Aku amat tertarik dengan kenyataan YAB TPM yang menegaskan bahawa mempersendakan agama Islam oleh sebilangan masyarakat telah menganggu ketenteraman jiwa masyaakat Islam negara ini. Beliau juga berharap tidak berlaku gejala buruk hingga tercetusnya kaca bilau dan ketegangan dalam masyarakat. Aku teramat setuju dengan kenyataan pemimpin no.2 di Malaysia ini.
Pun begitu aku kurang bersetuju dengan pandangan beliau bahawa penganut agama Islam tidak memperlekehkan dan mempersendakan agama lain sepertimana yang dilakukan oleh penganut bukan beragama Islam. Aku ingin sangat mempercayai kenyataan beliau namun hakikatnya ada dikalangan penganut agama Islam yang mempersendakan agama orang lain tetapi TIADA TINDAKAN DIAMBIL ke atas mereka walaupun laporan dibuat kepada pihak yang berkuasa. Ada golongan yang sengaja memprovokasikan kaum lain dan mempersendakan agama mereka..melalui laman media sosial secara terang terangan namun tidak pernah diambil peduli oleh media arus perdana..apatah lagi untuk diketengahkan untuk diambil tindakan. Malang sekali kerana seolah olah negara kita mempunyai dua set undang-undang yang berbeza untuk rakyat Malaysia!.
Aku tidak mempolitikkan perkara ini cuma ingin melihat mana-mana pihak yang menghina agama orang lain atau kaum lain harus diambil tindakan yang sama..dan tidak hanya penghinaan terhadap agama Islam sahaja. Aku orang Islam dan aku pasti rasa terhina dan marah sekiranya orang menghina agama kepercayaan aku..dan begitu jugalah perasaan penganut agama-agama lain sekiranya agama mereka dipersendakan oleh orang Islam...tapi...pernahkah mereka-mereka ini diambil tindakan oleh undang-undang?
Kalau nak kata adil ..memang dari sudut pandangan aku memang tak adil kerana hanya orang yang menghina Islam sahaja yang diambil tindakan sedangkan orang Islam yang menghina agama lain seolah-olah tiada apa-apa berlaku...atau pun dalam bahasa mudahnya ...'peduli apa'!!..maka dimana keyakinan masyarakat lain untuk menyatakan slogan 1Malaysia jika isu sesensitif itu pun kita tidak mampu untuk samaratakan dari segi tindakan undang-undang. Aku tidak mempersoalkan slogan yang dikemukakan oleh DS Najib..namun aku mempersoalkan cara pelaksanaan undang-undang dan juga penguatkuasaan undang-undang ke atas isu yang sama ..namun terdapat tindakan yang amat berbeza..ini hakikat...
Sebaiknya biarla semua pihak yang terlibat bersifat jujur dan menguatkuasakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang menghina agama orang lain termasuk la pemimpin parti politik, pemimpin NGOs orang perseorangan tak kira bangsa warna kulit, keturunan, pangkat, kedudukan dan juga fahaman politiknya. Hanya dengan tindakan tegas sedemikian, berkemungkinan penghinaan ke atas agama dan kepercayaan akan dapat dibendung...kerana tidak berlaku penghinaan jika tiada provokasi oleh orang-orang tertentu..
Percayalah aku marah dan sensitif jika agamaku, bangsaku dan tanahairku dihina, dikutuk dan dicerca..maka percayailah juga bahawa perasaan itulah yang dirasai oleh kaum serta penganut agama lain...
No comments:
Post a Comment