Ramadhan..bulan paling mulia dalam kalender Islam..bulan yang dianggap membawa seribu nikmat..dan kebaikan..bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam..bulan untuk meningkatkan ibadah..menambahkan pahala..dan menghapus segala dosa...
Bila tiba bulan Ramadhan..pelbagai aktiviti ilmu..aktiviti sedekah..dijalankan..dan tidak ketinggalan..(dah jadi macam tradisi laa pulak...) majlis-majlis berbuka puasa diadakan oleh organisasi..individu yang ternama yang kaya raya dan juga pertubuhan-pertubuhan..persatuan-persatuan...dan selalunya akan melibatkan golongan miskin..golongan tiak berkemampuan dan khasnya anak-anak yatim..
Macam satu trend juga...majlis agihan bubur lambuk...di jalan raya..di premis...di kedai..di gerai...dilakukan sempena bulan Ramadhan yang mulia...memang la orang Malaysia ini cukup baik..
Cuma aku heran..kenapa..aktiviti sedekah..meraikan orang miskin dan anak-anak yatim ini perlu di lakukan dalam bulan Ramadhan sahaja? Maksud aku ialah..memang banyak sangat aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) korporat-korporat, syarikat-syarikat gergasi negara ini...yang menjurus kepada mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim..golongan miskin...atau pengagihan barang makanan...
Alangkah baiknya jika setiap bulan konglomerat ka korporat ka..atau syarikat-syarikat besar ata organisasi di negara kita membuat CSR dengan anak-anak yatim dan golongan miskin supaya dapat mengurangkan peminta sedekah yang melibatkan anak-anak yatim...sampai bulan puasa pun ada lagi yang merayau merayu mohon derma di stesen minyak..tempat orang berbuka puasa...
Teringat lagu Awie Rafael dan Malique 'kalau aku kaya........
No comments:
Post a Comment