Wednesday, July 31, 2013

Hina Agama.Kenapa ada perbezaan?

Aku amat tertarik dengan kenyataan YAB TPM yang menegaskan bahawa mempersendakan agama Islam oleh sebilangan masyarakat telah menganggu ketenteraman jiwa masyaakat Islam negara ini. Beliau juga berharap tidak berlaku gejala buruk hingga tercetusnya kaca bilau dan ketegangan dalam masyarakat. Aku teramat setuju dengan kenyataan pemimpin no.2 di Malaysia ini.

Pun begitu aku kurang bersetuju dengan pandangan beliau bahawa penganut agama Islam tidak memperlekehkan dan mempersendakan agama lain sepertimana yang dilakukan oleh penganut bukan beragama Islam. Aku ingin sangat mempercayai kenyataan beliau namun hakikatnya ada dikalangan penganut agama Islam yang mempersendakan agama orang lain tetapi TIADA TINDAKAN DIAMBIL ke atas mereka walaupun laporan dibuat kepada pihak yang berkuasa. Ada golongan yang sengaja memprovokasikan kaum lain dan mempersendakan agama mereka..melalui laman media sosial secara terang terangan namun tidak pernah diambil peduli oleh media arus perdana..apatah lagi untuk diketengahkan untuk diambil tindakan. Malang sekali kerana seolah olah negara kita mempunyai dua set undang-undang yang berbeza untuk rakyat Malaysia!. 

Aku tidak mempolitikkan perkara ini cuma ingin melihat mana-mana pihak yang menghina agama orang lain atau kaum lain harus diambil tindakan yang sama..dan tidak hanya penghinaan terhadap agama Islam sahaja. Aku orang Islam dan aku pasti rasa terhina dan marah sekiranya orang menghina agama kepercayaan aku..dan begitu jugalah perasaan penganut agama-agama lain sekiranya agama mereka dipersendakan oleh orang Islam...tapi...pernahkah mereka-mereka ini diambil tindakan oleh undang-undang? 

Kalau nak kata adil ..memang dari sudut pandangan aku memang tak adil kerana hanya orang yang menghina Islam sahaja yang diambil tindakan sedangkan orang Islam yang menghina agama lain seolah-olah tiada apa-apa berlaku...atau pun dalam bahasa mudahnya ...'peduli apa'!!..maka dimana keyakinan masyarakat lain untuk menyatakan slogan 1Malaysia jika isu sesensitif itu pun kita tidak mampu untuk samaratakan dari segi tindakan undang-undang. Aku tidak mempersoalkan slogan yang dikemukakan oleh DS Najib..namun aku mempersoalkan cara pelaksanaan undang-undang dan juga penguatkuasaan undang-undang ke atas  isu yang sama ..namun terdapat tindakan yang amat berbeza..ini hakikat...

Sebaiknya biarla semua pihak yang terlibat bersifat jujur dan menguatkuasakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang menghina agama orang lain termasuk la pemimpin parti politik, pemimpin NGOs orang perseorangan tak kira bangsa warna kulit, keturunan, pangkat, kedudukan dan juga fahaman politiknya. Hanya dengan tindakan tegas sedemikian, berkemungkinan penghinaan ke atas agama dan kepercayaan akan dapat dibendung...kerana tidak berlaku penghinaan jika tiada provokasi oleh orang-orang tertentu..

Percayalah aku marah dan sensitif jika agamaku, bangsaku dan tanahairku dihina, dikutuk dan dicerca..maka percayailah juga bahawa perasaan itulah yang dirasai oleh kaum serta penganut agama lain...

Tuesday, July 30, 2013

Insulting Other Peoples Beliefs..Provocative and Insensitive..

It was 44 years ago when riots and killings broke out between two major races..popularly known as the May 13th incident..the hatred was panned by political hatred..of both sides after the general election. The incident was forever painted as the dark days of Malaysia independence...and it spurned the government of the day..to draft our very own doctrine..known as the RUKUN NEGARA...to indoctrinated the new generation to live in peace and harmony....to uphold the law..respect the constitution and most of all..to respect other peoples beliefs. Believe in  God..the first of the five principles simplified that Islam is the country official religion but the other religion are free to be practised by any races or ethnics of this country. For 44 years this has been upheld by the generations of baby boomers...no matter which political parties they belong to.. 

But alas..sad to say that this principle Believe in God has been manipulated by many so call experts and religious bigots who think only of their political status and power..everyone seem to be an expert..and becoming ulama ..within a day or so..Religion has become a tool for political gain and mileage..to enhance their status and political well being of individuals or parties...

It is indeed provocative and insensitive of some non Muslims to post certains insult towards the Muslims, their beliefs and the Prophet PBUH...but what about the Muslims who also did the same things towards other religions and beliefs? Are they  also not guilty of insulting and provocating? The law must be fair to all..despite their political inclination..beliefs..skin colour or races. If the provocative and insulting non- Muslims are dealt with swiftly by the long arm of the law the same must be done to the Muslims who provoke and insulted other peoples beliefs and races..

Religion is not about races..religion is about the beliefs of an individual. Malays are not Islam..Islam are not Malays..because there are also Chinese, Europeans, Arabs, Negros and others who embraces Islam as their beliefs and the way of life..so are other religion...

Be fair to all to ensure that peace, harmony and sanity remains as the pillars of Malaysia.. 

Orang Malaysia semakin Ganas!!

Pembunuhan pengasas AmBank baru-baru ini merupakan kes ke-empat pembunuhan menggunakan senjata api terhadap orang awam..dan menunjukkan orang-orang di Malaysia semakin ganas setiap hari!!...adakah pembunuhan seperti ini..iaitu melalui pembunuh upahan seperti yang kita sering saksikan dalam TV dan juga wayang gambar akan terus menjadi Trend di Malaysia untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati atau menyelesaikan konflik atau masalah?

Ngeri bila memikirkan begitu mudah nyawa seorang manusia diragut oleh seorang manusia yang lain..dan lebih NGERI memikirkan bahawa..negara kita begitu mudah diceroboh oleh pengedaran senjata api!!!...sedangkan di setiap pintu masuk negara..ada penguatkuasaan yang ketat dilakukan!!!.. Amat MENAKUTKAN untuk membayangkan bahawa satu hari nanti senjata api boleh dibeli di kedai-kedai di tepi jalan..sekiranya masih ada dikalangan kita yang sanggup mengadai diri untuk 'hidup mewah' !!... 

Persoalan kita sekarang ialah adakah Malaysia juga akan menjadi seperti di Thailand dan Filipina dimana pembunuhan menggunakan senjata api adalah satu norma biasa dalam kehidupan rakyatnya!.

Friday, July 26, 2013

Ramadhan Oh Ramadhan III - Demam Sale , Pengemis dan Bazar Ramadhan

Wow!! Hot deals!! Sale hingga 70%!! Macam-macam ada!! Sana sini sale ..sana sini ada jualan murah..tawaran ...Itulah penangan menjelang Hari Raya! Jalan Tuanku Abdul Rahman..Sogo..Chow Kit..Pasar Seni...memang dibanjiri manusia yang merebut peluang jualan murah ..yang ditawarkan oleh peniaga dan juga penjaja...

Jualan murah juga diadakan di semua pasaraya besar di seluruh negara...dan pastinya pengunjung dihiburkan dengan lagu-lagu raya.. demam sale  atau jualan murah nie juga diadakan di premis-premis kerajaan...he he he...dan sasaran utama..pastilah golongan wanita!! Betul ke murah ? Ada tawaran sehingga 80% diskaun...memang hebat peniaga Malaysia!! Apatah lagi dengan pemberian RM500.00 oleh kerajaan persekutuan kepada penjawat awam..ditambah dengan kenaikan gaji...wowww!! ..berbelanja sakan la orang Malaysia!!

Apabila manusia begitu ramai ....dengan duit yang banyak....maka semakin banyak la pengemis..peminta sedekah...yang juga datang mengambil kesempatan ke atas 'kebaikan' orang-orang yang berbelanja!..Mereka tahu..orang-orang Malaysia akan menghulurkan ..paling sikit pun RM1.00 kepada mereka...terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini...Berbagai rupa bentuk peminta sedekah...yang cacat anggota tubuh badan daripada buta hinggalah kudung..memang amat kesian..dan satu lagi kumpulan peminta sedekah..ialah yang berjubah..membawa tabung...dengan surat / dokumen..mohon derma untuk anak-anak yatim...atau nak membina masjid...surau atau madrasah...dan satu lagi bentuk peminta sedekah ..ialah anak-anak remaja yang membawa risalah..alasan jual barang..dengan muka kesian..mundar mandir sehingga tengah malam....dan mereka juga mengatakan sedekah untuk anak-anak yatim....

Nikmat Ramadhan dikongsikan oleh semua kaum..kerana pada bulan Ramadhan inilah pelbagai juadah ada dijual di gerai-gerai Bazar Ramadhan...di bulan inilah kita boleh melihat begitu ramai rakan-rakan bukan beragama Islam lebih bersemangat nak balik awal dari pejabat...semata-mata nak pegi Bazar Ramadhan membeli juadah yang mereka gemari...seperti kata seorang rakan 'Manga..apasal you mau berebut-rebut balik awal nie?'..'aisey bro...i nak ke Bazar Ramadhan laa...takut nanti itu lauk yang i sangat suka habis'.... maka sepatutnya di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk memupuk semangat perpaduan yang lebih jitu ...demi masa depan negara yang harmoni dan maju....




Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Oh Ramadhan II - Main Mercun

Apabila tiba perayaan..apa-apa perayaan sekarang ini...pasti ada mercun dimainkan..malah ketiadaan mercun macam tiada 'kemeriahan' .. .. kalau ingat lagu Hari Raya yang dinyanikan oleh biduanita Sharifah Aini ..ada lirik berbunyi 'dam dam dum..bunyi mercun..' membuktikan mercun sudah dimainkan di musim Hari Raya sejak dahulu lagi... kalau Tahun Baru Cina..tak payah cakap la..memang bunyi mercun pada 12 tengah malam itu seperti 'zon perang' ..bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan penempatan kaum Cina...

Pun begitu..walaupun kaum Cina sudah bermain mercun beratus tahun dulu..semasa menyambut perayaan mereka amat jarang kita dengar kaum Cina terputus jari..terburai perut..atau cedera serius semasa bermain mercun berbanding kaum Melayu. Boleh dikatakan setiap tahun..pasti ada berita anak-anak remaja kaum Melayu yang cedera parah akibat mercun!!..tetapi tak pernah juga serik-serik!!. Dulu orang melayu main 'meriam buluh'..sampai ada yang hangus kening..rambut..itu kecederaan yang dialami...yang paling serius pun..bila meriam buluh tu meletup..sebab guna bahan karbide...

Agak-agaknya bilakah orang-orang Melayu nie nak sedar tentang bahaya main mercun yang sudah dimodifikasikan? Ye la..nak kata mercun tu bahaya..orang Cina takder pun yang cedera semasa mercun meletop letop mereka mainkan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina... nak kata mercun tak bahaya..semakin ramai orang Melayu buta, putus tangan, jari hancur..melecur ..semuanya gara-gara main mercun...

Nak salahkan siapa? 

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan Oh Ramadhan

Ramadhan..bulan paling mulia dalam kalender Islam..bulan yang dianggap membawa seribu nikmat..dan kebaikan..bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam..bulan untuk meningkatkan ibadah..menambahkan pahala..dan menghapus segala dosa...

Bila tiba bulan Ramadhan..pelbagai aktiviti ilmu..aktiviti sedekah..dijalankan..dan tidak ketinggalan..(dah jadi macam tradisi laa pulak...) majlis-majlis berbuka puasa diadakan oleh organisasi..individu yang ternama yang kaya raya dan juga pertubuhan-pertubuhan..persatuan-persatuan...dan selalunya akan melibatkan golongan miskin..golongan tiak berkemampuan dan khasnya anak-anak yatim..

Macam satu trend juga...majlis agihan bubur lambuk...di jalan raya..di premis...di kedai..di gerai...dilakukan sempena bulan Ramadhan yang mulia...memang la orang Malaysia ini cukup baik..

Cuma aku heran..kenapa..aktiviti sedekah..meraikan orang miskin dan anak-anak yatim ini perlu di lakukan dalam bulan Ramadhan sahaja? Maksud aku ialah..memang banyak sangat aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) korporat-korporat, syarikat-syarikat gergasi negara ini...yang menjurus kepada mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim..golongan miskin...atau pengagihan barang makanan...

Alangkah baiknya jika setiap bulan konglomerat ka korporat ka..atau syarikat-syarikat besar ata organisasi di negara kita membuat CSR dengan anak-anak yatim dan golongan miskin supaya dapat mengurangkan peminta sedekah yang melibatkan anak-anak yatim...sampai bulan puasa pun ada lagi yang merayau merayu mohon derma di stesen minyak..tempat orang berbuka puasa...

Teringat lagu Awie Rafael dan Malique 'kalau aku kaya........

Monday, July 1, 2013

Kecil Jangan Disangka Anak..

Pernah tak dengar peribahasa errr..perumpamaan..ini 'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak'! pastinya ramai yang pernah membaca..mendengar dan menggunakanya..tapi berapa ramai dikalangan kita ini yang benar-benar memahami maksudnya ?

Kalau tengok gambar sebelah nie memang tak masuk akal la yang kecik itu bapak ... pun begitu sapa boleh mengatakan ianya tidak boleh berlaku ? Dalam era masa kini semakin ramai anak muda sudah menjadi bapak!!. Tak percaya kan?? Mesti tak percaya lah!!.. Anak-anak muda hari ini memang cepat matang..lebih knowledgeable sebab didedahkan dengan pelbagai maklumat...kerana adanya kebebasan mendapat maklumat...melalui alam maya....mereka rasa mereka perlu bertindak sebagai orang dewasa...ambil tahu tentang politik..ambil tahu tentang apa yang berlaku disekeliling mereka dan perlu tahu apa keperluan dan kepentingan mereka. Dulu tugas itu dipikul oleh seorang bapa...tetapi kini tugas itu digalas oleh remaja dan belia yang dikatakan lebih berpendidikan..maka sebab itulah mereka berpolitik dan berdemonstrasi..walhal mereka sepatutnya menumpukan hidup mereka di sekolah..d universiti dan mendapat ilmu untuk membina masa depan mereka!!..bukanya membuang masa berdemonstrasi...memperjuangkan isu-isu politik sedangkan orang politik sendiri bersenang lenang duduk dalam bangunan aircon..he he he...

Satu lagi bukti yang aku rasa menyokong pandangan aku tentang 'Kecil Jangan Disangka Anak'...ialah orang-orang tua dah lanjut usia..berpengalaman dan berpendidikan tinggi ... mengajak anak-anak muda menentang institusi kerajaan..walhal mereka sepatutnya mengajar mereka untuk  menghormati undang-undang..bukan mengalak mereka menentangnya..apakah ini didikan yang mereka beri kepada anak-anak mereka sendiri? Adakah mereka ingin mendidik pemimpin masa depan yang bersikap kurang ajar..biadap dan melakukan perkara yang tidak senonoh sedangkan mereka tahu...belia adalah pemimpin masa depan negara!!!...maaf cakap ..kerana 'besar pun jangan disangka bapak..' kerana perangai mereka tidak menunjukkan diri mereka seorang yang layak digelar 'bapak'...kepada golongan belia itu sendiri...