Buka
TV berita GST .. buka paper berita GST … duduk kedai kopi..kopitiam ka.. dengar
cerita GST … sana sini orang cerita pasal GST … semua jadi pakar analisis
ekonomi .. wahai GST ..kau buat ramai sakit hati .. aduuuh GST … ramai yang
benci … ohhoooi GST … kenapa jadi begini ? Aku bukan la pakar dalam hal GST
nie.. Cuma dengar jer.. sejak mula dikempenkan … kartun laa.. artis laa…
menteri dan pemimpin kerajaan..malah ada taklimat untuk semua pegawai kerajaan
pasal GST nie.. nak bagi paham ..nak bagi tau .. nak kondisikan pemikiran
rakyat menerima GST … macam-macam dia orang buat.. jerayawara laa.. roadtours
laa… semua pasal GST … bagi aku yang kurang arif dan kurang bijaksana nie.. aku
tau akronim GST ialah Grow and Share Together
..dalam bahasa Melayu nya.. Membangun dan Maju Bersama .. tapi tau la
orang-orang Malaysia nie kan kreatif bila bab-bab nak jelaskan maksud akronim …
ada yang kata Gasak Sampay Telentang … Geram Sangat Tau .. Gomen Suka Tax ..
dan bermacam-macam lagiii laaa .. alahaaaii… dan bermacam definisi dan
pemahaman yang aku dengar sejak GST dilaksanakan 1 April lalu .. sampai ada
yang kata beli jagung di gerai Pasar Tani Putrajaya pun dah kena GST!! .. iyer
ke?? Itula GST ..cukai yang dikatakan lebih menguntungkan kerajaan dan rakyat …
betul ke?? Kalau SST dulu..cukai jualan dan perkhidmatan ..pembeli dikenakan 16
peratus .. iaitu 10 peratus untuk cukai jualan dan enam (6) peratus cukai
kerajaan … rasanya taka da sorang pun komplen .. atau mengatakan cukai tersebut
membebankan masyarakat!! ..kan gitu? Sekarang nie kerajaan laksanakan
GST..cukai barangan dan perkhidmatan hanya enam (6) peratus … sebahagian
masyarakat bising sejak mula GST nak dilaksanakan sampai sekarang nie!!
Siapa
yang bising sebenarnya ? Peniaga atau pembeli ? Siapa yang rugi bila GST
dilaksanakan ? Pemborong, Peniaga atau pengguna (pembeli)?Dulu masa SST
..pengguna yang bayar 10 peratus dan enam(6) peratus … peniaga kaut untung jer …
searang dengan GST ..yang sepatutnya bayar ialah peniaga … dan hanya peniaga
yang berdaftar sahaja yang boleh mengenakan GST kepada barangan yang mereka
jual … tapi di Malaysia ..semua peniaga nak kenakan GST walaupun tidak
berdaftar dengan kerajaan!!!.. aku cuba juga ke beberapa kedai membeli belah
dua hari selepas GST dilaksanakan .. dan dapati harga yang dipamerkan sama
dengan harga belian yang dicatat dalam resit walaupun dicatit dalam kurungan ‘termasuk
GST’ … malah resit bayar letak kereta pun ada dinyatakan ‘inclusive GST’ ..
dengan caj yang biasa dikenakan kepada pengguna .. tak ada pun caj dinaikkan..
aku juga pegi ke kedai makanan popular … dan dapati harga dalam makanan di caj
berdasarkan harga dalam menu walaupun ada catatan ‘inclusive GST’ … dan paling
pelik bagi aku ialah bila syarikat-syarikat TELCO pulak yang nampak sangat nak
untung dengan mengenakan caj tambahan kepada penjualan kad tambahan pra bayar
atau ‘reload card’ atau ‘topup card’ .. kenapa perlu ditambah ?? sebelum pun
pengguna dicaj juga dengan SST … government
service tax .. yang enam (6) peratus tu … sekarang pun kerajaan kenakan
enam (6) peratus juga ..so ?? inilah persoalan masyarakat kepada kerajaan yang
perlu dijawab … dan kehairanan masyarakat terhadap kenaikan harga barangan …
walaupun beberapa industri permotoran sudah mula menurunkan harga kereta .. namun
jawapan masyarakat ialah .. ‘kami bukan tukar kereta setiap hari.. kami bukan
nak makan kereta .. kami nak makan ikan, sayur..nasi dan juga keperluan lain
untuk anak-anak’ … mereka nak tau juga sejauh mana pihak berkuasa … boleh
memantau dan mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang ingkar ???
Masyarakat
marah kepada kerajaan kerana GST menjadikan peniaga semakin tamak haloba dan
menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barang dan juga perkhidmatan
mereka .. masyarakat marah dengan kerajaan kerana kerajaan tidak membuat kajian
yang terperinci kesan GST ke atas masyarakat dan kerajaan seolah-olah tidak
bersedia dengan mekanisme untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan tersebut
… masyarakat nak tau … sejauh mana GST akan meningkatkan ekonomi negara
(seperti didakwa oleh kebanyakan pemimpin) dan bagaimana cukai itu akan
dikembalikan kepada rakyat … masyarakat dah muak dengan retorik .. masyarakat
nak tau apa tindakan kerajaan untuk ringankan beban rakyat.. itu yg paling
utama .. sebab mereka tau … apa pun yg kerajaan buat ..peniaga akan cari cara
untuk dapatkan untung besar … kerana mana ada orang berniaga nak rugi?? Adaka
peniaga di Malaysia nie berniaga tanpa mendapat untung ?? kalau ada ..sungguh
bertuah la bumi Malaysia.
Betul
ka harga barangan naik kerana GST ?? Dah beratus kali harga barangan naik …
seblum GST dilaksanakan lagi ..jadi kenapa nak marahkan kerajaan atau DS Najib
sebab laksanakan GST?? Bukan la nak bodek … tapi itula hakikat nya kan … minyak
naik sebab harga minyak pasaran dunia … bukan la kerajaan sesuka hati nak
naikkan … harga barangan naik ..dulu dikatakan disebabkan harga minyak naik ..
tapi bila harga minyak turun…harga barang tak turun pun.. nampak la auta dan
pembohongan sesetengah pihak yang sengaja nak ambik kesempatan tuu… bila dah
nampak belang masing-masing cuba la pulak nak buat macam-macam alasan kan …
sekarang nie dia orang nak kaitkan GST pula sebagai penyebab kenaikan harga
barang … maka orang-orang kita yang cepat melatah mula lah sumpah seranah dan
bermacam-macam lagi marahkan kerajaan dan kepimpinan sebab bebankan rakyat,
kononnya..hingga ada pemimpin yang sangat dihormati pun tumpeng sekaki ..join
sekali hentam kerajaan … kesiankan pemimpin kerajaan sekarang yang kena tala
kiri dan kanan .. bukan sahaja dari pembangkang..malah rakyat dan kawan-kawan
separti pun tiada belas kasihan … asyik nak cari salah jer… yg pembangkang tak
apa lagi ..boleh diterima … ini dari kawan-kawan yang septutnya memberi
sokongan dan dorongan … kalau tak hebat pun rancangan tu..cadangla laa apa-apa
yang boleh ditambah baik … bukan nya bantu pihak sebelah pulak untuk kondemkan
juga… cit cit cit… tak baik macam tu…
Pandangan
aku mudah sahaja tentang GST nie .. cukai tetap juga dikenakan ..tak kira apa
pun nama cukai tersebut .. cukai telah dikenakan sejak zaman feudal lagi …. Dan
hari ini cukai yang dikenakan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk
.. untuk kesejahteraan rakyat jelata .. cukai pendapatan dikenakan kepada
golongan yang berpendapatan tinggi ..manakala zakat itu cukai yang dikenakan
kepada orang-orang Islam yang berkemampuan .. zakat harta dan sebagainya ..
cukai pintu atau cukai rumah .. dan cukai tanah semua dikenakan … dan apa
bezanya GST ..salah satu lagi cukai yang dikenakan oleh kerajaan bagi
menggantikan system cukai yang lama digunakan iaitu SST.. aku tak tau la berapa
lama dah kerajaan kita bercita-cita nak menggunakan GST .. mungkin sejak zaman
Tun Mahathir dulu.. sewaktu DSAI menjadi Menteri Kewangan … cuma ianya tidak
dilaksanakan sahaja … mungkin apa yang dilakukan oleh DS Najib tidak popular
kepada rakyat namun demi kesejahteraan dan pembangunan negara GST adalah
pilihan terbaik untuk di lakukan oleh kempimpinan baru … berilah peluang untuk
GST dilaksanakan dengan sempurna .. jangan la terpengaruh dengan dakyah dan
perangsaraf oleh golongan tertentu untuk tidak menerima sesuatu yang baru ..
setiap apa yang baru mungkin awalnya tidak begitu menarik untuk kita..mana lah
tau ..ianya akan menjadi lebih baik di masa akan datang … tak perlu
bising-bising atau mengadakan demonstrasi jika benar kuasa itu ada pada rakyat …
jika rakyat benar-benar mempunyai kuasa .. tentukan la hala tuju negara ini
dengan kuasa yang ada .. tapi ingat sekali kita buat keputusan itu … sesalan
bukan satu pilihan .. seperti kata CM Sarawak .. ‘what you see is what you get’ jangan marahkan nyamuk kelambu kita
bakar .. ha ha ha atau menang sorak kampong pulak tergadai..
Ingatlah
bukan GST punca kenaikan harga barangan .. kerana apabila GST dilaksanakan SST
secara otomatik dihapuskan dan dalam resit pembelian sudah tidak ada 10 peratus
cukai jualan dan enam(6) peratus cukai perkhidmatan .. yang hanya ada dalam
resit ialah enam(6) peratus GST .. hanya untuk syarikat yang berdaftar dengan
kerajaan .. jika tidak gunakan hak kepenggunaan dengan membuat laporan kepada
pihak yang berkuasa agar peniaga berkenaan diambil tindakan yang sewajarnya ..
tak usah berteriak marah di alam maya jika kita sendiri tidak mampu mengambil
tindakan .. tak perlu menunding jari kepada orang lain jika kita sendiri tidak
tahu menggunakan hak yang ada pada kita ..
No comments:
Post a Comment