Thursday, August 28, 2014

SPESIS ORANG YANG SANGAT DIBENCI …

..ya aku memang BENCI pada keganasan … benci melihat ada manusia lain yang sanggup membunuh manusia lain dengan meperalatkan agama …. benar ..aku membenci keganasan manusia yang sanggup mendera kanak-kanak .. samada secara fizikal ..atau mental .. dan manusia paling aku benci dalam dunia ini .. ialah manusia HIPOKRIT … manusia yang memang pandai berpura-pura … bermulut manis ..senyum dan mesra dihadapan kita ..tetapi mengutuk dan menghina kita ..di belakang kita .. malah sanggup menabur fitnah … kebanyakkan kita memang akan membenci orang yang bersikap hipokrit … suka tikam kawan dari belakang … satu lagi jenis manusia yang ramai dikalangan kita benci ialah manusia PENIPU …. yang semakin galak sekarang ini … ialah penipu-penipu yang menggunakan pelbagai kaedah moden untuk mendapatkan wang orang lain … ada yang menggunakan emel .. ada yang menggunakan ‘kepakaran teknologi’ .. ada yang menggunakan ‘ayat-ayat power’ untuk menipu orang ramai …  ramai juga orang Malaysia termasuk dalam perangkap PENIPU professional dan melibatkan kehilangan jutaan ringgit ….. juga melibatkan kes seperti mengambil wang orang ramai melalui skim-skim cepat kaya .. skim-skim pelaburan .. hingga ada yang menyebabkan orang kehilangan rumah dan juga keluarga …. 

Ada lagi spesis manusia yang aku BENCI sangat-sangat ialah jenis yang suka menghina dan mencerca negeri orang lain … tanpa melihat atau mengalami sendiri .. ini la spesis manusia yang paling JAHAT..JAHIL dan KOLOT … sebab hanya tahu kehidupan dan dunia dia sahaja … dan memikirkan itulah kehidupan dan persekitaran yang terbaik .. dan menganggap yang diluar lingkungan itu semuanya tidak maju…tidak membangun … dan tidak ada kebudayaan!! .. spesis ini hanya melihat apa yang ada di BAWAH TEMPURUNG nya sahaja … dan itulah ukuran kemodenan, kemajuan dan kejayaan bagi dirinya tanpa mengetahui bahawa di luar lingkungan tempurung itu..ada kehidupan yang lebih baik..lebih berTAMADDUN dari dunianya!! … satu lagi spesis manusia yang aku BENCI ialah spesis yang suka menghina kepercayaan dan agama orang lain … yang suka menghina bangsa dan etnik orang lain … dan menganggap diri mereka lah yang paling baik di muka dunia ini ..syumul dan tidak ada melakukan kemungkaran dan kesilapan !! .. spesis ini akan sedaya upaya mencari segala keburukan dan keaiban orang lain untuk dihebahkan di seantero dunia … dan kumpulan-kumpulan spesis ini aku namakan sebagai PREJUDIS … kerana sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan modal bagi melonjakkan diri mereka sebagai pejuang dengan harapan mereka di angkat sebagai wira bangsa dan agama !! .. sebab itu ramai yang suka mencari publisiti murahan … di laman media social ..dan juga media arus perdana.

Satu lagi bangsa manusia yang memang aku tidak berapa gemar dan BENCI ialah manusia yang tersangat suka mencari KESALAHAN orang lain untuk menutup kelemahan dirinya. Bangsa manusia ini ialah manusia yang takut kepada baying-bayang dan dosa-dosa yang dia sendiri pernah lakukan sehingga tertanam dalam pemikiran dia bahawa semua orang akan berkelakuan seperti apa yang pernah dia lakukan sebalum dirinya mempunyai kuasa dan autoriti … jenis manusia ini akan sentiasa meneropong dan mencungkil walau sebesar hama KESALAHAN itu..untuk dijadikan modalnya MEMALUKAN orang yang dia rasa mampu mengugat kedudukan nya sebagai seorang ketua .. malah modal itu akan sentiasa diulang-ulang sebagai satu bahan contoh … sedangkan segala KEBURUKAN sendiri semakin hari semakin terserlah …

Bangsa manusia yang aku senarai dalam kategori aku juga BENCI  ialah jenis GUNTING DALAM LIPATAN … sepsis kawan yang suka makan kawan … jenis ini paling ramai dikalangan kita … spesis yang sama taraf dengan sepsis HIPOKRIT .. yang suka memuji muja semasa kita berkuasa .. dipinjak dilenyek sebaik sahaja kita hilang kuasa … sebab itulah dalam dunia politik ..TIDAK ADA KAWAN ATAU LAWAN YANG KEKAL .. there is no permanent enemies or friends in politics .. malah ianya juga boleh diaplikasikan dalam dunia penjawat awam … kadang-kadang kawan itulah yang membunuh karier kawan .. manusia kaki bodek ..kaki ampu pun aku BENCI … kerana mereka juga boleh jadikan kehidupan sebagai penjawat awam … heaven or hell


Aku pun tak tahu aku dalam kategori mana pada pandangan orang lain .. kerana aku tahu aku bukan sempurna atau perfecto  … tetap akan ada kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan ini … 

Tuesday, August 26, 2014

TEGUR MENEGUR …

..baru-baru nie mantan Perdana Menteri yang masih aktif ..Tun M dikatakan mengkritik atau dalam bahasa indahnya menegur pentadbiran PM DS Najib Razak .. aku tak bacalah blog beliau sebab agak sukar nak masuk jika speed dan talian internet jenis lembab macam siput .. harap maaf laa ..mungkin tiga hari baru boleh baca … he he he.. kadang kadang bila aku baca kenyataan-kenyataan Tun M… banyak juga betulnya … ada juga yang kurang kita nak terima … tetapi sebagai seorang pemimpin yang telah memimpin negara selama 22 tahun … dan berjaya membuka mata dunia dengan pelbagai kejayaan negara … rasanya lah (pandangan peribadi aku) beliau mempunyai tanggungjawab untuk menegur dan mengkritik kepimpinan masakini .. walaupun ada lah dua atau tiga orang ahli politik tak berapa nak setuju dengan pandangan Tun M.. walau pun satu ketika dulu mereka-mereka yang tak setuju ini lah yang asyik puji melangit … puja memuja kehebatan Tun M … dizaman Tun M menjadi PM … hihihi ..

Aku malas la nak cerita politik…cuma aku nak kaitkan dengan budaya tegur menegur nie dalam perkhidmatan awam jer … dan baru-baru nie juga Menteri Belia dan Sukan juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan memaksa penjawat awam untuk menyokong parti kerajaan dan bersedia untuk menerima mana-mana penyokong parti lawan menjadi penjawat awam .. dan pada aku satu kenyataan ‘berani mati’ seorang ahli politikus muda yang berfikiran matang dalam dunia politik yang semakin berpenyakit di Malaysia. Aku kata berpenyakit kerana setiap perkara kehidupan di Malaysia di’politik’kan oleh kedua-dua belah pihak .. itu belum masuk bab-bab agama..keturunan..ras dan juga budaya .. setiap perkara menjadi masalah …dan menjadi isu yang tiada kesudahan samada oleh ahli politik atau oleh pertubuhan-pertubuhan yang terlalu ghairah untuk mencari publisiti …

… budaya tegur menegur nie sebenarnya sudah lama di amalkan oleh moyang kita ..hingga terbit perumpaan seperti umpama menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus tepung tak berselerak iatu apabila membuat teguran, tegurlah dengan beradap, tegurlah dengan bahasa yang sopan dan berhemah supaya orang yang ditegur tidak marah dan tersinggung manakala hubungan tidak terjejas … punya la halus bahasa dan budaya orang dulu-dulu … tapi sekarang ini kebanyakkan bos-bos atau orang-orang yang berkuasa.. orang-orang yang berpangkat tinggi .. tak gunakan perumpaan itu .. mungkin menganggap ianya dah lapuk ditelan zaman ..atau bahasa generasi Y .. ‘old school’ … malah yang lebih tak beradap tegur pekerja dihadapan pelanggan .. atau tegur staf bawahan di hadapan staf-staf lain … dan pada aku sebab pertama nak tunjuk kuasa atau autoriti dan nak bagitau dengan semua orang di abos, dia ketua dan dia berkuasa ..sebab kedua nak malukan orang yang ditegur ..nak tunjukkan kesalahan orang yang ditegur di hadapan orang lain… nak buktikan kepada orang lain….orang yang ditegur itu salah dan berhak ditegur dan diperlaku sedemikian rupa … tanpa menyedari bahawa teguran itu telah ‘menjatuhkan’ air muka atau memalukan orang yang ditegur itu .. akhirnya inilah yang menerbitkan dendam …menerbitkan kebencian mencetuskan kemarahan … dan lebih teruk..pasti ada pembalasan suatu hari kelak …

Itu teguran oleh orang besar, orang berkuasa dan orang yang berpangkat tinggi terhadap orang bawahan, kuli dan sewaktu dengan nya … bagaimana pula jika orang bawahan, kuli atau orang yang tidak ada autoriti menegur / mengkritik kesalahan orang atasan .. orang-orang besar ..orang-orang yang berkuasa ?? .. aku pasti orang yang menegur / mengkiritik itu di anggap biadap, celupar,kurang ajar dan khianat dan lebih teruk dianggap sebagai ‘pembangkang’ seandainya tidak bersetuju dengan pandangan orang-orang berkuasa .. apatah lagi mempersoalkan tindakan mereka. Aku juga pasti ..sekiranya orang yang menegur / mengkritik itu gred rendah… memang akan mendapat surat perpindahan serta merta, dipisahkan dari keluarga mereka .. dan lebih teruk mungkin prestasi tahunan di paras yang rendah … yang boleh mengakibatkan pegawai berkenaan dalam perhatian … atau dikenakan tatatertib … atau tidak naik pangkat … inilah realiti yang kerap berlaku dalam perkhidmatan awam … mungkin kerana kurangnya sikap keterbukaan dan sikap professionalism yang sering dilaung-laungkan … paling tidak pun pegawai yang sering menegur / mengkiritik .. atau tidak bersetuju dengan pandangan ..akan dipinggirkan .. given the cold shoulder treatment umpamanya tidak diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus yang boleh meningkatkan kemahiran atau pengetahuan.. atau tidak dijemput ke  program-program atau majlis-majlis yang di anjurkan oleh organisasi …

..maka sebab itulah kadang-kadang kita perhatikan dalam mesyuarat-mesyuarat … ramai yang lebih selesa berdiam diri dan menutup mulut mereka kerana tidak mahu memberi pandangan yang dianggap bertentangan dengan pandangan majoriti ..walaupun dalam hati mereka .. ada perkara yang boleh diperbaiki dan diperbetulkan … kadangkala ada juga bos-bos ‘rasa tercabar’ dengan teguran …lebih-lebih lagi teguran dari orang yang berpangkat rendah dan tidak memiliki kelulusan akademik seperti dirinya … sebabnya ad abos-bos yang terlalu bangga diri dengan keupayaan pencapaian akademiknya hingga melihat orang lain tidak layak memberi teguran atas pandangan nya.. atau kadang-kadang ada yang terlalu bangga diri kerana pengalaman nya melebihi pengalaman orang lain sehingga menanggap dirinya lebih pandai dan lebih bijak dari orang-orang disekelilingnya … tu yang kadang-kadang tunggang langgang pentadbiran pejabat..ditambah dengan penasihat atau punahsihat yang lebih mementingkan diri daripada kepentingan organisasi.. ..


Maaf kalau ada yang terasa.. kerana realiti nya ini berlaku dimana mana… 

Friday, August 22, 2014

Malaysia .. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ..

..bila mendengar lagu WARISAN ..pastinya ada yang meremang bulu roma kerana liriknya yang syahdu .. dan menarik sekali untuk dihayati .. bukanlah aku nak mengatakan aku nie berjiwa patriotik tetapi setiap kali mendengar lagu WARISAN … dengan suara lunak penyanyinya… terasa sangat menyentuh perasaan.. empat rangkap pertama menzahirkan bumi inilah kita lahirkan..dan dibumi inilah kita akan disemadikan … dan pada rangkap kedua.. jika kita tidak lagi menjadi warganegara..kemana halatuju kita..kemana tempat yang harus menjadi ‘rumah’ kita … pada aku..yang tidak mempunyai harta yang banyak .. atau wang ringgit yang bertimbun timbun … aku cukup rasa takut jika negara ini menjadi milik orang lain .. atau kita terbuang dan disisihkan .. bagi yang duit tak habis di belanja ..harta bertimbun berjuta ….tiada masalah kerana negara luar akan sentiasa terbuka tangan menerima kehadiran mereka untuk menjadi warganegara … kerana negara luar hanya ‘suka’ menerima orang yang kaya raya ..yang tidak akan menimbulkan masalah kepada mereka kelak … orang yang miskin tiada harta ..tiada tempat di negara-negara luar kerana terpaksa menyediakan pelbagai perkhidmatan dan juga pekerjaan.. sedangkan rakyat mereka sendiri memerlukan pekerjaan ..

Ya.. aku bukan seorang perwira ..yang gagah menghunus senjata tetapi aku rela berjuang demi cinta ini .. dan setiap warganegara Malaysia harus bersedia untuk mencintai negara ini walaupun terdapat pelbagai masalah .. yang bukan di cetuskan oleh orang luar tetapi oleh orang-orang kita sendiri .. kita harus sama-sama berjuang untuk mengekang segala bentuk cubaan anasir jahat yang gemar membongkar dan menyebar kenyataan rasis … kenyataan berbaur perkauman .. kebencian terhadap agama orang lain … seluruh rakyat negara ini harus menentang apa jua bentuk tindakan yang provokatif terhadap bangsa dan agama orang lain .. kemana harus kita tuju .. jika negara ini menjadi kucar kacir seperti Iraq, Syria dan Palestine ?? … apakah negara luar akan dating membantu kita ?? Bukahkah yang berlaku di negara jiran seperti di Thailand dan Mynmar sudah cukup untuk menjadi teladan kepada kita ..betapa kebencian terhadap kaum dan agama akan mencetuskan pembunuhan ..mencetuskan perkelahian yang tidak akan padam …tidak akan reda walau berzaman … cerita Palestine dan Israel ..satu contoh permusuhan yang berabad lamanya … pasti tiada kesudahan .. dan apakah itu yang diinginkan oleh kumpulan atau orang-orang yang tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan provokasi kaum dan agama ??

Tanpa mengira kaum, bangsa, pegangan agama atau fahaman politik .. semua kita seharusnya mempunyai kecintaan yang tinggi kepada negara ini … kerana disinilah kita dilahirkan … dan disini juga, pastinya kebanyakkan nya kita akan disemadikan … dan aku hairan kenapa selepas melebihi 50 tahun negara ini Merdeka … tercetusnya provokasi agama ..provokasi kaum oleh kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang biadap .. celupar … aku lebih hairan bagaimana .. pihak berkuasa .. terlalu lembab dan lambat mengambil tindakan sehinggakan .. api kemarahan dan kebencian begitu marak… barulah terhegeh-hegeh nak ambil tindakan … .. kelambatan tindakan menyebabkan semakin ramai berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat rasis … dan melangkaui batas perkauman serta keagamaan …

Rasa cinta pada negara ini ..pada pandangan aku yang kerdil ini … perlu dizahirkan melalui sikap toleransi kita ..bersikap memahami .. dan menerima seadanya kelemahan dan kekuatan setiap kaum yang menjadi warganegara kita .. menanam rasa kecintaan kepada negara harus disemai sejak kecil..dimulakan di pra-sekolah dan tadika … melalui silibus persekolahan yang padat dan jitu sehingga ke peringkat IPTA .. dan seterusnya terus di perkukuhkan di alam perkerjaan .. akar yang kuat pastinya tidak akan merebahkan sebatang pokok hanya kerana tiupan angin .. walau sekuat mana pun … hatta puting beliung sekalipun ..namun pokok yang akarnya kecil.. reput akan rebah hanya dengan tiupan angina yang sederhana … sebab itu berlakunya pergolakan di negara-negara luar hanya kerana hasutan, fitnah dan juga semangat kebencian yang tinggi antara satu sama lain … tidak wujudnya persefahaman dan keharmonian .. sehinggakan mereka sanggup ‘menyembelih’ rakan senegara semata-mata kerana mereka berlainan agama .. wahai rakan sewarganegara … jadikan itu sebagai iktibar dan pengajaran .. agar ianya tidak akan berlaku di negara yang kita cintai ini … tidak salah mempunyai fahaman politik yang berbeza .. kerana itu akan lebih mematangkan kita dan memberi ruang untuk kita mencari sesuatu yang lebih baik untuk negara ini.. tetapi jangan sampai perbezaan politik itu menghancurkan negara ini …. apa salahnya mempunyai pegangan agama yang berbeza kerana setiap manusia mempunyai pilihan sendiri di atas kepercayaan mereka … berilah kefahaman … berilah kerjasama ..kerana tidak ada agama mengajar manusia untuk menjadi jahat atau menjadi seorang pembunuh …

Perbezaan kaum ..ada di mana-mana ..malah diseluruh dunia … tiada satu pun negara dihuni oleh hanya satu kaum atau etnik … maka untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara .. sama-sama kita hayati prinsip Rukun Negara yang telah melebihi 40 tahun menjadi tunjang kepada perpaduan negara ini … perbezaan kaum dan etnik hanya berbeza pada warna kulit, bahasa dan budaya ..namun setiap hari kita semua sama-sama mencari nasi sebagai makanan ruji kita … dan setiap hari ada sahaja seseorang menderma darah mereka … untuk menyelamat nyawa seseorang yang mungkin berbeza agama, berbeza kaum dan etnik..berbeza bahasa dan juga budayanya … dan pastinya darah itu tidak memilih siapa penerimanya … justeru kenapa kita seharusnya memperbesarkan perbezaan kaum di negara ini ?? .. zahirkan kecintaan kita terhadap negara ini … kerana inilah satu-satunya negara yang kita ada … disinilah kita semua mencari rezeki … untuk menyara keluarga kita … disinilah kehidupan kita … dan …

Malaysia .. Di Sinilah Lahirnya Sebuah Cinta ….


Salam Kemerdekaan ke 57 … 

Thursday, August 21, 2014

MERDEKA DATANG LAGI…

Pejam celik..pejam celik ..rupanya bulan kemerdekaan tiba dah … di sana sini .. orang ramai mula sibuk memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing .. malah di Putrajaya .. semua penghuni rumah kerajaan diberikan Jalur Gemilang untuk dikibarkan sebagai usaha kerajaan untuk menanam semangat patriotisme dan cinta saying terhadap negara Malaysia . Tema tahun ini “Malaysia .. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” … diangkat dari bait lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi legenda .. Allahyarham Sudirman Hj.Arshad. Pejabat-pejabat kerajaan dihiasi dengan Jalur Gemilang..di luar dan di dalam malah ada pertandingan diadakan di kalangan warga jabatan .. iaitu menghias bahagian atau seksyen masing-masing dengan Jalur Gemilang … semuanya untuk mengembalikan semula rasa cinta warga Malaysia terhadap negara .. dan seperti biasa Jabatan Penerangan mengadakan pertandingan untuk orang awam menghiaskan kediaman dan kawasan mereka dengan Jalur Gemilang .. bagi menggalakan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kreativiti .. dan satu ketika Jabatan Penerangan pernah mengadakan pelbagai program dengan mengagihkan Jalur gemilang kepada masyarakat ..dalam usaha untuk menggalakan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman mereka dan juga kenderaan mereka .. begitulah hebatnya usaha kerajaan untuk menanam semangat petriotisme dikalangan rakyat yang berbilang kaum … pun begitu bak kata penyanyi Eddie Silitonga .. tapi sayang seribu kali sayang ..

Usaha Jabatan Penerangan hanya dilihat kepada penyediaan Jalur Gemilang kepada masyarakat ..bukan nya semangat patriotisme seperti yang diinginkan .. malah sebahagian besar masyarakat mengharapkan Jabatan Penerangan untuk memberikan mereka Jalur gemilang setiap kali tibanya bulan kemerdekaan. Ianya tidak mendidik masyarakat untuk berdikari dan membeli Jalur Gemilang untuk dipasang di kenderaan mereka atau untuk dikibarkan di premis-premis perniagaan dan juga kediaman masing-masing. Sehingga ke hari ini masyarakat masih lagi mengharapkan kerajaan untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada mereka … dalam setiap sambutan bulan kemerdekaan di daerah-daerah, bahagian-bahagian atau negeri-negeri ..malah diperingkat organisasi sekali pun .. inilah yang berlaku dalam masyarakat kita ..yang jelas masih lagi mempunyai ‘sindrom subsidi’ sehinggakan untuk membeli Jalur Gemilang pun menunggu pihak kerajaan menyediakan nya.. kalau lah ada agensi yang membuat kaji selidik mengenai pengibaran Jalur Gemilang di musim bulan kemerdekaan ini.. aku tidak terkejut jika hanya 20 peratus sahaja rakyat Malaysia yang sanggup berbelanja untuk membeli Jalur Gemilang semata-mata untuk dikibarkan di premis kediaman mereka..atau di kenderaan mereka. Jika di premis-premis perniagaan … boleh dikatakan hanya lima peratus sahaja yang mengibarkan Jalur Gemilang … kecuali ada arahan daripada pihak atasan dan juga amaran untuk diambil tindakan … barulah premis-premis perniagaan akan mengibarkan Jalur Gemilang … itu realiti di negara kita

Tak tau nak cakap apa … lagi sebab ada jenis-jenis warganegara kita yang agak sukar dan liat untuk mengibarkan Jalur Gemilang walau pun Jalur Gemilang di beri secara percuma .. walaupun di apartment-apartment serta rumah-rumah teres dan rumah-rumah berkembar kerajaan di Putrajaya ..yang 100 peratus penghuninya adalah warga kerja kerajaan .. malah ada yang celupar menulis di atas memo arahan ‘macam dosa besar sangat jika tak kibarkan’ .. dan yang menerima Jalur Gemilang pun tak kibarkan juga … tak caya ?? pegilah jalan-jalan dan tengok sendiri berapa ramai penghuni di Putrajaya mengibarkan Jalur Gemilang ..tak kira di apartment-apartment ataupun di kawasan rumah teres dan juga rumah berkembar … realiti warga kerja kerajaan ..generasi baru …

Tak boleh nak salahkan sesiapa .. kerana kita tidak pernah membudayakan pengibaran Jalur Gemilang … di tahun 60an, 70an .. pelajar-pelajar sekolah hanya melihat Jalur Gemilang dinaikkan semasa perhimpunan dan menyanyikan lagu Negara Ku .. tak tau la di tahun 90an dan seterusnya … jika kita lihat senario semasa lagu Negara Ku tidak lagi dinyanyikan oleh orang-orang yang berhimpun (organisasi) ..sebaliknya dimainkan melalui audio dan bagi organisasi yang besar .. ada koir menyanyikan lagu Negara Ku … dan kita mengharapkan orang-orang yang berhimpun akan turut sama menyanyi .. jika diperhatikan hanya satu peratus yang berhimpun menyanyi ..selebihnya samada hanya menggerakkan bibir mereka ..atau berdiri tegak sahaja … apakah ini budaya baru kita untuk menanamkan semangat patriotisme ? Sepatutnya setiap warga kerja organisasi , kementerian atau jabatan perlu menzahirkan nyanyian lagu Negara Ku .. tanpa music ..tanpa lirik … tak perlu koir … barulah akan wujud semangat rasa sayang kepada negara apabila kita menyanyi lagu Negara Ku .. tanpa iringan musik dan bantuan audio visual … mungkin kementerian, organisasi dan juga jabatan boleh membuat eksperimen .. dan lihat .. aku pasti … dewan akan hanya mendengar suara-suara kecil yang ‘kemaluan’ untuk menyanyi lagu Negara Ku ….. selain itu jadikan mengibarkan Jalur Gemilang satu kemestian dalam setiap perhimpunan…

Aku bukanlah taksub atau ektrim .. tapi apa yang aku lihat dan perhatikan ..setiap kali selepas sambutan bulan kemerdekaan .. atau aktiviti kibaran Jalur Gemilang .. ada Jalur Gemilang yang di buang di tepi longkang ..dalam tong sampah ..dan paling menyedihkan Jalur Gemilang di buang di merata-rata tempat di tempat aktiviti .. dipijak oleh orang ramai dan dilenyek oleh kenderaan … tak siapa yang peduli … selepas bergembira..menari dan menyanyi dengan penuh semangat semasa sambutan … Jalur Gemilang.. ditinggalkan … ini sering berlaku … aku bangga dengan segala usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan lain untuk memupuk semangat cintakan negara..semangat sayangkan negara..semangat sayangkan Jalur Gemilang … cuma aku rasa terkilan disebabkan masih ada lagi rakyat kita yang kurang menghayati usaha-usaha sebegini dengan berbagai alasan sinis seperti ‘patriotisme aku tak perlu ditunjuk-tunjuk..yang penting hati kita’ ….atau ‘alaa.. apa aku tak patriotik ka kalau aku tak kibar bendera?’..atau ‘aku sayangkan negara aku..cuma aku malas la nak menunjuk nunjuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang’ ..dan banyak lagi alasan .. dan pada pandangan aku .. apa salahnya mengibarkan Jalur gemilang di premis kediaman..atau di kenderaan masing-masing sebagai tanda sokongan kita kepada negara kita..tempat kita dilahirkan dan tempat kita akan disemadikan …


Salam Kemerdekaan .. semoga Malaysia terus dirahmati ..aman sejahtera .. ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’ ..

Tuesday, August 19, 2014

Sindrom DERMA …

Aku nak cerita lagi pasal mengutip derma, minta derma atau menderma nie … walaupun banyak kali dah aku menulis pasal Derma . Baru-baru nie aku terperanjat jugak bila aku dihampiri oleh seseorang yang berkopiah tinggi .. semasa tengah memuatkan barang belian dari Mydin Putrajaya ke dalam kereta. Dengan senyum yang dipaksa ..seorang lelaki berbadan sasa..agak gelap memberi salam .. dan ditangan nya satu helai kertas A4 yang bergambar dan di laminate ..selain satu buku resit. Belum sempat aku nak bertanya beliau sudah memaklumkan yang beliau mengutip derma sebagai usaha mendapat dana untuk membina sebuah masjid di Kpg.Tanjung … tanjung negeri mana aku tak sempat tanya… sebab sebelum dia panjang cerita aku hulurkan juga derma yang aku mampu … dan aku terus masuk kereta dan beredar. Bukan laa nak mengungkit .. tapi bila tengok sindrom derma sekarang ini… fuuuuuu…maaak oooiiii …. Sana sini ada tabung kutipan derma .. terutamanya untuk penduduk Gaza di Palestine … tak tau laa samada betul atau tidak .. terserah kepada kita untuk menderma …

Aku ungkit pasal DERMA nie sebab aku terpikir … kemana perginya Baitulmal, Kutipan Zakat dan juga peranan ahli YB kawasan untuk membantu penduduk membina sebuah masjid..atau sebuah rumah ibadat yang diperlukan oleh penduduk tempatan ? Mungkin derma daripada penduduk tempatan tu ada … iaitu kutipan pada setiap hari Jumaat .. atau penjualan lot wakaf …. tapi tak tahu pulak adakah baitulmal atau kumpulan zakat membantu dalam pembinaan sebuah masjid dalam sebuah kampong? Membina sebuah masjid sangat-sangatlah baik dan amat mulia sekali ..terutamanya untuk meng ‘upgrade’ sebuah surau ke masjid bagi memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah setiap hari .. tetapi jika sampai mengutip ‘derma’ di seluruh negara untuk membuat sebuah masjid yang cantik, yang indah, yang mahal kosnya … perlukah ? Pada pandangan aku … seolah-olah kita nak bina sebuah tempat ibadat yang cantik .. tetapi akhirnya ‘kosong’ dan hanya penuh pada hari Jumaat dan Hari Raya sahaja … dan selain itu .. seolah-olah orang-orang Islam asyik menagih derma simpati ..untuk membuat sesuatu yang baik … banyak kali juga aku terima surat daripada beberapa masjid di seluruh negara untuk memohon derma bagi pembinaan masjid … dan terdetik di hati aku .. kesian nya orang Islam yang dipimpin oleh pemimpin beragama Islam perlu meminta derma untuk membina rumah ibadah seperti yang mereka inginkan .. dan lebih menyedihkan apabila Jawatankuasa yang mengurus Tilawah Al-Quran juga perlu memohon derma untuk mendapat bantuan menguruskan majlis-majlis keagamaan di daerah dan di bahagian … dan adakalanya pemimpin bukan beragama Islam yang paling banyak memberi sumbangan kepada aktiviti agama islam … fikir-fikirkan laa …

Siapa memantau orang-orang yang memohon derma ke sana sini ? Pihak mana yang diberi kebenaran memantau dan mengambil tindakan ? Kalau kita perhatikan … ramai nya orang bawa tong-tong / tabung dengan gambar-gambar Gaza yang menyayat hati … yayasan itu dan ini yang menyumbang kepada tabung Palestine..Bantu Gaza … Bantu anak-anak yatim … Ibu Tunggal dan sebagainya … kalau di Masjid Wilayah Persekutuan .. hari Jumaat adalah syurga untuk pemohon derma … sebelum naik tangga … dah ada dua tiga tabung … dan sepanjang permerhatian memang tiada pihak berkuasa yang ambil tahu … dah ada bermacam orang di situ minta derma … dan kalau di Lorong dan Jalan TAR, kawasan SOGO..… memang bersepah orang-orang bawa tabung mohon DERMA … terutamanya di hujung minggu … itu belum termasuk orang-orang yang ‘menjual’ ayat-ayat Al-Quran dengan harga RM10.00 sekeping … atau yang ‘menjual’ key-chain.. dan anak-anak Mahaad Tahfiz .. yang menjual buku-buku agama dan produk-produk perubatan …


Bukanlah tak nak derma.. kerana menDERMA itu juga satu kebaikan … tetapi jika kebaikan itu diambil kesempatan oleh golongan-golongan tertentu untuk mendapat wang mudah dari orang ramai … ianya perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana ianya memberi gambaran dan persepsi negatif kepada pelancong luar …. Memohon DERMA ke arah kebaikan itu digalakkan..tetapi jangan lah sampai setiap perkara nak mengutip DERMA sahaja … bukanlah nak mengungkit ..tetapi apa peranan BaitulMal ..Zakat dan juga Ahli YB kawasan dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan rumah ibadat .. apakah mereka tidak dapat membantu ?? 

Monday, August 18, 2014

Malaysia Berkabung – 22 Ogos 2014 (Tragedi MH 17)

Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media mengenai apa yang rakyat Malaysia perlu buat sempena Malaysia Berkabung pada 22 Ogos nanti sempena menghormati mangsa tragedi MH 17. Antara yang menarik perhatian aku ialah perenggan ii) semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan , dan iv) rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan. Kenapa aku tertarik kepada dua perenggan itu ? Adakah yang lain itu tidak menarik ??Aku tertarik dengan dua perenggan itu kerana aku agak musykil sejauhmana pihak berkuasa telah menyediakan garis panduan agar segala bentuk hiburan tidak diadakan atau  disiarkan oleh mana-mana pihak dan juga stesen penyiaran di negara ini. Pada aku garis panduan harus meliputi ‘talk shows’ yang melibatkan ‘pakar’ atau so-called expert dan juga waris-waris mangsa yang terlibat atau mana-mana pihak yang ingin meluahkan rasa simpati mereka kerana itulah yang pastinya berlaku di stesen-stesen radio dan televisyen di negara kita ini. Kelaziman nya, berdasarkan pemerhatian akan ada DJ’s stesen radio atau ‘host’ dalam rancangan TV membuat temubual nak dengar pendapat serta pandangan orang-orang tertentu mengenai tragedi tersebut .. atau memberi peluang kepada pendengar-pendengar untuk menyampaikan simpati mereka ..yang pada pandangan aku tidak PERLU kerana ianya akan menambahkan lagi kesedihan waris mangsa.

Cukuplah dengan ucapan takziah daripada pemimpin utama negara seperti PM atau TPM dan semua siaran tidak perlu ada ulasan-ulasan atau pandangan, pendapat atau luahan semata-mata untuk memenuhi slot siaran sepanjang hari. Ianya akan lebih baik jika semua siaran tertumpu kepada siaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atau program-program yang menjurus kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Semua orang sedih dengan tragedi itu..seluruh dunia meratapi dan mengutuk insiden itu .. tidak ada perkataan yang mampu diungkapkan kepada waris mangsa .. selain mensedekahkan Al-Fatihah dan bersimpati ke atas kehilangan orang-orang yang mereka sayangi ..

Aku mengatakan sedemikian rupa kerana adakalanya penyiar-penyiar di negara kita ini terlalu ghairah untuk menonjolkan ‘keperihatan’ mereka terhadap perkara sebegini sehingga mereka berebut-rebut membawa masuk pelbagai ‘so-called expert’ untuk memberi pandangan, memberi nasihat … semata-mata untuk mendapat ‘rating’ yang lebih baik… tanpa mereka sedari … ianya amat menjengkelkan ramai orang. Ada juga yang akan membuat temubual dengan waris mangsa… dan soalan yang paling popular ialah “apa perubahan-perubahan yang dilihat pada mangsa sebelum kejadian itu?”… dan “apa harapan waris mangsa kepada usaha yang dilakukan oleh pihak berkasa?” … Berilah ruang sehari itu untuk seluruh rakyat Malaysia berkabung sepenuhnya tanpa ada pendapat dan pandangan dan luahan rasa yang sebenarnya tidak begitu 'penting' untuk di hebahkan.

Let us be civil and pray with hope that this tragedy will never happen again. Pray that we will be strong and pray that we will strengthened our unity in the face of adversity .. and pray that humanitarian will prevail above everything.

Sama-samalah kita menghormati arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri dan bersatu untuk memberi penghormatan terakhir kepada warganegara kita yang menjadi mangsa ‘kekejaman’ pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak ada siapa inginkan ianya berlaku …

Al-Fatihah.. 

Friday, August 8, 2014

Doa dan Harapan

Sudah begitu lama aku tidak menulis …. kerana tiada apa yang perlu aku perkatakan dan sengaja ingin berehat di bulan Ramadhan … selain itu aku rasa agak malas untuk menulis dan memperkatakan sesuatu … sepanjang tempoh berehat itu banyak perkara aku baca dalam laman media sosial  … tentang kebencian …tentang kezaliman … perebutan kuasa politik yang tiada hentinya..tragedi MAS … peperangan … dan sebagainya. Apa pun hari ini aku nak menulis tentang Doa dan Harapan. Apakah Doa dan Harapan kita semua ??

Aku tak tahu apa Doa dan Harapan para pembaca… tetapi apa yang aku tahu ialah … aku berdoa dan berharap negara ini, tidak menjadi seperti negara Syria dan Iraq yang di penuhi dengan kekejaman dan kebencian antara puak Islam dan  puak Kristian. Aku menaruh penuh harapan agar pencinta kedamaian terus meniup semangat keharmonian, semangat perpaduan supaya negara ini terus aman damai.. aku juga berharap ektremis-ekstrimis agama .. ekstrimis-ekstrimis perkauman dan ekstrimis-ekstrimis politik ..tidak mengapi-apikan isu agama.. isu perkauman dan mempolitikkan segala bentuk kehidupan di negara Malaysia ini. Aku juga berharap dan berdoa agar pihak berkuasa ..pihak yang bertanggungjawab bertindak tegas ..bertindak adil dan saksama terhadap sesiapa sahaja yang meniup semangat kebencian agama, perkauman untuk membendung gejala it uterus berleluasa yang akhirnya akan menjadikan Malaysia seperti Iraq dan Syria..

Aku juga berdoa dan berharap .. lebih ramai rakyat negara ini menggunakan akal fikiran .. daripada menurut emosi apabila adanya isu-isu yang membabitkan keperihatinan terhadap negara Palestine. Berilah sokongan semahu nya tetapi jangan sampai kita menyakiti hati saudara-saudara sewarganegara … jangan ungkit perkauman dan keagamaan kerana yang kena bom di Palestine bukan sahaja golongan Islam..malah golongan Kristian juga menerima nasib yang sama … lebihkan sifat kemanusiaan … nak boikot .. biar tahu apa yang kita nak boikot… jangan memboikot sehingga menjejaskan periuk nasi anak bangsa sendiri … jangan memboikot membuta tuli hingga perniagaan anak bangsa sendiri jatuh muflis…

Jika nak sokong apa pun ..sokonglah… tak perlu heboh-heboh.. tak perlu kecoh-kecoh ..akhirnya tak buat apa-apa!! .. apa yang kita dapat apabila memaki hamun pekerja-pekerja yang tidak bersalah .. kerana mereka hanya mencari rezeki … apa yang kita dapat marah-marah ..hentam sana hentam sini … tapi masih juga mencari dan memakai barangan luar negeri … justeru jadilah diri sendiri… jangan tunjuk hipokrasi diri …

Maaf .. inilah pandangan peribadi aku … tak setuju tak apa ..kerana negara ini negara demokrasi .. boleh beri pandangan sesuka hati.. asal sahaja tidak menyalahi undang-undang negara .. pun begitu … gunalah akal yang diberi … jangan terlalu beremosi ..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri .. hari ini aku menulis lagi …