Aku
nak cerita lagi pasal mengutip derma, minta derma atau menderma nie … walaupun
banyak kali dah aku menulis pasal Derma . Baru-baru nie aku terperanjat jugak
bila aku dihampiri oleh seseorang yang berkopiah tinggi .. semasa tengah memuatkan
barang belian dari Mydin Putrajaya ke dalam kereta. Dengan senyum yang dipaksa
..seorang lelaki berbadan sasa..agak gelap memberi salam .. dan ditangan nya
satu helai kertas A4 yang bergambar dan di laminate ..selain satu buku resit.
Belum sempat aku nak bertanya beliau sudah memaklumkan yang beliau mengutip
derma sebagai usaha mendapat dana untuk membina sebuah masjid di Kpg.Tanjung …
tanjung negeri mana aku tak sempat tanya… sebab sebelum dia panjang cerita aku
hulurkan juga derma yang aku mampu … dan aku terus masuk kereta dan beredar.
Bukan laa nak mengungkit .. tapi bila tengok sindrom derma sekarang ini…
fuuuuuu…maaak oooiiii …. Sana sini ada tabung kutipan derma .. terutamanya
untuk penduduk Gaza di Palestine … tak tau laa samada betul atau tidak ..
terserah kepada kita untuk menderma …
Aku
ungkit pasal DERMA nie sebab aku terpikir … kemana perginya Baitulmal, Kutipan
Zakat dan juga peranan ahli YB kawasan untuk membantu penduduk membina sebuah
masjid..atau sebuah rumah ibadat yang diperlukan oleh penduduk tempatan ?
Mungkin derma daripada penduduk tempatan tu ada … iaitu kutipan pada setiap
hari Jumaat .. atau penjualan lot wakaf …. tapi tak tahu pulak adakah baitulmal
atau kumpulan zakat membantu dalam pembinaan sebuah masjid dalam sebuah kampong?
Membina sebuah masjid sangat-sangatlah baik dan amat mulia sekali ..terutamanya
untuk meng ‘upgrade’ sebuah surau ke masjid bagi memberi keselesaan kepada
jemaah yang semakin bertambah setiap hari .. tetapi jika sampai mengutip
‘derma’ di seluruh negara untuk membuat sebuah masjid yang cantik, yang indah,
yang mahal kosnya … perlukah ? Pada pandangan aku … seolah-olah kita nak bina
sebuah tempat ibadat yang cantik .. tetapi akhirnya ‘kosong’ dan hanya penuh
pada hari Jumaat dan Hari Raya sahaja … dan selain itu .. seolah-olah
orang-orang Islam asyik menagih derma simpati ..untuk membuat sesuatu yang baik
… banyak kali juga aku terima surat daripada beberapa masjid di seluruh negara
untuk memohon derma bagi pembinaan masjid … dan terdetik di hati aku .. kesian
nya orang Islam yang dipimpin oleh pemimpin beragama Islam perlu meminta derma
untuk membina rumah ibadah seperti yang mereka inginkan .. dan lebih
menyedihkan apabila Jawatankuasa yang mengurus Tilawah Al-Quran juga perlu
memohon derma untuk mendapat bantuan menguruskan majlis-majlis keagamaan di
daerah dan di bahagian … dan adakalanya pemimpin bukan beragama Islam yang
paling banyak memberi sumbangan kepada aktiviti agama islam … fikir-fikirkan
laa …
Siapa
memantau orang-orang yang memohon derma ke sana sini ? Pihak mana yang diberi
kebenaran memantau dan mengambil tindakan ? Kalau kita perhatikan … ramai nya
orang bawa tong-tong / tabung dengan gambar-gambar Gaza yang menyayat hati …
yayasan itu dan ini yang menyumbang kepada tabung Palestine..Bantu Gaza … Bantu
anak-anak yatim … Ibu Tunggal dan sebagainya … kalau di Masjid Wilayah
Persekutuan .. hari Jumaat adalah syurga untuk pemohon derma … sebelum naik
tangga … dah ada dua tiga tabung … dan sepanjang permerhatian memang tiada
pihak berkuasa yang ambil tahu … dah ada bermacam orang di situ minta derma …
dan kalau di Lorong dan Jalan TAR, kawasan SOGO..… memang bersepah orang-orang
bawa tabung mohon DERMA … terutamanya di hujung minggu … itu belum termasuk
orang-orang yang ‘menjual’ ayat-ayat
Al-Quran dengan harga RM10.00 sekeping … atau yang ‘menjual’ key-chain.. dan anak-anak Mahaad Tahfiz .. yang menjual
buku-buku agama dan produk-produk perubatan …
Bukanlah
tak nak derma.. kerana menDERMA itu juga satu kebaikan … tetapi jika kebaikan
itu diambil kesempatan oleh golongan-golongan tertentu untuk mendapat wang
mudah dari orang ramai … ianya perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa
kerana ianya memberi gambaran dan persepsi negatif kepada pelancong luar …. Memohon
DERMA ke arah kebaikan itu digalakkan..tetapi jangan lah sampai setiap perkara
nak mengutip DERMA sahaja … bukanlah nak mengungkit ..tetapi apa peranan
BaitulMal ..Zakat dan juga Ahli YB kawasan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
agama dan rumah ibadat .. apakah mereka tidak dapat membantu ??
No comments:
Post a Comment