..baru-baru
nie mantan Perdana Menteri yang masih aktif ..Tun M dikatakan mengkritik atau
dalam bahasa indahnya menegur pentadbiran PM DS Najib Razak .. aku tak bacalah
blog beliau sebab agak sukar nak masuk jika speed dan talian internet jenis
lembab macam siput .. harap maaf laa ..mungkin tiga hari baru boleh baca … he
he he.. kadang kadang bila aku baca kenyataan-kenyataan Tun M… banyak juga
betulnya … ada juga yang kurang kita nak terima … tetapi sebagai seorang
pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun … dan berjaya membuka mata
dunia dengan pelbagai kejayaan negara … rasanya lah (pandangan peribadi aku)
beliau mempunyai tanggungjawab untuk menegur dan mengkritik kepimpinan masakini
.. walaupun ada lah dua atau tiga orang ahli politik tak berapa nak setuju
dengan pandangan Tun M.. walau pun satu ketika dulu mereka-mereka yang tak
setuju ini lah yang asyik puji melangit … puja memuja kehebatan Tun M … dizaman
Tun M menjadi PM … hihihi ..
Aku
malas la nak cerita politik…cuma aku nak kaitkan dengan budaya tegur menegur
nie dalam perkhidmatan awam jer … dan baru-baru nie juga Menteri Belia dan
Sukan juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan memaksa penjawat awam untuk menyokong parti kerajaan dan
bersedia untuk menerima mana-mana penyokong parti lawan menjadi penjawat awam ..
dan pada aku satu kenyataan ‘berani mati’
seorang ahli politikus muda yang berfikiran matang dalam dunia politik yang
semakin berpenyakit di Malaysia. Aku
kata berpenyakit kerana setiap
perkara kehidupan di Malaysia di’politik’kan oleh kedua-dua belah pihak .. itu
belum masuk bab-bab agama..keturunan..ras dan juga budaya .. setiap perkara
menjadi masalah …dan menjadi isu yang tiada kesudahan samada oleh ahli politik
atau oleh pertubuhan-pertubuhan yang terlalu ghairah untuk mencari publisiti …
…
budaya tegur menegur nie sebenarnya sudah lama di amalkan oleh moyang kita
..hingga terbit perumpaan seperti umpama
menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus tepung tak berselerak iatu
apabila membuat teguran, tegurlah dengan beradap, tegurlah dengan bahasa yang
sopan dan berhemah supaya orang yang ditegur tidak marah dan tersinggung
manakala hubungan tidak terjejas … punya la halus bahasa dan budaya orang
dulu-dulu … tapi sekarang ini kebanyakkan bos-bos atau orang-orang yang
berkuasa.. orang-orang yang berpangkat tinggi .. tak gunakan perumpaan itu ..
mungkin menganggap ianya dah lapuk ditelan zaman ..atau bahasa generasi Y .. ‘old
school’ … malah yang lebih tak beradap tegur pekerja dihadapan pelanggan ..
atau tegur staf bawahan di hadapan staf-staf lain … dan pada aku sebab pertama
nak tunjuk kuasa atau autoriti dan nak bagitau dengan semua orang di abos, dia
ketua dan dia berkuasa ..sebab kedua nak malukan orang yang ditegur ..nak
tunjukkan kesalahan orang yang ditegur di hadapan orang lain… nak buktikan
kepada orang lain….orang yang ditegur itu salah dan berhak ditegur dan
diperlaku sedemikian rupa … tanpa menyedari bahawa teguran itu telah ‘menjatuhkan’
air muka atau memalukan orang yang ditegur itu .. akhirnya inilah yang
menerbitkan dendam …menerbitkan kebencian mencetuskan kemarahan … dan lebih
teruk..pasti ada pembalasan suatu hari kelak …
Itu
teguran oleh orang besar, orang berkuasa dan orang yang berpangkat tinggi
terhadap orang bawahan, kuli dan sewaktu dengan nya … bagaimana pula jika orang
bawahan, kuli atau orang yang tidak ada autoriti menegur / mengkritik kesalahan
orang atasan .. orang-orang besar ..orang-orang yang berkuasa ?? .. aku pasti
orang yang menegur / mengkiritik itu di anggap biadap, celupar,kurang ajar dan khianat
dan lebih teruk dianggap sebagai ‘pembangkang’
seandainya tidak bersetuju dengan pandangan orang-orang berkuasa .. apatah lagi
mempersoalkan tindakan mereka. Aku juga pasti ..sekiranya orang yang menegur /
mengkritik itu gred rendah… memang akan mendapat surat perpindahan serta merta,
dipisahkan dari keluarga mereka .. dan lebih teruk mungkin prestasi tahunan di
paras yang rendah … yang boleh mengakibatkan pegawai berkenaan dalam perhatian …
atau dikenakan tatatertib … atau tidak naik pangkat … inilah realiti yang kerap
berlaku dalam perkhidmatan awam … mungkin kerana kurangnya sikap keterbukaan
dan sikap professionalism yang sering dilaung-laungkan … paling tidak pun
pegawai yang sering menegur / mengkiritik .. atau tidak bersetuju dengan
pandangan ..akan dipinggirkan .. given
the cold shoulder treatment umpamanya tidak diberi peluang untuk mengikuti
kursus-kursus yang boleh meningkatkan kemahiran atau pengetahuan.. atau tidak
dijemput ke program-program atau
majlis-majlis yang di anjurkan oleh organisasi …
..maka
sebab itulah kadang-kadang kita perhatikan dalam mesyuarat-mesyuarat … ramai
yang lebih selesa berdiam diri dan menutup mulut mereka kerana tidak mahu
memberi pandangan yang dianggap bertentangan dengan pandangan majoriti ..walaupun
dalam hati mereka .. ada perkara yang boleh diperbaiki dan diperbetulkan … kadangkala
ada juga bos-bos ‘rasa tercabar’
dengan teguran …lebih-lebih lagi teguran dari orang yang berpangkat rendah dan
tidak memiliki kelulusan akademik seperti dirinya … sebabnya ad abos-bos yang
terlalu bangga diri dengan keupayaan pencapaian akademiknya hingga melihat
orang lain tidak layak memberi
teguran atas pandangan nya.. atau kadang-kadang ada yang terlalu bangga diri
kerana pengalaman nya melebihi pengalaman orang lain sehingga menanggap dirinya
lebih pandai dan lebih bijak dari orang-orang disekelilingnya … tu yang
kadang-kadang tunggang langgang pentadbiran pejabat..ditambah dengan penasihat
atau punahsihat yang lebih
mementingkan diri daripada kepentingan organisasi.. ..
Maaf
kalau ada yang terasa.. kerana realiti nya ini berlaku dimana mana…
No comments:
Post a Comment