Thursday, August 21, 2014

MERDEKA DATANG LAGI…

Pejam celik..pejam celik ..rupanya bulan kemerdekaan tiba dah … di sana sini .. orang ramai mula sibuk memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing .. malah di Putrajaya .. semua penghuni rumah kerajaan diberikan Jalur Gemilang untuk dikibarkan sebagai usaha kerajaan untuk menanam semangat patriotisme dan cinta saying terhadap negara Malaysia . Tema tahun ini “Malaysia .. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” … diangkat dari bait lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi legenda .. Allahyarham Sudirman Hj.Arshad. Pejabat-pejabat kerajaan dihiasi dengan Jalur Gemilang..di luar dan di dalam malah ada pertandingan diadakan di kalangan warga jabatan .. iaitu menghias bahagian atau seksyen masing-masing dengan Jalur Gemilang … semuanya untuk mengembalikan semula rasa cinta warga Malaysia terhadap negara .. dan seperti biasa Jabatan Penerangan mengadakan pertandingan untuk orang awam menghiaskan kediaman dan kawasan mereka dengan Jalur Gemilang .. bagi menggalakan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kreativiti .. dan satu ketika Jabatan Penerangan pernah mengadakan pelbagai program dengan mengagihkan Jalur gemilang kepada masyarakat ..dalam usaha untuk menggalakan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman mereka dan juga kenderaan mereka .. begitulah hebatnya usaha kerajaan untuk menanam semangat petriotisme dikalangan rakyat yang berbilang kaum … pun begitu bak kata penyanyi Eddie Silitonga .. tapi sayang seribu kali sayang ..

Usaha Jabatan Penerangan hanya dilihat kepada penyediaan Jalur Gemilang kepada masyarakat ..bukan nya semangat patriotisme seperti yang diinginkan .. malah sebahagian besar masyarakat mengharapkan Jabatan Penerangan untuk memberikan mereka Jalur gemilang setiap kali tibanya bulan kemerdekaan. Ianya tidak mendidik masyarakat untuk berdikari dan membeli Jalur Gemilang untuk dipasang di kenderaan mereka atau untuk dikibarkan di premis-premis perniagaan dan juga kediaman masing-masing. Sehingga ke hari ini masyarakat masih lagi mengharapkan kerajaan untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada mereka … dalam setiap sambutan bulan kemerdekaan di daerah-daerah, bahagian-bahagian atau negeri-negeri ..malah diperingkat organisasi sekali pun .. inilah yang berlaku dalam masyarakat kita ..yang jelas masih lagi mempunyai ‘sindrom subsidi’ sehinggakan untuk membeli Jalur Gemilang pun menunggu pihak kerajaan menyediakan nya.. kalau lah ada agensi yang membuat kaji selidik mengenai pengibaran Jalur Gemilang di musim bulan kemerdekaan ini.. aku tidak terkejut jika hanya 20 peratus sahaja rakyat Malaysia yang sanggup berbelanja untuk membeli Jalur Gemilang semata-mata untuk dikibarkan di premis kediaman mereka..atau di kenderaan mereka. Jika di premis-premis perniagaan … boleh dikatakan hanya lima peratus sahaja yang mengibarkan Jalur Gemilang … kecuali ada arahan daripada pihak atasan dan juga amaran untuk diambil tindakan … barulah premis-premis perniagaan akan mengibarkan Jalur Gemilang … itu realiti di negara kita

Tak tau nak cakap apa … lagi sebab ada jenis-jenis warganegara kita yang agak sukar dan liat untuk mengibarkan Jalur Gemilang walau pun Jalur Gemilang di beri secara percuma .. walaupun di apartment-apartment serta rumah-rumah teres dan rumah-rumah berkembar kerajaan di Putrajaya ..yang 100 peratus penghuninya adalah warga kerja kerajaan .. malah ada yang celupar menulis di atas memo arahan ‘macam dosa besar sangat jika tak kibarkan’ .. dan yang menerima Jalur Gemilang pun tak kibarkan juga … tak caya ?? pegilah jalan-jalan dan tengok sendiri berapa ramai penghuni di Putrajaya mengibarkan Jalur Gemilang ..tak kira di apartment-apartment ataupun di kawasan rumah teres dan juga rumah berkembar … realiti warga kerja kerajaan ..generasi baru …

Tak boleh nak salahkan sesiapa .. kerana kita tidak pernah membudayakan pengibaran Jalur Gemilang … di tahun 60an, 70an .. pelajar-pelajar sekolah hanya melihat Jalur Gemilang dinaikkan semasa perhimpunan dan menyanyikan lagu Negara Ku .. tak tau la di tahun 90an dan seterusnya … jika kita lihat senario semasa lagu Negara Ku tidak lagi dinyanyikan oleh orang-orang yang berhimpun (organisasi) ..sebaliknya dimainkan melalui audio dan bagi organisasi yang besar .. ada koir menyanyikan lagu Negara Ku … dan kita mengharapkan orang-orang yang berhimpun akan turut sama menyanyi .. jika diperhatikan hanya satu peratus yang berhimpun menyanyi ..selebihnya samada hanya menggerakkan bibir mereka ..atau berdiri tegak sahaja … apakah ini budaya baru kita untuk menanamkan semangat patriotisme ? Sepatutnya setiap warga kerja organisasi , kementerian atau jabatan perlu menzahirkan nyanyian lagu Negara Ku .. tanpa music ..tanpa lirik … tak perlu koir … barulah akan wujud semangat rasa sayang kepada negara apabila kita menyanyi lagu Negara Ku .. tanpa iringan musik dan bantuan audio visual … mungkin kementerian, organisasi dan juga jabatan boleh membuat eksperimen .. dan lihat .. aku pasti … dewan akan hanya mendengar suara-suara kecil yang ‘kemaluan’ untuk menyanyi lagu Negara Ku ….. selain itu jadikan mengibarkan Jalur Gemilang satu kemestian dalam setiap perhimpunan…

Aku bukanlah taksub atau ektrim .. tapi apa yang aku lihat dan perhatikan ..setiap kali selepas sambutan bulan kemerdekaan .. atau aktiviti kibaran Jalur Gemilang .. ada Jalur Gemilang yang di buang di tepi longkang ..dalam tong sampah ..dan paling menyedihkan Jalur Gemilang di buang di merata-rata tempat di tempat aktiviti .. dipijak oleh orang ramai dan dilenyek oleh kenderaan … tak siapa yang peduli … selepas bergembira..menari dan menyanyi dengan penuh semangat semasa sambutan … Jalur Gemilang.. ditinggalkan … ini sering berlaku … aku bangga dengan segala usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan lain untuk memupuk semangat cintakan negara..semangat sayangkan negara..semangat sayangkan Jalur Gemilang … cuma aku rasa terkilan disebabkan masih ada lagi rakyat kita yang kurang menghayati usaha-usaha sebegini dengan berbagai alasan sinis seperti ‘patriotisme aku tak perlu ditunjuk-tunjuk..yang penting hati kita’ ….atau ‘alaa.. apa aku tak patriotik ka kalau aku tak kibar bendera?’..atau ‘aku sayangkan negara aku..cuma aku malas la nak menunjuk nunjuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang’ ..dan banyak lagi alasan .. dan pada pandangan aku .. apa salahnya mengibarkan Jalur gemilang di premis kediaman..atau di kenderaan masing-masing sebagai tanda sokongan kita kepada negara kita..tempat kita dilahirkan dan tempat kita akan disemadikan …


Salam Kemerdekaan .. semoga Malaysia terus dirahmati ..aman sejahtera .. ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’ ..

No comments:

Post a Comment