Pernah tak dengar peribahasa errr..perumpamaan..ini 'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak'! pastinya ramai yang pernah membaca..mendengar dan menggunakanya..tapi berapa ramai dikalangan kita ini yang benar-benar memahami maksudnya ?
Kalau tengok gambar sebelah nie memang tak masuk akal la yang kecik itu bapak ... pun begitu sapa boleh mengatakan ianya tidak boleh berlaku ? Dalam era masa kini semakin ramai anak muda sudah menjadi bapak!!. Tak percaya kan?? Mesti tak percaya lah!!.. Anak-anak muda hari ini memang cepat matang..lebih knowledgeable sebab didedahkan dengan pelbagai maklumat...kerana adanya kebebasan mendapat maklumat...melalui alam maya....mereka rasa mereka perlu bertindak sebagai orang dewasa...ambil tahu tentang politik..ambil tahu tentang apa yang berlaku disekeliling mereka dan perlu tahu apa keperluan dan kepentingan mereka. Dulu tugas itu dipikul oleh seorang bapa...tetapi kini tugas itu digalas oleh remaja dan belia yang dikatakan lebih berpendidikan..maka sebab itulah mereka berpolitik dan berdemonstrasi..walhal mereka sepatutnya menumpukan hidup mereka di sekolah..d universiti dan mendapat ilmu untuk membina masa depan mereka!!..bukanya membuang masa berdemonstrasi...memperjuangkan isu-isu politik sedangkan orang politik sendiri bersenang lenang duduk dalam bangunan aircon..he he he...
Satu lagi bukti yang aku rasa menyokong pandangan aku tentang 'Kecil Jangan Disangka Anak'...ialah orang-orang tua dah lanjut usia..berpengalaman dan berpendidikan tinggi ... mengajak anak-anak muda menentang institusi kerajaan..walhal mereka sepatutnya mengajar mereka untuk menghormati undang-undang..bukan mengalak mereka menentangnya..apakah ini didikan yang mereka beri kepada anak-anak mereka sendiri? Adakah mereka ingin mendidik pemimpin masa depan yang bersikap kurang ajar..biadap dan melakukan perkara yang tidak senonoh sedangkan mereka tahu...belia adalah pemimpin masa depan negara!!!...maaf cakap ..kerana 'besar pun jangan disangka bapak..' kerana perangai mereka tidak menunjukkan diri mereka seorang yang layak digelar 'bapak'...kepada golongan belia itu sendiri...
No comments:
Post a Comment