiskin di Malaysia .. benar atau tidak … aku pun keliru kenapa ianya terjadi begitu …sukar untuk diterima berdasarkan jumlah sumbangan kedua-dua negeri kepada ‘coffer’ persekutuan Malaysia … mungkinkah saiz kedua-dua negeri yang besar menyebabkan peruntukkan tidak mencukupi untuk membangunkan prasarana dan juga peluang-peluang menambahkan pendapatan penduduk mereka ?

51 tahun berlalu … isu penguasaan Bahasa Inggeris masih menjadi polemik … dan terus diperdebatkan sejauhmana ianya membantu anak-anak Malaysia berjaya di peringkat dunia. Ramai yang melihat penguasaan Bahasa Inggeris bukan lah penentu kepada kejayaan untuk menakluki dunia.. kerana orang-orang Jepun .. menguasai pemasaran automotif dunia walaupun sepatah haram tak bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris … seluruh dunia terpaku dan terpesona dengan tarian dan nyanyian Korea..hinggakan K-Pop diterima sebagai music universal … dan jaguh-jaguh sukan benua China mula menakluki sukan dunia ..walaupun tidak mampu berbahasa Inggeris … malah kehebatan saintis Jerman, Peranchis membuktikan penguasaan Bahasa Inggeris bukanlah penentu kejayaan di peringkat dunia, sebaliknya keazaman dan iltizam sebuah bangsa itu merupakan tonggak kepada sesuatu kejayaan ..walaupun di peringkat dunia sekalipun. 51 tahun berlalu … ke mana halatuju pendidikan negara yang masih lagi dibelenggu ketaksuban pencapaian akademik dan bukan pemikiran yang kritikal (critical thinking).

51 tahun berlalu … kita masih dianggap negara pengguna dan bukan nya negara pencipta. Alangkah terujanya bila dalam tahun 1985, Malaysia mengeluarkan produksi kenderaan dan bermulanya era perindustrian negara. Sayangnya … selepas 30 tahun … pesaing-pesaing lain semakin lebih berinovatif dan kreatif …hingga kita terus ketinggalan dari segi teknologi serta kepakaran yang sepatutnya lebih maju … amat sedih melihat model kenderaan yang tidak berubah hingga 20 tahun sedangkan model-model lain semakin cantik..semakin canggih … dan setiap masa mempertingkatkan keupayaan dari segi teknologi berdasarkan keadaan semasa … 51 tahun berlalu kita mash lagi dikhayalkan dengan drama dan ceritera yang menyeronokkan..dari zaman P.Ramlee..era hitam putih..hingga kini … kita masih dimomokkan dengan pelbagai kehidupan fantasi … hingga ada yang terbawa-bawa dalam kehidupan realiti … adanya pelbagai medium .. bukan membuat kita bijak memilih yang mampu memberi manafaat sebaliknya menjadikan kita pengguna yang tidak mampu membebaskan diri dari sebarang bentuk hiburan yang melalaikan …

51 tahun berlalu … Hari Malaysia disambut lagi … meriah … penuh warna warni .. sayangnya masih ada yang mempertikaikan lagu Negara Ku … sedangkan di sinilah tempat lahirnya .. disinilah pasti tempat dirinya disemadikan …


Selamat Hari Malaysia ..negara ku .. semoga terus aman makmur sejahtera … 

Friday, September 5, 2014

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ?

Ahaaaa!!! .. seronok melihat perbarisan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu … berbagai karenah .. gaya dipenuhi dengan warna warni yang ceria menunjukkan semangat betapa erti MERDEKA dalam setiap individu dalam perbarisan maupun yang menonton nya begitu tinggi sekali!! Megah berkibar Jalur Gemilang … di tiang, pokok, rumah, premis perniagaan, kereta dan juga di tangan-tangan ribuan manusia yang riang ceria … gembira menyambut Hari Kemerdekaan. Erti sebuah kemerdekaan kepada satu negara yang dihuni pelbagai bangsa ..dengan kepelbagaian budaya, perbezaan tutur bahasa etnik serta kepercayaan. Sesungguhnya sambutan Hari Kemerdekaan telah menyatukan negara yang masih lagi diselubungi kesedihan kehilangan MH370 dan tragedi MH17 .. sambutan kemerdakaan disambut meriah di setiap pelusuk negara dengan pelbagai acara dan aktiviti sebagai satu tanda bahawasanya Malaysia sebuah negara yang MERDEKA .. bebas dari penjajahan …

Maksud MERDEKA dari segi bahasanya ialah bebas, kebebasan dari pengaruh mana-mana pihak dan dalam konteks negara Malaysia, kebebasan dari penjajahan mana-mana kuasa negara luar. Pun begitu apakah ertinya MERDEKA untuk sebahagian besar warganegara kita? Aku bertanyakan sedemikian rupa kerana masih ada dikalangan anak-anak Malaysia yang masih ‘dipengaruhi’ oleh kuasa kolonial dengan pemikiran yang sempit dan terhad sekali. Antara pemikiran kolot, sempit dan tidak bertamaddun sebahagian anak-anak Malaysia (yang mengaku mereka bijak pandai) ialah dua negeri di wilayah kepulauan Borneo masih lagi tidak membangun dan rakyatnya masih hidup dalam hutan serta mengamalkan kehidupan bebas tanpa pegangan agama. Malah pemikiran sebegini digunapakai oleh sebuah parti politik Semenanjung yang mendakwa kekalahan parti mereka adalah disebabkan penduduk negeri Sarawak masih menggunakan ‘cawat’ sebagai perbandingan betapa mundurnya pemikiran pengundi negeri Sarawak. Maka sebab itulah aku mengatakan mereka yang masih berfikiran begini masih belum MERDEKA sepenuhnya dari segi intelek dan keupayaan bagi menggunakan otak serta akal yang diberi oleh Tuhan untuk berfikir secara waras dan menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan bangsa serta negara.

Pada pandangan aku juga ramai lagi warganegara kita tidak MERDEKA dari segi perlakuan mereka kerana masih diselubungi dengan pemikiran sebagai TUAN. Aku berkata demikian kerana sebahagian besar masih membuang sampah sesuka hati mereka dimana sahaja disebabkan mereka merasakan ada orang lain akan mengutip sampah-sampah itu dan membersihkan kawasan mereka!! Golongan ‘kaki buang sampah’ ini jadikan jalan raya, sungai, kawasan perumahan, longkang, parit dan dimana sahaja sebagai ‘tong sampah’ mereka walaupun pihak berkuasa sudah menyediakan tong-tong sampah untuk kegunaan mereka membuang sampah. Mereka merasakan mereka adalah TUAN dinegara ini disebabkan ramai pekerja Indonesia dan Bangladesh yang bekerja sebagai pengutip sampah dan tukang bersih kawasan. Bagi mereka .. menjaga kebersihan kawasan adalah kerja-kerja orang lain..bukan tanggungjawab mereka .. dan pada pandangan aku .. golongan ini tidak MERDEKA dari segi pemikiran dan perlakuan.

Sapa lagi yang tidak MERDEKA? Pada aku golongan yang aku rasa masih dibelenggu oleh sikap taksub..sikap ‘over’ terlampau .. yang sering mengeluarkan kenyataan rasis, mengeluarkan kenyataan provokasi terhadap agama serta kepercayaan orang lain. Mempertahankan agama atau kepercayaan tidak salah..tetapi biarlah ianya tidak menyentuh agama orang lain..mengguris perasaan rakan-rakan sewarganegara yang selama ini membesar bersama kita … pada aku eloknya kita perkukuhkan pegangan agama kita..ukhwah kita .. dan perteguhkan iman kita daripada menunding jari kepada agama dan kepercayaan orang lain … sama la juga dengan golongan-golongan yang tak henti-henti mengeluarkan kenyataan rasis … berbaur perkauman … pada pandangan aku tiada siapa pun di kalangan kita ini boleh mengatakan bahawa kaum kita lebih baik dari kaum lain.. kerana semua kaum telah sama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara .. jangan sampai ada dikalangan kita yang di ‘telanjangi’ asal usul moyang kita .. oleh orang lain kerana asyik menuding jari bahawa orang lain itu pendatang … sedangkan diri kita belum pasti bagaimana moyang kita berada di negara ini. MERDEKA kan lah pemikiran kita agar kita boleh bersatu di bawah satu paying yang dinamakan MALAYSIA .. supaya negara ini boleh bergerak ke hadapan untuk mencapai cita-cita dan wawasan menjadi sebuah negara yang membangun.. sepertimana yang kita inginkan.!! MERDEKA kan lah hati kita ..dari perasaan buruk sangka … supaya kita MERDEKA..BEBAS dari rasa iri hati ..benci dan sifat hasad dengki antara kaum.

MERDEKA bukan bermakna kita bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan sepertimana yang gemar untuk ‘bertelanjang’ ..kerana negara kita mempunyai adab dan tatasusila .. jangan kerana negara ini MERDEKA .. kita juga nak MERDEKA dari menggunakan pakaian kita … atau nak berkata-kata tanpa batasan..hingga menyinggung perasaan … MERDEKA bermakna kita seharusnya patuh kepada segala prinsip yang telah menjadi akujanji kita kepada negara ini, iaitu RUKUN NEGARA .. lima (5) prinsip utama yang harus menjadi pegangan hidup kita sebagai warganegara..sebagai rakyat Malaysia … itu adalah tonggak..tiang seri negara yang harus kita sentiasa junjung .. agar kita tidak terlepas dari landasan .. tidak salah mempersoalkan kewajaran .. asalkan tidak menyentuh sensitiviti teman.. atau rakan yang ada disekeliling kita … dan kita juga harus tidak terlalu sensisitif hinggakan perkara remeh temeh pun kita nak ungkit dan bangkit …

Pada aku pertahankan negara ini tidak semestinya menggunakan senjata semata-mata, apa salahnya seluruh rakyat bersama bersatu .. mempertahankan negara dengan terus menerima, menghayati dan memahami rakan sewarganegara yang berbeza kaum, etnik, bahasa, budaya dan agama … kerana itulah pertahanan yang paling kukuh dan utuh .. bak kata perumpaan lama ‘bersatu kita teguh..bercerai kita roboh’ … satu pengkhianatan akan mengakhiri sebuah kegemilangan bangsa.. meruntuhkan empayar.. mendurjanakan kehidupan yang selesa …


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Wednesday, September 3, 2014

APA DAH JADI ….. ??

 Betul atau tidak … pada pandangan aku..negara kita sudah semakin kalut. Kalut pada definisi aku ialah keadan yang tidak ketentuan … hasut sana hasut sini ..fitnah sana sini .. menghina mencerca semakin menjadi jadi … dan setiap hari isu-isu kehidupan sudah menjadi isu politik yang tidak henti-henti. Dulu isu air … tuding jari sana sini … lenyap dah seketika .. mari pulak isu Kajang .. ADUN di arah berhenti .. bagi peluang untuk bini sendiri supaya jadi YB .. agar boleh jadi MB .. itupun isu belum selesai lagi … apa nak jadiiii ….. itu cerita sebuah negeri … sekarang ini timbul pulak isu cabar mencabar … ada KM sebuah negeri … tak henti-henti maki ..bila kena kat batang sendiri …aih.. boleh pulak panggil minta bantuan orang yang dia maki …. Itu belum kira …isu tangkap orang sana sini .. sebabnya aku pun tak pasti … kononya dicemuh dihina di laman sosial … maruah tercabar … hingga orang lain yang tak berkenaan pun tercalit sama .. pasti … pun begitu pelik sungguh .. bila terkena dengan geng-geng sendiri ..cepat jer ambik tindakan … tapi banyak lagi kes-kes menghina bangsa orang lain berlaku sana sini … tapi … tunggu punya tunggu..punya tunggu punya tunggu … sampai laa hari ini .. tak ada pun melihat…orang-orang yang biadap ..celupar malah ugut nak pancung kepala orang lain tu ..kena gari … apalah nak jadiiiii?...

Sekarang ini ..stadium bolasepak pun tak selamat lagi .. sebab nya setiap kali pasti ada gaduh-gaduh..pukul-pukul… terajang sana terajang sini.. rusuhan tu dah macam jadi satu tradisi … aku pun tak reti kenapa dalam sukan pun ada timbul hasrat dengki … busuk hati dan juga sikap benci membenci … nak sokong pasukan..pergi la sokong .. nak berteriak .. bersorak ..sampai hilang suara ..lantaklah … tapi tak perlu la bila kalah pasukan disokong … rosakkan kerusi … tending terajang fasiliti … lagi tak puashati … gasaklah penyokong yang dating tadi … konon nya mereka membuat provokasi … alahaaiii.. apa nak jadiii…!!! Dah la standard bolasepak kita .. macam budak sekolah yang main … belum sampai tahap dunia lagiii weiiii!!! … peringkat ASEAN pun belum tentu lepas lagiiii…!!! ..tak payah laa..nak tunjuk kuat diri …. buat malu negeri sendiri … yang pihak berkuasa tu cubalah tengok ..dan kaji … bertindak adil … jangan laa berat sebelah sana sini … hukum yang patut… ambil tindakan yang cepat.. jangan sampai menjadi busuk baru terhegeh-hegeh nak tutup sana sini … yang bawa famili tengok bola tu.. sentiasalah hati-hati … tak pasal-pasal …terkena botol..kayu yang melayang di sana sini..

Wanita dan gadis negara ini … semakin tak selamat kerana kes rogol menjadi-jadi … di rumah sendiri pun belum pasti selamat lagi .. kerana ada ayah atau bapa yang bernafsu setan ..tak mampu kawal diri .. sanggup musnahkan hidup anak kerana penting diri …. Malah ada abang yang perkosa adik sendiri.. ayah sedara..sepupu pun sama-sama tak boleh dipercayai … hancur nya institusi keluarga … apa nak jadiiii!!! … kes rogol meningkat setiap hari … itu tak termasuk orang-orang yang memang ambik kesempatan ke atas wanita dan gadis sunti … tak cukup itu .. mereka bernafsu juga bila tengok bayi!!! … alahaaiii … apa nak jadi manusia hari ini … belum dikira yang bernafsu songsang … sama sejenis pun mereka tonggang … kononya… bebas merdeka… dalam negara demokrasi .. ceh!! …itu belum masuk bab keliru gender sendiri ….!!! Makin ramai dan makin menjadi-jadi ….

Ada pulak puak-puak yang rasanya cemburu tak puashati … dengan kaum lain .. walau pun tak tahu apa-apa … boleh pula beri komen sana sini .. kutuk hina … macam kaum sendiri tu dewa dewi .. negeri sendiri tu tak elok lagi … tapi ada hati nak kata kat negeri orang tak bertamadun .. tak beradab … kain sendiri koyak rabak sana sini … ada hati nak selak dan tengok kain orang lain .. ptuuuiiiiii !!! sodar lah diri … tapi tak tahu bagaimana mereka yang macam ini kebal dan tidak lut … tak ada pun mereka-mereka ini kena gari walaupun bertimbun laporan di beri … sebab itu la puak dan gerombolan ini semakin menjadi-jadi .. merasakan diri mereka berkuasa … hingga mereka lupa diri …


Aku menulis pun bukan nak provokasi..sengaja nak meluah rasa di hati … terbuku dan terkedu melihat gelagat sesama kita yang semakin lupa diri … Alahaaiiiii ….. Apa Dah Jadi.. ??

Thursday, August 28, 2014

SPESIS ORANG YANG SANGAT DIBENCI …

..ya aku memang BENCI pada keganasan … benci melihat ada manusia lain yang sanggup membunuh manusia lain dengan meperalatkan agama …. benar ..aku membenci keganasan manusia yang sanggup mendera kanak-kanak .. samada secara fizikal ..atau mental .. dan manusia paling aku benci dalam dunia ini .. ialah manusia HIPOKRIT … manusia yang memang pandai berpura-pura … bermulut manis ..senyum dan mesra dihadapan kita ..tetapi mengutuk dan menghina kita ..di belakang kita .. malah sanggup menabur fitnah … kebanyakkan kita memang akan membenci orang yang bersikap hipokrit … suka tikam kawan dari belakang … satu lagi jenis manusia yang ramai dikalangan kita benci ialah manusia PENIPU …. yang semakin galak sekarang ini … ialah penipu-penipu yang menggunakan pelbagai kaedah moden untuk mendapatkan wang orang lain … ada yang menggunakan emel .. ada yang menggunakan ‘kepakaran teknologi’ .. ada yang menggunakan ‘ayat-ayat power’ untuk menipu orang ramai …  ramai juga orang Malaysia termasuk dalam perangkap PENIPU professional dan melibatkan kehilangan jutaan ringgit ….. juga melibatkan kes seperti mengambil wang orang ramai melalui skim-skim cepat kaya .. skim-skim pelaburan .. hingga ada yang menyebabkan orang kehilangan rumah dan juga keluarga …. 

Ada lagi spesis manusia yang aku BENCI sangat-sangat ialah jenis yang suka menghina dan mencerca negeri orang lain … tanpa melihat atau mengalami sendiri .. ini la spesis manusia yang paling JAHAT..JAHIL dan KOLOT … sebab hanya tahu kehidupan dan dunia dia sahaja … dan memikirkan itulah kehidupan dan persekitaran yang terbaik .. dan menganggap yang diluar lingkungan itu semuanya tidak maju…tidak membangun … dan tidak ada kebudayaan!! .. spesis ini hanya melihat apa yang ada di BAWAH TEMPURUNG nya sahaja … dan itulah ukuran kemodenan, kemajuan dan kejayaan bagi dirinya tanpa mengetahui bahawa di luar lingkungan tempurung itu..ada kehidupan yang lebih baik..lebih berTAMADDUN dari dunianya!! … satu lagi spesis manusia yang aku BENCI ialah spesis yang suka menghina kepercayaan dan agama orang lain … yang suka menghina bangsa dan etnik orang lain … dan menganggap diri mereka lah yang paling baik di muka dunia ini ..syumul dan tidak ada melakukan kemungkaran dan kesilapan !! .. spesis ini akan sedaya upaya mencari segala keburukan dan keaiban orang lain untuk dihebahkan di seantero dunia … dan kumpulan-kumpulan spesis ini aku namakan sebagai PREJUDIS … kerana sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan modal bagi melonjakkan diri mereka sebagai pejuang dengan harapan mereka di angkat sebagai wira bangsa dan agama !! .. sebab itu ramai yang suka mencari publisiti murahan … di laman media social ..dan juga media arus perdana.

Satu lagi bangsa manusia yang memang aku tidak berapa gemar dan BENCI ialah manusia yang tersangat suka mencari KESALAHAN orang lain untuk menutup kelemahan dirinya. Bangsa manusia ini ialah manusia yang takut kepada baying-bayang dan dosa-dosa yang dia sendiri pernah lakukan sehingga tertanam dalam pemikiran dia bahawa semua orang akan berkelakuan seperti apa yang pernah dia lakukan sebalum dirinya mempunyai kuasa dan autoriti … jenis manusia ini akan sentiasa meneropong dan mencungkil walau sebesar hama KESALAHAN itu..untuk dijadikan modalnya MEMALUKAN orang yang dia rasa mampu mengugat kedudukan nya sebagai seorang ketua .. malah modal itu akan sentiasa diulang-ulang sebagai satu bahan contoh … sedangkan segala KEBURUKAN sendiri semakin hari semakin terserlah …

Bangsa manusia yang aku senarai dalam kategori aku juga BENCI  ialah jenis GUNTING DALAM LIPATAN … sepsis kawan yang suka makan kawan … jenis ini paling ramai dikalangan kita … spesis yang sama taraf dengan sepsis HIPOKRIT .. yang suka memuji muja semasa kita berkuasa .. dipinjak dilenyek sebaik sahaja kita hilang kuasa … sebab itulah dalam dunia politik ..TIDAK ADA KAWAN ATAU LAWAN YANG KEKAL .. there is no permanent enemies or friends in politics .. malah ianya juga boleh diaplikasikan dalam dunia penjawat awam … kadang-kadang kawan itulah yang membunuh karier kawan .. manusia kaki bodek ..kaki ampu pun aku BENCI … kerana mereka juga boleh jadikan kehidupan sebagai penjawat awam … heaven or hell


Aku pun tak tahu aku dalam kategori mana pada pandangan orang lain .. kerana aku tahu aku bukan sempurna atau perfecto  … tetap akan ada kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan ini … 

Tuesday, August 26, 2014

TEGUR MENEGUR …

..baru-baru nie mantan Perdana Menteri yang masih aktif ..Tun M dikatakan mengkritik atau dalam bahasa indahnya menegur pentadbiran PM DS Najib Razak .. aku tak bacalah blog beliau sebab agak sukar nak masuk jika speed dan talian internet jenis lembab macam siput .. harap maaf laa ..mungkin tiga hari baru boleh baca … he he he.. kadang kadang bila aku baca kenyataan-kenyataan Tun M… banyak juga betulnya … ada juga yang kurang kita nak terima … tetapi sebagai seorang pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun … dan berjaya membuka mata dunia dengan pelbagai kejayaan negara … rasanya lah (pandangan peribadi aku) beliau mempunyai tanggungjawab untuk menegur dan mengkritik kepimpinan masakini .. walaupun ada lah dua atau tiga orang ahli politik tak berapa nak setuju dengan pandangan Tun M.. walau pun satu ketika dulu mereka-mereka yang tak setuju ini lah yang asyik puji melangit … puja memuja kehebatan Tun M … dizaman Tun M menjadi PM … hihihi ..

Aku malas la nak cerita politik…cuma aku nak kaitkan dengan budaya tegur menegur nie dalam perkhidmatan awam jer … dan baru-baru nie juga Menteri Belia dan Sukan juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan memaksa penjawat awam untuk menyokong parti kerajaan dan bersedia untuk menerima mana-mana penyokong parti lawan menjadi penjawat awam .. dan pada aku satu kenyataan ‘berani mati’ seorang ahli politikus muda yang berfikiran matang dalam dunia politik yang semakin berpenyakit di Malaysia. Aku kata berpenyakit kerana setiap perkara kehidupan di Malaysia di’politik’kan oleh kedua-dua belah pihak .. itu belum masuk bab-bab agama..keturunan..ras dan juga budaya .. setiap perkara menjadi masalah …dan menjadi isu yang tiada kesudahan samada oleh ahli politik atau oleh pertubuhan-pertubuhan yang terlalu ghairah untuk mencari publisiti …

… budaya tegur menegur nie sebenarnya sudah lama di amalkan oleh moyang kita ..hingga terbit perumpaan seperti umpama menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus tepung tak berselerak iatu apabila membuat teguran, tegurlah dengan beradap, tegurlah dengan bahasa yang sopan dan berhemah supaya orang yang ditegur tidak marah dan tersinggung manakala hubungan tidak terjejas … punya la halus bahasa dan budaya orang dulu-dulu … tapi sekarang ini kebanyakkan bos-bos atau orang-orang yang berkuasa.. orang-orang yang berpangkat tinggi .. tak gunakan perumpaan itu .. mungkin menganggap ianya dah lapuk ditelan zaman ..atau bahasa generasi Y .. ‘old school’ … malah yang lebih tak beradap tegur pekerja dihadapan pelanggan .. atau tegur staf bawahan di hadapan staf-staf lain … dan pada aku sebab pertama nak tunjuk kuasa atau autoriti dan nak bagitau dengan semua orang di abos, dia ketua dan dia berkuasa ..sebab kedua nak malukan orang yang ditegur ..nak tunjukkan kesalahan orang yang ditegur di hadapan orang lain… nak buktikan kepada orang lain….orang yang ditegur itu salah dan berhak ditegur dan diperlaku sedemikian rupa … tanpa menyedari bahawa teguran itu telah ‘menjatuhkan’ air muka atau memalukan orang yang ditegur itu .. akhirnya inilah yang menerbitkan dendam …menerbitkan kebencian mencetuskan kemarahan … dan lebih teruk..pasti ada pembalasan suatu hari kelak …

Itu teguran oleh orang besar, orang berkuasa dan orang yang berpangkat tinggi terhadap orang bawahan, kuli dan sewaktu dengan nya … bagaimana pula jika orang bawahan, kuli atau orang yang tidak ada autoriti menegur / mengkritik kesalahan orang atasan .. orang-orang besar ..orang-orang yang berkuasa ?? .. aku pasti orang yang menegur / mengkiritik itu di anggap biadap, celupar,kurang ajar dan khianat dan lebih teruk dianggap sebagai ‘pembangkang’ seandainya tidak bersetuju dengan pandangan orang-orang berkuasa .. apatah lagi mempersoalkan tindakan mereka. Aku juga pasti ..sekiranya orang yang menegur / mengkritik itu gred rendah… memang akan mendapat surat perpindahan serta merta, dipisahkan dari keluarga mereka .. dan lebih teruk mungkin prestasi tahunan di paras yang rendah … yang boleh mengakibatkan pegawai berkenaan dalam perhatian … atau dikenakan tatatertib … atau tidak naik pangkat … inilah realiti yang kerap berlaku dalam perkhidmatan awam … mungkin kerana kurangnya sikap keterbukaan dan sikap professionalism yang sering dilaung-laungkan … paling tidak pun pegawai yang sering menegur / mengkiritik .. atau tidak bersetuju dengan pandangan ..akan dipinggirkan .. given the cold shoulder treatment umpamanya tidak diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus yang boleh meningkatkan kemahiran atau pengetahuan.. atau tidak dijemput ke  program-program atau majlis-majlis yang di anjurkan oleh organisasi …

..maka sebab itulah kadang-kadang kita perhatikan dalam mesyuarat-mesyuarat … ramai yang lebih selesa berdiam diri dan menutup mulut mereka kerana tidak mahu memberi pandangan yang dianggap bertentangan dengan pandangan majoriti ..walaupun dalam hati mereka .. ada perkara yang boleh diperbaiki dan diperbetulkan … kadangkala ada juga bos-bos ‘rasa tercabar’ dengan teguran …lebih-lebih lagi teguran dari orang yang berpangkat rendah dan tidak memiliki kelulusan akademik seperti dirinya … sebabnya ad abos-bos yang terlalu bangga diri dengan keupayaan pencapaian akademiknya hingga melihat orang lain tidak layak memberi teguran atas pandangan nya.. atau kadang-kadang ada yang terlalu bangga diri kerana pengalaman nya melebihi pengalaman orang lain sehingga menanggap dirinya lebih pandai dan lebih bijak dari orang-orang disekelilingnya … tu yang kadang-kadang tunggang langgang pentadbiran pejabat..ditambah dengan penasihat atau punahsihat yang lebih mementingkan diri daripada kepentingan organisasi.. ..


Maaf kalau ada yang terasa.. kerana realiti nya ini berlaku dimana mana… 

Friday, August 22, 2014

Malaysia .. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ..

..bila mendengar lagu WARISAN ..pastinya ada yang meremang bulu roma kerana liriknya yang syahdu .. dan menarik sekali untuk dihayati .. bukanlah aku nak mengatakan aku nie berjiwa patriotik tetapi setiap kali mendengar lagu WARISAN … dengan suara lunak penyanyinya… terasa sangat menyentuh perasaan.. empat rangkap pertama menzahirkan bumi inilah kita lahirkan..dan dibumi inilah kita akan disemadikan … dan pada rangkap kedua.. jika kita tidak lagi menjadi warganegara..kemana halatuju kita..kemana tempat yang harus menjadi ‘rumah’ kita … pada aku..yang tidak mempunyai harta yang banyak .. atau wang ringgit yang bertimbun timbun … aku cukup rasa takut jika negara ini menjadi milik orang lain .. atau kita terbuang dan disisihkan .. bagi yang duit tak habis di belanja ..harta bertimbun berjuta ….tiada masalah kerana negara luar akan sentiasa terbuka tangan menerima kehadiran mereka untuk menjadi warganegara … kerana negara luar hanya ‘suka’ menerima orang yang kaya raya ..yang tidak akan menimbulkan masalah kepada mereka kelak … orang yang miskin tiada harta ..tiada tempat di negara-negara luar kerana terpaksa menyediakan pelbagai perkhidmatan dan juga pekerjaan.. sedangkan rakyat mereka sendiri memerlukan pekerjaan ..

Ya.. aku bukan seorang perwira ..yang gagah menghunus senjata tetapi aku rela berjuang demi cinta ini .. dan setiap warganegara Malaysia harus bersedia untuk mencintai negara ini walaupun terdapat pelbagai masalah .. yang bukan di cetuskan oleh orang luar tetapi oleh orang-orang kita sendiri .. kita harus sama-sama berjuang untuk mengekang segala bentuk cubaan anasir jahat yang gemar membongkar dan menyebar kenyataan rasis … kenyataan berbaur perkauman .. kebencian terhadap agama orang lain … seluruh rakyat negara ini harus menentang apa jua bentuk tindakan yang provokatif terhadap bangsa dan agama orang lain .. kemana harus kita tuju .. jika negara ini menjadi kucar kacir seperti Iraq, Syria dan Palestine ?? … apakah negara luar akan dating membantu kita ?? Bukahkah yang berlaku di negara jiran seperti di Thailand dan Mynmar sudah cukup untuk menjadi teladan kepada kita ..betapa kebencian terhadap kaum dan agama akan mencetuskan pembunuhan ..mencetuskan perkelahian yang tidak akan padam …tidak akan reda walau berzaman … cerita Palestine dan Israel ..satu contoh permusuhan yang berabad lamanya … pasti tiada kesudahan .. dan apakah itu yang diinginkan oleh kumpulan atau orang-orang yang tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan provokasi kaum dan agama ??

Tanpa mengira kaum, bangsa, pegangan agama atau fahaman politik .. semua kita seharusnya mempunyai kecintaan yang tinggi kepada negara ini … kerana disinilah kita dilahirkan … dan disini juga, pastinya kebanyakkan nya kita akan disemadikan … dan aku hairan kenapa selepas melebihi 50 tahun negara ini Merdeka … tercetusnya provokasi agama ..provokasi kaum oleh kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang biadap .. celupar … aku lebih hairan bagaimana .. pihak berkuasa .. terlalu lembab dan lambat mengambil tindakan sehinggakan .. api kemarahan dan kebencian begitu marak… barulah terhegeh-hegeh nak ambil tindakan … .. kelambatan tindakan menyebabkan semakin ramai berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat rasis … dan melangkaui batas perkauman serta keagamaan …

Rasa cinta pada negara ini ..pada pandangan aku yang kerdil ini … perlu dizahirkan melalui sikap toleransi kita ..bersikap memahami .. dan menerima seadanya kelemahan dan kekuatan setiap kaum yang menjadi warganegara kita .. menanam rasa kecintaan kepada negara harus disemai sejak kecil..dimulakan di pra-sekolah dan tadika … melalui silibus persekolahan yang padat dan jitu sehingga ke peringkat IPTA .. dan seterusnya terus di perkukuhkan di alam perkerjaan .. akar yang kuat pastinya tidak akan merebahkan sebatang pokok hanya kerana tiupan angin .. walau sekuat mana pun … hatta puting beliung sekalipun ..namun pokok yang akarnya kecil.. reput akan rebah hanya dengan tiupan angina yang sederhana … sebab itu berlakunya pergolakan di negara-negara luar hanya kerana hasutan, fitnah dan juga semangat kebencian yang tinggi antara satu sama lain … tidak wujudnya persefahaman dan keharmonian .. sehinggakan mereka sanggup ‘menyembelih’ rakan senegara semata-mata kerana mereka berlainan agama .. wahai rakan sewarganegara … jadikan itu sebagai iktibar dan pengajaran .. agar ianya tidak akan berlaku di negara yang kita cintai ini … tidak salah mempunyai fahaman politik yang berbeza .. kerana itu akan lebih mematangkan kita dan memberi ruang untuk kita mencari sesuatu yang lebih baik untuk negara ini.. tetapi jangan sampai perbezaan politik itu menghancurkan negara ini …. apa salahnya mempunyai pegangan agama yang berbeza kerana setiap manusia mempunyai pilihan sendiri di atas kepercayaan mereka … berilah kefahaman … berilah kerjasama ..kerana tidak ada agama mengajar manusia untuk menjadi jahat atau menjadi seorang pembunuh …

Perbezaan kaum ..ada di mana-mana ..malah diseluruh dunia … tiada satu pun negara dihuni oleh hanya satu kaum atau etnik … maka untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara .. sama-sama kita hayati prinsip Rukun Negara yang telah melebihi 40 tahun menjadi tunjang kepada perpaduan negara ini … perbezaan kaum dan etnik hanya berbeza pada warna kulit, bahasa dan budaya ..namun setiap hari kita semua sama-sama mencari nasi sebagai makanan ruji kita … dan setiap hari ada sahaja seseorang menderma darah mereka … untuk menyelamat nyawa seseorang yang mungkin berbeza agama, berbeza kaum dan etnik..berbeza bahasa dan juga budayanya … dan pastinya darah itu tidak memilih siapa penerimanya … justeru kenapa kita seharusnya memperbesarkan perbezaan kaum di negara ini ?? .. zahirkan kecintaan kita terhadap negara ini … kerana inilah satu-satunya negara yang kita ada … disinilah kita semua mencari rezeki … untuk menyara keluarga kita … disinilah kehidupan kita … dan …

Malaysia .. Di Sinilah Lahirnya Sebuah Cinta ….


Salam Kemerdekaan ke 57 … 

Thursday, August 21, 2014

MERDEKA DATANG LAGI…

Pejam celik..pejam celik ..rupanya bulan kemerdekaan tiba dah … di sana sini .. orang ramai mula sibuk memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing .. malah di Putrajaya .. semua penghuni rumah kerajaan diberikan Jalur Gemilang untuk dikibarkan sebagai usaha kerajaan untuk menanam semangat patriotisme dan cinta saying terhadap negara Malaysia . Tema tahun ini “Malaysia .. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” … diangkat dari bait lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi legenda .. Allahyarham Sudirman Hj.Arshad. Pejabat-pejabat kerajaan dihiasi dengan Jalur Gemilang..di luar dan di dalam malah ada pertandingan diadakan di kalangan warga jabatan .. iaitu menghias bahagian atau seksyen masing-masing dengan Jalur Gemilang … semuanya untuk mengembalikan semula rasa cinta warga Malaysia terhadap negara .. dan seperti biasa Jabatan Penerangan mengadakan pertandingan untuk orang awam menghiaskan kediaman dan kawasan mereka dengan Jalur Gemilang .. bagi menggalakan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kreativiti .. dan satu ketika Jabatan Penerangan pernah mengadakan pelbagai program dengan mengagihkan Jalur gemilang kepada masyarakat ..dalam usaha untuk menggalakan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman mereka dan juga kenderaan mereka .. begitulah hebatnya usaha kerajaan untuk menanam semangat petriotisme dikalangan rakyat yang berbilang kaum … pun begitu bak kata penyanyi Eddie Silitonga .. tapi sayang seribu kali sayang ..

Usaha Jabatan Penerangan hanya dilihat kepada penyediaan Jalur Gemilang kepada masyarakat ..bukan nya semangat patriotisme seperti yang diinginkan .. malah sebahagian besar masyarakat mengharapkan Jabatan Penerangan untuk memberikan mereka Jalur gemilang setiap kali tibanya bulan kemerdekaan. Ianya tidak mendidik masyarakat untuk berdikari dan membeli Jalur Gemilang untuk dipasang di kenderaan mereka atau untuk dikibarkan di premis-premis perniagaan dan juga kediaman masing-masing. Sehingga ke hari ini masyarakat masih lagi mengharapkan kerajaan untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada mereka … dalam setiap sambutan bulan kemerdekaan di daerah-daerah, bahagian-bahagian atau negeri-negeri ..malah diperingkat organisasi sekali pun .. inilah yang berlaku dalam masyarakat kita ..yang jelas masih lagi mempunyai ‘sindrom subsidi’ sehinggakan untuk membeli Jalur Gemilang pun menunggu pihak kerajaan menyediakan nya.. kalau lah ada agensi yang membuat kaji selidik mengenai pengibaran Jalur Gemilang di musim bulan kemerdekaan ini.. aku tidak terkejut jika hanya 20 peratus sahaja rakyat Malaysia yang sanggup berbelanja untuk membeli Jalur Gemilang semata-mata untuk dikibarkan di premis kediaman mereka..atau di kenderaan mereka. Jika di premis-premis perniagaan … boleh dikatakan hanya lima peratus sahaja yang mengibarkan Jalur Gemilang … kecuali ada arahan daripada pihak atasan dan juga amaran untuk diambil tindakan … barulah premis-premis perniagaan akan mengibarkan Jalur Gemilang … itu realiti di negara kita

Tak tau nak cakap apa … lagi sebab ada jenis-jenis warganegara kita yang agak sukar dan liat untuk mengibarkan Jalur Gemilang walau pun Jalur Gemilang di beri secara percuma .. walaupun di apartment-apartment serta rumah-rumah teres dan rumah-rumah berkembar kerajaan di Putrajaya ..yang 100 peratus penghuninya adalah warga kerja kerajaan .. malah ada yang celupar menulis di atas memo arahan ‘macam dosa besar sangat jika tak kibarkan’ .. dan yang menerima Jalur Gemilang pun tak kibarkan juga … tak caya ?? pegilah jalan-jalan dan tengok sendiri berapa ramai penghuni di Putrajaya mengibarkan Jalur Gemilang ..tak kira di apartment-apartment ataupun di kawasan rumah teres dan juga rumah berkembar … realiti warga kerja kerajaan ..generasi baru …

Tak boleh nak salahkan sesiapa .. kerana kita tidak pernah membudayakan pengibaran Jalur Gemilang … di tahun 60an, 70an .. pelajar-pelajar sekolah hanya melihat Jalur Gemilang dinaikkan semasa perhimpunan dan menyanyikan lagu Negara Ku .. tak tau la di tahun 90an dan seterusnya … jika kita lihat senario semasa lagu Negara Ku tidak lagi dinyanyikan oleh orang-orang yang berhimpun (organisasi) ..sebaliknya dimainkan melalui audio dan bagi organisasi yang besar .. ada koir menyanyikan lagu Negara Ku … dan kita mengharapkan orang-orang yang berhimpun akan turut sama menyanyi .. jika diperhatikan hanya satu peratus yang berhimpun menyanyi ..selebihnya samada hanya menggerakkan bibir mereka ..atau berdiri tegak sahaja … apakah ini budaya baru kita untuk menanamkan semangat patriotisme ? Sepatutnya setiap warga kerja organisasi , kementerian atau jabatan perlu menzahirkan nyanyian lagu Negara Ku .. tanpa music ..tanpa lirik … tak perlu koir … barulah akan wujud semangat rasa sayang kepada negara apabila kita menyanyi lagu Negara Ku .. tanpa iringan musik dan bantuan audio visual … mungkin kementerian, organisasi dan juga jabatan boleh membuat eksperimen .. dan lihat .. aku pasti … dewan akan hanya mendengar suara-suara kecil yang ‘kemaluan’ untuk menyanyi lagu Negara Ku ….. selain itu jadikan mengibarkan Jalur Gemilang satu kemestian dalam setiap perhimpunan…

Aku bukanlah taksub atau ektrim .. tapi apa yang aku lihat dan perhatikan ..setiap kali selepas sambutan bulan kemerdekaan .. atau aktiviti kibaran Jalur Gemilang .. ada Jalur Gemilang yang di buang di tepi longkang ..dalam tong sampah ..dan paling menyedihkan Jalur Gemilang di buang di merata-rata tempat di tempat aktiviti .. dipijak oleh orang ramai dan dilenyek oleh kenderaan … tak siapa yang peduli … selepas bergembira..menari dan menyanyi dengan penuh semangat semasa sambutan … Jalur Gemilang.. ditinggalkan … ini sering berlaku … aku bangga dengan segala usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan lain untuk memupuk semangat cintakan negara..semangat sayangkan negara..semangat sayangkan Jalur Gemilang … cuma aku rasa terkilan disebabkan masih ada lagi rakyat kita yang kurang menghayati usaha-usaha sebegini dengan berbagai alasan sinis seperti ‘patriotisme aku tak perlu ditunjuk-tunjuk..yang penting hati kita’ ….atau ‘alaa.. apa aku tak patriotik ka kalau aku tak kibar bendera?’..atau ‘aku sayangkan negara aku..cuma aku malas la nak menunjuk nunjuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang’ ..dan banyak lagi alasan .. dan pada pandangan aku .. apa salahnya mengibarkan Jalur gemilang di premis kediaman..atau di kenderaan masing-masing sebagai tanda sokongan kita kepada negara kita..tempat kita dilahirkan dan tempat kita akan disemadikan …


Salam Kemerdekaan .. semoga Malaysia terus dirahmati ..aman sejahtera .. ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’ ..