Sebelum
ini aku pernah menulis pasal GST …. yang aku rasa ramai cukup marah terhadap
kerajaan .. apabila ianya dilaksanakan .. walaupun beberapa menteri dan
kakitangan awam beriya-iya mengatakan GST tidak akan membebankan rakyat .. setelah
hampir sebulan dilaksanakan isu GST masih belum reda .. tiba-tiba ..ada pulak
cukai SST dikekalkan yang sebelum ini dikatakan tidak dikenakan kepada
pelanggan .. “Kerajaan memutuskan
industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan seperti
amalan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad” Bagaimanapun,
katanya, hanya premis yang mempunyai perjanjian bersama (CA) dengan pihak
kesatuan pekerja atau termaktub dalam kontrak pekerja, boleh mengenakan caj
berkenaan. Mereka juga diwajibkan untuk mempamerkan notis makluman bahawa
mereka mengenakan caj perkhidmatan di premis masing-masing agar pengguna boleh
membuat pilihan, katanya."KPDNKK juga akan keluarkan notis standard untuk
diguna pakai oleh premis tetapi buat sementara ini premis boleh pamerkan notis
mengikut cara sendiri," katanya dalam sidang media mengenai Cukai Barang
dan Perkhidmatan (CBP) di sini hari ini.Menurutnya, perkara itu merupakan
antara kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat bersama agensi dan jabatan
kerajaan, persatuan hotel dan restoran, kesatuan pekerja serta persatuan
pengguna, Isnin lepas.Alias berkata satu peraturan standard mengenai caj
perkhidmatan juga sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan
kelulusan dan dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat. Katanya satu kajian lanjut juga akan dibuat untuk
mencadangkan satu perundangan baharu bagi mengawal selia kutipan caj
perkhidmatan pada masa akan datang terutama dari aspek kepenggunaan. Menurutnya,
KPDNKK juga tidak menetapkan kadar caj yang boleh dikenakan dan terpulang
kepada pihak hotel dan restoran untuk menetapkan kadar caj masing-masing dengan
kadar maksimum 10 peratus. "Ketika ini purata caj yang dikenakan di negara
ini adalah 10 peratus dan CBP turut dikenakan ke atas caj itu," katanya.Alias
berkata mesyuarat itu mengambil maklum bahawa pekerja industri perhotelan dan
restoran mengutip caj perkhidmatan bagi menampung gaji asas pekerja yang
serendah RM350 walaupun selepas pelaksanaan gaji minimum. (Bernama, 22 April 2015)
Aku
jadi semakin keliru kerana sebelum ini ditegaskan bahawa cukai perkhidmatan
dalam SST tidak akan dikenakan apabila GST dilaksanakan … itu kenyataan
orang-orang yang berkempen GST sebelum GST dilaksanakan.. .. maka kenyataan
daripada KPDNKK seolah-olah mematahkan segala hujah kempen-kempen yang di
adakan sebelum ini .. ini baru industri perhotelan dan restoran .. apa kata industri
lain pulak selepas ini ?? Aku percaya industry lain seperti pengangkutan ..
bekalan dan sebagainya akan melihat perkara ini sebagai petunjuk dan cara untuk
dapatkan balik caj-caj perkhidmatan … ini dalam aku punya jangkaan laa kan..
maka apa nasib rakyat jelata yang sebahagian besar nya pengguna… pengguna yang
kebanyakkan nya tidak bergaji besar … aku tak tau la sejauhmana kesan kepada
rakyat marhaen tapi aku pasti .. jika kerajaan asyik melayan jer permintaan
tokey-tokey besar ini sepertimana telco-telco hari tu..dan semalam industri perhotelan
dan restoran… selepas nie mana pulak industri… yang nak tambahkan lagi caj-caj …
ada kemungkinan selepas PRU nanti … ada kerajaan baru memerintah negara ini ..
sebab nampak sangat dah rakyat marhaen meluat dan semakin rasa ‘tertipu’ dengan
apa yang diperkatakan oleh pihak pemerintah ..sebelum dan selepas GST
dilaksanakan .. aku tak la nak kata kerajaan menipu tapi nampak la bagaimana
rakyat dikelirukan dengan pelbagai maklumat ..tapi akhirnya bila dilaksana..
ada pula caj lain yang dikatakan sebelum ini tidak akan dikenakan kepada rakyat
..
Memang
benar la ‘argument’ orang atasan mengatakan caj ini di hotel dan restoran
sahaja .. ada juga yang dengan sinis kata.. kalau dah tau tak banyak duit ..tak
perlu la nak duduk di hotel atau makan di restoran .. he he he .. maka rakyat
marhaen hanya tumpang tengok jer la ..maksudnya ? Apakah hotel-hotel dan
restoran-restoran itu hanya untuk golongan yang berduit dan kaya raya sahaja ? ..
kesian kan rakyat marhaen nie.. hihihi .. bukan la nak kata apa..cuma bila nak
dapatkan undi nanti tu haa … berduyun-duyun VVIP nie dok jenguk orang kampong …
berjabat tangan dengan senyuman dengan penjawat awam .. tak tau la selepas nie
.. mana nak bayar GST 6 peratus .. nak top up dengan caj perkhidmatan 10
peratus lagi … alahaai ..tak merasa la nak duduk hotel atau makan makanan di
restoran-restoran kan … semua sekali kena caj 16 peratus juga ..macam dulu-dulu
… tapi dulu-dulu tak heboh pun.. kan … nie dah la heboh satu negara ..roadshow
sana..roadshow sini ..kata tak ada caj perkhidmatan laa.. bagai kan … buat
macam-macam promosi .. hmmm ..ngabih boreh jer .. he he he.. brapa banyak dah
abis untuk buat publisiti kan .. dengan kartun nya..bayar artis nya .. last
sekali … balik hasil wal asal … punya la penat kan … berbuih-buih
mulut..bergelen air liur orang yang buat kempen..ke hulu ke hilir … gitu jer
hasilnya … kan baik tak payah buat apa-apa kempen atau penerangan .. kalau dah
tau caj perkhidmatan tu dikekalkan … tak buang masa dan rugi duit kerajaan buat
pelbagai promosi dan publisiti ..
Maaf
la bukan nak mengutuk .. cuma sebagai rakyat biasa nak tegur juga cara nak
promosikan dasar atau program kerajaan tu .. kalau dah tak confirm lagi apa-apa
keputusan baik jangan laksanakan .. tunggu ler..sampai semua details tu di
selesaikan diperingkat policy maker… sebelum dasar itu di perkenalkan kepada
rakyat..supaya tidak ada kekeliruan berlaku macam pelaksanaan GST nie .. dahla
kata benda lain..bila dilaksana jadi benda lain la pulak .. ini yang buat
rakyat marah .. bukan rakyat marah kerana dasar itu..tapi cara dasar itu
diperkenalkan …. Sekarang apa nak jadi ? GST kena bayar 6 peratus ..Caj
Perkhidmatan kekal juga 10 peratus … kalau SST dulu 10 % caj perkhidmatan 5
peratus caj kerajaan .. 15 peratus ..maknanya GST lagi mahal ler… walaupun tak
semua barang atau perkhidmatan dikenakan ..tapi sapa boleh jamin ianya tidak
akan dikenakan ? Apakah industri lain akan berdiam sahaja apabila industri perhotelan
dan restoran diberi kelulusan ? Pikir – pikirkan la… kesan nya nati kepada
pemerintah jika tiada usaha dilakukan untuk membendung perkara ini terus
merebak ke industry lain dan tiada mekanisme pemantauan yang benar-benar
berkesan untuk memastikan rakyat tidak terus dibeban dengan pelbagai cukai GST
dan SST …
Aku
menegur kerana aku sayang negara ini … lets’
get practical,put your foot down and be firm!
No comments:
Post a Comment