Pembunuhan pengasas AmBank baru-baru ini merupakan kes ke-empat pembunuhan menggunakan senjata api terhadap orang awam..dan menunjukkan orang-orang di Malaysia semakin ganas setiap hari!!...adakah pembunuhan seperti ini..iaitu melalui pembunuh upahan seperti yang kita sering saksikan dalam TV dan juga wayang gambar akan terus menjadi Trend di Malaysia untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati atau menyelesaikan konflik atau masalah?
Ngeri bila memikirkan begitu mudah nyawa seorang manusia diragut oleh seorang manusia yang lain..dan lebih NGERI memikirkan bahawa..negara kita begitu mudah diceroboh oleh pengedaran senjata api!!!...sedangkan di setiap pintu masuk negara..ada penguatkuasaan yang ketat dilakukan!!!.. Amat MENAKUTKAN untuk membayangkan bahawa satu hari nanti senjata api boleh dibeli di kedai-kedai di tepi jalan..sekiranya masih ada dikalangan kita yang sanggup mengadai diri untuk 'hidup mewah' !!...
Persoalan kita sekarang ialah adakah Malaysia juga akan menjadi seperti di Thailand dan Filipina dimana pembunuhan menggunakan senjata api adalah satu norma biasa dalam kehidupan rakyatnya!.
No comments:
Post a Comment