Tuesday, April 14, 2015

GAJAH BERGADUH ..PELANDUK MATI TERPIJAK

Senario semasa politik negara memang tidak kondusif dan amat menyedihkan. Umpama bidalan orang dahulu kala ‘gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah’. Melihat senario semasa juga mengingatkan saya kepada satu ungkapan Henry Kissinger yang amat popular  iaitu ‘America has no permanent friends or enemies, just interests’ dan ‘in politics, there is no permanent friends or enemies, just permanent interests’. Usia negara dah lebih 50 tahun.. dan jika diukur umur ini kepada manusia, sepatutnya sudah berakal, matang dan berpengetahuan tinggi.. tetapi nampak gaya politik di Malaysia masih lagi seperti politik keremajaan yang dipenuhi emosi, dendam dan perasaan yang tidak pernah puashati dengan apa yang telah dicapai atau dikecapi. Tak kira lah perbalahan antara pemimpin PAS, DAP dan PKR atau perbalahan dikalangan pemimpin Barisan Nasional kerana jelasnya yang paling mengalami kerugian ialah rakyat jelata yang selama ini menaruh kepercayaan kepada pemimpin yang mereka telah pilih melalui undian. Rakyat jelata berbaris di dalam panas terik atau basah disimbahi hujan dan bersusah payah, mengagahi diri untuk sampai ke tempat pengundian..demi memastikan pemimpin yang mereka pilih itu menang ..dan menjadi wakil rakyat mereka .. menyuarakan segala kehendak dan keperluan..merasai nadi dan denyut kegelisahan bebanan yang rakyat tanggung …

Melihat senario politik semasa aku juga teringat lagu New Boyz ‘Sejarah Mungkin Berulang’  dimana satu ketika dahulu bilamana negara ini di ‘jajah’ oleh British akibat perbalahan yang berlaku dikalangan pemimpin negara yang berebut kuasa. British telah dijemput untuk menjadi ‘pendamai’ kepada pemimpin yang bertelagah dan akhirnya British menjadi tuan kepada Tanah Melayu. Berbeza dengan Melaka yang sememangnya diserang oleh Portugis dan juga Belanda … tetapi di kebanyakkan negeri-negeri Melayu, Britisih dijemput dan di bawa masuk kerana kepimpinan Melayu bertelagah sesama sendiri dan berebut kuasa .. dan hari ini kitaran sejarah sedang berlaku bilamana kepimpinan Melayu saling menunding jari .. salah menyalahkan antara satu dengan lain .. baik dalam PAS, PKR dan juga BN. Berbeza dengan dizaman dahulu…ialah pemimpin dan rakyat jelata sama-sama merasakan kesengsaraan di bawah tadbir British .. tapi hari ini.. adakah pemimpin hari ini sanggup bersama dengan rakyat jelata mengharungi pahit maung kesengsaraan jika sekali lagi tanah melayu ini di jajahi oleh kuasa asing ? Kenapa aku berkata begitu..kerana pemimpin hari ini mudah saja terbang ke sana kemari..keluar negara ..dengan adanya kecanggihan pengangkutan .. yang tidak wujud dizaman tahun 1800 atau 30an dahulu … dan seperti yang aku kata di awal tadi .. rakyat jelata juga akan tersepit merasai kesusahan apabila orang-orang besar bertelagah sesama sendiri . Orang-orang yang kaya raya, berduit …boleh sahaja keluar mencari negara baru untuk dijadikan rumah mereka..kerana negara luar tidak akan menerima orang miskin sebagai rakyatnya.. lihatlah bagaimana pelarian Rohingya atau mana-mana pelarian dari negara yang bergolak pasti diusir oleh negara barat ..tetapi orang-orang kaya dan ternama akan diterima dengan tangan yang terbuka oleh mereka … jadi kemana hala nasib rakyat yang menjadi mangsa jika pemimpin negara terus bertelagah ??


Aku juga pernah berulang kali menggunakan ungkapan ini ‘jika kita tidak belajar dari sejarah, sejarah akan mengajar kita berulang kali’ ..dan dah banyak kali kita diajar oleh sejarah … dan satu ketika negara ini ditadbir urus oleh orang lain … itukah yang kita ingin lihat lagi ?? Jangan jadikan rakyat sebagai ‘pawn’ dalam permainan politik yang pastinya tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak walaupun bersorak gembira kerana menang mengatasi lawan .. samada  Tun M atau pihak DS Najib … bukan niat nak menegur atau campur tangan..cuma terpikir apalah nasib kami rakyat jelata … yang mengharapkan kepimpinan negara terus teguh utuh dan sentiasa saling sokong menyokong ..bukan nya saling mencari kesalahan ... 

No comments:

Post a Comment