Jangan
pelik..jangan terkejut sekiranya membaca tajuk yang mengguna bahasa Sarawak ..kerna
tiba-tiba sorang kawan hantar teks yang agak lucu juak … berkaitan dengan
pencemaran bahasa Malaysia oleh orang Sarawak … pun begitu aku hari ini nak
menulis tentang perkara yang trendy hari ini dalam media sosial iaitu kes yang
berlaku di Taman Medan .. bilamana sekumpulan orang Melayu membuat protes
terhadap sebuah gereja yang memaparkan lambang salib di bangunan nya .. mereka
membuat demonstrasi aman (betul ka aman) dan memohon paderi berkenaan
menurunkan lambang salib dari gereja tersebut. Alasan mereka ialah lambang salib
itu boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam. Aku gelak sampai
sakit perut bila baca alasan mereka membuat demonstrasi … dan pada aku alasan
itu amat memburukkan imej orang Islam .. seolah-olah anak-anak muda Islam di
kawasan itu begitu rapuh iman dan kepercayaan mereka terhadap agama .. dan pada
aku juga mencerminkan kecetekan minda dan kelemahan iman 50 orang manusia yang
membuat protes tersebut.. lebih-lebih lagi dipimpin oleh seorang ahli politik
dari sebuah parti pemerintah yang mendukung slogan 1MALAYSIA!!! .. amat
mengecewakan kerana sebagai pemimpin beliau gagal menghayati dan memahami apa erti
1Malaysia sebenarnya ..nasib baik di kalah semasa pilihan raya lalu .. kalau
dia menang lagi ramai masyarakat diperbodohkan olehnya …
Aaah..berbalik
kepada perkataan ‘PALOI’ … perkataan itu ialah bahasa tempatan yang kasar
..yang sama dengan ‘TUYUK’ .. bongok.. bodoh dan STUPID ..kata orang putih ..
dan perkataan ini sesuai sangat untuk digunakan kepada orang-orang yang tidak
tahu dan mengerti dan seolah-olah tidak menerima PERLEMBAGAAN Malaysia yang
secara jelas menyebut dalam Perkara 3, Perlembagaan
Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan;
tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan". Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan
"Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya". Kebebasan
beragama juga disentuh dalam prinsip pertama Rukun Negara, iaitu ‘KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN’ dimana agama Islam ada agama rasmi..dan agama lain bebas dianuti
dan diamalkan. Pada pandangan aku .. mereka ini sepatutnya diambil tindakan
kerana bertindak menghalang agama lain untuk diamalkan ..walaupun dalam
kenyataan mereka , tidak ada yang cedera atau terbunuh dalam demonstrasi mereka
… jika itu la alasan kenapa mereka tidak diambil tindakan undang-undang, maka
mana-mana demonstrasi yang tidak menyebabkan kematian atau kecederaan tidak
perlu di ambil tindakan juga ka? Aku bukan orang politik ..atau ulamak ..
tetapi amat jelas mereka sudah melanggar undang-undang negara menghalang orang
lain dari mengamalkan agama mereka …
Memang
amat mengecewakan jika masih ada pemimpin dan ahli parti politik terbesar
negara ini yang mempunyai sikap dan persepsi buruk terhadap agama orang lain.
Ia nya boleh menjejaskan perpaduan negara dan juga kepercayaan masyarakat lain
terhadap orang Islam di negara ini. Malah terbaru ada sudah suara-suara bahawa
ustaz dan ustazah dari semenanjung perlu di ’halau’ keluar dari negeri Sarawak
kerana mengajar di kawasan majoriti bukan Islam .. dan implikasi ini terbit
daripada tindakan 50 orang yang menganggap diri mereka begitu alim. Tindakan
mereka juga boleh memberi implikasi bahawa azan tidak boleh berkumandang
terlalu kuat, terutamanya pada waktu subuh di kawasan bukan majoriti Islam ..
justeru apa akan terjadi kepada masyarakat Malaysia? Setiap perkara remeh ini
akan menjejaskan perpaduan dan terus menghalang Malaysia mencapai kejayaan ke
arah Wawasan 2020 yang dijanjikan.Apakah Wawasan 2020 hanya akan menjanjikan
pembangunan dan kemajuan fizikal
semata-mata dan mengabaikan pembangunan insaniah ..iaitu pemikiran yang matang
.. yang boeh menyebabkan pembangunan negara terbantut akibat kecetekan minda
kepimpinan yang hanya melihat ‘halangan’ di hadapan mereka .. Kenyataan Dato
Seri Zahid Hamidi (20 April, 2015, Astro Awani) ‘sudah tentu..sudah tentu tindakan harus diambil. Ya sesiapa sahaja.
Saya sangat buta warna(tidak rasis), dan polis juga sangat buta warna.Sesiapa
sahaja..tindakan harus diambil dan akan diambil’ adalah dituntut untuk
menjadi kenyataan. Berkaitan dengan penglibatan ahli UMNO, Dato Seri Zahid
Hamidi menegaskan tindakan akan diambil terhadap ahli UMNO yang terlibat kerana
mereka telah melanggar undang-undang dan menurutnya lagi orang UMNO perlu
menghormati agama lain ..dan kenyataan ini juga dituntut menjadi satu realiti
.. pun begitu kenyataan Ketua Polis Negara adalah sebaliknya dan mengatakan
tiada unsur hasutan dalam bantahan gereka Taman Medan … justeru .. pikir-pikirlah
sendiri ..kalau aku komen lebih-lebih tak pasal-pasal kena siasat ..
Apa
yang aku ingin jelaskan ialah Malaysia yang berbangga mencapai kemerdekaan
selama 57 tahun masih lagi dibelenggu dengan isu-isu perkauman dan keagamaan
sedangkan 57 tahun lalu kepimpinan negara yang mengasaskan pembentukkan
Malaysia telah sama-sama bersetuju untuk saling hormat menghormati adat budaya
serta kepercayaan keagamaan masing-masing. Dimana silap kita ? Apakah sejarah
tidak mengajar kita bahawa perpecahan akan membawa kemudaratan kepada negara ?
Begitu ramai pemimpin terdahulu belajar di sekolah convent dan mubaligh
Kristian ..dan itu tidak mengubah keimanan mereka terhadap agama mereka … malah
ramai yang belajar diluar negara ..terpandang lambang Salib di sana sini ..
tidak pun mengubah kepercayaan mereka … dan ramai sekolah mission di Sarawak
contohnya telah menghasilkan ramai pemimpin negeri yang berwibawa … maka
janganlah menggunakan alasan yang terlalu ‘paloi’ itu untuk menjustifikasikan
tindakan yang tidak menguntungkan negara ..malah boleh memberi implikasi negatif
secara keseluruhan kepada umat Islam lain.
Jadilah pemimpin dan warganegara yang matang ...
No comments:
Post a Comment