Apabila tiba perayaan..apa-apa perayaan sekarang ini...pasti ada mercun dimainkan..malah ketiadaan mercun macam tiada 'kemeriahan' .. .. kalau ingat lagu Hari Raya yang dinyanikan oleh biduanita Sharifah Aini ..ada lirik berbunyi 'dam dam dum..bunyi mercun..' membuktikan mercun sudah dimainkan di musim Hari Raya sejak dahulu lagi... kalau Tahun Baru Cina..tak payah cakap la..memang bunyi mercun pada 12 tengah malam itu seperti 'zon perang' ..bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan penempatan kaum Cina...
Pun begitu..walaupun kaum Cina sudah bermain mercun beratus tahun dulu..semasa menyambut perayaan mereka amat jarang kita dengar kaum Cina terputus jari..terburai perut..atau cedera serius semasa bermain mercun berbanding kaum Melayu. Boleh dikatakan setiap tahun..pasti ada berita anak-anak remaja kaum Melayu yang cedera parah akibat mercun!!..tetapi tak pernah juga serik-serik!!. Dulu orang melayu main 'meriam buluh'..sampai ada yang hangus kening..rambut..itu kecederaan yang dialami...yang paling serius pun..bila meriam buluh tu meletup..sebab guna bahan karbide...
Agak-agaknya bilakah orang-orang Melayu nie nak sedar tentang bahaya main mercun yang sudah dimodifikasikan? Ye la..nak kata mercun tu bahaya..orang Cina takder pun yang cedera semasa mercun meletop letop mereka mainkan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina... nak kata mercun tak bahaya..semakin ramai orang Melayu buta, putus tangan, jari hancur..melecur ..semuanya gara-gara main mercun...
Nak salahkan siapa?
No comments:
Post a Comment