Monday, May 19, 2014

Janji Manis ..

‘Oh dunia ini ..penuh kepalsuan..’  begitulah antara lirik lagu Janji Manismu oleh penyanyi Aishah .. dan bait-bait lagu itu penuh makna .. dan dalam masyarakat kita yang gemar membuat janji .. kadangkala terpikir jua..apakah orang yang membuat janji itu sedar akan komitmen dan ikatan dirinya terhadap janji-janji yang telah diungkapkan.  Secara sedar atau tidak ..kita sudah membohongi diri kita dengan membuat pelbagai janji kepada anak-anak kita … agar mereka mahu ke sekolah ..supaya mereka membuat kerja rumah..supaya mereka belajar rajin-rajin dan mendapat kecemerlangan akademik .. dan aku percaya ramai ibu bapa yang melakukan nya setiap hari ..dan berapa ramai dikalangan ibu bapa yang dapat menunaikan janji-janji mereka … ?? Ingatkah lagi ibu bapa ..apa yang mereka janji kepada anak-anak mereka sejak mereka di tahap satu Tadika ? atau di tahun Satu ..sekolah rendah ? Apakah semuanya sudah ditunaikan ? Jika tidak .. mungkin inilah perasaan anak-anak terhadap kita ‘hati membeku mengingkatkan kata janji manismu…’  

Dalam politik ..janji-janji umpama bertih jagung bertaburan ..terutamanya di musim pilihan raya ..dan pasti banyak janji-janji di taburkan di Pilihan Raya Kecil Balingian, Kajang, Gelugor dan juga Teluk Intan .. Balingian dan Kajang dan berlalu … apakah janji-janji yang di masyhurkan oleh kedua-dua pihak sudah mula dilaksanakan …atau masih lagi dalam KIV (Keep In View) ? Sejauhmana janji-janji yang di taburkan menjadi satu reality selepas pilihan raya ??? .. berapa peratus ?? 50 peratus ?? 70 peratus ?? atau 90 peratus ?? … siapa yang menghitungnya ?  Bagaimana pula di Gelugor dan Teluk Intan nanti ? Yang pastinya…janji-janji semasa berkempen seoalh-olah satu kemestian kepada semua calon dan parti yang bertanding ..dan rakyat yang mendengarnya hanya tergangga dan bertepuk tangan ..tapi sejauhmana menjadi satu kenyataan ..wallahualam!!.

Janji memain peranan utama dalam percintaan dan semasa berkasih kasihan .. ramai yang sanggup berjanji bulan dan bintang …sanggup meredah api demi cinta yang sejati … sanggup sehidup dan semati .. itu semua kata-kata yang diungkapkan sebelum dapat apa yang diidam … tapi bila dah dapat .. .. beribu alasan dikemukakan … umpama habis manis sepah dibuang .. sama juga dengan yang sudah berkahwin … cinta sejati konon .. jika tidak dapat berkahwin dengan si dia ..tidak guna hidup  ..tapi bila sudah beranak pinak ..macam keretapi … boleh pulak kata tiada lagi jodoh …atau sudah tidak sefahaman lagi ?? ..mana janji sehidup semati ?? mana janji sanggup meredah lautan api ?? … lagi teruk dan dahsyat ..ialah pasangan yang bercintan cintun bagai nak rak …tayang sana sini ..hanya puji-pujian yang terhambur keluar dari tuturkata..hanya kebaikan yang nampak dimata..sekelumit keburukan pun tiada pada pasanganya … tapi bila tak jadi kahwin …atau baru kahwin sebulan dua … semua keburukan menjelma..dan terhambur segala nista … kan dah kata ?? Janji itu hanya tinggal janji …jarang sangat janji sebegitu dikota … maka statistik …semakin lah ramai … seperti kata Aishah ‘lidah tidak bertulang…’ maka itu lah begitu mudah kita sebagai manusia mengukir janji …

Justeru … ingatilah kata-kata ini dari Arthur Warwick

‘I had rather do and not promise than promise and not do’

Wednesday, May 14, 2014

Harga, Hargai dan Penghargaan

Harga menurut pemahaman aku ialah nilai tukaran bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan samada dalam bentuk matawang atau pun tukaran barang. Jika ianya dikaitkan dengan manusia ianya lebih terarah kepada harga diri seseorang atau pun nilai yang ada pada seseorang.  Harga seorang manusia itu sukar untuk kita tentukan tinggi rendah nilanya.. namun masyarakat sentiasa melihat nilai harga seseorang itu pada kedudukan atau status dalam masyarakat, pangkat, kekayaan dan juga pendidikan ..walaupun hakikatnya manusia lebih dinilai harga daripada adab tertib dan pelakuan .. boleh kah seorang manusia yang berkedudukan tinggi dan mempunyai status dalam masyarakat itu dianggap mempunyai nilai harga diri yang tinggi sedangkan pelakuan moral dan adab nya lebih teruk daripada seorang pengemis jalanan? Bolehkah seorang manusia yang berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi dianggap mempunyai harga diri yang tinggi sedangkan segala tindakan nya mengalahkan pelakuan jin dan setan ? Bolehkah seorang yang kaya raya dianggap mulia dan mempunyai harga diri yang tinggi sedangkan sentiasa menindas orang lain? Maka adalah amat sukar untuk kita mengukur dan memberi penilaian kepada harga diri seseorang manusia hanya kerana kedudukan dan status nya, pangkat nya atau pun kemewahan yang dimilikinya …

Setiap manusia yang mempunyai harga diri sebenarnya sentiasa ingin diHargai.. dan diberi Penghargaan ..walau sekecil mana sekalipun ungkapan .. tidak ada seorang manusia pun di muka bumi ini yang tidak mahu diHargai.. maka sebab itulah timbulnya pelbagai hari yang dedikasikan kepada golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Kita ada Hari Ibu..sebagai penghargaan kepada golongan ibu..kita ada hari Wanita..untuk menghargai jasa dan pengorbanan wanita..kita ada Hari Guru, Hari Buruh, Hari Perkhidmatan Awam, Hari Bapa …semuanya untuk menghargai jasa, usaha dan pengorbanan yang diberikan oleh golongan-golongan yang dinyatakan. Sambutan dan perayaan yang diadakan sempena hari-hari istimewa ini semuanya bergantung kepada diri masing-masing walaupun ada sesetengah pihak memandang serong terhadap beberapa hari yang dikhususkan..seperti Hari Valentine dan April Fools Day …

Pun begitu apa-apa penghargaan daripada seseorang merupaka satu motivasi dan anugerah yang sepatutnya layak diberikan kepada sesiapa pun yang memberi khidmat yang baik dan bukanya berdasarkan berdasarkan giliran atau sebab orang itu dah ‘nak pencen’. Jika itulah ukuran kepada pemberian penghargaan dan anugerah, maka segalanya tidak mencerminkan keadaan sebenar ‘kepentingan’ penghargaan itu kepada penerimanya. Dan inilah yang banyak berlaku dalam sector awam dimana anugerah disandarkan kepada ‘giliran’ dan atas sebab ‘nak pencen’ hinggakan anugerah itu sudah tidak lagi membawa apa-apa makna kepada ‘kecemerlangan’defeat the purpose.. just superficial ..


Penghargaan seharusnya bersifat sesuatu yang benar-benar ‘genuine’ kerana itulah sifat penghargaan yang sebenarnya … ada orang mengharap penghargaan di atas usaha penat jerih mereka .. penghargaan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit atau barangan..cukuplah sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ .. namun ada manusia yang berkedudukan tinggi, berpangkat …bila berkuasa..cukup sukar untuk mengungkap terima kasih kepada orang bawahan ..ada pula yang merasakan orang bawahan itu sebagai kuli dan tidak layak diberi ucapan ‘terima kasih’.. . some bosses are too damn egoistic to say thank you just because we are just another subordinate….

Monday, May 12, 2014

Bodoh Sombong ?

Pernah seorang kawan rapat berkata ... pandai tak boleh diajar, bodoh tak boleh ditegur.. aku pun tak tau apa maksud sebenar tapi apa yang aku paham ialah seseorang yang merasakan diri nya pandai dan enggan untuk mendengar nasihat orang lain..hatta apa lagi nak belajar pengetahuan baru dari orang. Dalam masyarakat kita di Malaysia , ramai dikalangan kita mempunyai sikap sedemikian..terutamanya dikalangan sektor awam...dan amat berkaitan dengan kedudukan dan pangkat dalam organisasi .. berdasarkan pemahaman aku .. bodoh bermaksud tidak cepat berfikir atau lambat (lembab) dari segi pemikiran atau kurang keupayaan untuk memahami sesuatu manakala sombong  pula pada pemahaman aku ialah seseorang yang merasakan dirinya mempuyai keupayaan melebihi orang lain atau seseorang yan memandang rendah pada keupayaan atau kebolehan orang lain..maka jika dicantumkan...maksudnya ialah seseorang yang lembab yang cuba berlagak pandai ..

Apabila kita berhadapan dengan orang yang bodoh sombong kita akan menghadapi suatu keadaan yang amat sukar untuk mendapatkan persetujuan atau memberi kefahaman. Pastinya pandangan kita juga akan diremehkan oleh orang yang bersikap bodoh sombong kerana sukar baginya untuk menerima pandangan orang orang lain selain dirinya.. apatah lagi untuk menegur perilaku orang yang bersikap bodoh sombong. Hebatnya orang bodoh sombong ini ialah mereka mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi mempunyai otak yang kecil...mungkin mengecut semasa belajar keterlaluan..memaksa otak untuk menerima segala maklumat.. antara kebodohan ketara yang terdapat pada orang yang bodoh sombong ialah sering mengakui banyak membaca buku ..tetapi kurang memahami apa yang sudah dibacanya...dan sukar untuk menghayati isi kandungan buku yang dikatakan sudah dibacanya.. bila ada orang mengatakan sudah membaca sesebuah buku..dia pun mengaku juga dia telah membaca buku tersebut..dan bila ditanya apa kandungan dan faedah daripada buku itu..emmm…gerenti tak tahu ...

Orang Bodoh Sombong nie bila kita ajak untuk berbincang mengenai sesuatu perkara biasanya akan menjawab… ‘aahhh..perkara biasa senang bah..kacang saja itu!’… ayat-ayat lazim yang akan terkeluar ditambah dengan mimic muka yang kesombongan … dan setelah itu pula akan merungut dengan pihak atasan dan menuduh orang lain tidak memberi kerjasama bila didapati telah melakukan banyak kesalahan dalam melaksanakan tugas. Inilah yang kadangkala berlaku dalam sector awam apabila banyak yang berlagak dan menjadi bodoh sombong. Individu bodoh sombong juga apabila bergaul dengan rakan-rakan akan sentiasa ingin memperlihatkan kehebatan dirinya samada melalui percakapan atau melalui perlakuan. Sekiranya dalam kumpulan yang bercerita tentang sesuatu pencapaian..atau bercerita mengenai hobi.. individu bodoh sombong tidak mahu kalah dengan orang lain..atau dia pasti ada hobi atau pencapaian yang lebih hebat daripada orang lain.. contohnya jika ada dikalangan rakan yang pergi memancing ikan di laut ..mendapat ikan seberat 10kg..pasti si bodoh sombong akan mengatakan dia lagi terrer…iaitu mendapat ikan seberat 30kg!!... begitulah hebatnya dirinya …

Orang bodoh sombong nie sebenarnya kuat membodek atau kuat mengampu ketua atau pihak atasan.. dan sangat suka bermuka-muka dihadapan teman-teman sepejabat.. dihadapan kita dia bercakap lain..dibelakang kita dia kutuk bagai nak rak ..dan akan menceritakan keburukan kita dihadapan ketua …agar dirinya nampak seperti seorang ‘malaikat’ walhal dirinya lebih teruk daripada segala jin dan setan …kerana gemar menganiaya orang lain..mengucar kacirkan suasana pejabat dan melaga-lagakan orang lain dengan pelbagai cerita yang tidak benar.. dan lebih teruk apabila orang bodoh sombong ini memegang tampuk kuasa …dia akan melihat semua orang yang disekelilingnya sebagai satu ancaman kepada kedudukan yang disandangnya..dan memastikan orang-orang yang dianggap ancaman itu dipindah …ke tempat lain.. dia sering berburuk sangka dengan sesiapa sahaja yang memberi pandangan atau pendapat yang berbeza daripada pendapat dirinya atau tidak bersetuju dengan tindakan nya … orang bodoh sombong akan memastikan orang-orang disekelilingnya orang-orang yang sentiasa bersetuju dengan segala pandangan nya atau tindakan nya ..dengan kata lain..YES MAN.. seperti burung belatuk (parrot) yang akan menuruti /meniru apa sahaja yang diperkatakan oleh tuan nya….


Adakah anda tergolong didalam golongan itu ?

Friday, May 2, 2014

Sombong..Bongkak ..Angkuh ..Apa lagi ye?

Kenapa manusia menjadi sombong ? Apa penyebab mereka menjadi bongkak ? Selain perkataan sombong, bongkak..ada lagi perkataan yang berkaitan..iaitu angkuh. Menurut  sebuah hadis ‘Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia’ (Riwayat Muslim). Ada yang mendefiniskan sombong, bongkak, angkuh atau ego ini sebagai membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Sombong dalam Bahasa Inggeris ialah arrogant yang didefinisikan sebagai ‘having or revealing an exaggerated sense of one’s own importance or ablities’ .  Imam Al Ghazali menyifatkan orang sombong ini berpenyakit, iaitu penyakit hati yang amat berbahaya dan beliau menggariskan tujuh (7) cara untuk mengenali orang yang sudah dijangkiti virus sombong .

Pertama katanya ialah apabila seseorang itu merasakan dirinya mempunyai pengetahuan ilmu yang lebih tinggi daripada orang lain, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat.  Dia menganggap orang ain jahil dan tidak berpengetahuan hinggakan tidak mempedulikan apa pun pandangan orang lain walaupun pandangan itu lebih baik daripada pandangan dirinya. KeSOMBONGan ini menyebabkan dirinya mohon atau sentiasa minta dihormati terutamanya di khalayak ramai dan menuntut orang lain untuk memuliakan nya. Virus sombong seperti ini banyak berlaku dalam sektor awam dimana ada dikalangan mereka yang sudah menuntut ilmu sehingga mendapat sarjana dan kedoktoran..dan merasakan diri mereka lebih layak untuk mendapat lebih baik daripada apa yang orang lain dapat yang tidak mempunyai tahap ilmu yang mereka ada. Malah ada yang merasakan idea-idea orang lain itu tidak bernas dan tidak masuk akal kerana merasakan teori-teori mereka lebih baik berbanding amalan yang dikemukakan oleh orang lain …

Kedua keSOMBONGan melanda hati seseorang manusia apabila mereka lebih beribadat daripada orang lain dan merasakan tiada orang lain mampu beribadat seperti mereka dan menggangap orang lain jahil dan tidak sewarak mereka. Golongan seperti ini sentiasa mempersoalkan akhlak orang lain dan juga menghina orang lain yang tidak bersembahyang seperti mereka. Sombong, riak dan takabur  hingga jika ada orang melakukan kesilapan, mereka akan sudah jatuhkan hukum terhadap orang tersebut seolah-olah mereka adalah juri dan hakim untuk dunia dan akhirat. Golongan seperti ini boleh kita lihat berkeliaran di dalam organisasi, kampong dan juga taman-taman perumahan dan sentiasa memperkatakan tentang akhlak orang lain tetapi tidak melihat akhlak diri sendiri.

Memperkasakan keturunan juga adalah keSOMBONGan yang ketiga dimana ada golongan yang merasakan diri mereka daripada golongan bangsawan, golongan yang berketurunan mulia dan sering mengaitkan diri mereka dengan nenek moyang yang keramat dan hebat. Masyarakat kita, terutamanya masyarakat melayu masih lagi dibelenggu dengan hal-hal keturunan apabila ingin menjalinkan silaturrahim. Contoh terbaik ialah ceritera Kassim Selamat ..lakonan P.Ramlee ..masih ingat dialog ‘Siapa Kassim Selamat? Doktor? Lawyer? Pantang keturunan aku…” dan ia masih berlaku dalam masyarakat hari ini seperti yang sering dipaparkan di dalam TV. Kalau bukan anak hartawan, kalau bukan anak orang kaya, kalau bukan anak orang ternama …orang lain tidak layak untuk menjadi menantu kerana keturunan orang lain semuanya tidak setaraf atau tidak semulia mereka ..itulah keSOMBONGan masyarakat kita yang masih kekal hingga ke hari ini…

KeSOMBONGan keempat, menurut Iman Ghazali ialah kecantikkan hingga ada yang merasakan orang lain tidak sempurna dan sanggup menghina atau menyindir. Kecantikkan dan kesempurnaan ialah anugerah Tuhan dan tiada siapa ingin menjadi hodoh, pendek ataupun berkulit gelap . Pun begitu kerana ramai yang ingin menjadi cantik ..maka bermacam-macam produk dihasilkan oleh manusia untuk menjadikan diri mereka cantik, bergaya malah ada yang sanggup membuat pembedahan dan mengubah apa yang dikurniakan oleh Tuhan.

Kelima, keSOMBONGan manusia yang diberikan kelebihan harta hingga lupa daratan, keSOMBONGan manusia yang diberikan pangkat yang lebih tinggi daripada orang lain hingga memandang rendah kepada kedudukan orang lain. Kekayaan mengaburi mata dan naluri insan dalam diri mereka dan sanggup menghina orang yang tidak mempunyai apa yang mereka miliki. Pangkat yang lebih tinggi menyebabkan mereka lupa asal usul mereka hingga mereka tidak memperduli apa pandangan atau pendapat orang lain.Inilah keSOMBONGan manusia yang paling hina dan menjadi penyakit yang amat serius dalam masyarakat kita.

Keenam, manusia juga menjadi sombong apabila dianugerah dengan kekuatan fizikal dan menunjuk-nunjuk kegagahan diri di mata masyarakat untuk mendapat pujian dan sanjungan seperti menarik bas dengan rambut atau gigi dan mampu menahan kesakitan dihempap batu dan dicucuk dengan besi dan akhir sekali manusia menjadi SOMBONG apabila merasakan diri mereka mempunyai pengikut yang ramai dan berbangga dengan kebolehan nya mempengaruhi ramai manusia untuk menurut kata-katanya untuk melakukan apa sahaja ..hatta hingga terlupa perbuatan nya boleh merosakkan negara dan juga perpaduan bangsa…


Justeru, periksa diri kita samada kita juga tergolong di dalam tujuh (7) petunjuk orang-orang yang dijangkiti virus SOMBONG ..penawarnya ada ditangan kita sendiri kerana sesungguhnya penyakit SOMBONG lambat laun akan memakan diri sendiri.

Friday, April 18, 2014

WARAS Ke ?

‘Waras ke?’ kata seorang ahli YB menyapa hadirin dalam satu majlis..aku tersentap dan dalam hati berkata ‘biar betul YB nie?’ Dalam gelak tawa ramai juga yang menjawab ‘waras’ … dan aku lihat YB tersebut tersengih dan dengan selamba berkata ‘Alhamdulillah ..syukur ..kerana masih ramai lagi warganegara yang berfikiran waras ..walau pun semakin ramai dikalangan kita sudah hilang keWARASan nya..sudah lupa untuk mengucap syukur ..sudah tak ingat nak ucapkan terima kasih ke atas apa yang kita perolehi dan nikmati’.. begitulah pembuka bicara ..seorang pemimpin di atas pentas satu majlis ilmu … dan ketika itu aku juga tersenyum simpul baru mengerti maksud tersirat kepada sapaan awal YB itu tadi … ya aku masih WARAS!!...

Aku masih WARAS untuk mengucap syukur kepada Allah S.W.T setiap pagi ..ke atas segala nikmat yang diberikan nya..membolehkan aku masih bernafas .. memberikan aku kekuatan untuk menggerakkan anggota badan ku ..memberikan aku kesihatan fizikal dan mental …dan memberikan aku segala kebajikan untuk aku terus hidup menyara isteri serta anak-anak ku … ya dan aku masih WARAS untuk berterima kasih kepada negara ku yang aman damai …tidak dilanda bencana besar..tidak di selaputi huru hara ..tidak dihujani derita seperti yang berlaku di Syria, Palestin, Benua Afrika … dan sedihnya ada dikalangan manusia negara kita sudah hilang keWARASan mereka… mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka sewenang-wenangnya mampu berseloka bersenda gurau dengan kematian orang lain … mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka bergelak tawa di atas kesengasaraan orang lain … dan mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka mempolitikkan isu berkaitan kematian ..dan menunding jari kepada orang lain.. mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka langsung tidak sensitif kepada kesedihan yang ditanggug orang lain … kerana mereka hanya mementingkan ‘political mileage’ … mereka hanya mementingkan diri mereka …

Mereka hilang keWARASan apabila mereka masih lagi memikirkan untuk mempertahankan ‘hak eksklusif’ mereka …dan mereka hilang keWARASan apabila tidak membenarkan orang lain ..selain mereka ..menggunakan bahasa yang mereka gunakan untuk agama mereka .. dan mereka hilang keWARASan apabila mereka sudah berani menjatuhkan hokum hakam …walaupun mereka tahu itu bukan hak atau priviledge mereka.. pada aku mereka ini tidak layak digelar pejuang ..kerana mereka lebih suka menimbulkan kontroversi …mereka lebih suka melihat rakyat berpecah belah di atas prinsip yang mereka cipta ..bukan yang mereka diberi kuasa.. pada aku mereka inilah pengkhianat kepada perpecahan bangsa …. Perpatah Jepun mengatakan ‘the reputation of a thousand years maybe determined by the conduct of one hour’ yang membawa maksud segala usaha murni..usaha perpaduan..usaha penyatuan berpuluh tahun lalu boleh musnah dengan sekelipn mata’ jika pemerintah masih membenar atau mentutp sebelah mata kepada golongan yang ekstrim bersuara dalam negara ini … menjadi jaguh kepada sesuatu yang mampu memusnahkan bangsa dan negara bukan jaguh namanya … kerana …negara ini bukan milik satu bangsa ..negara ini bukan milik satu agama …. negara ini milik semua yang bergelar Warganegara …… apa pun fahaman politik mereka ..apapun agama kepercayaan mereka …



KeWARASan minda menjulang pemimpin sebenar ….KeWARASan tindakan membuktikan pemimpin yang unggul … kerana hanya pemimpin yang bertindak mengikut akal ..yang bertindak tanpa akal ..tanpa berfikir adalah golongan yang mengangkat diri mereka sebagai pemimpin..yang berperasaan diri mereka adalah pemimpin…yang menganggap diri mereka adalah pemimpin… dan yang ingin benar menjadi pemimpin dan ingin dianggap sebagai pemimpin…..


Jadi WARAS ke kita hari ini? …fikir-fikirkan …

Thursday, April 17, 2014

Celupar

Emmmm…rasanya pasti tertanya-tanya apa cerita Celupar ? Tiba-tiba rasa nak menulis mengenai mulut Celupar ..atau dalam bahasa lain Sedap Cakap Ikut Rasa atau Mulut Jahat… kalau ikut takrifan dari Dewan Bahasa dan Pustaka .. Celupar ialah kelanjuran (mula baca ingat ketelanjangan..he he) … perihal terlanjur, keterlaluan … berkaitan dengan tutur kata atau percakapan… banyak cerita Celupar sebenarnya.. ada yang bagus..ada yang tak bagusnya …sebab itu orang-orang dulu berpesan Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Kata Binasa Padahnya… Keceluparan manusia ini bukan satu penyakit atau sindrom yang berjangkit..tetapi suatu habit atau sikap semulajadi dalam diri seseorang yang sukar dikawalnya ..terutama apabila emosinya terganggu atau perasaan nya disakiti .. pun begitu keceluparan boleh berlaku kerana kurangnya pendidikan dan juga pemahaman ke atas perasaan orang lain atau kurang sensitiviti kepada persekitaran … dan keceluparan berlaku kerana memang perangai semulajadi seseorang individu itu sendiri …

Orang yang suka menabur fitnah.. atau menyebarkan aib orang lain..atau mengatakan orang lain juga boleh dianggap Celupar kerana suka-suka memperkatakan atau menjaga hal orang lain … dan keceluparan jenis ini amat bahaya kepada orang yang menjadi sasaran nya …kerana boleh menjatuhkan maruah atau memalukan orang itu …ianya juga bahaya dari segi fizikal kepada orang yang bermulut Celupar andainya orang yang menjadi sasaran nya mengenalpasti identiti si Celupar. Tahap kebahayaan itu …boleh mendatangkan kecederaan..atau pun paling tidak terpaksa berjawab di dalam kamar mahkamah … dan banyak kali kita lihat..tengok dan dengar bagaimana keceluparan pemimpin politik kedua-dua pihak …berakhir di mahkamah…dan juga artis-artis yang bermulut tempayan yang suka-suka mencari publisiti murahan dengan mengatakan rakan artis lain… dan kalau kita baca beberapa komen dalam laman sosial memang ramai yang agak celupar ..mungkin mereka merasakan orang tidak kenali diri mereka..dan mereka berani berkata apa sahaja ..sebab itulah ramai yang tak guna nama atau gambar sendiri..dan ini memudahkan mereka menjadi key board warrior..hentam sana sini .. bila kedapatan..macam-macam alasan..kena hack..bukan dia buat dan sebagainya..

Orang yang bercakap berterus terang juga dianggap Celupar …kerana cara dia bercakap dengan nada dan suara yang kurang adab ..bukan kerana dia berani bercakap dihadapan orang … Keceluparan jenis ini biasaya mendapat balasan yang segera..seperti penampar …atau tumbukan ..sepakan dan sebagainya … Keceluparan jenis ini biasanya berkaitan dengan sindiran atau perkataan-perkataan sinis yang dikeluarkan oleh seseorang terhadap orang lain..atau komen-komen yang tak berapa nak bagus..lebih banyak menyakitkan hati ..tertutamanya bila ia ditambah dengan mimikan muka atau aksi badan yang cukup memualkan … Keceluparan begini biasanya berlaku dalam perbincangan..atau diskusi …atau pertemuan pihak berkuasa dengan pihak-pihak yang menuntut keadilan…atau dalam majlis-majlis yang bersifat keilmuan … dan kalau kita lihat dalam insiden kehilangan MH370 …keceluparan warga sebuah negara ..yang langsung tidak tahu erti kesyukuran…dengan membuat bantahan dan menuduh negara ini membunuh rakyatnya..walhal mereka yang datang ke negara ini secara sukarela…malah diberi tempat tinggal, disediakan makan minum dan dijaga kebajikan mereka…itulah tanda keceluparan yang paling manusia yang tidak tau erti bersyukur… kalau ikutkan hati kita berhak menghalau mereka keluar kerana membuat demonstrasi di negara kita…


Satu lagi jenis keceluparan..ialah Celupar dari segi sukar nak tutup mulut …sukar nak simpan rahsia..seperti mendedahkan rahsia kerajaan…sedangkan sudah berikrar akan sentiasa menjaga kepentingan organisasi …malah ada peraturan dan undang-undang yang mengikat (bond) mana-mana kakitangan awam dan swasta untuk tidak mendedahkan rahsia organisasi kepada orang lain..tetapi apa yang kita dapati hari ini..seolah-olah sudah tidak ada rahsia lagi …bukan soal tidak ada ketelusan..tetapi ada perkara yang tidak patut didedahkan kepada orang ramai …kerana ianya boleh mengundang pelbagai persepsi..terutamanya persepsi negatif… mungkin juga si pelaku kurang arif tentang peraturan kerana terlalu ghairah nak tunjuk dia proaktif…atau dia memang sengaja …itu dua perkara yang boleh kita fikirkan..namun kesan nya amat tidak membanggakan…


Maka dalam apa jua pun tindakan kita…berhati-hati dalam setiap tindakan agar ..tidak berlaku keceluparan… dari segi tutur kata atau perlakuan serta tindakan kita … meskipun kita terganggu dari segi emosi ..dari segi mental …kerana akibat keceluparan biasa nya tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri..

Sunday, April 13, 2014

Menipu..Tertipu..Penipu

Mungkin ramai yang mengalami masalah seperti tajuk yang aku nak tulis hari ini..iaitu hal Menipu..Tertipu dan Penipu. Secara relatifnya semua itu berkaitan dengan penipuan..tak kira kita yang menjadi pelakunya..atau kita menjadi mangsa … kepada perlakuan seseorang atau kumpulan tertentu .. Menipu, Tertipu dan Penipu berasal dari perkataan TIPU yang maksudnya adalah untuk mengelirukan orang lain melalui muslihat dan perbuatan yang tidak jujur kepada orang lain. Perlakuan Menipu dianggap mementingkan diri sendiri atau pun kumpulan. Semasa kita kecil..kita Menipu Ibu bapa kita dalam banyak hal…daripada pergi mengaji Al-Quran..sekolah dan juga pergaulan kita dengan kawan-kawan. Bila ibu atau ayah tanya dah pergi mengaji belum…kita jawab sudah padahal kita tak pergi pun rumah guru mengaji..sebaliknya bermain dengan kawan-kawan di tebing sungai …kita ponteng sekolah bermain di pusat permainan..tetapi kita beritahu ibu bapa kita ke sekolah..dan kita Menipu lagi bila ibu bapa sapa kawan-kawan kita … tetapi apabila kita dewasa…baru kita sedari bahawa kita sebenarnya telah Menipu diri sendiri …bila kita tak mampu membaca Al-Quran..tidak mencapai tahap akademik yang baik …dan terjebak dengan pelbagai gejala tidak sihat … dan penipuan yang kita lakukan ke atas ibu bapa kita memakan diri kita sendiri… Menipu duit rakan..kenalan dan teman menjadi lumrah dalam masyarakat..iaitu satu penyakit … yang aku gelarkan mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain…berbagai alasan dikemukakan dan manisnya kata-kata diungkap..…agar rakan atau kenalan bersimpati dan menghulurkan bantuan…tetapi bila tiba masa nak bayar balik..cukup liat…dan banyak lagi ulasan dan alasan di berikan….ha ha ha…da nada orang Menipu diri mereka sendiri…untuk mempengaruhi orang lain..contohnya..guna nama orang lain..letak umor lebih muda…atau letak gambar yang lebih comel..cantik.. dan pada pandangan aku..orang yang sebegini sebenarnya Menipu diri sendiri dan mempunyai nilai-nilai diri yang teramat rendah..hingga malu mengaku dirinya yang sebenar...

Ramai yang Tertipu kerana terpengaruh dengan kata-kata manis ..janji-janji manis…golongan yang Menipu di alam siber….wanita-wanita yang kesepian..kesunyian mencari cinta…terpedaya ..dengan gaya..rupa …dan budi ..sindiket Penipu alam siber…bukan sahaja kadang-kadang hilang harta malah hilang maruah pun ada.. manakala lelaki-lelaki miang dan gatal pula Tertipu dengan kecantikkan..keseksian..kegatalan…’wanita-wanita’ di alam siber hingga hanyut dibuai impian hilang ribuan ringgit … entah bagaimana begitu mudah lelaki dan wanita negara kita ..Tertipu ..mungkin kerana dipengaruhi rupa paras..Penipu yang hensem..comel molek.. atau kerana ketamakkan..terpengaruh dengan wang ringgit yang dijanjikan..atau terpengaruh dengan kelembutan janji-janji manis belaian yang mereka dambakan… selain itu kita juga mudah Tertipu dengan janji-janji ahli politik yang gemar menabur pelbagai janji semasa kempen pilihan raya.. dan kita juga begitu mudah Tertipu dengan iklan-iklan..dalam TV dan Radio..hingga sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan barangan yang diiklankan..tetapi .. kita juga mudah Tertipu oleh promosi-promosi jualan murah yang tiada kesudahan….tiap bulan ada sahaja promosi..hingga kita sanggup bersesak-sesak..berebut rebut membeli barang…walaupun hakikatnya …. Kita Tertipu dengan ‘kehebatan’ ubat-ubatan..kosmetik …hingga kita berebut-rebut membeli dengan harapan kita menjadi segagah Arnold Schwarzenegger…sehebat Cristiano Ronaldo …secantik Angelina Jolie ..walau pun hakikatya… fizikal dan rupa kita jauh berbeza dengan idola-idola atau ikon yang diperkatakan..


Disebabkan kita begitu mudah Tertipu..maka semakin ramai Penipu mengambil peluang ke atas kelemahan kita….pelbagai makanan kesihatan..barangan kecantikkan… di gembar gemburkan bahawa kita akan mampu menjadi seperti apa yang diperkatakan di dalam iklan…hingga sanggup berbelanja ribuan ringgit… Penipu berkeliaran di alam maya..Penipu berkeliaran di dalam masyarakat kita…. Ada yang menjadi Penipu kerana desakan hidup..dan ada yang menjadi Penipu kerana untuk cepat mendapat keuntungan dan kekayaan..dan ada menjadi Penipu untuk mendapat tempat dalam masyarakat..dalam organisasi… dan ada yang menjadi Penipu kerana ..itu dah menjadi  kehidupan dan kerjaya nya.. nak tulis banyak lagi..berkaitan hal Menipu Tertipu dan Penipu memang banyak..tetapi cukup disini untuk renungan kita bersama..