..bila
mendengar lagu WARISAN ..pastinya ada yang meremang bulu roma kerana liriknya
yang syahdu .. dan menarik sekali untuk dihayati .. bukanlah aku nak mengatakan
aku nie berjiwa patriotik tetapi setiap kali mendengar lagu WARISAN … dengan
suara lunak penyanyinya… terasa sangat menyentuh perasaan.. empat rangkap
pertama menzahirkan bumi inilah kita lahirkan..dan dibumi inilah kita akan
disemadikan … dan pada rangkap kedua.. jika kita tidak lagi menjadi
warganegara..kemana halatuju kita..kemana tempat yang harus menjadi ‘rumah’
kita … pada aku..yang tidak mempunyai harta yang banyak .. atau wang ringgit
yang bertimbun timbun … aku cukup rasa takut jika negara ini menjadi milik
orang lain .. atau kita terbuang dan disisihkan .. bagi yang duit tak habis di
belanja ..harta bertimbun berjuta ….tiada masalah kerana negara luar akan
sentiasa terbuka tangan menerima kehadiran mereka untuk menjadi warganegara …
kerana negara luar hanya ‘suka’ menerima orang yang kaya raya ..yang tidak akan
menimbulkan masalah kepada mereka kelak … orang yang miskin tiada harta ..tiada
tempat di negara-negara luar kerana terpaksa menyediakan pelbagai perkhidmatan
dan juga pekerjaan.. sedangkan rakyat mereka sendiri memerlukan pekerjaan ..
Ya..
aku bukan seorang perwira ..yang gagah
menghunus senjata tetapi aku rela berjuang demi cinta ini .. dan setiap
warganegara Malaysia harus bersedia untuk mencintai negara ini walaupun
terdapat pelbagai masalah .. yang bukan di cetuskan oleh orang luar tetapi oleh
orang-orang kita sendiri .. kita harus sama-sama berjuang untuk mengekang
segala bentuk cubaan anasir jahat yang gemar membongkar dan menyebar kenyataan
rasis … kenyataan berbaur perkauman .. kebencian terhadap agama orang lain …
seluruh rakyat negara ini harus menentang apa jua bentuk tindakan yang
provokatif terhadap bangsa dan agama orang lain .. kemana harus kita tuju ..
jika negara ini menjadi kucar kacir seperti Iraq, Syria dan Palestine ?? …
apakah negara luar akan dating membantu kita ?? Bukahkah yang berlaku di negara
jiran seperti di Thailand dan Mynmar sudah cukup untuk menjadi teladan kepada
kita ..betapa kebencian terhadap kaum dan agama akan mencetuskan pembunuhan
..mencetuskan perkelahian yang tidak akan padam …tidak akan reda walau berzaman
… cerita Palestine dan Israel ..satu contoh permusuhan yang berabad lamanya …
pasti tiada kesudahan .. dan apakah itu yang diinginkan oleh kumpulan atau
orang-orang yang tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan provokasi kaum dan
agama ??
Tanpa
mengira kaum, bangsa, pegangan agama atau fahaman politik .. semua kita
seharusnya mempunyai kecintaan yang tinggi kepada negara ini … kerana disinilah
kita dilahirkan … dan disini juga, pastinya kebanyakkan nya kita akan
disemadikan … dan aku hairan kenapa selepas melebihi 50 tahun negara ini
Merdeka … tercetusnya provokasi agama ..provokasi kaum oleh kumpulan-kumpulan
dan individu-individu yang biadap .. celupar … aku lebih hairan bagaimana ..
pihak berkuasa .. terlalu lembab dan lambat mengambil tindakan sehinggakan ..
api kemarahan dan kebencian begitu marak… barulah terhegeh-hegeh nak ambil
tindakan … .. kelambatan tindakan menyebabkan semakin ramai berani mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang bersifat rasis … dan melangkaui batas perkauman serta
keagamaan …
Rasa
cinta pada negara ini ..pada pandangan aku yang kerdil ini … perlu dizahirkan
melalui sikap toleransi kita ..bersikap memahami .. dan menerima seadanya
kelemahan dan kekuatan setiap kaum yang menjadi warganegara kita .. menanam
rasa kecintaan kepada negara harus disemai sejak kecil..dimulakan di
pra-sekolah dan tadika … melalui silibus persekolahan yang padat dan jitu
sehingga ke peringkat IPTA .. dan seterusnya terus di perkukuhkan di alam
perkerjaan .. akar yang kuat pastinya tidak akan merebahkan sebatang pokok
hanya kerana tiupan angin .. walau sekuat mana pun … hatta puting beliung
sekalipun ..namun pokok yang akarnya kecil.. reput akan rebah hanya dengan
tiupan angina yang sederhana … sebab itu berlakunya pergolakan di negara-negara
luar hanya kerana hasutan, fitnah dan juga semangat kebencian yang tinggi
antara satu sama lain … tidak wujudnya persefahaman dan keharmonian ..
sehinggakan mereka sanggup ‘menyembelih’
rakan senegara semata-mata kerana mereka berlainan agama .. wahai rakan
sewarganegara … jadikan itu sebagai iktibar dan pengajaran .. agar ianya tidak
akan berlaku di negara yang kita cintai ini … tidak salah mempunyai fahaman
politik yang berbeza .. kerana itu akan lebih mematangkan kita dan memberi
ruang untuk kita mencari sesuatu yang lebih baik untuk negara ini.. tetapi
jangan sampai perbezaan politik itu menghancurkan negara ini …. apa salahnya
mempunyai pegangan agama yang berbeza kerana setiap manusia mempunyai pilihan
sendiri di atas kepercayaan mereka … berilah kefahaman … berilah kerjasama
..kerana tidak ada agama mengajar manusia untuk menjadi jahat atau menjadi
seorang pembunuh …
Perbezaan
kaum ..ada di mana-mana ..malah diseluruh dunia … tiada satu pun negara dihuni
oleh hanya satu kaum atau etnik … maka untuk memastikan keharmonian dan
kesejahteraan negara .. sama-sama kita hayati prinsip Rukun Negara yang telah
melebihi 40 tahun menjadi tunjang kepada perpaduan negara ini … perbezaan kaum
dan etnik hanya berbeza pada warna kulit, bahasa dan budaya ..namun setiap hari
kita semua sama-sama mencari nasi sebagai makanan ruji kita … dan setiap hari
ada sahaja seseorang menderma darah mereka … untuk menyelamat nyawa seseorang
yang mungkin berbeza agama, berbeza kaum dan etnik..berbeza bahasa dan juga
budayanya … dan pastinya darah itu tidak memilih siapa penerimanya … justeru
kenapa kita seharusnya memperbesarkan perbezaan kaum di negara ini ?? ..
zahirkan kecintaan kita terhadap negara ini … kerana inilah satu-satunya negara
yang kita ada … disinilah kita semua mencari rezeki … untuk menyara keluarga
kita … disinilah kehidupan kita … dan …
Malaysia
.. Di Sinilah Lahirnya Sebuah Cinta ….
Salam
Kemerdekaan ke 57 …
No comments:
Post a Comment