Friday, August 8, 2014

Doa dan Harapan

Sudah begitu lama aku tidak menulis …. kerana tiada apa yang perlu aku perkatakan dan sengaja ingin berehat di bulan Ramadhan … selain itu aku rasa agak malas untuk menulis dan memperkatakan sesuatu … sepanjang tempoh berehat itu banyak perkara aku baca dalam laman media sosial  … tentang kebencian …tentang kezaliman … perebutan kuasa politik yang tiada hentinya..tragedi MAS … peperangan … dan sebagainya. Apa pun hari ini aku nak menulis tentang Doa dan Harapan. Apakah Doa dan Harapan kita semua ??

Aku tak tahu apa Doa dan Harapan para pembaca… tetapi apa yang aku tahu ialah … aku berdoa dan berharap negara ini, tidak menjadi seperti negara Syria dan Iraq yang di penuhi dengan kekejaman dan kebencian antara puak Islam dan  puak Kristian. Aku menaruh penuh harapan agar pencinta kedamaian terus meniup semangat keharmonian, semangat perpaduan supaya negara ini terus aman damai.. aku juga berharap ektremis-ekstrimis agama .. ekstrimis-ekstrimis perkauman dan ekstrimis-ekstrimis politik ..tidak mengapi-apikan isu agama.. isu perkauman dan mempolitikkan segala bentuk kehidupan di negara Malaysia ini. Aku juga berharap dan berdoa agar pihak berkuasa ..pihak yang bertanggungjawab bertindak tegas ..bertindak adil dan saksama terhadap sesiapa sahaja yang meniup semangat kebencian agama, perkauman untuk membendung gejala it uterus berleluasa yang akhirnya akan menjadikan Malaysia seperti Iraq dan Syria..

Aku juga berdoa dan berharap .. lebih ramai rakyat negara ini menggunakan akal fikiran .. daripada menurut emosi apabila adanya isu-isu yang membabitkan keperihatinan terhadap negara Palestine. Berilah sokongan semahu nya tetapi jangan sampai kita menyakiti hati saudara-saudara sewarganegara … jangan ungkit perkauman dan keagamaan kerana yang kena bom di Palestine bukan sahaja golongan Islam..malah golongan Kristian juga menerima nasib yang sama … lebihkan sifat kemanusiaan … nak boikot .. biar tahu apa yang kita nak boikot… jangan memboikot sehingga menjejaskan periuk nasi anak bangsa sendiri … jangan memboikot membuta tuli hingga perniagaan anak bangsa sendiri jatuh muflis…

Jika nak sokong apa pun ..sokonglah… tak perlu heboh-heboh.. tak perlu kecoh-kecoh ..akhirnya tak buat apa-apa!! .. apa yang kita dapat apabila memaki hamun pekerja-pekerja yang tidak bersalah .. kerana mereka hanya mencari rezeki … apa yang kita dapat marah-marah ..hentam sana hentam sini … tapi masih juga mencari dan memakai barangan luar negeri … justeru jadilah diri sendiri… jangan tunjuk hipokrasi diri …

Maaf .. inilah pandangan peribadi aku … tak setuju tak apa ..kerana negara ini negara demokrasi .. boleh beri pandangan sesuka hati.. asal sahaja tidak menyalahi undang-undang negara .. pun begitu … gunalah akal yang diberi … jangan terlalu beremosi ..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri .. hari ini aku menulis lagi …

No comments:

Post a Comment