Bahagian
Istiadat Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media mengenai
apa yang rakyat Malaysia perlu buat sempena Malaysia Berkabung pada 22 Ogos
nanti sempena menghormati mangsa tragedi MH 17. Antara yang menarik perhatian
aku ialah perenggan ii) semua acara yang berunsur
hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan , dan iv) rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah
ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Kenapa aku tertarik kepada dua perenggan itu ? Adakah yang lain itu tidak
menarik ??Aku
tertarik dengan dua perenggan itu kerana aku agak musykil sejauhmana pihak
berkuasa telah menyediakan garis panduan agar segala bentuk hiburan tidak
diadakan atau disiarkan oleh mana-mana pihak dan juga stesen penyiaran di
negara ini. Pada aku garis panduan harus meliputi ‘talk shows’ yang melibatkan ‘pakar’
atau so-called expert dan juga
waris-waris mangsa yang terlibat atau mana-mana pihak yang ingin meluahkan rasa
simpati mereka kerana itulah yang pastinya berlaku di stesen-stesen radio dan
televisyen di negara kita ini. Kelaziman nya, berdasarkan pemerhatian akan ada
DJ’s stesen radio atau ‘host’ dalam rancangan TV membuat temubual nak dengar
pendapat serta pandangan orang-orang tertentu mengenai tragedi tersebut .. atau
memberi peluang kepada pendengar-pendengar untuk menyampaikan simpati mereka
..yang pada pandangan aku tidak PERLU
kerana ianya akan menambahkan lagi kesedihan waris mangsa.
Cukuplah
dengan ucapan takziah daripada pemimpin utama negara seperti PM atau TPM dan
semua siaran tidak perlu ada ulasan-ulasan atau pandangan, pendapat atau luahan
semata-mata untuk memenuhi slot siaran sepanjang hari. Ianya akan lebih baik
jika semua siaran tertumpu kepada siaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atau
program-program yang menjurus kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Semua orang sedih dengan tragedi itu..seluruh dunia meratapi dan mengutuk
insiden itu .. tidak ada perkataan yang mampu diungkapkan kepada waris mangsa
.. selain mensedekahkan Al-Fatihah dan bersimpati ke atas kehilangan
orang-orang yang mereka sayangi ..
Aku
mengatakan sedemikian rupa kerana adakalanya penyiar-penyiar di negara kita ini
terlalu ghairah untuk menonjolkan ‘keperihatan’
mereka terhadap perkara sebegini sehingga mereka berebut-rebut membawa masuk
pelbagai ‘so-called expert’ untuk
memberi pandangan, memberi nasihat … semata-mata untuk mendapat ‘rating’ yang lebih baik… tanpa mereka
sedari … ianya amat menjengkelkan ramai orang. Ada juga yang akan membuat
temubual dengan waris mangsa… dan soalan yang paling popular ialah “apa perubahan-perubahan yang dilihat pada
mangsa sebelum kejadian itu?”… dan “apa
harapan waris mangsa kepada usaha yang dilakukan oleh pihak berkasa?” … Berilah
ruang sehari itu untuk seluruh rakyat Malaysia berkabung sepenuhnya tanpa ada
pendapat dan pandangan dan luahan rasa yang sebenarnya tidak begitu 'penting' untuk di hebahkan.
Let us be civil and pray with
hope that this tragedy will never happen again. Pray that we will be strong and
pray that we will strengthened our unity in the face of adversity .. and pray
that humanitarian will prevail above everything.
Sama-samalah
kita menghormati arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat, Jabatan
Perdana Menteri dan bersatu untuk memberi penghormatan terakhir kepada
warganegara kita yang menjadi mangsa ‘kekejaman’ pihak yang tidak
bertanggungjawab. Tidak ada siapa inginkan ianya berlaku …
Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment